Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 30 April 2012

Surat Cinta Untuk Awak .

Assalamualaikum .
Apa Khabar ? Sihat ke ?
Dah makan ? Kalau belum , saya belanja awak makan nak ? tapi, awak bayar oke .. huhu ..

   Mesti awak dah tertanya - tanya mengapa surat ini dikirimkan kepaa awak bukan ? dan saya memohon maaf andai surat ini menganggu ruangan hidup awak . Sebenarnya, saya ingin berkenalan dengan awak sejak pertama kali kita bertemu . Tapi, mungkin juga awak tak perasan akan kehadiran saya di mana - mana .  

    Awak ingat tak masa pertama kali awak terlanggar saya di hadapan kantin sekolah ? Semua buku saya jatuh bertaburan dan nasib baiklah awak tolong kutip . Saat itu saya rasa itu adalah saat yang romantik . Terharunyer rasa masa tu .. Pipi saye merah macam pakai blusher aje.

    Sejak dari hari tu , saya tak boleh lupakan wajah dan suara awak tu . Makan tak lena . Tidur tak basah. Mandi tak kenyang .. Semuanya tak sempurna. Bila saya terserempak dengan awak atau terpandang awak dari jauh. Memang tak dapat digambarkan bagaimana hati saya berbunga-bunga melihat awak.

    Saya tahu .. cara ni memang tak ada style untuk meluahkan perasaan .. dan ianya merupakan cara zaman batu ( zaman Neolitik ). Tapi, bagi saya .. cara ini adalah cara yang romantik . Bibir saya mengukir senyuman secara tiba - tiba bila melihat awak. Saya tak tahu perasaan apakah yang timbul di hati saya ini ? Mungkin perasaan cinta ? Perasaan rindu pula timbul apabila saya berjauhan dengan awak. 


Tiada kata secantik bahasa yang mempu saya gambarkan kepada awak.
Saya tahu .. saya tak patut luahkan kata - kata begini pada awak . Tapi , ketahuilah . Hati saya tulus dan ikhlas pada awak ..

Kemudian , Si Lelaki membalas kembali surat tersebut .

    Pedulik apa aku ? Ada aku kesah dengan semua tu ?? Ehh .. kau tu syok sendiri ar . tak ada sesiapa yang nak balas cinta mengarut kau tu okey ! For your information .. aku dah ada awek . Aku takkan tinggalkan awek aku semata - mata untuk kau ! So , jangan perasan lah ! Terima kasih la banyak - banyak sebab sudi buat surat cinta panjang lebar ni . aku dah bakar dah pun . Tak berharga langsung !

Notes : Entri kali ini hanya rekaan semata - mata . Tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Perkhemahan Dengan Fasilitator Form 6 memang terbaik ! ( Ingat Allah )



    Ehem . ehem . Actually , ni first time Wieya join camping. Agak tak percaya kan ? Entah? Wieya pun tak percaya ~ Form 5 baru nak join perkhemahan ?? Eiuu , agak ketinggalan jerrk..
Sekolah Wieya ada buat aktiviti perkhemahan 28.04.2012 ( Sabtu ) - 29.04.2012 ( Ahad ) . Aktiviti perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ) dan Persatuan Pengangkap Sekolah.  memang Best sangat ! Nak tahu tak apa yang best nyer ?? Jomla teruskan baca okey .

Sabtu

7:00 pagi - Yeah ! Get ready nak ke sekolah. Arghh ! Boleh pulak beg baju koyak last minit sebab tarik zip kuat sangat. Mana tak nyer ? Barang penuh macam nak pergi  oversea.  Main sumbat - sumbat je barang macam sumbat taugeh dalam tauhu . Biasalahh .. First time ~ ambik benang dan jarum, jahit je setakat yang mampu . janji jahit.

7:30 pagi - Sampai ke sekolah dengan hati yang berdebar - debar ! Dup dap ! Dup dap ! Dup . Dup . Dup !  Berkumpul di kantin untuk pandaftaran. Err ? Form 5 curi masa pegi dewan hadiri Seminar Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam SPM bersama penceramah dari Melaka.

Malam tuu , lepas solat Maghrib ..  Dengar tazkirah disiplin dari kaunselor Cikgu Abdul Razak. lepas tu Solat Isyak berjemaah.
9:00 malam - Makan malam . And then terus ke dewan. Ada aktiviti bersama Fasilitator 
                   Form 6.
                 
  - Ketua Pengawas suruh buat group mengikut saiz kasut . Hah ?! haha .. masing-masing tengok tapak kasut. kelakar ! .. Lepas tu, ada sesi suai kenal lepas buat group.
         
  - Kemudian, buat group ikut bulan lahir.
      
  - Buat 3 group kecil bagi perempuan dan 1 group bagi lelaki. Ketua Pengawas suruh masing-masing mengadap ke belakang masing-masing . Silangkan tangan dengan rakan sebelah, stay ! Jangan bagi putus atau terlerai . Kena ikut arahan Ketua Pengawas. Ketua Pengawas tu suruh duduk sambil tangan yang disilangkan tanpa terlerai . Ergh ?
                  
  - Cuba bayangkan .. betapa susahnya ? Tapi BEST !! .. Lepas tu suruh bangun balik . Duduk. Bangun balik. Bergerak ke kiri dalam bulatan. Bergerak ke kanan pulak. Haha .. duduk balik . Bergerak ke kiri dalam keadaan duduk and tangan yang bersilang dengan kawan - kawan. ? Susahhh .. haha .. tergelak masing - masing ! Tak bergerak pun . Budak lelaki apatah lagi? 
Memang tak bergerak laa ..
        
  - Buat group ikut nombor giliran . Wieya dapat nombor giliran no 3 . So, kesemua pelajar yang dapat no 3 kena berkumpul dalam satu group. Kitorang dapat sebuah tugasan yang memang memeningkan kitorang ! Datang pulak sorang abang ni cuba nak confius kan kitorang lagi. Hancur kertas majung yang kitorang tulis-tulis tu sebab banyak salah dan berbeza pendapat. Nasib baiklah ada sorang abang Fasilitator ni, ( Faris kot namanya?) Dia tolong ambilkan satu lagi kertas . Walau apepun .. group kitorang memang  happening ! .. Ada semua tingkatan. Kitorang tak tahu nak namakan nama apa pada group kitorang .. 

  - Ketua group tanya seorang demi seorang. Ada budak lelaki form 1 & 2 cadangkan nama  "Ninja Turtles" Hah ?? Oh Plezzzz.. No Way. Tanya pulak yang lain, termasuk Wieya .. masing - masing jawab "Tak Tahu? " . So, nama group kitorang "Tak Tahu? ?

  - Dapat kenal dengan si cantik manis bernama Syafiqah. Comel orangnye . Suka pandang muka diaaa ..

  - 12:00 pagi - Aktiviti yang dijalankan di dewan, selesai sudahh .. kitorang diarahkan untuk beratur di padang pulak . Cikgu Zulnasri kata ada nightwalk di luar sekolah. Tapi ~ Kakak-kakak dan abang-abang Form 6 suruh kitorang ambil apa-apa kain untuk dijadikan sebagai penutup mata.

  - Aktiviti kitorang hanya di padang. Nightwalk kat luar sekolah tak jadi kot.  Kak Aza explain pada kitorang. Kitorang akan diberi password dan kena simpan elok - elok password "Password " .. Kalau mereka tak jawab , jerit TOLONG !! Kalau ada orang suruh ikut tanpa  tu jangan bagi orang lain tahu. Selepas itu, kitorang akan dibawa ke suatu tempat dan akan ditinggalkan bersendirian. Kalau ada orang tepuk bahu, kita kena tanya pada mereka
beritahu password yang kitorang minta, jangan ikut ! Dan, jangan sesekali intai atau bukak penutup mata kalau tak mahu apa-apa yang menyeramkan dan tak diingini berlaku. Kalau kita tanya password dan orang tu jawab dengan betul, Maknanya kita kena ikut dia sebab dia akan bawa kita ke tempat yang selamat kembali. 

  - Aktiviti akan dimulakan. Mata kitorang  ditutup rapat dengan kain dan kitorang dibawa oleh Fasilitator - fasilitator ke tempat yang kitorang sendiri tak tahu? Kitorang  ditinggalkan berseorangan di suatu tempat Err ? takut sikit je . Wieya duduk sorang -  sorang . Dalam keadaan mata yang ditutup dengan kain. Gelap tak nampak apa? Tak tahu kat mana ? Kitorang disuruh duduk di suatu tempat. 

     Masa duduk tu Ada terdengar bunyi sesuatu yang bergesel dengan rumput. Seram sangat bunyinya. Rasa macam dekat je bunyi tuu,bunyi botol mineral dikeronyok . 
         
     Laungan Ketua Pengawas melaungkan " Allahuakhbar"  ! 
Pehhh  ! Lepas tuu .. dalam ketakutan , Ada dengar budak menangis sebab takut. Kuat betul die nangis . Agaknya dah takut sangat. Wieya dengar la jugak, abang-abang tu still usik dia dengan buat bunyi suara yang menggerunkan ! Saje nak takutkan budak tu lagi. 
            
    Ketua Pengawas cuba untuk buat kitorang menangis. Cuba untuk buat kitorang takut .. Die jerit kuat - kuat dengan suara yang mendayu - dayu ..

  " Ya Allah ! Lindungilah kami ya Allah ! Hanya padamu Kami memohon  ~ "    
  "Banyakkan berzikir ! Minta tolong dengan Allah ! Kami Fasi balik dulu ~ ! "

    "Marobbuka ! "

    - Takut woo bila abang tu cakap macam tuu ..cuak ! Ada jugak la perasaan takut dalam hati tu kann ... Wieya dengar , ada orang macam berbisik kat telinga Wieya . Hembusan nafas seperti dihembuskan ke arah Wieya. Wieya cuba berlagak tenang. Tak lama kemudian, ada suara Fasi form 6 perempuan tegur Wieya.

" Dik ,jom dik . Ikut akak naik atas . "
          Wieya pun tanya .

"Password" . 

         Akak tu tak jawab. Dia terus kata.

" Jom dik . Jom . "
         Wieya jadi takut sikit .

"Taknak ... password !"
        Akak tu still tak nak jawab .. Wieya terus jeritt !
" TOLONG !! "
        
        Lepas tu akak tu pegi macam tu aje . Terasa seram di hati walaupun diorang hanya  nak uji tahap keimanan kami.

        5 minit lepas tu .. Ada seseorang tepuk bahu Wieya . 
        Wieya tanya lagi..
"Password " . 
        And then dia jawab.

***** ***** . ( password )
       Wieya terkezuutt ! Eh ? Suara lelaki . Sedapnyer suara dia ? Kenapa Wieya rasa Wieya macam suka je dengar suara dia . ? Lepas abang Fasilitator tu jawab password, abang tu kate ..
"Pegang botol ni .. "
       Wieya cuba cari botol yang dia hulurkan dalam keadaan mata tertutup . Tapi tak dapat ? Tiba - tiba akak tadi datang lagi . Cara dia cakap tu macam memaksa Wieya untuk ikut dia.
 "Adikk .. jomlah ikut akak " . 
       Lepas tu ada suara abang tu lagi .
" Dik ,pegang botol ni jom ikut abang."
     ( Dia suruh pegang botol sebab bukan muhrim kan ? tak boleh bersentuhan . ) Baik kan die ?? Wieya cuba lagi nak capai botol dalam gelap tu . Akhirnya dapat ! Wieya bangun cepat - cepat ikut abang tu . Abang tu bawak Wieya ke tempat lain. Abang tu pimpin Wieya dengan pegang botol tu. Wahh ! Memang rasa lega hati ni bila ada abang tu ..Memang rasa selamat ! Macam sweet la pulak . Akak tadi tu still kacau Wieya . Akak tu tarik tali penutup mata Wieya . Usik-usik tudung Wieya .
        
     Peghh ! . Seram sikit . Wieya jalan laju lagi. Tapi disebabkan mata yang tertutup dan keadaan yang gelap..  Masa berjalan ikut abang tu rasa macam terhuyung hayang .Tak dapat nak kekalkan keseimbangan badan . Abang tu kata.
"Opss .. Elok-elok. Slow-slow ~"

       Wahhhhh !! Wieya still tak boleh nak lupa suara dieee ... !! Terngiang - ngiang dalam kepala. Sambil ikut abang tu jalan , tah mana dia bawak Wieya ..Hoho . Wieya terrrrbau minyak wangi yang dia pakai . Wangi. Suka sangat bau tu. ?Selepas 5 minit berjalan ikut abang tu , lepas tu abang tu suruh duduk. Maybe
dia nak g dekat budak-budak lain kot. Wieya pun duduk laa ..Tapi, Ketua Pengawas 
tak bagi bukak penutup mata lagi.  Duduk lama-lama . Diam- diam . Rasa macam nak tertidor je ... lepas tu  terdengar Ketua Pengawas jerit beri arahan .

"OOK ! Dah boleh bukak mata. "

       Bukak-bukak je mata .. Tup. tup kitorang ada kat depan pondok tepi kantin . Alahai .. 
dekat rupanya .. ! Fasilitator form 6 bawak kitorang round satu padang yang besar tuu .. haha .. Iye - iye ingat kan diorang bawak keluar dari kawasan sekolah  ~

       Aktiviti dengan Fasilitator form 6 malam tu memang best sangat ! Terima kasih Kakak - kakak , abang - abang Fasilitator semua ! .. Wieya takkan lupa kenangan ni .. sorry, gambar tak ada lah . Nanti kalau Wieya dah ada gambar . Wieya update lagi k . Bye ~

My heart whispers : Wieya masih tak jumpa abang yang pimpin Wieya tuu .. jatuh hati la pulakkk ..Sediihh .. tak tahu siapa orangnyer ??Abang Misteri ~~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Best Projek Form 5 & Form 6 2012

   

Yess ! Dapat jugak tulis entri hari ni . Maklumlah ..sibuk memanjang ajerrr .. macam - macam aktiviti yang sekolah anjurkan . Tuisyen , seminar.. tak lama lagi ,perkemahan pulak . Pheww! Excited sangat !

Rabu ( 25.04.2012 )
Wieya dan kawan - kawan ada tolong kakak-kakak and abang-abang buat banner kain rentang sempena minggu kempen antidadah yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah. Ni kirenya , masuk pertandingan lah . Tapi ~ pertandingan buat projek antidadah ni antara rumah sukan aje. Kerjasama antara rumah sukan masing - masing . 


Mulanya , Wieya ingatkan diorang buat projek ni untuk hari sukan tak lama lagi ? tapi , bukan. hurm , petang tu lepas sesi persekolahan .. Wieya and the geng lepak dekat kelas MPV ( kelas pelajar landskap ) sebab nak practise sketsa. Tak tau dapat masuk ke tak ? . And then , Tiba - tiba Raihan panggil ... Eh ? Kenapa pulak en ?  So, ikutla .. bila sampai kat kantin .. tengok- tengok ramai student form 6 tengah bertungkus lumus nak siapkan projek kain rentang tuu ..


Shamine pun ada kat situ .. Hoho .. dapat tolong sikit - sikit . Memang Best ! Dapat kenal - kenal dengan ramai senior . Kak Anum , Kak Wani , Kak Nisha .. err ? Yang lain dah tak kenal dah .. Ramai lagi ahli rumah sukan lain yang buat jugak . haha . Macam - macam aksi yang ada . Kan kain rentang tu besar kan ? So , mesti nak kena lukis besar2 kan ? .. ada meniarap , ada yang tertonggeng .. ada yang bersila , duduk bersimpuh pun ada .  Sampai kebas kaki dibuatnya.  Semua tu kitorang lupakan sebab niat kitorang hanya nak siapkan projek tu sedaya upaya yang mungkin . Walaupun kitorang hanya menumpang rumah sukan  . Hikhik ..( diam-diam suda ~ )



                      Pedulikan manusia- manusia di atas itu , hanya fokus kepada kain rentang itu sahaja ya ..


Haa .. simple woo .. tak silap Wieya benda ni buat last minit kot ? Student Form 6 tak cukup kakitangan .. haha .. tak ada budak nak tolong diorang buat projek ni . Aloo .. nape tak panggil kitorang awak - awal ? Kalau tak , dah boleh bincang sama-sama dan buat persiapan secukupnya tau . Budak seni sememangnya diperlukan .. haha .. Tak sangka dihargai ..

Kalau buat persiapan awal , mungkin ada idea yang lebih kreatif dan menarik yang boleh kita buat kan ? Oh ya ? Baru Wieya ingat .. rumah sukan lain pun ada buat jugak tau ..



                                       Ni projek rumah Merah kot ..




                                             Ni pulak projek rumah kuning ..

Haa .. nak tengok tak projek rumah hijau ? Team rumah hijau best tau! Ada semangat kesukanan dan kerjasama .. diorang buat background hijau dulu ..lepas tu jemur kat tengah panas bagi kering .. Memang smart jugak laa .. 




                                    
 

 Ni la student2 yang bertungkus - lumus siapkan projek untuk rumah hijau . Kreatif !


Wieya dan kawan - kawan tolong team rumah biru ..






To all form 6 yang berusaha untuk menyiapkan segala projek ni .. Hope dapat capai kemenangan ye .. thanx juga sebab ajak kitorang budak seni yang tak seberapa ni .. Pheww .. Wieya takkan lupakan korang .



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

( Video ) Kisah Percintaan Artis Malaysia #1 - Tomok & Ayu

Kisah percintaan ?
Cinta .
Segalanya telah diatur oleh tuhan tanpa kita ketahui. 
Hargailah cinta dengan sepenuh jiwa.



Takdir telah mempertemukan dua insan menjadii satu. Membuktikan kasih cinta suci hingga ke jinjang pelamin.
Tuhan menjadikan kita berbeza - beza.
Mungkin juga perbezaan yang adaa dapat mengeratkan lagi hubungan yang ada.

Semua wanita yang ada di dunia ini , cantik.
Tetapi, wanita di hati seorang lelaki mungkin adalah lebih cantik.
Cinta harus dicari kerana Cinta tak akan datang sendiri kepada kita.

Di sini , Wieya nak kongsikan tentang kisah percintaan antara Tomok dan Ayu. Sesiapa yang berminat boleh enjoy with this video. Hope you will like it.  




kredit to : CST Production

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 27 April 2012

Selamat Pengantin Baru Cikgu Zulhusmi - dari kami 5 Sastera 2

Maka tamatlah zaman bujang Cikgu Zulhusmi ...

( Ahad : 22 April 2012 )

Cikgu Zulhusmi ni merupakan cikgu praktikal sementara di sekolah Wieya bagi menggantikan Cikgu Azzyatie yang mengajar sains yang cuti bersalin. Lama jugalah Cikgu  Zulhusmi mengajar kitorang .. katanya, nak cari pengalaman. Pada masa yang sama , Cikgu Zulhusmi pun cerita sebelum dia jadi guru praktikal ni .. cikgu melanjutkan pelajaran di Jepun. Bila cikgu bukak je topik fasal Jepun ..ambil bidang enginering. macam - macam yang kitorang tanya ..

Cikgu, seronok tak duduk kat sane?
Cikgu .. sambung belajar kat sana berapa lama?
Cikgu ..mesti ramai awek cun kat sana kan? - budak lelaki yang tanya ye .

Nak tahu ? Cara Cikgu cakap pun dah macam orang Jepun . Laju ! Sampai kadang-kadang kitorang pun tak boleh nak faham . Mungkin cikgu dah terbiasa kot, bila sampai Malaysia nak cakap perlahan-lahan pun dah tak boleh .. Cikgu kata , mak cikgu pun marah sebab cikgu cakap laju sangat .. haha..tak ape . Kitorang faham ..

Actually, banyak ilmu yang kitorang dapat dari Cikgu Zulhusmi.  Belajar bahasa Jepun .. Ketahui maklumat tentang orang di negara matahari terbit tu .. dan macam-macam lagi laa ..

                                    ehem . ehem . Cikgu lelaki tu ye ... sebelah tu isteri nye ..

Sekarang ni , Cikgu Zulhusmi dah tak mengajar dah. Kitorang pun tak tahu Cikgu  Zulhusmi kerja kat mana? .. Lepas melahap segala makanan yang ada .. kitorang tangkap gambar ..haha . dah menjadi rutin kitorang sebab kitorang memang suka tangkap gambar ..

                                           Wieya kat tepi sekali .. cun tak?



                                Yeah .. gaya spontan dari kami ..


 Yang lelaki kat atas ni pulak .. budak sekelas Wieya. Dia suka menyakat and usik orang ! kalau boleh, satu kelas tu dia nak sakat .. Haish .. tapi , sejak akhir- akhir ni dah jadi pendiam sikit . Macam dah tak nak kacau orang je . baguslah .. tenang hati kan ..?

Hurm .. memang tak dinafikan .. budak - budak lelaki kelas kitorang ada buli Cikgu Zulhusmi . haish ! taknak dengar cakap.. nakal . jahat betul diorang. haha .  Cikgu bercakap kat depan , diorang buat ceramah dekat belakang .. Macam mana Malaysia nak maju kalau macam ni ?

Dengan itu .. kami mohon maaf andai ada salah dan silap kami paa cikgu . Terima kasih kerana sudi mengajar kami walaupun tak lama . Guru , jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru Cikgu. Semoga perkahwinan cikgu dan isteri kekal hingga ke akhir hayat.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 22 April 2012

Tips : Menjadi Seorang Sahabat Yang Baik


Kawan, Teman , Rakan ...
Pada sesetengah orang, mungkin perkataan - perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. Namun, ada yang berpendapat, perkataan - perkataan tersebut mempunyai erti yang berlainan ? Sahabat adalah penting dalam hidup kita. So, macam mana dengan korang?

Mungkin seorang sahabat yang baik  adalah sahabat yang memahami dengan diri kita, sahabat yang sering menemani dan berada di sisi kita pada saat kita sedang gembira atau sedih. Senang atau susah.

Kadang - kadang kita menganggap mereka seperti darah daging mereka sendiri dan kita mahu mereka berada di sisi kita pada setiap masa. Mungkin kita  boleh menilai semua itu. Adakah korang mempunyai sahabat yang baik atau mungkin korang adalah sahabat yang terbaik buat sahabat?

Di antara kita ada satu pertalian iaitu Talian maxis .. Hahahaha ..
= Adakah korang kerap menghubungi sahabat korang? Call atau hantar SMS ? Jangan jadikan "sibuk" sebagai alasan utama korang  tak hubungi sahabat korang .. Lepas baca ni, hantarlah SMS kepada sahabat korang atau bertanyakan khabar. Mesti sahabat korang terharu ~ Uuu .. kitew pun terharu ~ hikhik ..

F.R.I.E.N.D.S . Go ! Go ! Go My Friends ...
= Jom ! Kita jadi pasukan sorak ! Yang lelaki .. err ??
Pernah tak ketika sahabat korang bersedih , korang berada di sisi mereka? Berikan kata - kata yang boleh menaikkan semangat mereka . Tapi, bukan semasa mereka sedih aje tau, ketika mereka bertungkus lumus ingin capai kecemerlangan pun kita HARUS support mereka.  Hhoho .. Time mereka masuk acara lari pecut pun boleh jugak..

Sorry ~ Sorry, I'm So Sorry ...
Yeah ! Ini penting !! sangat dalam persahabatan. Biasakan diri untuk memohon maaf jika kita ada buat kesalahan yang disengajakan atau tidak sengaja.. Cuba korang bayangkan kalau ada orang terpijak kaki korang, lepastu terus blah aje ? Mesti korang bengang kan ? Rasa nak tumbuk - tumbuk je orang tu kan ... Haa .. Memohon maaf kepada seseorang adalah satu amalan yang baik. Kalau kita memohon maaf kepada orang, nescaya hati kita akan berada tenang ~

Beb ! Pinjam telinga kau kejap. 2 jam aje . Please ~
Menjadi seorang pendengar yang baik adalah seorang sahabat yang memahami akan sahabatnya. Macam korang tenagh dengar radio . Dan berikanlah pendapt yang baik ye. Ketika sahabat ditimpa masalah, sudah semestinya dia ingin mencari tempat mengadu. Jika korang adalah sahabat terdekat mereka, mungkin korang adalah orangnya , tempat untuk mereka melepaskan tangisan , menghembuskan hingus , meluahkan luahan isi hati dan perasaan. Lend your shoulder. pinjamkanlah bahu korang untuk dijadikan tempat mereka bersandar. ( Fasha ~ Nak Sandha *sandar .. )

 Alolo .. So sweet .. Terima Kasih tau !
 Perhatian ! Jika ada sahabat yang menjadi anggota RELA melemparkan pujian terhadap korang, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka ye. Kerana pujian mereka itu sangat bernilai dan berharga. Lemparkan semula senyuman yang manis kepada mereka. Bukan setakat beri pujian aje , kalau mereka beri hadiah, atau beri pertolongan pun tau !


Jangan Lupa Tau !
Perkara ni jangan sesekali korang lupa. Ucapan korang pada hari lahir mereka adalah penting walaupun tak seberapa okey ! Kalau ada duit, or tengah masyukk tuu .. janganlah kedekut sangat nak belikan hadiah kepada mereka. Hadiah yang boleh membuatkan mereka ingat kepada korang selalu.. Kalau sahabat korang ada mengadakann jamuan, majlis pertunangan/perkahwinan.. jangan lupa datang kerana kehadiran korang amat diperlukan untuk korang cuci segala periuk belanga, pinggan mangkuk yang bertimbun - timbun tu ye . di sisi mereka pada hari bahagia mereka.

Terima mereka seadanya... 
Dalam menjalinkan hubungan persahabatan, adalah lebih baik untuk menerima diri sahabat itu seadanya. Korang boleh "ngam" dengan sahabat korang tu. Tapi ! Kalau perangai dia memang perangai macam anasir jahat .. dan menyakitkan hati .. hurm .. apa nak dibuat .. terserahlah kepada korang ye ..



 My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 20 April 2012

Antara luka terkena serpihan kaca, dan luka kerana kecewa.

    Aku belajar sesuatu mengenai hidup ini.
   Aku ada sebuah pasu bunga diperbuat daripada kaca. Pasu bunga itu aku letakkannya di kamarku untuk aku lihat selalu dan setiap hari.  Sekian lama aku menyimpan pasu itu sebagai perhiasan di kamarku ... Suatu hari, pasu itu telah pecah. Aku sedih dan kecewa. Namun, aku masih menyimpan serpihan kaca, pasu yang telah pecah itu di dalam sebuah beg plastik kerana sayang untuk membuangnya.

    Beberapa hari kemudian, sedang aku mengemas kamarku , tiba - tiba jari di tangan aku berdarah terkena serpihan kaca yang masih ada di lantai. Aku hanya berdiamkan diri dan membiarkan darah itu mengalir di jariku. Rasa sakit yang ada aku hiraukan. Aku memandang sayu ke arah beg plastik yang yang di dalamnya terkandung serpihan  pasu kaca yang pecah itu . Ya, aku terfikir.

Dulu ~ aku menaruh hati pada seseorang .. sesuatu perasaan yang tak dikenali mula timbul tanpa aku ketahuinya. Aku tekad untuk menyimpan dia di dalam hatiku kerana aku ingin melihat dia setiap saat dan waktu. Sekian lama aku pendamkan rasa hati ini... Suatu hari, apa yang aku ketahui .. ruang di hatinya sudah dimiliki oleh orang lain. Ya, agak kecewa dan sedih. Hati aku hancur. Tapi, kerana rasa sayang aku padanya masih memenuhi ruang hatiku, aku masih menyimpan dia di dalam hatiku dan juga kerana aku sayang untuk membuang dia dari dalam hidupku.

Suatu hari itu juga, perasaan cenburu mula timbul apabila aku terlihat dia bermesra dengan perempuan lain. Ya, memang lumrah untuk seorang manusia berasa cemburu dan aku tiada apa - apa hak untuk lakukan apa - apa ? Hati aku terluka lagi, Namun, aku biarkannya. Sekali aku nak benci pada dia, berkali - kali rasa sayang dan cinta itu datang pada aku. 


Notes : Dulu .. kalau jari luka , mesti menangis mengadu dekat mama. mama tolong sapukan ubat.  Sekarang , kalau jari luka . Pandang je ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 17 April 2012

Barangan Garnier Untuk Direbut #3 By Pupel Liyana


Eehh ... Jangan tolak - tolak ..  Jangan tolak - tolak .. nanti ada yang jatuh .. Haa .. Wieya tak nak tolong ~ haha .. Ape Wieya merepek ni ? Haa .. Wieya merepek fasal Barangan Garnier Untuk direbut tauuu ..

Wow ! Garnier .. Agak - agak ada rezeki tak nak dapat barangan Garnier ni .. ? Huhu .. Insya Allah .. Wieya nak rebut jugak barang Garnier ni ... Kalau ada sesiapa nak rebut jugak , boleh ke Blog Pupel Liyana

Ada cara tau kalau nak rebut barangan Garnier ni .. Haa .. Nak tau cara - caranya ? Jom Kita lihattt ~

1. Buat entri Barangan Garnier Untuk Direbut #3 by Pupel Liyana  - Follow Blog Pupel ye
2. Tempek banner diatas dalam entri, link dengan blog pupel ye.
3. Komen dan drop url entri anda dikomen entri ini sahaja.

Boleh rebut sampai hari :
JUMAAT MINGGU DEPAN ( 27 APRIL 2012)
Pemenang : Cabutan Bertuah
Hadiah Barangan Garnier Untuk Direbut # 3  ialah :

MILKY LIGHTENING DEW 150 ML
Garnier Light Pure Lemon Essence + Snowpine White Sauce


Selamat Mencuba .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 16 April 2012

Segmen : Nak Doodle Nie !

Assalamualaikum .. Hai Semua ! ..

Haa .. cuba tengok doodle yang cute kat atas tuu ?? Comel kan ? Mesti ramai yang dah tahu siapa yang buat kan ?? Haa .. doodle kat atas tu .. Fizgraphic yang buat untuk segmen .  Siapa yang nak join , boleh klik pada banner atau Fizgraphic ..

Ini detail yang Wieya sertakan :

Nama : Wieya
Warna Favorite : Ungu


Ermm .. rasanya itu aje kot . Oklah ..  Bye .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 15 April 2012

Drama : Landasan Cinta

haha .. hari ni tak tau kenapa teruja sangat nak tulis entri banyak - banyak .. Seriusly ! nak dekat 5 or 6 entri yang Wieya taip hari ini .. ingatkan entri " Ketahui Maksud Di Sebalik Nama Anda" , tu entri yang terakhir untuk hari ni yang Wieya nak taip. Rupanya, dalam fikiran Wieya ni ada lagi entri yang wieya nak taip. ( eh ? Apa yang Wieya merapek ni ? banyak makan kerepek ke ?) 
entahlah .. Wieya tak makan kerepek pun hari ni .. KLIK SINI

Oklahhh ..kita teruskan dengan entri hari ini .. "Landasan Cinta" .. Wahh .. Sabtu 14.04.2012..tepat jam 10.00 malam.. biasalah ~ ada cerekarama ..biasanya cerekarama, yang sedih - sedih .. mengusik kalbu ..haha .. cerekarama kali ni , mengusik jiwa pulak .. Romantik Komedi .. Whoaaa... KLIK SINI

Sinopsis :

Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang agak hensem dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. 

Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang periang namun seringkali gagal dalam percintaan.

Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Kathy dan Taj. Kathy merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Kathy lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Kathy juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.

Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Kathy telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya?
Haha .. Memang besttt ! Siapa tak tengok , rugiii ~ Dan ! Wieya suka sangat dengan lakonan Shahrizal Jazle .. Semua watak yang dia lakonkan semuanya BEST !! haha .. Wieya pun teringin dan berangan - angan nak calon ehem2 seorang juruterbang .. ( Wahhh .. berangan jelaa.. ) Hm .. Shahz jazle memang nampak hensem bila pakai baju uniform juruterbang tuu ..
 Wahhh !! cair hati i , You all .... Rasa nak gugur jantung !! nak tengok  ?? haha ..
Nama Pelakon Cerekarama Drama " landasan Cinta"
- Shahrizal Jazle , Tasha Shila , Shah Iskandar , Fiza Elite , Lydiawati , Kismah Johar, Fendi Seman, Farid najib , Wan Shades , Liea Banks , Sharifah Sakinah , balkisyh khan


Siapa yang tengok Akasia : Atas nama cinta , pelakon dia kebanyakannya semua sama dalam  drama ni .. nak tengok promo drama ni ..





 
 credit to : Budiey.com / shuhada salleh


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Jom Ketahui Maksud Di Sebalik Nama Anda

Assalamualaikum ... Wah .. hari ini banyak entri yang Wieya taip. Kihkih .. Haa .. Mungkin ini adalah entri terakhir untuk hari ini .. hari lain, tulis entri lain pulak ..Oh ya ? Mesti ramai nak tahu tentang maksud di sebalik nama korang kan? 

Korang boleh ke NAMECRAZYARTZONE 
Kat sini, korang boleh masukkan nama korang dalam kotak seperti di bawah ni .. KLIK SINI

 Ok. siap ! itu aje .Senang kan?? Kat sini pun ,korang boleh tahu tentang nama - nama terlarang yang tak boleh diberi ! ..

credit : nameartzone



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sleeq feat Najwa Latif - Untuk dia

Wahhh .. sukanya ! sukanya ! hahaha .. Suka ape ? yeahh .. Pernah dengar tak lagu ni ?? najwa feat Sleeq ?? Memang best ! Rentaknya pun wow ! Bila najwa nyanyi lagu ni , rasa macam suara najwa lain sangat .. haha .. pitching tinggi weyhh ... jom dengar ..




Haaaa . ni pulak video pembikinan lagu ni .. jom tengok ni tau !



najwa Latif n Sleeq . I Love Your song .. Keep it up !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Shaheizy Sam & Yana Samsudin - Beginilah Caranya ( best ! )

Hai ! hai ! Hai ! Assalamualaikummm .... ( Jawab ! Jawab ! )

Tadi, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun ni .. haha .. Wieya selalu dengar lagu "Beginilah Caranya"dimainkan di Hot Fm . Memang Best sangat lagu ni .. Rasa terapung - apung di awangan ajee .. hikhik ..

First time dengar lagu ni , hatiku tertanya - tanya (siapakah gerangan yang menyanyikan lagu ini ? Sungguh merdu n lunak suaranya .  siapakah ? siapakah ? ) haha .. macam dialog drama la pulak kannn ... Selepas itu, Leya Hot Fm pun bagitahu la kepada para pendengar nya ..  "Ya, lagu yang dimainkan tadi adalah nyanyian Shaheizy Sam & Yana Samsudin " (Erkk ?Pandai - pandai je Wieya buat kesimpulan sendiri ? Lebih kurang macam tu laa .. ) Lagu ni lagu tema kepada filem Aku ada kau ada .

Dan , secara automatiknya .. Wieya telah jatuh cinta dengan lagu ini . Haha .. i'm falling in love . Kak Yana .. ! I love to hear your voice .. huhu .. ( speaking la pulak )

Eh ? Panjang lebar pulak Wieya merepek nih ... Mungkin ada yang belum denagr dan ada yang belum kenal dengan lagu "Beginilah caranya " ini .. Jom kita check it out ! Dengar ya semuaaa ..
Eh ? kejappp .. bila Shaheizy Sam nyanyi en ? Dengar , macam lain betul suara diaa ...


Nak dengar lagu nya ? SINI !



Tudiaaa .. dah dengar ka ? SUke ?? LIKe .. haha ..

credit to : Yana Samsudin

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

BEN ASHAARI TANYA 5 BLOG BEST PILIHAN SAYA ..








Assalamualaikum dan Selamat Hari Ahad Semua .  hehe .. tengah blogwalking kat blog orang tiba - tiba terjumpa pulak segmen yang Bro Ben Ashaari ada buat  .  Wieya join . jom join okey .. nak join ? sila klik pada gambar header blog Bro ben Ashaari okey ..

5 Blog Best Pilihan Saya ...

- Wieya suka buat road tour kat blog ni sebab banyak karya - karya menarik yang boleh Wieya baca .  Gadis ini baru sahaja memulakan bloggingnya pada tahun ini kerana didesak oleh rakannya yang amat kagum dengan bakatnya dan ideanya yag penuh dengan karya - karya sastera yang menarik !  Memang kebanyakannnya cerpen, dan semua cerpen itu menarik ! Biasalah .. cerpen moden . Siap ada gambar watak lagi .. Wataknya pun comel dan hemsem .. Jom ramai - ramai datang ke blog ni dan baca karya - karya beliau . Terbaikk !!

- Yeah .. baru aje tadi Wieya blogwalking kat blog ni ,  Sebab ..entri kat blog ni semuanya happy go lucky .. Hohoho .. Hampir seluruh blog Nisa , Wieya jelajah . Fuh ! Penat ni .. Ada video .  Hoho . Nisa Kay memang ada bakat jadi pengacara . And model ! nampak kamera, terus posing ! Cayalah kak Nisa !

- Blog anak kelahiran Sarawak . Doodles yang Wan buat semuanya comel - comel ! wahh !! nak satu , nak jugakkk !! .. Sebab .. Tutorial yang Wan buat, memang best ! terutama pasal fotografi .. Jomlah ke blog Wan . Merahhh gituu ~

- yeah ! Seorang blogger yang pandai bermain dengan freebies dan doodle. Sebab .. Bro Haffizzy Seorang yang dermawan suka menghadiahkan karyanya kepada followernya n beliau baru sahaja follow my blog ! owhh !!! Tutorial nya pun senang untuk digunapakaikan ..

Lyssa faizureen 

-Yeah !! Mesti dah kenal kan ? kan .. Blognya dikenali ramai dengan tutorial Vouge ! Hahah ..Sebab .. empunya blog yang pandai menaip dan meluahkan kata - kata yang pandai memikat hati pembaca termasuk Wieya . Wieya memang suka ke blog kak Lyssa . meriah !

sEKIAN ..  



 

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

CINTA .. I Will Piss You, But In A Sweet Way ... ( Tekan dan Baca Entri Ini )

Apa yang ingin aku ceritakan di sini taklah terlalu banyak . dan tiada perkara yang menarik tentang diriku. Aku ~


 Diriku ...
- Seorang kakak sulung " kak yong" yang menggalas tanggungjawab untuk membimbing adik - adiknya. mampu kah aku ? kakak yang garang. ya , aku memang garang dengan adik - adikku. Tapi, aku tak lah garang dengan orang lain.

- Seorang pelajar 17 tahun yang belum cukup umur 17 tahun lagi.

- Bakal menghadapi peperiksaan SPM dan itu sungguh membuatkan diri dan hidup aku rasa sempit. Bagai tiada ruang dan tidak cukup oksigen untuk aku terus bernafas.Ianya sedikit sebanyak membuatkan aku rasa tertekan.

- Seorang yang kecil lagi merendah diri. 

- Bakal menamatkan zaman persekolahan . Argghh !! Tak nak .. !

- Aku takut untuk bergerak seorang diri untuk melangkah jauh ke masa depan. Aku dapat merasakan yang aku tak mampu untuk hadapi semua ini .

- Aku keliru dan buntu dengan diri aku sendiri. Aku dah sesat dalam dunia angan - anganku. Bagaimana caranya untuk aku berpatah balik ke dunia realiti agar aku berjaya mencapai kejayaan di masa depan. 

Cinta ...
- Cinta .. kadang - kadang ia adalah sesuatu yang indah dan kemudian perlahan - lahan ia akan menyakitkan hati kita. Pengalaman pahit membuatkan aku tak terima sesiapa lagi dalam hatiku. Masih tertutup. Dan masih menunggu putera idaman datang menjemput aku untuk keluar dari dunia angan - anganku. Siapakah Putera itu ??

- Aku selesa dijadikan seorang kawan kepada seorang kawan. Cukup menyenangkan hatiku yang hampir Rapuh.

- Cuba untuk menjauhkan diri dari CINTA. Walaupun tidak cukup tanah untuk aku berlari di atas bumi ini . Aku akan terus berlari sekuat tenagaku.

- Aku selalu teringat akan ayat ni dan ianya sering bermain di mindaku saat aku melihat mana - mana lelaki. " Sayang tak Semestinya Memiliki"

- Ya ! Bak kata Liyana Jasmay, "Aku Tak Percaya Cinta"

- ouhh Ya ! I like to be single ! Tadi, tengah dok layan blog lain, terrrrrrmasuk pulak ke blog ni .. "Tentang Cinta" Terrrrr klik pulak kat tajuk " 6 Reason Why Sweet To Be Single " Wahh !! Tajuk diaaa .. apa yang penting aku suka "Jadi rakan yang baik" Ya . Seperti yang che' dah habaq tadi .. che' sukaq gila jadi sahabat yang baik kepada seorang sahabat. Tak adalah menyakitkan sangat kan ? kebanyakan masalah boleh berkongsi dengan depa . Depa bagi nasihat kat kita . Wahh ..



- Di samping itu, kita boleh luangkan masa dengan ibubapa di rumah. Tak adalah asyik nak pergi dating jee .. (wajib ke dating ? ) perlu ke ? haha .. kalau pasal cinta, memang che' boikot gila. bantah !

- You !! tak payah nak nangis- nangis pasal cinta. Perempuan je lebih - lebih nak nangis bila breaks ! Oppss ! ..
Ya . Che habaq ni semua sebab che dah lalui nya dan che' tak nak laluinya sekali lagi . 

- One More ! Boleh isi masa dengan keje part time .. masyuk banyak .. bukan keluar banyak okey ..

- Ya . kadang - kadang aku ni terlalu jiwang, ada pantun, sajak, puisi, cerpen dan novel tentang cinta yang aku hasilkan . namun, semua itu tak memantahkan semangat aku untuk berkarya sebagai seorang pelajar sastera .

- Yeah !  Tak perlu risau jika  cinta lelaki itu masih setia pada  kita ataupun tidak . Tak perlu nak ragu - ragu. Just, teruskan hidup kita .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 12 April 2012

Korang Ingat Lagi Tak Iklan Ni ??

Haiii ~
Assalamualaikum Semua .. Hikhik .. Suasana gembira dihiasi dengan hari - hari yang ceria...

Haa .. Kali ni , Wieya nak imbau semula kenangan lalu . Ada tak yang berminat ?? haha .. Ok. Korang masih ingat lagi tak pada sebuah iklan petronas yang dihasilkan oleh seorang anak seni .

Dulu, masa kecik - kecik , Wieya suka sangat tengok iklan ni, sampai sengih sorang - sorang ... MEMANG KELAKAR .. Dan ! Pada masa yang sama, iklan ni memberi suatu pengajaran yang amat bermakna yang boleh kita ambil dan manfaatkannya . Siapa yang tahu apa pengajaran di akhir cerita ini .. Haha .. cepat ! bagi tahu ..

Iklan ni ditayangkan pada tahun 1999 ... Iklan Boat Racing untuk hari merdeka. Wah ! Lama kan ? Berbeza dengan sekarang . Agakk - agak iklan ni diorang buat kat mana ehh ? Wieya rasa macam dekat empangan batu ulu yam je ? Kan ? kan ? ... nak tengok ?? Jommmmmm !



kelakar tak ? ?? hah ?? Alaaaa ~ gelak laaa ... Huahuahua .. hikhik ... Siapa yang tengok tu mesti senyum sorang - sorang kan ?? Aaa .. LIKE tau ... Muah !!


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Cerpen : Biar Sampai ke Bintang

Rauqah...
Fariz janji Fariz akan capai cita-cita Fariz.
Cita-cita kita berdua.
Fariz juga janji akan taat kepada kedua ibu bapa Fariz dan akan membalas jasa mereka suatu hari kelak. Itu janji Fariz. Kau takkan kulupakan ~

Imbas Kembali...

    “Fariz Iskandar Bin Faiz Azizi! Selagi awak tak ubah sikap awak yang teruk tu saya tak akan teragak-agak untuk buang awak dari sekolah ini. Awak jangan fikir kerana ibu bapa awak bercerai, awak boleh lepaskan tanggungjawab awak sebagai pelajar begitu sahaja.” Cikgu Amir bertegas. Kali ni Fariz tidak boleh diberi muka. Nanti semakin naik lemak pula sikapnya. “Awak dengar ya, tanggungjawab kita sebagai seorang anak tak akan pernah habis. Terutamanya mendoakan kebaikan ibu bapa kita dalam keadaan sihat sejahtera.” Sambungnya lagi namun Fariz hanya buat endah tak endah. Nasihat dan amaran Cikgu Amir bagaikan mencurahkan air ke daun keladi.
   
     “Fariz, awak dengar tak apa yang saya katakan tadi?” Kali ini nada suara Cikgu Amir agak sedikit rendah. Cuba dipujuk hatinya agar tidak terlalu marah kerana ikut akan hasutan syaitan.
   
     “Dengar, cikgu...” Hanya itu saja yang terucap dari bibir Fariz. Pandangannya dilemparkan ke arah luar bilik Cikgu Amir. Cikgu Amir betul-betul buntu dengan sikapnya. Sejak ibu bapanya bercerai tiga tahun yang lalu, prestasi akademiknya semakin merosot. Malah mendadak! Fariz, seorang pelajar yang pintar, peramah serta seorang atlet muda yang sering mewakili sekolah dalam acara olahraga kini menjadi seorang yang??? Entahlah... Apa yang difikirkan oleh anak muda itu sehingga kelakuannya menjadi teruk sebegini? Seringkali juga Cikgu Amir dan guru-guru lain ternampak Fariz bergaul dengan pelajar-pelajar yang tidak bermoral.
    
     Sejak hari itu, Fariz sudah pandai ponteng sekolah dan melawan kata guru. Di mana Fariz  yang dahulu? Pelbagai cara sudah dilakukan oleh Cikgu Amir dan guru-guru lain untuk membimbingnya supaya kembali ke pangkal jalan. Namun, usaha mereka sia-sia. Cikgu Amir mengeluh. Anak muda itu sudah dianggapnya sebagai anak sendiri suatu ketika dahulu dan kini sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membimbing anak itu supaya tidak tersasar jauh dari jalan benar. Cikgu Amir mengeluh lagi.
   
     “Baiklah. Ini perjanjian kita. Tahun ini ialah tahun penentu masa depan awak.  Jika awak berjaya mendapatkan keputusan yang  cemerlang dalam SPM, saya akan bersihkan rekod zaman ‘jahiliah’ awak itu. Sekarang pilihan berada di tangan awak, sama ada awak teruskan dengan sikap awak itu, digantung dan kemudian dibuang sekolah... ataupun ubah sikap awak ke arah yang lebih baik. Fikir baik-baik, jika rekod berhenti sekolah awak buruk, tak akan ada pekerjaan yang akan awak dapat! Bagaimana awak nak sara hidup awak nanti?” Cikgu Amir pandai bermain dengan kata-kata. Hatinya hanya mampu berdoa agar Fariz memilih pilihan yang kedua. “Baiklah, saya beri awak masa. Sementara saya keluar berjumpa dengan pengetua sekolah, saya mahu awak pertimbangkan cadangan ini. Saya akan kembali ke dalam bilik ini setengah jam dari sekarang.” Cikgu Amir mengambil beberapa fail dan dokumen kemudian melangkah keluar dari bilik itu dengan penuh harapan.
   
     Fariz masih berdiam diri. Masih memikirkan cadangan Cikgu Amir. Hatinya berbelah bahagi. Masih runsing dengan dirinya dan kehidupannnya. Mengapa pilihan seperti itu yang diberikan? Patutkah dia lari dari semua ini? Tidak! Kakinya terlalu penat untuk lari dari masalah yang sering melanda hidupnya. Kini, perubahan harus dilakukan agar kejayaan dapat dicapai.
     
    30 minit berlalu...
    
     Cikgu Amir melangkah masuk.
    
     “Jadi, bagaimana? Sudah pertimbangkannya?” Sekali lagi sunyi menyelubungi suasana. Fariz masih teragak-agak dengan keputusan yang dibuat.
     
    “Baiklah, cikgu. Saya sudah pun membuat keputusan. Saya akan cuba untuk berubah jadi lebih baik.” Fariz tunduk memandang lantai yang kosong. Sama seperti fikirannya, kosong.  Betulkah keputusan yang dia pilih ini?Cikgu Amir menarik nafas lega dalam hati. Ternyata doanya dimakbulkan. Cikgu Amir berlagak tenang. “Baiklah. Jika itu yang awak pilih saya akan bantu awak.”
   
     “Bantu saya bagaimana, cikgu?” soal Fariz.
     
    Cikgu Fariz tersenyum. Kemudian, dia keluar dari pejabat dan masuk semula dengan membawa seorang pelajar perempuan di sisinya. “Baiklah, Fariz. Saya perkenalkan, ini Rauqah, pelajar kelas Sains ICT. Rauqah akan bantu awak dalam akademik.”
     
    Siapa budak perempuan ni? Tak pernah nampak pun. Lagipun, kenapa Cikgu Amir pilih ‘perempuan’ untuk membimbing aku? Boleh ke dia ajar aku? Silap-silap, aku yang ajar dia. Oh, apa salahnya? Sekali-sekala boleh buli budak perempuan ni. Fariz bermonolog dalam hati.
     
    “Rauqah, jika awak ada masalah dengan Fariz, boleh beritahu saya,” ujar Cikgu Amir lalu menjeling sinis pada Fariz. Rauqah mengangguk tanda mengerti. “Fariz, jangan cuba nak buli dia. Rauqah ada tali pinggang hitam Taekwondo. Jadi, berhati-hati.” Sambung Cikgu Amir tetapi kali ini ditujukan kepada Fariz.
     
    Kelihatan Fariz sedikit terkejut namun disembunyikan perasaannya itu. “Macam mana cikgu tahu isi hati aku? Ah! Tali pinggang hitam ke? Oren ke? Merah jambu ke? Peduli apa aku?” Dia mengomel perlahan.
                                                     ***
    Pulang sahaja dari sekolah, Fariz diarahkan untuk terus ke kantin bagi memulakan sesi pembelajarannya. Sesampainya di kantin, mata Fariz melilau mencari seseorang. Dari jauh dia nampak ‘seseorang’ yang dicarinya, Rauqah. Kelihatan Rauqah menantinya di sebuah meja di sudut yang agak jauh dari pandangan orang lain. Langkahnya segera menuju ke arah Rauqah. “Ehem!” Perkataan itu saja yang dikeluarkan untuk menarik perhatian Rauqah. Lantas, Rauqah berpaling ke arahnya.
     
     “Ouh? Dah sampai. Duduklah,” ujar Rauqah lalu mengeluarkan buku teks dan nota sejarah sebagai bahan pembelajaran mereka. Fariz memilih untuk duduk di sebelah Rauqah. “Eh, kita bukan muhrim! Duduk depan saya!” Arahan Rauqah dipatuhi.
   
     Haish! Banyak songehlah perempuan ni. Fariz yang duduk bertentangan dengan Rauqah, hanya memandang gadis itu dengan pandangan kosong. “Fariz... saya tahu semua tentang awak daripada Cikgu Amir. Jangan risau, i’ll make this secret safe. Sekarang saya nak tahu, kenapa sikap awak berubah mendadak? Mana Fariz yang dahulu?” Soalan yang diajukan oleh Rauqah sedikit sebanyak memukul hatinya. Lidahnya kelu tak terkata. Namun,  hatinya memujuk agar berterus-terang dengan gadis itu
    
     “A... Aku... sendiri pun tak tahu. Fikiran aku buntu. Aku sendiri pun tak dapat nak temui jalan penyelesaian kepada masalah aku ni. Selepas ibu bapa aku bercerai, hidup aku terasa kosong. Aku sunyi. Walaupun aku ada di rumah, ayah aku tiada di sisi. Ibu aku bekerja sebagai pembantu kedai hingga ke lewat malam. Apa yang aku fikir, aku ada kawan-kawan yang faham dengan perasaan aku dan boleh buat aku gembira.” Panjang lebar jawapan dari Fariz. Sebuah jawapan  yang ikhlas.
   
     “Betulkah apa yang kau fikir itu satu tindakan yang betul? Pada aku, kau berkawan dengan budak-budak yang terlibat dalam aktiviti yang tak berfaedah.  Kau ponteng sekolah, merokok, tak ingat nak balik rumah... tak fikir fasal ibu kau yang bekerja keras untuk kau bersekolah. Itu yang kau kata boleh buat kau gembira? Kata pelajar terbaik sekolah, takkan tak reti nak bezakan yang baik dan yang buruk?” Wow! Bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada Fariz. Menusuk ke dalam jiwa pula tu. Fariz benar-benar terasa terpukul. Fikirannya semakin berserabut. Kerisauan yang terpancar  di wajah Fariz membuatkan Rauqah diselubungi rasa bersalah. Alamak, Fariz berkecil hati ke?
     
     “Err, maafkan aku. Aku terlalu emosional. Umm, apa cita-cita kau dari dulu ya?” Soalan itu diajukan untuk mengubah topik dan tidak mahu membuat Fariz berasa lebih tertekan. Fariz berminat dengan soalan yang diajukan. Riak muka gembira kembali terpancar di wajahnya.
     
      “Menarik betul soalan kau. Dah lama reporter  tak tanya aku soalan ni. Okey, dari dulu cita-cita aku tinggi. Setinggi awan di langit. Menjadi seorang juruterbang ialah cita-cita aku. Aku nak lihat pemandangan dari atas langit. Mesti menarik. Kau pula?”
     
    Rauqah terkejut. Aikk? Kenapa tanya aku pula? Ah, jawab ajela!
    
     “Err... memandangkan aku ambil Sains ICT, aku berangan nak jadi  photographer.  Aku suka kumpul gambar kerana adanya gambar... aku boleh ingat kenangan lalu. Di setiap gambar ada memori terindah. Eh, kalau kau dah jadi juruterbang nanti, bolehlah bawa aku, kan? Dapat aku tangkap gambar  pemandangan dari atas awan. Waktu malam pula, aku boleh tangkap gambar bintang yang berkelipan. Wah, seronoknya!” ujar Rauqah. Fariz hanya memandang gembira. Entah mengapa sejak dia bertemu dengan gadis ini, dia tekad ingin mengubah nasibnya sekaligus ingin mengenali gadis ini dengan lebih dekat lagi.
                                             
                                                               ***
     Pertemuan antara Fariz dan Rauqah sejak hari itu membuatkan mereka menjadi rakan baik. Rauqah bersungguh-sungguh mahu membantu Fariz. Fariz pula berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Hanya tinggal tiga minggu sebelum peperiksaan SPM menjelang. Debaran semakin terasa.
   
     Fariz kini sudah berubah menjadi baik. Pertemuannya dengan Rauqah juga telah menyebabkan berputiknya rasa sayang terhadap gadis itu. Rasanya lebih daripada seorang rakan. Ingin diluahkan rasa hatinya tetapi takut menganggu konsentrasi gadis itu. Takut cintanya ditolak pun, iya juga. Akhirnya keputusan dibuat. Sesi luahan hati akan dibuat selepas SPM. Ya, itulah yang terbaik!

     Seminggu sebelum SPM...
    
     “Fariz! Maaf, aku tak dapat nak study dengan kau hari ini. Aku ada hal sikit. Kita tangguhkannya lain kali ya?” beritahu Rauqah. Fariz mengangguk tanda faham.  Rauqah kelihatan tergesa-gesa meluru keluar dari kawasan sekolah. Fariz teringat sesuatu. Dia ingin Rauqah menemaninya keluar pada hari esok untuk membeli hadiah buat ibunya. Segera Fariz berlari mendapatkan Rauqah. Tiba-tiba... kedengaran bunyi hon yang amat kuat diiringi dengan bunyi jeritan nyaring.
     
     “Rauqah!!!”
      
    Fariz berlari mendapatkan Rauqah yang terbaring di atas jalan raya. Tubuh gadis itu terbujur kaku tidak bergerak. Darah mengalir deras dari kepala Rauqah akibat hentakan yang kuat. Terdapat sebuah kereta berdekatan dengan Rauqah. Kereta itulah yang menyebabkan Rauqah tidak bernyawa lagi. Pemandu kereta tersebut keluar dan tubuhnya menggigil lemah.
   
     Air mata Fariz berlinangan di kelopak mata. Tak mampu ditahan lagi. Akhirnya jatuh membasahi pipi. “Rauqah... bangunlah. Aku baru nak ajak kau jumpa dengan ibu mertua.” Hanya itu yang mampu diucapkan untuk menenangkan hatinya sendiri. Air matanya masih mengalir deras. “Rauqah... bangunlah. Jangan tinggalkan aku. Siapa nak sokong aku ambil SPM nanti. Kau kata nak berjaya bersama? Aku nak bawa kau naik kapal terbang dan tangkap pemandangan dari atas langit. Kau suka semua tu, bukan?” Perasaannya tak mampu ditahan lagi. Fariz menangis teresak-esak. Tubuhnya lemah untuk menghadapi semua ini. Rauqah sudah tak bernyawa lagi. Tiba-tiba, Fariz terlihat sehelai kertas yang berada di genggaman Rauqah. Dibuka dan dibacanya satu-persatu ayat yang ada di dalamnya.
     
    Aku gembira Fariz sudah berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Aku sendiri pun tidak menyangka akan perubahan ini. Begitu drastik buatku. Fariz juga semakin taat kepada agama dan ibu bapanya. Aku teringin mahu memberi hadiah kepadanya. Tapi apa ya? Aku harap sikap Fariz sekarang ini akan berkekalan buat selamanya.
   
     Tingginya harapan kau pada aku Rauqah. Setinggi awan di langit. Fariz mula memasang tekad di dalam hati. Ya, aku akan capai impian aku dan juga impian Rauqah! Biarlah impian ini sampai ke bintang. Itu janji aku...

 Note : Wahh ! Siap juga cerpen ni . Seminggu hari seminggu malam nak cari idea. Mencari ilham di bawah kerlipan bintang yang terang , mencari ilham sambil dengar radio HOTFM dan tiba - tiba lagu Asmidar dan kemudian tercetusnya Cerpen : Biar Sampai Ke bintang. Cerpen ni memang agak panjang pada mulanya, namun telah diperbetulkan tang mana yang tak betul tuu ~ Jutaan terima kasih dan rasa sayang kepada Kak Ira ( Dunia Filantropi Nira Karmila ) yang berusaha membantu Wieya untuk siapkan cerpen ni.Apa pendapat semua ya tentang cerpen ini ? Hm ~ agak - agak kalau Asmidar baca cerpen ni apa pendapat Asmidar ye . ? Wieya memang suka sangat lagu Asmidar tuuuu ...

 - Ku selitkan sekeping gambar sebagai tanda ingatan ku kepadanya. -
     

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...