Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 29 February 2012

Wordless Wednesday #5 - Please ! Jangan Kecewakan Perempuan


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 25 February 2012

Segmen | Review Blog By Muna

Salam Semua , Salam perkenalan , Salam Kita dan Salam Satu Malaysia MAaa~

hakhak .. Tengah-tengah blogwalking , terrrr ~ baca blog Muna Rahimah . Haha .. Power betul ayat - ayat yang digunakan Muna .. Awesome .. kelakar pun ada . tersengih - sengih Wieya baca enrti - entri dia .  Ok. Muna ada buat segmen . wahh .. hahaha .. sesiapa nak join ? boleh klik SINI .
Segmen review blog . Limit , 50 orang je tau . Cepat !!

Biodata :

Begin .. Rabi'atul Adawiyah . Seorang blogger yang baru berblogging bermula pada tahun lepas dan tak hampir setahun berblogging . Asal dari Kuala Lumpur. Sekarang menetap di Selangor . Berumur 17 tahun dan bakal menghadapi SPM . ( arrgghhh !!! )

Seorang yang peramah , tapi dalam diam..Seorang yang pemalu kucing kadang - kadang pemalu kambing ..haha..siapa yang dah dah lama kenal dengan wieya .. wieya ni agak gila - gila sikit orangnya okey .. .. Agak suka berpuisi dan bersastera .Suka bikin novel tapi , kadang - kadang tak sempat sebab tak ada masa .Seorang yang kecil dan cun . Tapi, sering dibuli di sekolah kerana kecomelan kuuu .. hikhik ..jealous !
Aiiyyoo ! Tak dak idea lahh .. ! What You want me to say hah ? Anything that you want to know about me, just ask me okay ! I've no idea ..

Jomlah .. Mai ! ramai - ramai singgah ke blog wieya ! Happy tau ! siap ada  bunga - bunga lagi ~ wuu .. oh ya ! i love flowers .. but not Bunga Taik Ayam okey ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 24 February 2012

Jom Naikkan Trafik Blog !



Haaa .. ada tak yang nak tingkatkan traffik blog dia ?? ada ? ada ? Of Course la ada kan ..
Huhu ~ ni ..Blog mak Dara ada buat segmen .. Nak join ? boleh klik pada banner tau !


Serba sedikit tentang blog Dhia Adawiyah :

- Ok . Firstly ..Blog Wieya ni tak la se-gah atau famous blogger - blogger lain . Memandangkan Wieya ni baru aje mula berblogging tahun lepas , jadi banyak yang perlu Wieya perbaiki. Blog Wieya sentiasa dipenuhi dengan warna warni . Lagi - lagi kalau warna ungu .. ( HARUS diutamakan . ) Blog Wieya kadang - kadang ada entri berunsurkan nasihat . 

    Oh Ya ! Lupa pulak .. ? Blog WIeya ni pun sediakan pelbagai petua/nasihat .. bila Mama Wieya bagi petua atau nasihat .. terus Wieya catit and tulis dalam blog . huhu .. so , kebanyakannya .. semua tips daripada mama tersayang ~ Memang bermanfaat untuk semua.

    Alamak ! Nasib baik tak terlupa lagi ..  Wieya ada tulis novel ( E- Novel ) . Baru aje buat . Sedikit demi sedikit . cerita berkenaan dengan kehidupan remaja masa kini . Pasti You All suka kalau baca .Jangan lupa LIKE tau . hihi .. itu saja ( kot ?? )


Sekian ..
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 23 February 2012

Sekalung Dan Sejuta Penghargaan Kepada Fizgraphic .. Terima Kasih Banyak - banyak !

Yeayyyy ~ ! Jangan Jealous ya You All ... kikiki ~
First time dapat doodle dari Apit .. wahhhhhh .. excited sangat ni ..
Seronok tak terkata .. ! Lawa pun lawa ..  Huhu.. orang profesional tolong buatkan ~
nak tengok tak ? nak tengok tak ??



 Haaa ~ cun kan ? Macam Wieya jugak kan ?? kihkih .. agak perasan sedikit ye ..
Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Apit sebab sudi buatkan doodles ni .. bak kata pepatah .. er ? apa ek ? ingat2 lupa lahh ? haha ..

 "kecil2 tapak tangan . Nyiru saya tadahkan " 
 haha .. betul ke pepatah tu ?? Nak tau tak .. Apit bersekang mata nak buat doodle ni untuk semua peserta yang join. Semuanya siap Sampai pukul berapa Apit ?

Apit :


  ..Haa .. dah baca .. huhu .. mesti Apit tengah tido sebab penat buat .. ~ Haha . pandai-pandai je ..

Takkan ku lupa jasamu . hihi ..
Terima Kasih banyak - banyak ...
Terima Kasih lagi.. lagi .. dan lagi .. dan seterusnya lagi ~

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 21 February 2012

Saya Join Pasti Dapat Doodle


Nama Panggilan : Adawiyah
Url Blog : http://dhiaadawiyah.blogspot.com
Negeri Kelahiran : Kuala Lumpur
Warna Kesukaan : Ungu

Tag : Shamine , Hakimy Zamri , Athira Adra

nak Join tak ? boleh klik pada banner kat atas ye ~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Perlu ke Berbohong Untuk Jaga Perasaan Orang lain ?

Straight To The Point ~
Perkara ni dah lama berlegar - legar di fikiranku. Bagi Wieya, islam jelas menunjukkan bahawa "berbohong" itu adalah berdosa. 

Tapi, seringkali banyak soalan yang ditujukan kepada kita.  Antara mahu menjawabnya , ataupun tidak ? Fikiran kita juga akan cuba untuk memikirkan jawapan/alasan yang harus diberikan tanpa menyingung perasaan orang itu atau membuatkan orang itu berkecil hati.

BERBOHONG ATAU BERKATA BENAR ?



Berbohong untuk menjaga hati dan perasaan orang itu ? Andai kata you all berada dalam keadaan ini , Sukar nak buat pilihan bukan ? Memang stress memikirkannya. 

- Pernah tak , bila kita beri jawapan/alasan .. kita akan disoal sekali lagi ? Mungkin selepas itu , lidah kita kelu dan otak kita akan jammed untuk jawab pertanyaan tersebut . Jika itu berlaku , mungkin akan timbul rasa ragu-ragu dan rasa tidak puas hati pada sebelah pihak.


Semua manusia memiliki perasaan bukan ? Fikiran kita lebih cenderung kepada "perasaan". Cuba bayangkan, kalau kita tershashul(tersasul)  atau tersilap beri jawapan yang akan membuatkan orang itu berkecil hati , apa yang kan terjadi? Hubungan akan retak . Jadi,  setiap perkara yang berlaku akan melibatkan perasaan. Otak perlu diperah untuk memberikan jawapan yang tidak akan mencetuskan konflik dan pertelingkahan.
Pening ! Pening !


Pernah terfikir ? Kadang - kadang lebih baik berdiamkan diri daripada bersuara ? tapi, dengan tindakan tu akan memburukkan lagi keadaan.


Kita tak dapat puaskan hati orang dengan jawapan yang kita beri. Hanya hati kita sahaja yang tahu. Tapi , bila difikir - fikirkan balik ..menipu pada diri sendiri akan memberikan kesan yang besar iaitu "Tekanan Perasaan". Kita menipu diri sendiri. Dengan itu , kita akan membenci diri sendiri dan sering mempersoalkan mengapa perkara itu berlaku pada kita ? Hati kita pula akan menjadi resah dan gelisah setiap saat dan waktu.


Cara yang terbaik adalah dengan memohon pertolongan dari YANG MAHA ESA. Hanya DIA sahaja yang tahu akan isi hati kita. Berusahalah sedaya upaya, Allah pasti akan membalas kebaikan dengan usahamu itu.


Sudah dijelaskan di dalam setiap Al Quran bahawa kita akan dihimpunkan di Padang Mahsyar dan segala perbuatan kita akan didedahkan di Alam Mahsyar. Seringkali dilemma dengan masalah begini.


Mungkin You all ada cara lain atau pendapat untuk masalah ini ? Boleh berkongsi ?

 

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 19 February 2012

#Petua/Nasihat Mama - " Sebelum Waktu Maghrib , balik rumah ! Jangan dok kat luar " ..

Haaa ~ dah scan kan tajuk kat atas ? Mesti semua dah tahu kan ? 
Tak ada ibu bapa yang tak pedulikan anaknya ..

"Masuk dalam rumah cepat .. dah nak maghrib ni ..."

Haa .. itu pantang larang Tradisional Melayu waktu dulu - dulu. siapa yang tak ingat kan ? Semua ibubapa ada nasihat begitu pada anak - anak mereka masa kecil - kecil dulu . Tapi , ada yang dah besar panjang pun, ibubapa nasihatkan macam tu . Betul tak ? Elehhh ~ senyum-senyum pulak .. tapi, bukan pantang larang aje tau .. Ini Benar !

Tapi, ada yang tak nak dengar cakap mak kan ? Still main kat luar . Buat tak dengar je apa mak kata  ? Lepas 3 minit mak nasihat tapi tak dipedulikan .. mesti ada sesuatu yang terjadi pada korang kan ? 
Contohnya , terjatuh sebab berlari ke ? 
"Makkk .. adik jatuh !! Lutut adik berdarahhh ...-nangis- "

Haha .. contoh lagi ~ terjatuh dari basikal ? Lebih dahsyat lagi? tergolek - golek dengan basikal kecik tu ? " makk ! adik jatuh basikal .. ! -nangis-"


"Haa ~ Kan mak dah kata jangan main kat luar waktu maghrib .. kan dah jatuh ... "

Tau tak sebab apa ibubapa melarang kita berada di luar semasa waktu maghrib ? 
Sebab ...

- Kat luar banyak Syaitan . Mereka berkeliaran di luar rumah pada wktu maghrib. Syaitan juga adalah makhluk Allah, tapi Syaitan ditugaskan untuk menyesatkan manusia ke jalan yang salah .

- Jangan bermain kat luar pada waktu maghrib.Waktu maghrib lah syaitan suka bemain kat luar . Syaitan akan mengusik sesiapa yang masih berada di luar rumah .

- Waktu Maghrib, jangan tidur.

- Pernah dengar tak ? Bila tiba waktu azan di masjid ataupun surau , anjing-anjing pasti akan melolong sayu - sayu . Pernah dengar kan ? Seram .. sampai naik bulu roma . Mama Wieya kata, anjing-anjing tu nampak syaitan bertempiaran lari sebab tak tahan dengar azan berkumandang .

- Bila dah masuk dalam rumah tu, jangan lupa tutup semua pintu dan tingkap rumah.

- Masa waktu maghrib pun, jangan ketawa berlebih - lebihan ..

- Rasa - rasa, sesiapa yang lemah semangat tu dinasihatkan janganlah keluar rumah. Kerana anda berisiko DIRASUK !

Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Al - Imam Al - Bukhari dan Muslim.
Baginda bersabda :

"Apabila malam kegelapan tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu. Sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mreka. Tetapi tutp pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT. sekallipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya. "



 
credit : blog e - pendidikan islam

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Patah Hati Seorang Perempuan

Perempuan ...
Perempuan ...
Agak complicated ye jadi perempuan ..  
Tapi, alhamdulillah dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan .

Tahun ni dah nak SPM . Wuish ! Berdebar - debar sunggoh ! Hm .. perempuan yang sudah bekerja & Berumah tangga .. mesti lagi complicated kan ? Yela ~bangun pagi-pagi siapkan sarapan untuk family . Pergi kerja . Balik kerja , memasak .. Layan family .. Wow .. dahsyat giler la .. lumrah kan ..

Yang still belajar ni pulak .. Tugasnya, BELAJAR ! Kalau tak ?

" Hehe .. Kawen la Kou ! " 

Tak nakkkk ... !!
Aish ! terlajak pulak , bukan nak cerita pasal kawen tau . Nak cerita pasal PENDAM . 
Tersepit antara dua .. "pelajaran" dan "percintaan" .. Setelah, difikirkan semasak - masaknya , Wieya memilih pelajaran dan menolak percintaan seorang lelaki yang Wieya suka . Sama umur . hihi .. Memang jadi angau . Kalau sehari tak tengok wajah dia, resah dan gelisah . Mesti nak tengok, walaupun hanya dari jauh. Itupun dah cukup baik.

 You know what ? Walaupun Wieya memilih "pelajaran" , SPM yang penting ! Wieya tekad dalam hati " jangan cari orang lain, hanya dia sahaja yang ada dalam hati ni " .. sampailah sekarang , Wieya masih tetapkan prinsip tu . Harapan Wieya pada dia, agak tinggi . Wieya pun harap dia tak cari yang lain . Tapi, setiap yang berlaku mungkin ada hikmahnya kan ? Ternyata dia cari yang lain .Wieya tahu dia ada yang lain melalui FB. Perkara tu terjadi sebelum hari lahir Wieya tahun lepas, 12/12/2011 . Masa tu Wieya patah hati sangat. Gurls mesti tahu kan , apa ertinya patah hati bagi seorang perempuan? Wieya tak salahkan dia. Mungkin dia tak sanggup nak tunggu Wieya sampai kami habis SPM. Allah mengetahui segala - galanya. Kita hanya mampu merancang .


    Wieya bernasib baik sebab tak memilih "percintaan " . Pelajaran diutamakan. Percintaan tak kemana kan? Pelajaran juga yang harus kita kejar. Tanpa ilmu, kita tak kemana. Mungkin tiada jodoh . Allah dah tentukan kesemuanya.  
Bila persekolahan dibuka semula untuk tahun yang baru .. Wieya tak tahu apa nak buat kalau terserempak dengan dia ? Wieya jadi manggelabah. tak sanggup bertentang mata. Perempuan ni lain sikit perangainya. Kalau dia tahu seseorang lelaki itu ada kekasih lain, perempuan itu akan cuba untuk jauhkan diri dari lelaki tu . Mereka tak mahu dilabel sebagai "penyibuk" atau "perampas" . 


Bila terserempak aje dengan dia , Wieya tak boleh pandang wajah dia dah . Berbeza kan dengan yang dulu ? Bila pandang je muka dia , masih terselit rasa marah di hati. Namun, semua tu dulu .. sekarang Wieya cuba untuk lupakan segala - galanya . Buang yang keruh , ambil yang jernih . Tutup buku lama , buka buku yang baru . Kan ? Kan ? kan ? Kumbang bukan seekor . Banyak yang lain .




Si dia pun bahagia dengan pilihan dia . Harap dia bahagia . "Ceewwahh " terlebih jiwang pulak. Hoho . Ada sesiapa nak mengurat tak ? Huhu . Gurau jea . Tugas Wieya hanya fokus kepada pembelajaran . Tiada yang lain . Wieya pun tak tahu sama ada masih mahu tetapkan prinsip yang Wieya pernah buat dahulu ataupun tak .


 Buat masa ni .Cinta Wieya hanya satu ..
 Jadi, benarlah ..
Terdapat satu fakta yang mengatakan . Simpan saya di hati awak dan bukannya di fikiran awak . Kerana Hati akan menyayangi dan ingatan akan melupai.

Sekian . coretan kasih hati dari seorang perempuan.

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 12 February 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 1 (4)


    Makcik Aisha yang sedang menyapu daun-dun kering di halaman rumah tersenyum apabila melihat Iskandar pulang dari sekolah. Lega rasanya apabila melihat anaknya pulang dari sekolah tanpa menimbulkan apa-apa masalah sepanjang berada di sekolah pada hari pertama.

    “Is baru balik? Dah makan?” soal Mak Cik Aisha. Namun, Iskandar hanya berjalan terus masuk ke rumah tanpa menghiraukan pertanyaan ibunya itu. Merajuk lagi ke? Soal Mak Cik Aisha dalam hati.

    Dalam ingatannya. Kali terakhir Iskandar berada di sekolah lama, dia telah menimbulkan berbagai-bagai masalah hinggakan Makcik Aisha terpaksa hadirkan diri untuk menghadap muka guru disiplin dan juga pengetua sekolah. Berdasarkan rekod sekolah,Iskandar  telah kerap kali melanggar peraturan sekolah. Antaranya, membawa rokok dan mengedar secara haram ke sekolah, bergaduh dengan pelajar senior hinggakan pelajar tersebut terlantar di hospital. Amat memeranjatkan . Sejak bila dia belajar Taek Won Do?

    Akibat daripada itu, secara rasminya dia telah dibuang daripada sekolah tersebut. Pihak sekolah juga pernah mencuba untuk menghantarnya ke sebuah kem “Kembali Ke Pangkal Jalan” selama tiga hari dua malam. Namun, hanya satu malam sahaja dia berada di situ. Pihak kem dapati, dia telah melarikan diri dan selepas tiga jam berlalu. Iskandar  pulang ke rumah dengan keadaan yang lesu dan keletihan. Iskandar sanggup menaiki bas pulang ke rumah hanya kerana tidak mahu mengikuti kem motivasi tersebut.

    Ketika itu, Makcik Aisha benar-benar berputus asa. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan untuk membimbing Iskandar. Dia juga tidak tahu apa tujuan Iskandar dengan bersikap liar seperti itu. Dia benar-benar buntu. Akhirnya, dia memutuskan untuk berpindah supaya dapat merapatkan lagi hubungan ibu dan anak bersama Iskandar. 

    Tapi, tekaannya salah! Sejak berpindah, Iskandar mendiamkan dirinya malah tidak bertegur sapa dengannya. Perit hati seorang ibu apabila seorang anak berkelakuan begitu terhadapnya. Hanya Tuhan saja yang tahu isi hatinya. Siang malam dia berdoa supaya Iskandar dapat kembali ceria seperti dahulu kala.

    Lamunan Mak Cik Aisha terhenti tatkala terdengar bunyi dentuman pintu ditutup. Kelihatan Iskandar sedang menyarungkan seliparnya untuk keluar semula. “Is hendak ke mana, nak?”
Sekali lagi pertanyaan itu tidak dijawab. Mak Cik Aisha hanya mampu bersabar.  Iskandar menghidupkan enjin motosikal dan bergerak keluar dari pagar rumah. “Is jangan balik lambat ya?” laung Mak Cik Aisha dari dalam perkarangan rumah.
                        
                                                             ***

    “Bro! Kenapa kau lambat? Penat kitorang tunggu kau.” Soal rakannya Adam, rakan sekelasnya di sekolah.

    “Sorrylah.. aku ada hal sikit tadi. Hah? Jom lah, Kau nak ajak aku buat kerja apa?” Soal Iskandar pula.

    Namun, Adam hanya tersengih-sengih. “Ha.. inilah yang aku nak tunjuk pada kau ni. Kerja terbaik punya. Terbaik dari ladang. Senang, cekap dan yang paling penting masyuk banyak Bro..”

    “Lepas kitaorang berhenti  jual rokok, kitaorang buat kerja ini lah. Sudah 3 bulan, tiada apa-apa masalah yang timbul setakat ini.” Sampuk Fadhli pula. Fadhli juga rakan sekelasnya di sekolah. Iskandar kelihatan terpingga-pingga. “Kerja apa?”. Soalnya.

    Adam mendekatkan mulutnya ke telinga Iskandar. Dan berbisik sesuatu. Serta merta Iskandar terkejut.

     “Apa?” Kerja itu?” Aduh weyh.. kalau kantoi macam mana? Aku tak nak orang tahu.”. Iskandar kelihatan gelisah. Fadhli hanya berbicara tenang. “ Ala.. rileks.. takkan ada orang yang tahu punya.Eh? Jomlah. Nanti terlewat pula. Kerja seperti ini pun kena tepati masa, kalau tidak , kena buang lah jawabnya.”

    Lantas itu, mereka bertiga pun bertolak ke tempat yang diperkatakan dengan menaiki motosikal masing-masing. Dalam perjalanan, mereka merempit dan menunggang motosikal dengan laju. Bersaing sesama sendiri. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke tempat tersebut. Tambahan lagi mereka menunggang motosikal seperti memandu F1. Melebihi had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Akhirnya mereka sampai ke tempat tersebut. Adam dan Fadhli membawa Iskandar menuju ke arah seseorang lantas manepuk bahu lelaki berkulit hitam tersebut. “Kam! Ini gua sudah bawa budak baru untuk lu punya kerja. Lu kata tak cukup orang kan?”. Adam berbicara dengan mesra. Lelaki tersebut berpaling. Dia meneliti satu per satu ciri-ciri fizikal yang ada pada Iskandar. Dia mengurut – urut dagunya. Iskandar pula berasa tidak selesa diperlakukan begitu.
Setelah berdiam, akhirnya lelaki tersebut bersuara. “Bagus. Bagus. Macam inilah yang gua mahukan” ujar lelaki tersebut sambil menepuk-nepuk bahu Iskandar dengan mesra.   

    “Lu mahu start  kerja bila?” soal lelaki itu lagi. Kali ini dia memandang serius ke arah Iskandar. Gerun Iskandar dibuatnya.

    “Kalau lu mau, sekarang ini pun boleh. Gua tiada hal.”Iskandar membiasakan diri berbicara dengan lelaki tersebut.

    “Bagus! Lu memang menepati ciri-ciri yang gua mahukan. Mulai dari sekarang, lu jangan segan-segan. Panggil saja gua Kam. Budak ini semua sudah biasa dengan panggilan macam itu. Gua pun sudah biasa. Lu kerja elok-elok. Gua tak mahu ada masalah yang timbul.” Lelaki tersebut memberi amaran sebelum memulakan kerja. Itu memang prosedur sebelum memulakan kerja.
  
    Setelah memberikan ceremah selama lima minit, Akhirnya Kam pergi dari situ. Mereka bertiga menarik nafas lega. “Aduh! Panjang betul dia beri tazkirah ya? Penat aku menunggu tadi, bila dia mahu berhenti?” ujar Iskandar.

    Adam dan Fadhli hanya ketawa riang. Mereka tidak kisah dengan semua itu kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kam memang sering beri tazkirah kepada mereka walaupun hanya beberapa minit. Mahu atau tidak, terpaksa juga mendengar. Sekali-sekala, Kam ada menceritakan tentang kisah hidupnya yang sangat miskin. Tapi, setelah dia buat kerja ini. Dia selesa. Kerja pun semakin berkembang. Dan akhirnya dia menjadi taiko di sini. Hari-hari masyuk. Kerja cuci mata saja. Tengok budak-budak bawah buat kerja. “ Kam memang begitu sikapnya. Dia memang cekap orangnya. Maklumlah, sudah tiga tahun dia buka perniagaan ini. Tiada apa-apa masalah pun. Jadi, dia risau jika ada apa-apa masalah yang timbul. Bak kata pepatah yang selalu dia cakap pada kitaorang, ‘sediakan payung sebelum hujan’” ujar Fadhli.

    “Itulah. Dia memang lain daripada yang lain. Cepat mesra. Janji, kerja tetap kerja. Jomlah mulakan. Kalau lambat, silap-silap hari bulan semua kena buang.” Ujar Adam pula lantas mereka memulakan kerja.

                     
                                                                                            bersambung :)

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Contest Header Paling Comel/Smart

Dah lama tak join contest .. huhu .. Ini adalah Contest header Paling Comel/ Smart . kalau ada sesiapa nak join . Boleh klik pada banner .


Blog Dhia Adawiyah :








Oryte .. Sudah ..Hope ada yang rajin tekan button LIKE .. =)

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 8 February 2012

Dingin Lavenda : Drama Yang Penuh Dengan Maksud Tersurat Dan Tersirat .

Assalamualaikum ... wahahaha ! Agak beremosi sikit ye tajuk dekat atas nih .. hihi .. Ok ! Last Week punya last week , Wieya ada tengok Drama Dingin Lavenda Episod 8.  Sejak drama tu start, Wieya tak pernah follow drama tu sebab sibukk dengan persiapan SPM.  Tapi, malam tu Wieya agak free sikit sebab dekat kampung. Huhu .. Terrrrr ... tengok pulakk .. aiceh .. KLIK SINI


Episod 8 yang disiarkan pada malam tu telah mengetuk pintu hatiku dan secara tidak langsung, ianya telah menyentuh imanku. Rasa lapang  je hati ni. Drama Dingin Lavenda yang penuh perasaan dan emosi. Suatu perasaan yang tenang telah melanda diriku tatkala aku mula memahami jalan cerita yang ingin disampaikan. Tak sangka, hanya satu episod sahaja sudah mampu memikat hatiku untuk mengikuti drama ini diwaktu lapang dan lebih mengetahui tentang ilmu agama. 



Ilmu agama itu boleh kita manfaatkannya dalam hidup kita. Drama ini juga boleh memberi impak dan menyedarkan orang ramai untuk mengenali islam dengan lebih lagi.


Episod 8 ini juga telah menarik hatiku kerana cara penyampaiannya. Antara babak dalam Episod 8.

Iskandar : Awak pernah baca buku lumrah bercinta ?

Nana mencari - cari siapakah yang berkata - kata itu ...

Nana : Saya ke ?

Iskandar : Ya ..

Nana : Saya pun ada buku tu ..

Iskandar : Dah baca ?

Nana : Hm, belum sempat lagi ..

Iskandar : Saya paling suka page 15. Tajuknya "Berguru Dengan Pokok Semalu".

Nana : Apa yang best nya tentang tu ?

Iskandar : Pokok Semalu akan menguncup apabila disentuh...

Nana : Ya. Logiknya pokok semalu tu macam tu ?

Iskandar : Pokok semalu menguncup untuk lindungi dirinya daripada dirosakkan.

Nana : Ya .. I know .. apa yang awak nak sampaikan sebenarnya dekat saya?

Iskandar : Samalah macam wanita, harus menutup untuk mengelak dari dirosakkan.

Nana : ... ... ...


Iskandar mengeluarkan sesuatu dari begnya dan memberikannya kepada Nana.


Nana : Mana awak dapat majalah ni ?

Iskandar :Kawan - kawan saya yang langgan tiap - tiap bulan. Saya pinjam sebab nak beri kepada awak ...

Nana : Ni majalah wanita kan? Awak baca majalah ni ?

Iskandar : Baca sikit - sikit je . saya suka baca resepi masakan melayu. Selebihnya, saya suka tengok gambar.

Nana : Gambar apa yang awak suka tengok dalam majalah ni?

Iskandar : Gambar wanita bertudung. Lagi terserlah kecantikan wanita tu .

Nana : Habis tu saya ni tak cukup cantik ke tak pakai tudung? 

Iskandar : Akan lebih cantik kalau pakai tudung ... 




                                  iskandar dan nana




Babak ni juga telah memberi impak kepadaku ..
Tenang saja cara penyampaian niat Iskandar kepada Nana. 

Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Indahnya Dingin Lavenda tak dapat digambarkan dengan kata - kata. Hanya hati saja yang tahu.
Meskipun, Wieya bukan ustazah atau ahli sufi yang penuh dengan ilmu agama, memang tak dinafikan, saya juga ada kekurangannya. Tapi, hati saya juga ingin memberikan pandangan dan nasihat.

- Aurat ditutup dan dijaga . Samalah seperti Pokok Semalu yang menguncup apabila disentuh untuk mengelakkan dirinya dirosakkan.

- Bertudung untuk cantik, boleh .. Tapi berniatlah kerana Allah.

- Bertudung sederhana labuh.



- KLIK SINI - Cara bertudung Yang Haram.  credit to : love love islam

- KLIK SINI Pelakon Diana Amir bertudung selepas mimpi kiamat. 
credit to : nurizspace 

Di akhir cerita juga, Wieya baru tahu yang Drama Dingin lavenda ni diadaptasikan daripada novel " Dingin Salju Indiana karya Nurulsham Saidin. Banyak mengupas isu-isu tentang agama di sekeliling hidup kita.

 Nak tahu lebih lanjut tentang sinopsis Drama Dingin Lavenda ? KLIK SINI ..

Watak Iskandar :  
mior luqman mior sallehuddin....
Watak nana : Faralyna Idris
 Credit : rindok.com
Credit gambar : Page Dingin Lavenda & google


Psstt ! : ingatkan nak post entry ni hari khamis atau jumaat last week . tapi, tak jadi. Kita hanya mampu merancang . DIA yang menentukannya . Internet ada problem sikit.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 7 February 2012

Exclusive Giveaway by Niena Sofea


Wahhh !! Happy Nyer dah dapat online balikkk ! Hahaha ... 6 Hari tak dapat bukak blog , rasa resah ! gelisah ! ... hish .. internet buat hal pulak .. hari tu hujan , bila nak bukak balik,tetiba pulak tak boleh nak bukak .. tapi , sekarang dah boleh bukak ! yeay ! alhamdulillah ...

Oppsss .. terlajakk cerita pulak . hihi . Wieya nak cerita pasal Giveaway ni .. Niena yang anjurkan .. Hadiahnye pun banyak tau ! eh .. of coz la . sponsornyer pun banyak .. siap list lagi sponsor tu . hihi ..

( kreatif kan header kat atas tuuhh ?)

Kalau ada sesiapa nak join , boleh Klik je pada banner kat atas tuuhh ..  ok ? alright .
Wieya bukak2 je blog, tengok2 .. Niena Invite mintak join GA ni . hoho .. dengan senang hatinya Wieya terus join . Ini pun baru balik dari kampung . Nampak internet dah ok , terus sambar laptop . Wieya pun dah buat semua syarat - syarat yang Niena letakkan .  Dengan lafaz Bismillah . Wieya join GA ni ! hihi ..


Wieya tag :

-WafaIrdina 
- Hafizaizati

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 1 February 2012

Wordless Wednesday #3 - Selalu Ingat Kepada- NYA


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...