Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 30 March 2012

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Gaya Rambut

Ehem .. Ehem .. Assalamualaikum Semua .. Hihi .. rajin pulakk Wieya buat entri banyak - banyak hari ni .. Tadi dah buat entri pasal "kain Tertanggal Semasa Solat ??" .. Bacalah ~ 
Maybe boleh menambahkan ilmu korang ke ??

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Gaya Rambut .

Belah Tepi



- Belah Tepi ? Mesti korang fikir fasal .. " Nerd " .. "Skema" .. Haha .. Tapi, hensem ape .. kalau pandai digayakan . Personaliti lelaki yang suka menyikat rambutnya belah tepi adalah Tegas , Peribadinya Keras dan kadang -kadang susah untu kita jangkakan .

Botak


- Botak ? Ouh Tidakkk ~
Ini bukan BOTAk dalam Drama JUVANA tuu ..  hihi ..  Lelaki yang berimej botak merasakan mereka  kelihatan seksi. Hah ? Yekew .. ? ( bagi Wieya .. memang TAK laa ~ ) personaliti ini pun lebih kurang sama .. karakternya kuat dan sukar difahami .

Standart


 - Lelaki yang mempunyai gaya rambut seperti ini .. dia menyukai sesuatu yang berkaitan dengan alam semulajadi.

Belah Tengah 


- Belah Tengah ? haha .. terfikir lagi gaya ni tergolong dalam golongan yang "KESIAN" .. Orang akan pandang dia .. "Nerd" .. "Skema" .. Hoho .. Mereka mempunyai  gaya rambut ni kurang percaya pada diri sendiri .. Pemalu . Boleh dipercayai .. AND .. Mempunyai impian yang tinggi menggunung .. 

Rambut Bahagian Depan Jatuh Ke Depan


- haish .. Wieya pernah tengok Lelaki yang gaya rambutnya seperti ni .. hoho .. kebanyakannya  handsome jugak la .. ( Gataii ) . Mereka ini peribadinya Rasional .. dan adakalanya keliru dengan diri sendiri . 

Menyikat ke Belakang


- Wow ! lelaki yang menyikat rambutnya ke belakang ?? Macam orang dulu - dulu la pulak ..  Si dia seorang yang keras hati namun lebih suka merendah diri dengan orang - orang yang rapat dan dekat dengannnya.

Mohawak



- Style rambut Mohawk ada macam- macam jenis kan ? Ikut kesesuaian ..Lelaki seperti ini selalunya suka mencari perhatian dan inginkan perhatian . Jenis yang tidak suka memilih kawan dan sukla berterus terang .

Note : bagi Wieya hanya anggapan Saja . 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Kain Tertanggal Semasa Solat ??

Assalamualaikum .. !! 

Weee .. Haha .. Agak Huduh( hodoh ) sikit ye tajuk dekat atas tu .. hakhak .. Tak dapat nak bayangkan bukan ? Mesti perkara ni pernah terjadi kepada you all kan ?? ( senyum )  Tak kiralah Lelaki atau perempuan .. 
Haha .. Tengah khusyuk solat .. Tiba - tiba, boleh pulak kain tertanggal ~ 

Arrgghhhh !!

 
 " Apa nak buat ?! Apa nak buat ?! "

Mesti you all fikir macam tu kan .. haha .. ( macam ada pengalaman je .. )

Alamak ~
Mesti panik .. Risau, tak tahu nak buat ape ? Lagi - lahi kalau tengah solat berjemaah .. haha .. ( orang nampak ! ) .. Nasihat Wieya .. jangan risau , jangan panik .. Wieya dah pun tanyakan soalan ni pada Ustazah yang mengajar subjek Tasawwur di sekolah Wieya .. dan beliau pun sudah beri jawapannya..

"Contoh la .. kalau kain tertanggal semasa berdiri .. beri salam ke kanan dan ke kiri .. betulkan kain yang tertanggal tu .. betulkan posisi semula dan sambuung solat di mana kita berhenti tadi "

Haaa .. macam mana ? selesai sudah  ilmu agama kita pada hari ini .. hikhik .. sekian . Wassalam ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 29 March 2012

Perlu Ke Kita Jawab Panggilan Ibu Bapa Semasa Kita Sedang Solat ??

Yuuuuhuuuu ~ Assalamualaikum ... Ya Habibi Ya Maulana ~
Hehe ... Rindu pada Wieya tak .. dah lama tak update blog .. Well ~
Laptop ada problem beberapa hari ni .. Itu yang tak dapat nak update blog tuu ~

Okey . Okey . Ni Wieya nak kongsikan ilmu pengetahuan agama buat semua yang ingin mengetahuinya. Minggu lepas , Kawan Wieya ada tanya soalan pada ustazah yang mengajar subjek Tasawwur di kelas kami ..begini soalannya.

"Ustazah .. saya nak tanya, perlu ke kita  jawab panggilan ibu atau bapa kita yang memanggil kita semasa kita tengah  khusyuk bersembahyang  ??  "

Dan selepas itu,  ustazah kami pun menjawab soalan yang diajukan itu ..

"Tidak .. Teruskan solat kerana beribadah dengan Allah adalah lebih penting dan wajib kita tunaikan. Selepas solat, barulah kita jawab panggilan ibu atau bapa kita itu atau meminta maaf pada mereka.

Haa ... mesti perkara ni pernah terjadi pada you all kan ? kan ? Haha .. Dah tahu dah .. dan sekarang .. soalan telah terjawab. Wieya hanya kongsikan ilmu yang ustazah kami beritahu ..

huhu .. okeylah .. habis sudah . kalau ada ilmu lagi , Wieya tak akan lupa kongsikan dengan semua .. Assalamualaikum ..
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 20 March 2012

Segmen : Jika Aku Pelakon Popular

hai ~ dan Assalamualaikum Semua .. Hooho ~ 
 Di sini Wieya nak menjemput semua join segmen yang dianjurkan oleh Mak Dara a.k.a Adza Irdawati.

Wieya tahu segmen ni pun melalui Blog  E'Raz Fadli .
And Then terus terjah ke Blog Mak Dara.
Apa- apa segmen yang Mak Dara anjurkan, mesti BEST ! Ada udang di sebalik mee ke Mak Dara anjurkan segmen ni? Hihi .. Kot-kot la nak cari pelakon baru en .. ( gurau aje ) Kalau ada sesiapa nak join, boleh KLIK pada header Mak Dara dan gambar di bawah.




                      Cantik dan Hensem adik Mak Dara ni .. Macam Mak Dara jugak .. hihi

Jika Aku Pelakon Popular ....

= Nama Glamour Anda Dalam Dunia Perfileman : 
* Dhia Adawiyah

= Genre Filem Yang Anda Mahu Lakonkan : 
* Ehem - ehem .. errr ?? Apa ek .. Haha .. Teringin nak lakonkan dalam genre Cinta, seram .. haha .. romantik komedi pun boleh juga ..

= Watak Yang Di idamkan ...
* Watak Yang diidamkan ye ? Ok .. Watak seorang remaja perempuan yang bersederhana, periang dan peramah serta romantik .. UUuuu .. banyaknyerr ???

= Siapakah yang anda mahu jadi hero atau heroin untuk berlakon di samping anda dalam filem tu ?
* Fuhhh !! Kes berat ni .. susahhhhh nak pilih ..er ? Apa yang terlintas di fikiran Wieya sekarang ... er ... ? 
Shaheizy Sam ke ?



Syafie Naswip ke ?? Beto kusyairy ke ?? 


Nak pilih banyak - banyak , tak boleh pulak .. err .. senang cerita ~

Aeril Zafrel lah ~..



 Ok, done .  Fuh ! Penat perah otak . hihi .. jom join ramai - ramai. Bnye , nak g study ...
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 19 March 2012

Al Fatihah - Moga Kau Tenang Di Sana ...

   Hari ini ,  SMK Syed Mashor dikejutkan dengan berita kehilangan seorang insan. Apa yang Wieya tahu, Nama pelaajar tersebut,  Danish, berumur 16 tahun, seorang pelajar yang cerdik ( 4 sains ) , keturunan cina, beragama islam.

AL  FATIHAH ~

    Arwah ke sekolah dengan menaiki basikal. Dari rumah arwah .. Batu 30 ( ulu yam ) ke Batang kali.. rasanya agak jauh jarak dari rumah ke sekolah. Tiba-tiba ,  hari ini guru - guru dan pelajar dikejutkan dengan berita tersebut. Agak terkejut juga.Excident dilanggar oleh kereta ketika berbasikal ke sekolah. Kejadian langgar lari. Kemudian, dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

    Wieya juga tak sangka, rakan sekelas Wieya ( Yang suka buli Wieya ) , ada menolong arwah selepas kejadian berlaku. Arwah merupakan jiran kepada kawan Wieya tu. Kawan Wieya tu pun ada cerita tentang kejadian tu pada cikgu. nak tahu cikgu kata apa?

"Awak tak rasa ke awak insan terpilih. Ditakdirkan untuk menolong arwah pada saat akhir ? " ( lebih kurang macam ni laa )

Kami satu kelas hanya mendengar apa yang cikgu kata. Kalau difikirkan semula, Ada benarnya juga kata cikgu tu. Mungkin Allah ingin beri petunjuk kepada kawan Wieya tu dan juga orang lain untuk berubah? Selalu beringat kepadanya. Daripada - NYA kita datang, Dan kepada - NYA jua lah kita kembali.


    Walaupun Wieya tak kenal arwah, impaknya tetap terasa.


P/s : Kepada orang yang telah melanggar arwah, dan melarikan diri begitu sahaja tanpa berikan apa-apa pertolongan .. ingatlah .. hidup anda tak akan tenang. Selesaikan apa yang sudah anda mulakan.

AL FATIHAH ~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 2 (2)


    Lama Ain dan Sofia bertungkus lumus menyiapkan kerja masing-masing. Tanpa disedari, jarum jam sudah berganjak pukul 9 malam.
   
     “Ain , dah pukul 9 lah. Pukul berapa kita nak balik ni? Kau janji dengan abang kau nak balik pukul 9, bukan?” Sofia mengingatkan Ain. Mungkin Ain terlupa.
    
     “Eh? A’ahlah . Melepas coklat cadburry aku nanti. Jomlah tutup kedai. Puan Mei ada bagi kunci kedai pada kau kan?” Ain bertanya. Ingin memastikan. Sofia mengangguk.
    
     Lantas mereka mengemaskini kerja yang masih tidak disiapkan. Segala suis elektrik ditutup. Untuk mengelakkan berlakunya pembaziran elektrik dan untuk mengelakkan suis terbakar. Jika suis terbakar, besar kemungkinan kedai juga akan terbakar ! Jadi, ikutlah langkah keselamatan berjaga-jaga.
     
    Apabila semua pintu sudah dikunci, Ain dan Sofia berasa lega. Dapat menarik nafas panjang-panjang. Segala oksigen pada waktu malam disedutnya dan dihembus dengan sekuat-kuatnya. Lega waktu kerja sudah berakhir walaupun ada lagi yang tak sempat mereka siapkan. Selepas Zaquan berlalu dari kedai itu, semakin ramai yang datang menghantar kain baju untuk dibasuh. Seperti Zaquan membawa  nasib baik. Namun, semua itu pantas ditepis oleh Ain, hanya Tuhan saja yang mampu beri rezeki kepada umatnya.
    
     Selesai semua, Sofia meminta diri untuk pulang dahulu. Sofia pulang dengan menaiki basikal. Sebelum berlalu pergi, sempat lagi Sofia menjerit ke arah Ain.
   
     “Untunglahh ~ Pakwe datang jemput ..”
    
     Ain hanya tersenyum. Dia menunjukkan buku limanya ke arah Sofia. Setelah Sofia berlalu dari situ, Ain hanya duduk di hadapan kedai dobi itu. Lampu hadapan kedai dobi itu masih menyinari keadaan, Menunggu Amir datang untuk menjemputnya.
     
    Sepuluh minit berlalu. Amir datang dengan motosilal  Yamaha 125ZR nya. Handsome  juga abang aku ni, tak ada makwe yang terpikat ke? Hatinya berbisik. Ain berjalan perlahan-lahan ke arah Amir.
       
    Amir membuat riak muka seperti menghidu sesuatu.  “Abang ada bau pelembut pakaian Downy  lah. Serbuk pencuci Daia pun ada juga.” Amir mengusik.  Ain memandang sinis. “ Abang bergurau ajalah. Jom naik. Jom balik.”
     
    Ain naik dengan berhati-hati. Dia mula menyarungkan topi keledar. Tiiba-tba dia teringat sesuatu. “Eh, Abang. Coklat Adik ada beli tak?”

    Amir terkejut. “Alamak ! Abang .. lupalah..” Mendengar jawapan yang menghampakan hati, Ain memuncungkan bibirnya. Tidak berpuas hati. Orang dah cakap awal-awal dah tadi. Bukan nak ingat. Cepuk nanti !

    Namun, Amir tersenyum kembali. “Ada. Dalam beg abang ni.” Sekelip mata, Ain senyum meleret sampai ke telinga.

    “Eh? Tak cair ke? Tak busuk ke abang letak dalam beg abang tu? Bukan ke beg abang tu tak pernah nak basuh? Sampai hati abang biarkan coklat Ain dalam beg busuk abang tu?” Sekali lagi Ain berpura-pura merajuk.

    “Ala.. Adik kan dah kerja dobi sekarang. Basuh ajalah beg abang.. esok abang bagi. Boleh? Tapi, abang nak free ..”

    Ain mencekak pinggang. “Amboi ... nak free aje ..

                                                                     ***
Sesampainya di rumah...

    “Ain, hows your first day?” soal ibunya. Ayahnya  yang duduk bersebelahan ibunya hanya menonton televisyen.
     
    Senyuman diberikan kepada ibu tercinta. “ Ok aje .. no problem. Cuma letih sikit. Ibu, Ain naik atas dulu. Nak berehat.”Ain naik ke tingkat atas, masuk ke dalam biliknya. Tudungnya ditanggalkan dan disangkut di belakang pintu blik, manakala Beg sandangnya ditanggal lalu diletakkan di penjuru katil. Dia menarik nafas dan menghembus segala keletihan. Letihnya ...
    
       Ain memandang sayu ke arah katilnya. “Assalamualaikum katil empukku. Aku rindu padamu ~” Ain berbicara jiwang kepada katilnya lalu menghempaskan diri ke atas katil yang empuk itu. Ahhh ~ lembutnya .. Hampir saja Ain mahu melelapkan matanya, tiba-tiba dia teringat sesuatu yang membuatkan dia tak jadi tidur.
   
     “Mana dia tahu nama aku ea ?” soal hatinya. Dahinya berkerut memikirkan seribu jawapan. Namun, masih belum terungkai. “Eh? Tapi kan.. dia puji tulisan aku cantik la ..” Ain tersenyum-senyum. Senyuman Ain terhenti. Ain bagaikan tersedar dari lamunannya.  Oh please Ain ! please , please , please .. jangan nak perasan lebih la, nanti hati kau juga yang merana..” pujuk hatinya.

    Ain masih termenung. Tiba-tiba seseorang menyergahnya dari belakang. Ain terkejut serta-merta.

    “Haa ! Lu buat ape beb? Termenung je .. nak abang rock nyanyikan satu lagu?
Keunggulan cinta ~ dari sinar mata ..
Yang bergelora ~ hati, di taman berbunga ~
Satu impian ~ satu harapan ~ sudah pasti, ada jawapannya .. satu rahsia ~
BumiPutra Rokers Beb. Ha ! Sudah – sudah, dah terlebih sedap suara abang yang rock ini ...” Amir membangga diri sambil mengusap- usap lehernya.

    Ain memandang Amir dengan muka ... “ Eeeiiuu ~ kenapa dengan abang ni?  Happy semacam aje?”

    Amir pelik. “Kenapa tanya abang? Patutnya, abang yang harus tanya Adik. Ok, abang mulakan pertanyaan abang yang memang abang menyampah nak tanya. Kenapa ni? Masam je muka tu, macam kambing je abang tengok?” Amir bertanya.
   
     Ain tergelak. “Abang ni ...kenapa pula kata muka Adik macam kambing?” Satu tamparan mendarat di bahu Amir.

    “Adik ! Sakitlah . Berbisa betul lah tamparan adik .. aduhh ..” Amir mengusap – usap bahunya yang sakit ditampar oleh Ain. Lantas segera Ain mengeluarkan sesuatu dari begnya.

     “Rilex bro ... Jom makan coklat cadburry ...” Ain bercakap lagak gaya rock sambil sambil menghulurkan sekeping coklat Cadburry yang dibeli oleh Amir. Amir menyambutnya dengan hati yang gembira dan ingin berlalu dari bilik Ain.

    “Ehhh ? nak bawa ke mana Coklat Ain tu?” soal Ain.

    “La ? Ni bukan penghargaan untuk abang ke ?” soal Amir kembali sambil menunjukkan coklat yang diberi oleh Ain.

    Ain bercekak pinggang. “Amboi .. buruk siku nampak ~ dah bagi orang, nak ambil balik yea ...” Lantas Amir kembali semula kepada Ain. Memberikan semula Coklat cadburry tersebut dengan tangan yang  sengaja dibuat terketar-ketar. Ain juga menyambutnya dengan cara yang sama.  Setelah itu, Ain mengoyak kertas plastik yang membaluti Coklat Cadburry tersebut. Coklat  itu dipatahkan dua, dan sebelah lagi diberikan kepada Amir. “Eh? Tu Adik punya kan? Kenapa bagi Abang?”

    Tangan Ain masih menghulurkan Coklat Cadburry tersebut kepada Amir. Amir masih tidak menyambutnya. “Ambil lah Abang. Cair nanti. Ain nak tidur pula lepas ni. Ambil cepat dan makan. Kalau tak nak, Ain ambil balik. Nak ke tak nak ni ?” Tegas Ain. Ain memang jenis yang tidak berkira walaupun dengan ahli keluarganya. Sejak dari kecil, Ain sudah dididik oleh ibu dan bapanya untuk belajar berkongsi. Pelbagai manfaat dan pahala yang akan kita dapat dengan berkongsi sesuatu dengan orang lain. Amir menyambut Coklat Cadburry tu dengan rasa rendah diri. Senyuman terukir di wajahnya.

    “Eleh.. Adik tahu, Abang nak Coklat ni kan? Adik dah nampak, meleleh-leleh air liur Abang tengok Coklat Adik yang lazat ni ..” Gurau Ain.

    Amir masih cuba untuk cover senyumnya. Apa yang dikatakan oleh Ain, benar. Tapi? Mana ada sampai meleleh-leleh air liur? Itu memang bohong. “Terima kasih .. Oklah, Abang balik bilik dulu. Lepas makan tu jangan lupa basuh tangan, nanti semut pulak makan tangan adik tu.” lantas Ain membaling bantal ke arah Amir, dan dengan sepantas kilat juga Amir mengelak balingan Ain itu dengan menutup pintu bilik Ain.

                                                                ***

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 15 March 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 2 (1)

                                                                ***
    Siang sudah berganti malam. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Ain melangkah masuk ke dapur dengan perasaan yang berdebar-debar. Matanya melilau mencari ibunya. Dan kelihatan ibunya sedang mencuci pinggan. Sedang Ain melihat ibunya dari belakang, ibunya berpaling. 
    “Ha Adik, bagus lah Adik ada di sini. Ibu nak minta tolong. Tolong ibu memasak boleh? Ibu tidak cukup tangan lah. Adik tolong ibu potong bahan-bahan untuk memasak ya?” arah ibunya. Ain hanya menuruti tanpa berkata apa-apa.

    Ain hanya diam membisu semasa memotong bahan-bahan tersebut. Puan Azizah dapat merasai perubahan kelakuan anaknya lantas memandang ke arah Ain dan berkata. “Adik mahu cakap sesuatu pada ibu kah?”. Ain tersentak. Bagaimana ibu boleh tahu?
     
    Ain berpaling ke arah ibunya. “Macam mana ibu boleh tahu?” soal Ain. Namun, Puan Azizah hanya tersenyum. “Err..sebenarnya  Adik hendak minta izin dari ibu untuk kerja part time , boleh? Lagipun, duduk di rumah Adik hanya tidur saja. Sekali-sekala Adik hendak juga mencari pengalaman”.
    
     Puan Azizah agak sedikit terkejut dengan permintaan anak gadisnya itu. Namun disembunyikannya. “Kerja part time ? Kerja apa? Di rumah ini terlalu banyak kerja sampai tak terbuat.” soal Puan Azizah.
   
     Ain diam seketika. Sudah dapat mengagak. Ibu mesti tidak izinkan. “Err.. kerja biasa-biasa saja. Kerja di kedai dobi.” Ujar Ain.
    
     “Kedai dobi? Di mana?”soal Puan Azizah lagi.
    
     “Ibu, di sini hanya ada satu saja kedai dobi. Mana ada yang lain? Kedai Dobi Wash lah.” Jelas Ain. Kini, tiba Puan Azizah pula berdiam diri. Mungkin sedang memikirkan tentang permintaan Ain itu agaknya?
    
     “Hm..Boleh. Tapi kerja sebagai part time saja. Make sure jangan balik lewat.” Puan Azizah akhirnya bersetuju. Tersenyum lebar Ain dibuatnya. Hati Ain berdebar-debar gembira. Terus dipeluk dan dicium ibu yang disayangnya itu.“ Sayang Ibu!”
    
     Sedang Ain khusyuk memeluk Puan Azizah,tiba-tiba satu suara menegur mereka. “Aihh..leka sangat berpeluk sampai tak nampak abang dekat sini.” Soal Amir sambil menyandarkan dirinya di dinding. “ Abang pun nak jugak...” ujar Amir manja lalu mendekati dua beranak itu. Teringin juga mahu dipeluk bersama.
     
    “Alah. Menyibuk saja abang ini. Hehe.. Adik sudah dapat kebenaran dari ibu!” kata Ain sambil melompat riang.
     
     Amir hairan. “ Kebenaran apa?”
    
     Ain tersenyum lebar sambil menunjukkan barisan giginya yang putih dan berlalu dari situ. Tidak habis lagi gembiranya. Amir mengatur langkah berjalan perlahan – lahan ke arah Puan Azizah. “ Kenapa dengan Adik, ibu?”
     
    Puan Azizah juga hanya tersenyum. “Hm.. dapat kebenaran hendak kerja sambilan...”. Lantas Amir terkejut. 
    
    “ Ibu bagi Adik kerja sambilan?” soal Amir.
     
    “Ibu. Bahayalah kalau bagi dia kerja. Nanti kalau jadi apa-apa bagaimana? Amir ada seorang je adik, bu...” soal Amir, risau akan keselamatan Ain.
     
    “Hm.. Kalau Amir risau sangat. Pergilah berbincang dengan Adik. Kerja ibu dah selesai. Ibu hanya bagi kebenaran saja.” Sepantas kilat melangkah menuju ke arah adiknya. 

    “Adik..” Amir memanggil. Ain segera menoleh ke arah Amir.
     
    “Apa dia?” soal Ain hairan.
     
    Terpancar di wajah Amir, kerisauan seorang abang terhadap adiknya. “Adik tak payah kerjalah ya?” beritahu Amir.
   
     “ Ala.. abang ni .. Ibu dah beri izin. Tapi abang pula yang tidak bagi ini , kenapa?” Ain mengeluh.
    
     “Abang risau! Adik pergi balik ke tempat kerja berseorangan. Bahayalah ! Nanti kalau jadi apa-apa? Satu keluarga risau.” Jelas Amir.
     
    Ain diam seketika. Memikirkan cara untuk memujuk abangnya pula. Macam mana ni? “Kalau begitu, abang tolong hantar dan jemput Adik. Boleh? jadi driver .. Haha ..”
     
    Kini giliran Amir pula berdiam diri. Agaknya memikirkan pendapat yang telah diberikan oleh Ain. “OK! Abang tiada masalah.

                                         ***
    “Weyh, Aku nak tanya ni. Kenapa korang semua panggil bos kita tu ‘Kam’ hah? Apa nama sebenar dia? Dah tak ada nama lain ke?” Pertanyaan Iskandar itu diajukan kepada rakan –rakannya yang sedang melepak. Di jari masing–masing terdapat sebatang rokok yang bernyala apinya.
    
      Adam Faiz tersenyum. “Sebab ... nama penuh dia Kambing! Ahahaha!” Adam sengaja mengusik Iskandar dengan memberikan jawapan begitu. Rakan – rakan yang lain juga turut tergelak kecuali Iskandar. Dengan muka serius seperti leader , Iskandar menegaskan dia tidak main-main dengan pertanyaannya itu.
    
     “Aku tak main-main lah..”
   
     Semua berhenti ketawa sejurus melihat riak wajah Iskandar yang begitu serius. “Is, bila kau buat muka serius macam tu kan , aku teringat pada atuk aku. Muka kau sebiji macam dia bila atuk aku cuba tahan gelak tau. Kononnya tak nak gelak bila cucu-cucu dia buat lawak bodoh.”Fadhli bergurau. Iskandar menyerah. Dia tidak dapat menahan gelaknya dan terus tertawa hingga tersembur air liurnya. Eeeiiuuu ....
     
    “Okay, okay. Aku story ... actually, Kam tu india masuk islam. Biasa, india muslim kan orang panggil ‘mamak’.. tapi, budak-budak senior yang kerja dengan Kam dulu pandai-pandai terbalikkan perkataan ‘mamak’ tu jadi ‘Kamam’ . Aku pun tak tahu ‘Kamam’ tu apa? So, terus jadi nama singkatan ‘Kam’ ...” begitulah penjelasan tentang bos mereka yang telah dijelaskan oleh Adam. Singkat dan terperinci.
     
    Fadhli masih membisu. Fikirannya masih memikirkan sesuatu. “Tapi, selama aku bekerja dengan Kam, Kam tak pernah jerit-jerit atau tengking-tengking pada aku walaupun aku buat salah. Dulu, aku pernah kerja sambilan dengan syarikat cuci kereta. Dapat pulak bos yang sombong sangat-sangat. Kadang-kadang bangga diri. Padahal, bos syarikat cuci kereta je. Belum lagi syarikat berlian permata. Hari pertama ok lagi, bila hari kedua naik menyampah pulak aku tengok dia marah pekerja lain. Time hari ketiga tu aku tak sengaja datang lambat, belum sempat aku bagi explaination, dia pun datang marah-marah, tengking-tengking aku  , bla... bla.. bla.. aku pun , terus berhenti lah. Tak nak aku kerja dengan dia. Bagi aku, Kam memang bos terbaik yang pernah aku jumpa. Bertimbang rasa dengan pekerjanya.”
     
    Iskandar mengganguk tanda faham. “Eh? Dah lama ke korang buat kerja ni? Mak bapak korang tak marah ke? Kan SPM tahun  ni?” Soal Iskandar lagi.

    “Entah? Mak bapak aku buat tak tahu aje. Aku pun buat tak tahu. Teruskan ajelah. Rugi kalau berhenti.” Ujar Adam Faiz.

    “Aku tak bagi tahu pun, buat macam biasa je. Balik rumah pun , study macam biasa. Kau?” ujar Fadhli pula.

    Iskandar tertunduk dan hanya berdiam diri. Amat perit bila perasaan ditahan dalam hati. Rasa hatinya ditahan tanpa diluahkan kepada sesiapa. Iskandar menarik nafas panjang dahulu. Iskandar rasa dia sudah bersedia untuk menceritakan masalahnya itu kepada mereka. Mungkin bebanan yang hatinya tanggung juga akan berkurangan. Dia memandang rakan-rakannya. “Aku harap, apa yang akan aku ceritakan ni korang jangan bagitahu sesiapa walau apa pun yang berlaku. Aku nak korang tepati janji. Janji seorang kawan.” Adam Faiz , Fadhli dan rakan - rakan lain mengganguk seraya berkata. “Janji!”
  
     Iskandar mula menceritakan perihal keluarganya kepada mereka. Dari A hingga Z. Dari saat mak dan ayahnya bertengkar hinggalah sekarang.

                                 ***

    Amir memberhentikan motosikalnya betul-betul di hadapan kedai dobi tempat Ain bekerja. Ain turun dari motosikal Amir dengan berhati-hati.

     “Terima kasih Abang. You’re the best brother in the world!

    Pujian melambung diberikan oleh Ain. Senyuman meleret terukir di bibir Amir. Menampakkan lesung pipit di pipi Amir. Begitu megah sekali pujian yang diberikan oleh adiknya. Walaupun tindakannya hanya menghantar Ain ke tempat kerja kerana dia amat risaukan keselamatan Ain. “Sama-sama. Tak perlu lah puji abang lebih-lebih sangat. Kembang hidung abang ni nanti...” Amir masih tersenyum.

     "Eii .. Buruk la. kembang macam Nabil Raja Lawak! "

    "Eh? Kembang - kembang pun, comel apa ? Abang suka ~" ujar Amir.

    Ain terdiam seketika dan memandang wajah abangnya dengan teliti. Dengan penuh perasaan. Dengan penuh harapan ! “Abang... bila abang balik dari kuliah nanti, boleh belikan Adik coklat bar Cadburry tak? Adik teringinlah. Lagipun Adik balik kerja jam 9 malam.”

    “La? Pujian ada makna la tadi? Ada udang di sebalik mee rupanya.” Amir memandang sinis.“Huuh, dah agak dah. Oklah, nanti balik dari kuliah abang tolong belikan. Adik bila dah habis kerja, tunggu aje depan kedai ni. Jangan merayau kemana-mana. Ingat!”
      

    Ain mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda ok. Kemudian Amir menghidupkan enjin motorsikalnya dan memecut laju dari situ. Sofia yang sekian lama menunggu Ain di hadapan kedai dobi itu hanya memerhatikan kemesraan adik-beradik itu. Begitu seronok sekali. Wah.. seronoknya kalau ada abang macam Amir tu. Ain berjalan lenggang-lenggok ke arah Sofia sambil tersenyum.
    
     “Pheewwiitt ! Boyfriend tolong hantarkan... sweetnya...” Sofia mengusik mesra.
     
    “Agak-agak la.. Abang aku tu . Takkan tak kenal kot?”
     
    Sofia hanya tersenyum. “Kenal laa.. Saje je. Jomlah, nanti Puan Mei marah kalau lambat.”
    Tugas mereka di kedai dobi itu sungguh padat sekali. Banyak kerja yang harus dilakukan. Cuci baju, cuci permaidani, selimut comforter.. seterika baju dan pelbagai jenis kain. Malahan ada juga baju-baju VIP yang dihantar ke dobi itu. Wah, kes berat ni. Tak boleh dibuat main-main. Baju VIP ! Mesti berpuluh ribu harganya. Kalau rosak, harus dibayar mengikut harga sebenar yang mahal itu. Jika dapat customer  yang tidak bertimbang rasa dan suka ambil kesempatan, mungkin harga itu perlu dibayar berkali-kali gandanya. Parah! Parah!
    
     Setelah lama diberikan penerangan tentang apa yang harus mereka lakukan, polisi kerja, Ain memulakan tugas di hari pertamanya di kaunter. Tugasnya adalah memastikan  barang milik pelanggan diambil dan dihantar dengan selamat. Memastikan wang berada dalam keadaan selamat juga adalah tugasnya. Dia harus bersikap amanah. Kadang-kadang, jika tiada pelanggan yang datang, dia rajin membantu Sofia menjemur, melipat kain mahupun menyeterika kain. Ain dan Sofia perlu memastikan permintaan pelanggan dipenuhi.
   
     Kalkulator ditekan beberapa kali. Kemudian dicatitnya maklumat dalam sebuah buku log. Buku tersebut adalah senarai keluar masuk pembelian pelanggan yang datang. Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. Amat memeningkan jika ia berkaitan dengan matematik. Sedang Ain leka mencatit maklumat dalam buku itu, seorang pelanggan datang menghampirinya di kaunter.
     
    “Assalamualaikum. Saya nak hantar baju cucian kering dan siap diseterika.” Ujar pelanggan yang datang . Sepasang baju kot dan sehelai gaun labuh diletakkan di atas kaunter. Ain masih lagi ralik menekan-nekan kalkulator. Masih tidak memandang wajah pelanggan di hadapannya. Sibuk sungguh!
    
     “Sekejap ye.. Saya sibuk sikit.” Tangannya masih lagi tidak berhenti mencatit sesuatu di buku log. Pelanggan itu masih setia menanti. Mujurlah dia faham dengan kerja Ain.

     “Err ..nak ambil ..”kata-katanya terhenti tatkala dia mula memandang wajah pelanggan yang berada di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya berbunga riang. Bak kata Misha Omar, Bunga-bunga Cinta. Ya Allah! Jodoh Idamanku sudah sampai. Alamak ! Zaquan lahh ! Apa aku nak buat ni? Kata-kata hatinya masih gembira walaupun hanya berbisik dengan fikirannya.
    
     “Err.. Cik?” Zaquan,pelanggan di hadapannya hairan melihat Ain yang senyum berseorangan.
     
    “Oh ya? Kat mana tadi..” Ain cuba untuk ingat kembali. “Oh? Bila awak nak ambil baju-baju ni?” Soal Ain teragak-agak.
    
      Kini giliran Zaquan pula berdiam. Dia berfikir dengan pertanyaan Ain itu. “Err, kalau nak ambil hari esok boleh tak?”
     
    Senyuman Ain masih lagi tidak lekang dari bibirnya. “Boleh, boleh. No problem.”

    "Demi You, I sanggup . Hehe ~ " Bisik Ain dalam hati. Gatalnya ~ Ain mencatit sesuatu dalam sehelai resit dan berhati-hati ketika menceraikan resit tersebut dari bukunya lalu menyerahkannya kepada Zaquan. Zaquan menyambut resit yang diberi oleh Ain. “Oh ya? Nanti kalau nak ambil baju-baju ni, bawa resit ni sekali ye.” Ain manis berbicara. 

    Zaquan mengganguk." Matanya Masih memerhatikan Apa yang dicatitkan oleh Ain pada Resit itu.

    "Err ? Ada apa=apa yang tak kena dengan resit tu ke ?" soal Ain.

    Zaquan tersenyum. "Tulisan awak cantik." Puji Zaquan. Kemudian berlalu dari situ. Senyuman Ain bertambah meleret .
    
     Tidak sampai beberapa langkah Zaquan melangkah keluar dari kedai dobi itu, dia berpaling semula ke arah Ain ingin berkata sesuatu. “Err? Ain, saya tak pernah nampak awak kerja di sini sebelum ni? Baru start kerja  ke?” soal Zaquan inginkan kepastian.
     
    Ain terkejut. Riak mukanya serta-merta berubah. “A’ah, saya baru mula kerja hari ni.”
    Zaquan mengerti. Mengganguk tanda faham dan berlalu dari situ dengan berjalan kaki. Riak muka Ain yang terkejut masih lagi tidak berubah. Bahunya tiba-tiba dicuit dari balakang. 
    
    “Oiit ! Ooo.. Pakwe idaman datang ye .. eh? Tak sangka pulak kan? Suka lah tu ..” Sofia mengusik Ain. Pipi Ain kemerah-merahan. Ain tertunduk malu. Tidak terkata apa-apa.

    “Ain ! Aku tengah habaq dengan kau ni !”

    “Iye, che’ dengaq .. hang habaq je la, telinga che’ ada lagi nih ..” ujar Ain dalam bahasa utara,Kedah.

    “Ehem.Ehem. Pipi kau macam dah pakai blusher  aje. Actually,Aku dah nampak dah dia datang tadi. Aku senyum je. Walaupun aku buat kerja kat belakang tu, aku jadi spy juga tau. Private Investigator  kau. Wow ! Baru hari pertama kerja, jodoh dah sampai. Haha.. untunglah ~ bertuahnya kau. Bilalah aku nak jumpa dengan Prince Charming  aku ni?” Sofia masih berangan-angan.Tanpa disedari oleh mereka, seseorang memerhatikan mereka dari jauh. Tersenyum sinis.


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 4 March 2012

PERTAMA a first love story ( Short Film )

Terima Kasih banyak - banyak kepada yang sudi singgah ke blog Wieya yang tak seberapa ni ~ hikhik ..

Ok , STOP !
Sesiapa pun mesti tak dapat lupakan "cinta pertama" kan ??
Cinta pertama yang sering mengingatkan kita kepada kisah lama ~
hari ini kita nak Stoey Moey *Ayat yanie tentang "Cinta Pertama" Hehe ~Siapa pernah mengalami cinta pandang pertama ? Mesti ramai kan ? kan ? Cinta Monyet kan ? kan ? or, cinta pertama korang tu , masih kekal sampai ke hari ini ??. Atau sudah terkubur di hati korang dan korang masih mengingatinya ? Aww ~ pasti menyedihkan ~


Ada yang manis , ada yang pahit ..
Namun , setiap pertemuan pasti ada perpisahan .
Setiap permulaan ,pasti ada pengakhiran.

jangan risau, jangan sedih ~
( Nangis )
Wieya pun pernah mengalami Cinta pertama .. UUuuu ~ Tapi, semua tu dah lama terkubur di hati Wieya ~
kadang - kadang tu nak juga campak kenangan tu dalam laut yang dalam , tapi . Kalau nak cari balik bila rindu nanti ? penat pulak nak Scuba Diving dalam laut nanti .. haha .. jangan bagi tahu orang lain tau .. Syhhh ~

Sesiapa yang tengah feeling terkenangkan kembali kekasih korang ? Jom tengok sebuah video yang menarik .. PER.TA.MA
Movie pendek ini dilakonkan oleh Beberapa orang pelajar yang juga budak - budak dari sekolah Wieya ~ Sebaya ... Hoho .. Lepas tengok , korang boleh komen di kotak komen . Best ke tak ? Korang boleh bagi berapa bintang yang korang nak .. Okey , Enjoy it!



Short Story Film Ni mampu menambat hati Wieya , first time tengok ..

nak Download Video ni ? Boleh KLIK SINI

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 2 March 2012

Segmen : Aku Ada Blog

Assalamualaikum ~  Hihi .. Jommm ! Siapa yang suka join segmen , jom join sekarang ! Cepat ! .....
                       .
                       .
                       .
                       .

1. Tiada paksaan dalam follow Blog Cik Ross
2. Copy paste banner di atas ni..
3. Buat entri ringkas bertajuk "Segmen:Aku Ada Blog".

4. Dalam entri tu korang semua bagitau :-

a. Nama samaran korang sebagai blogger.
b. Nama blog korang.
c. Url blog korang.
d. Usia blog korang.

5. Bagi link entri korang  ke dalam kotak komen di entri blog Cik Ross .OK????
6. Boleh klik  pada Bannner ookk ..
7. Untuk korang yang join segmen Cik Ross ni,secara automatik blog korang akan Cik Ross letakkan di dalam bloglist Cik Ross yang terbaru!
Blog Dhia Adawiyah :

Nama Samaran sebagai blogger : Dhia Adawiyah
Nama Blog : Dhia Adawiyah
Url Blog : http://dhiaadawiyah.blogspot.com
Usia Blog : 4 Bulan . ( Haha ~ macam usia orang pregnant la pulak .. kihkih ) 

Ok . Itu Saja untuk hari ini . jom join ramai - ramai tau .. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...