Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 31 January 2012

Siapa yang tak tahu lagi? Siapa Penyanyi Asal Lagu Doraemon ...

 Siapa masa kecik - kecik dulu suka tengok cerita Doraemon ?? Angkat tangan dalam hati ! 
Haha .. Takkan ada yang tak suka kot . Dulu Wieya suka sangat, sampai berebut nak tengok TV dengan Mak su. 
Wieya nak tengok Doraemon. Mak su pulak nak tengok Michael Schumacher( F1 ) ..
Haha . kalau diingatkan balik pertempuran tu, kelakar sangat .. hikhik .. lagu tema Doremon tu sedap kan? memang Boleh hafal lahh .. 

nak tahu tak siapa yang nyanyikan lagu Doraemon tu ? haa .. mesti ramai tak kenal .. Wieya pun baru je kenal . hihi ..



Enjoy it ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 1 (3)

       Ain dan Sofia saling berpandangan sesama sendiri. Terkejut dengan panggilan itu, mereka mencari siapakah gerangan yang memanggil mereka itu? Kelihatan seorang lelaki memandang ke arah mereka dan berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada. Sakit hati Sofia apabila terdengar panggilan tersebut ditujukkan kepada mereka.
    
     “ Eh? Itu bukankah anak Mak Cik Aisha?” soal Sofia.
   
    “ Eh? A’ah lah!  Jom lah, dia panggil tu.” Ujar Ain sambil menarik tangan Sofia menuju ke arah Iskandar.
    
     Sofia masih tidak berpuas hati.Dia menarik tangan Ain semula.“Ain! Nama kita bukan ‘minah’ yang dia sebut tulah!” ujar Sofia geram. Saat Iskandar  melihat kedua-dua sahabat itu bertarik tangan sesama sendiri, hatinya berbisik jahat.  Alamak...! Tarik-tarik tangan pulak diorang ni!. Kemudian, dengan lantangnya dia memberi arahan. Lagak seperti sarjan.“Woi! Cepatlah tunjukkan kat mana kelas aku?!”
    
     Lagi sekali. Kedua-dua sahabat itu terkejut. Kegeraman Sofia sudah sampai tahap maksimum. Dia mengangkat tangannya dan menunjukkan buku lima ke arah Iskandar.“Sabarlah!” Sofia membalas.
   
    “Dia tidak tahu nama kita lah Sofia. Itu sebab dia panggil begitu. Jomlah.” Pujuk Ain. Sofia hanya beralah dan berdengus geram. Mereka menuju ke arah Iskandar.“Err.. apa nama kelas awak?” Ain bersuara.
    
     “5 Tauladan” ujar Iskandar selamba.
   
    “Jomlah” Ujar Ain pula. Sofia mengikuti Ain dari belakang. Manakala Iskandar berada di belakang Sofia, sedikit jauh .
   
    Sofia hanya menjeling ke arah Iskandar yang kelihatan begitu sombong dan angkuh di matanya.“ Dapat masuk kelas, 5 Tauladan. Tapi, budaknya tak bertauladan!” Sofia sengaja menguatkan suaranya supaya didengari Iskandar yang hanya mengekori dari belakang.
   
    “Apa dia, minah?! Aku tak dengar?! Cakap lagi sekali!” Iskandar lantang bersuara lagi. Tidak mempedulikan orang di sekelilingnya.
   
   Sofia juga membalas. “Kau tu low class! Loser!” Bagaikan ada pertandingan debat antara mereka. Ain hanya menggeleng kepala.
    
     Iskandar  tidak mahu mengalah. Dengan lasernya dia membalas. “Menggelabah je minah ni. Aku korek biji mata kau nanti.” Dengan selambanya dia berkata-kata. Sofia juga tidak mahu mengalah! “Kau ni kenapa hah?! Test lah kalau berani ! ” soal Sofia tegas. Memang bengang dengan lelaki yang tidak sedar diri di hadapannya itu.
   
    Ain memintas laju. “ Sudahlah.” Ujar Ain . Iskandar tidak terkata apa-apa. Malas hendak membalas. Nanti, tidak fasal-fasal dia dibuang sekolah pada hari pertama dia bersekolah kerana pertempuran antara dia dan Sofia. Memang tak makan saman budak ni. Setelah menyedari Iskandar tidak membalas kata-katanya, Sofia juga memutuskan untuk mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sesampainya mereka di kelas 5 Tauladan. Iskandar hanya berjalan terus ingin masuk ke dalam kelas dan lari daripada singa betina yang cuba untuk menerkamnya sebentar tadi. Orang yang dimaksudkannya ialah Sofia. Laju sahaja dia berjalan masuk ke dalam kelas. Segera disoal oleh Sofia . Lagak ketua gayanya.“Hah?! Cakap apa?”.
     
     Iskandar hanya memandang. “ Cakap apa?” menyoal Sofia kembali.
    
     At least  cakaplah terima kasih ke? Apa ke?” ujar Sofia menunjukkan lagak gangster.
   
    “Hm..sama-sama.” Ujar Iskandar selamba seraya masuk ke dalam kelas. Malas hendak melayan kerenah perempuan itu. Sofia hanya memandang Iskandar dengan perasaan geram yang membuak-buak di hatinya. Bagaikan lavar gunung berapi yang ingin meletus keluar dari telinganya! Lain yang disuruh, lain yang dibuat. “Ish! Ikutkan hati aku, nak saja aku belasah mamat tu. Buat sakit hati sajalah!” rengus Sofia.
    
     “Sudahlah.. Jom masuk ke kelas.” Pinta Ain.
                                       
                                                         ***
   
    Sesi pembelajaran bermula seperti biasa. Iskandar yang diberikan tempat duduk bersebelahan dengan tingkap hanya mengelamun jauh. Tidak mempedulikan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Memerhatikan keadaan sekeliling. Indah sungguh pemandangan di sekolah ini. Berlainan dengan sekolah lama yang ditinggalkannya.Terdapat sebuah Landskap Mini yang dipenuhi rimbunan pohon yang ditanam secara teratur tidak jauh dari blok bangunan kelasnya. Ia menyamankan suasana. Redup sahaja. Warna-warni bunga-bungaan yang menghiasi setiap blok bangunan, menyegarkan matanya. Tenang sungguh hatinya tatkala melihat alam ciptaan ilahi yang penuh bermakna ini.
    
     Teringat kembali, Dia berpindah ke sekolah ini kerana mengikut emaknya berpindah rumah selepas emak dan ayahnya bercerai atas alasan tidak bersefahaman. Hancur luluh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan ayahnya serta terpaksa berjauhan dengan adik lelaki kesayangannya. Hanya dia dan kakaknya memutuskan untuk berada di samping emak mereka. Manakala, adiknya dijaga oleh ayahnya disebabkan permintaan ayahnya.
     
    Kini, kakaknya menetap di Terengganu kerana menyambung pengajian di sana dalam bidang perniagaan. Sebenarnya,Bukan itu sahaja alasan kakaknya yang ingin menetap disana,malah untuk lari daripada kekalutan dan lari daripada stress  yang membendung diri disebabkan perpecahan keluarganya. Tinggallah Iskandar keseorangan walaupun emaknya ada di sisi untuk menyayanginya dan memberi sokongan kepadanya.
    
     Lamunannya terhenti apabila, loceng sekolah tiba-tiba berbunyi. Nyaring sekali. Menandakan waktu pelajar-pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk mengisi perut yang kosong setelah lama memerah otak. Rakan-rakan di dalam kelasnya sudah siap-siap berkemas. Menyimpan peralatan menulis, buku-buku di dalam beg dan kemudian masing-masing keluar dari kelas menuju ke kantin. Beberapa orang pelajar lelaki yang terlihat Iskandar masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya. Mula menyapanya.
     
    “Is. Tak turun rehat ke? Kitaorang nak pergi ni. Nak join?”soal Muslim, salah seorang daripada pelajar lelaki tersebut.
    
     “Tak apalah. Aku nak jalan-jalan tengok sekolah.” Jawab Iskandar.
   
    “Nak kitaorang temankan ke?”soal Aiman, ketua kelas 5 Tauladan.
   
    Iskandar menggeleng kepala. “Aku jalan sendiri. Kalau sesat, aku call  korang.” Iskandar berlawak. Rakan-rakan yang lain turut sama gelak ketawa. Senang hati dengan sikap Iskandar yng peramah walaupun baru sahaja berkenalan.                                            
                                                    
                                                            ***
   
    Di dalam kelas 4 Sinar, Ain dan Sofia juga sedang mengemas buku-buku lalu dimasukkan dan disusun di dalam beg.
    
     “Nak ke kantin ke Ain? Aku laparlah.” Soal Sofia sambil mengusap-usap perutnya.“Macam-macam bunyi yang keluar. Sekejap lagu keroncong. Sekejap lagu hip hop. Sekejap lagu rock. Memang lapar sangat ni.” Rayu Sofia.
     
    Ain berfikir.“Hm.. Kau pergilah.. aku tiada mood lah. Lagipun, hendak berjimat duit belanja. Beli novel.” Ujar Ain dengan muka monyok.
   
    “Ala.. Takkan sebab Farouq buli kau, kau tak ada mood terus? Jomlah.” Pujuk Sofia.
    
     Ain menggeleng.“ Aku jalan-jalan dekat landskap sajalah. Kalau ada apa-apa, cari aku dekat situ.” Jawab Ain pula. Sofia akur dengan kata-kata Ain. Terus memecut diri menuju ke kantin sekolah. Lapar. Perutnya perlu diisi dengan segera.
    
     Ain pula berjalan menuju ke Taman Landskap Mini  bersebelahan dengan blok bangunannya. Di situlah tempat dia menghabiskan masa rehatnya jika bukan di kantin ataupun di perpustakaan untuk menjalankan tugas.
   
    Sedang Iskandar melihat pemandangan dari koridor hadapan kelasnya, dia terlihat seorang gadis yang menuju ke Taman Landskap Mini. Dari jauh, Iskandar memerhati setiap gerak-geri Ain yang sedang melakar sekuntum bunga yang berada di hadapannya di atas kertas kosong yang kecil. Sedang dia memerhati gadis itu, terlintas di fikirannya bagaimanakah dia hendak pulang lepas waktu persekolahan nanti? Mak tidak beritahu apa-apa kepadanya,dengan apa dia akan pulang ke rumah nanti. Dengan langkah yang perlahan, Iskandar menuruni anak tangga dan menuju ke arah Ain.
   
    Ain yang duduk membelakanginya. Tidak perasan akan kehadirannya. “ Woi.” Iskandar memanggil dari jauh. Perlahan sahaja panggilan yang ditujukan kepada Ain. Namun, tidak diendahkannya.
   
    “Woi!”
   
    Sekali lagi dia memanggil. Tiada respon dari Ain.“Aaiiyy.. pekak ke minah ni?” Iskandar berbisik perlahan. “Oii, minah?” Iskandar memanggil lagi. Kali ini dia menguatkan suaranya. Kali ini Ain menoleh ke arahnya kerana masih ingat suara biadap yang memanggilnya di dewan pagi tadi. Seraya dia berkata.“Hm.. Ingatkan panggil orang lain tadi. ‘oi-oi’.”perli Ain.
   
    Iskandar tersenyum sinis sambil berjalan ke arah Ain dan duduk di sebuah kerusi yang disediakan berdekatan dengan bunga-bunga tersebut. Menghadap Ain. “ Kau nak perli aku pun agak-agak lah.” Ujar Iskandar.
    
     “Aiiyy.. Terasa ke? Kenyataan ...” soal Ain sinis.
  
      “Siapa lagi yang ada dekat sini selain aku?” soal Iskandar menyindir.
    
     Ain terdiam. Memikirkan jawapan yang patut dibalas kepada Iskandar. Jawapan yang boleh menyenangkan hati mereka berdua tanpa berlaku apa-apa pertengkaran.“Hm.. pokok ada. Bunga ada. Rama-rama ada.”
    
     Iskandar tergelak kecil. “Haha. So, kau bercakap dengan benda-benda itu semua? Kau Memang gila lah.”
    
     “ Nak gila apa nya? Makhluk ciptaan Ilahi pun boleh dengar apa yang kita cakapkan.” Jawab Ain serius.
   
    So, makhluk-makhluk ini semua panggil kau oi-oi ya? Tak sangka pula aku. Sudahlah, jangan hendak panjang-panjangkan cerita, aku tahulah kau perli aku. Apa nama kau?” soal Iskandar ingin tahu.
    
     “Hm.. Tahu pun. Nama saya Ain, awak pula?” soal Ain kembali.
   
    “Is.”
   
    Jawab Iskandar ringkas. “Err.. aku datang sini, hendak tanya, aku nak balik naik apa? Mak aku tak ada beritahu aku apa-apa pun.” Soal Iskandar .
   
    “Hm.. time  balik, tunggu di hadapan pintu pagar sekolah. Kalau awak nampak saya, follow  aje lah dari belakang.” Iskandar hanya mengangguk. Matanya meliar ke kiri kanan lalu terpandang satu wajah yang sering menyakitkan hatinya. Sofia berjalan perlahan menuju ke arah mereka dengan wajah yang bengis memandang Iskandar.
     
    Kerana tidak ingin bertengkar dengan Sofia, Aniq mengundurkan diri untuk pulang ke kelasnya semula.
     
    “Aku blah dulu lah. Singa lapar dah datanglah.” Dengan selambanya Iskandar mengutuk Sofia dihadapan Ain. Ain memandang ke arah ‘singa’ yang diperkatakan oleh Iskandar. “Oh, Sofia rupanya. Ain tergelak kecil. Sofia datang menghampiri Ain dan bertanya.
   
    “Dia nak apa dengan kau?” soal Sofia ingin tahu.
    
     “Dia nak follow  kita time  balik nanti.” Jawab Ain.
   
     Sofia begitu terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Ain itu tadi. “What?!”. Sofia mengeluh. “Ala, Ain..”
                                    ***

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 30 January 2012

Kenapa putus cinta ??


# Hanya satu sebab aje kenapa pasangan itu membuat keputusan untuk "break ! " . Semua ini berlaku sebab tiada lagi cinta dalam hati dia. If this happens to you  .. seeloknya lupakan kisah cinta you all tu .

Jadikannya sebagai cerita dongeng atau sejarah walaupun kisah cinta you all tu tak ada dalam mana-mana buku teks sejarah.

Come on laa ~
Jangan buang masa nak fikir semua tu ...

"Kenapa semua ni terjadi pada aku? "


"Kenapa semua ni harus terjadi? "


"kenapa dia tinggalkan aku? "


OK . Senang cerita, JUST FORGET ABOUT IT !
Semua tu ketentuan Tuhan, jangan nak pertikaikannya. Siapa kita sebagai hambanya nak mempersoalkan ketentuannya? Fikir yang positif ! Banyak lagi lelaki/perempuan kat luar sana, walaupun tak sama dengan bekas kekasih you all tuu, tapi cubalah beri peluang kepada orang lain untuk bertapak di hati you all tu . 

Give they another chance to know you . Maybe, lelaki/perempuan lain lebih baik daripada bekas kekasih you all tuu? Itu pun , kalau you all dah bersedia untuk menerima cinta lain laa ..


Kalau belum bersedia, maknanya you all perlukan ruang dan masa untuk menerima kenyataan. Terimalah kenyataan yang dia dan you all tak ada apa - apa lagi ..


Jangan buang masa, bazirkan air mata semata - mata untuk mereka yang meninggalkan kita kalau mereka  tak dapat nak mengingati you all .

WARNING !
To boys : Please lahh.. kalau strees pasal cinta pun, jangan sesekali you all sentuh ROKOK ! Tahu tak? Tapi, buat-buat tak tahu? Rokok tu merbahaya ! Marabahaya . Boleh menempah maut ! Terutama sekali ia membahayakan nyawa orang di sekeliling kita. Tolong jangan pentingkan diri sendiri .
One more thing! Jangan ambil benda yang boleh melibatkan kita dalam gejala sosial.  Motor tu,  jangan jadikan ia sebagai mangsa keganasan you all. Motor tu tak bersalah ! 

Kalau tengah strees, jangan pandu apa-apa kenderaan ! Even kereta or motor. Akan membahayakan nyawa you all sebab maybe time you all bawak kenderaan tu, fikiran you all melayang ke tempat lain. Tak fokus kepada pemanduan.

Bukan mengurangkan penyakit, menambahkan penyakit lagi, adalah .. Apa kata you all pegi lakukan aktiviti yang sihat dan  berfaedah, main bola ? main futsal, badminton dan lain-lain . Nak senang? Perapkan diri dalam bilik, TIDUR ! Just think positive !

To Girls : Sememangnya you all mampu berfikir jauh lebih baik. So, gunakan akal fikiran you all tu untuk berfikiran positif . Kalau tak, apa gunanya diberi otak yang cerdas tapi tak manfaatkannya ? 

Kalau you all rasa nak mengamuk jadi The Incredible Hulk tuu, bawa mengucap ..

ataupun, ambil air sembahyang ..

Untuk yang masih bersekolah, atau secara umumnya umur di bawah 18 tahun, jangan nak fikirkan sangat pasal cinta. Pelajaran lebih penting. Tak ada ilmu? Korang takkan kemana .. Perjalanan korang masih jauh. banyak lagi cabaran dunia yang harus korang tempuhi

Psstt! ( berbisik ni ) : siapa yang suka orang merokok? Wieya pun tak suka ! 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 27 January 2012

Singgah SINi ! Ada Promosi Jualan murah ..

Haiiiiii ~ hoho . Assalamualaikum semua .. Salam jumaat buat yang beragama islam . dan Salam mesra buat yang bukan beragama islam ..

Haa ... di sempena hari yang mulia ini .. Wieya nak promote sebuah blog yang baru berjinak - jinak dalam bidang perniagaan secara online. Blog ini akan menjual pelbagai barang lagi, tetapi..Sebagai permulaan , blog "Bisnes Family kami" menjual handbag secondhand yang dijual dengan harga promosi ..

Setakat ni, tak banyak lagi ..tapi ,you all boleh singgah ke blog tu walaupun sekejap .."Bisnes Family kami" juga mohon jasa baik anda semua untuk follow blog dan LIKE fan page . , dan anda boleh ketahui pelbagai maklumat lanjut lagi . Dan pelbagai jualan yang akan dijual dari semasa ke semasa. Jika berkesempatan, mereka akan follow anda kembali .

- Harga jualan boleh dirunding dan jika harga itu telah ditetapkan , harga itu akan termasuk dalam kos penghantaran POs Laju.

Antara beg yang dijual .


-Semua barang yang dijual masih dalam keadaan yang baik. Oleh itu , jomlah singgah ramai-ramai walaupun sekejap ..

KLIK SINI BISNES FAMILY KAMI

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 26 January 2012

Segmen Review Blog

Assalamualaikum semua .. ! Haaa ~ ni ada segmen yang senang , memang senang , paling senang , terlebih senang .. dan senang sangat-sangat !!

Hahaha ~ SENANG ~

  "Tu jerr ??"

"eh? of coz laa ... very senang kan .. huhu .. bujang senang ... "

Join ar .. blog korang akan di review .. Klik pada banner ye .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 1 (2)


    Sofia mengeluh.“Laaa... Ain... Aku bercakap sorang-sorang rupanya. Kasihannya aku. Mamat itu yang kau pandang dari bercakap dengan aku? Sudahlah tidak kacak....” kata-kata Sofia tidak sempat dihabiskan lantas dipotong oleh Nurrul.
    
     “Eh? Cakap baik-baik sikit ya? Kacak apa? Gentlement pula.”Ain masih tersenyum-senyum seperti kerang busuk.
    
     “Eh? Kalau aku mengutuk dia, dengar pula ya? Ingatkan tidak dengar tadi? Ala ~ lelaki idaman kau, mestilah kau fokus pada dia kan.. bukannya aku.” perli Sofia agak sedikit kecil hati.
   
    “ Iyalah. Maafkan aku ya? Seminggu kita semua bercuti penggal pertama, rindu pula hendak menatap wajah dia.” Ujar Ain.
    
     Sedang Ain berkata-kata, Sofia sudahpun masuk ke dalam bilik guru untuk menghantar buku-buku tersebut. Ain hanya menunggu di luar bilik guru sambil menikmati pemandangan yang sangat indah di matanya. Sedang dia memerhatikan lelaki itu membaca novel dari jauh, tiba-tiba lelaki itu memandang  tepat ke arahnya lantas dia terkejut. Kemudian dia berlari mendapatkan Sofia yang sedang menyarungkan kasutnya semula.
        
     “Sofia! Sofia!” Ain separuh menjerit.
   
     “Apa dia?” Sofia acuh tidak acuh menjawab panggilan Ain itu.
    
     Ain tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang teratur dan putih.“Zaquan pandang aku lah!” Ain terlalu teruja.
    
     “Hm..” itu saja respon yang diberikan oleh Sofia.
    
     Setelah keluar dari perkarangan sekolah, mereka berehat sebentar di pondok bas yang disediakan di hadapan sekolah. Sambil menunggu bas, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Sofia. Ain hanya mendiamkan diri dan tidak lama kemudian,  Ain baru menyedari tindakannya yang terlalu taksub melihat jejaka idamannya serta tidak   menghiraukan Sofia itu membuatkan Sofia berkecil hati. Lantas dia mendapat idea untuk memujuk.
    
     Sambil matanya meliar “ Eh, Sofia? Kau nampak tak apa yang aku nampak?” soal Ain.
   
    “ Tak.” Sofia masih lagi tidak memandang ke arah Ain.
    
     Ain mula tersenyum kecil.“Aku nampak peniaga jual ice-blended  lah!”
    
     “Mana? Mana?!” Lantas mata Sofia meliar pantas mencari peniaga yang menjual ice-blended seperti yang dikatakan oleh Ain.Jelas sekali Sofia adalah peminat setia ice-blended.
    
     “Jom! Aku belanja sementara tunggu bas trip kedua.” Pelawa Ain untuk mengubati  luka kecil di hati Sofia.
    
    Sofia pantas menarik tangan Ain menuju ke arah peniaga tersebut.“ Jom! Sayang kau!”
                                                          
                                                             ***

    Di waktu petang, Ain lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan membaca novel di bawah gazebo di hadapan rumahnya. Sofia yang tinggal tidak jauh dari rumahnya juga selesa menghabiskan masa di rumah Ain. Itulah yang dikatakan Best Friends Forever.
    
     “Ain , hari tu Aku ada nampak kau sound  budak junior kat dalam bas. Apahal ? Dah macam singa lapar aku tengok. Lagak pengkid pun ada juga. Lain dengan Ain yang aku kenal ?” Pertanyaan Sofia itu agak memeranjatkan. Ain tidak menyangka Sofia ada di dalam bas itu. Ain hanya senyum meleret. Dan kemudian meneruskan kembali pembacaan novelnya. “Ain , Aku cakap dengan kau ni .. bukannya aku bercakap dengan gazebo  ni ..”
   
    Ain tersenyum sekali lagi. Dalam fikirannya mengatur ayat penjelasan yang mahu diberikan kepada Sofia agar Sofia tidak salah sangka terhadapnya. “Ala ~ Saja nak tunjuk lagak. Sekali sekala , nak juga try  jadi lelaki. Lagipun , budak zaman sekarang ni , mana boleh bagi muka sangat. Nanti diorang pijak-pijak kepala kita. Bukannya nak hormat kita. Berbeza dengan zaman dulu.”
   
     “Habis ? Dengan pengawas tu sekali kau lanyak? Mana ciri-ciri perempuan melayu terakhir kau? Hilang?”
    
     “Hahaha ! Pengawas tu bonus buat aku .. saja je . Fasal ciri-ciri perempuan melayu terkhir tu, ada lagi .. hilang hanya untuk seketika dalam bas tu .”
    
     Tiba- tiba perbualan mereka terhenti apabila seorang wanita yang tidak dikenali datang ke arah mereka sambil melemparkan senyuman. Wanita tersebut menegur mereka.
   
    “Assalamualaikum, dik.” Sapa wanita itu.
    
     Ain dan Sofia terpinga-pinga lalu menjawab salam wanita itu semula.“Waalaikumsalam.” Jawab Ain dan Sofia serentak.
   
    “Err.. ibu ada di rumah?”soal wanita itu agak sedikit malu.
   
    “Belum balik dari kerja lagi, makcik.” Jawab Ain sambil membalas senyuman. Senyum itu sedekah. Wanita itu diam seketika.“Ohh.. siapa lagi yang ada di rumah?” soal wanita itu sambil matanya melemparkan pandangan ke dalam rumah Ain.
     
    Ain menutup novel yang dibacanya tadi.“Tiada siapa. Hanya saya seorang saja. Ayah dan Sofia hanya diam memerhati.
    
     “ Nama Mak Cik , Aisha. Panggil sahaja Mak Cik Aisha. Apa nama adik? Err.. adik bersekolah di mana ya?” soal Mak Cik Aisha ingin tahu.
    
     “Nama saya Nurrul Ain Hanisah. Panggil Ain saja. Err.. Saya bersekolah di SMK Sri Saujana.” Jawab Ain. “Ini pula Sofia, kawan Ain.
    
     “Panjangnya nama. Indah pula tu. Sedap pula mak cik dengar.” Mak Cik Aisha menarik nafas lega. “Oh. Baguslah. Makcik hendak minta tolong dari Ain dan Sofia untuk tunjukkan jalan ke sekolah itu esok boleh tak? Makcik hendak buat pendaftaran untuk anak makcik.”
   
    “Boleh. Boleh. Boleh.”Sofia menyampuk. Sebelum Sofia meneruskan percakapannya, Ain terlebih dahulu memintas.
    
     “Boleh saja. Mak Cik tinggal di mana?” tanya Ain.

    Makcik Aisha memandang Ain kehairanan.“Ain,  Makcik  Aisha baru sahaja berpindah di sebelah rumah Ain pagi tadi. Ibu Ain tak beritahu apa-apa pada Ain ke?”
    
     Ain terkejut. Aiikk? Bila? Tak perasan pula? JHm.. memang sah aku tak ambil tahu hal sekeliling ni. Jiran sendiri pindah pun tak tahu. eh? Jiran yang gila sangat dengan karaoke tu dah pindah ke? Yeayy !! bagus ! Alhamdulillah ... Ain berbicara dengan hati kecilnya.Sofia pula tergelak kecil melihat keadaan Ain yang pada mulanya terpinga-pinga, kemudian senyum berseorangan ...
     
    “Oh. Kalau begitu, dalam jam enam lima puluh pagi boleh?” Ain tanya lagi.
   
    Mak Cik Aisha diam seketika. “Bolehlah. Esok pagi, Ain tunggu sahaja di gazebo ini. Tumpang dengan Mak Cik sekali, Sofia pun ikutlah ye?” Lantas Makcik Aisha meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Sofia tersenyum lebar. Segera dibisikkan sesuatu ke telinga Ain.“Alhamdulillah! Jimat duit tambang bas aku.” Sofia memanjatkan kesyukuran ke atas NYA. “Eh , tapi kenapa tak sebut nama aku penuh – penuh ? Nama aku panjang juga tau.” Luah Sofia sekadar mengusik. Ain hanya memandang sinis. Nak jugak ...

                                                 ***
    Jam dinding yang digantung di ruang tamu menunjukkan jam 9 malam. Ain yang berada di meja makan, sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Sekali-sekala dia mengeluh kerana kepalanya terus-terusan tunduk ketika menulis. Dia berhenti menulis dan berdiri untuk meregangkan tubuhnya. Terdengar bunyi tulang-tulang belakang yang terlipat. Sedang dia meregangkan tubuh,dilihat ibunya, iaitu Puan Azizah berbual bersama dengan ayahnya En. Zulkarnain. Terselit juga aksi ketawa dan tepuk tampar antara suami dan isteri itu. Entah apa yang dibual, hinggakan Ain  seronok memerhati gelagat ibu dan ayahnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi deruman enjin motor di hadapan rumah. Abang sudah pulang agaknya. Bisik hati Ain. Bingkas dia bangun dan menuju ke arah pintu. Dibukanya pintu perlahan-lahan. Setelah melihat Amir yang baru sahaja pulang, dibukanya pintu itu luas sedikit. Amir terlihat Ain yang menjenguk ke luar, hanya tersenyum.
   
    “Lambatnya abang balik?” soal Ain.
     
    Sambil memakirkan motorsikal dan mengunci, Amir menjawab dengan selamba.          
 “Hm. Ada banyak kerja".
   
    Selepas selesai mengunci motorsikalnya dengan rantai, dia segera masuk ke dalam rumah. Didahulukan dengan ucapan salam. Ia merupakan adat agama islam supaya syaitan tidak mengikut kita masuk ke dalam rumah. Kemudian, Diikuti dengan Ain.“Ibu dan ayah mana?”soal Amir.
     
    Selepas menutup pintu rumah, Ain hanya memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah ibu dan bapanya yang sedang berbual-bual tanpa berkata apa-apa. Amir berlari-lari anak naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Manakala, Ain ke meja makan semula untuk mengemas semua buku-buku yang bertaburan di atas meja tersebut. Agak bersepah sedikit ye. Sebelum sempat kaki Ain mencecah anak tangga, ibunya memanggil Ain dengan panggilan ‘adik’.
   
    “Adik. Mak Cik Aisha ada jumpa Adik?” soal ibunya.
     
    Ain baru teringat.“Ada ibu. Mak Cik Aisha minta tolong dari Adik supaya tolong dia dalam pendaftaran anaknya esok. Esok pagi, Ain ke sekolah bersama-sama dengan Mak Cik Aisha.” Jelas Ain.
   
     Puan Azizah hanya mengangguk.“Kalau begitu, pergilah masuk tidur.”Ain akur dengan arahan ibunya.“Baiklah ibu. Adik naik dahulu. Assalamualaikum.”
                                             
                                                      ***
   
    “Cepatlah Ain.” Sofia memarahi Ain yang sedang mengikat tali kasutnya. Lambat betul!  Kelihatan Makcik Aisha baru sahaja keluar dari rumahnya. Dua pasang mata sedang memandang Mak Cik Aisha yang sedang menghidupkan enjin kereta. Ain bersuara.“Sabar. Tengok , Mak Cik Aisha pun baru sahaja hendak memanaskan enjin keretanya. Bukannya jauh Sofia, sebelah rumah saja. Jangan kalut sangat.” Ujar Ain sambil menggeleng-geleng kepalanya.
    
     “Ok.Ok” akur Sofia.  Sementara menunggu Mak Cik Aisha pula bersiap, mereka menanti Mak Cik Aisha di gazebo tempat biasa mereka bersantai. Setelah beberapa minit kemudian, seorang remaja lelaki yang kelihatan tidak kemas cara berpakaiannya, keluar dari rumah bersama Mak Cik Aisha. Setelah dilihat dari jauh, Sofia memulakan gosipnya.“Mak aiiyy...  anak dia lelaki ke? Ni yang aku benci ni. selekehnya! Baju sekolah macam tidak bergosok! Rambut terpacak macam landak!”Sofia berbisik.
     
    “Hish! Mulut kau ni, pagi-pagi dah mula bergosip! Kalau Mak Cik Aisha dengar kau kutuk anak dia, mesti kecil hati dia.” Ujar Ain dengan wajah yang serius. Sofia hanya tersenyum.
     
    Semasa dalam perjalanan ke sekolah, masing-masing diam membisu. Tidak berkata apa-apa. Masing-masing melemparkan pandangan ke luar tingkap menikmati keindahan pagi. Cuma pandangan Mak Cik Aisha fokus kepada pemanduan. Melihat masing-masing tidak berkata apa-apa, Mak Cik Aisha cuba menghidupkan suasana. “Err..  Sofia dan Ain pegang jawatan apa di sekolah?” soal Mak Cik Aisha apabila terlihat Ain dan Sofia memakai pakaian seragam sekolah yang berlainan warna.
   
    “Saya pegang jawatan sebagai pengawas perpustakaan, Sofia pula sebagai penolong ketua kelas.” Jelas Ain sambil melemparkan senyuman. Mak Cik Aisha hanya mendengar dan memerhati dari cermin pandang belakang.
     
    Melihat kereta yang dipandu Mak Cik Aisha hampir sampai ke kawasan sekolah, Ain bersuara.“Err.. Kita sudah sampai.”.Mak Cik Aisha segera mencari tempat parkir dan kemudian masing-masing turun dari kereta. Ain dan Sofia pelawa Mak Cik Aisha untuk mengikutnya ke pejabat dan diikuti oleh anaknya. Setelah sampai, Ain dan Sofia minta diri untuk ke dewan. Mak Cik Aisha masuk ke dalam pejabat. Manakala, anaknya hanya berdiri di hadapan pejabat. Hanya memerhatikan Ain dan Sofia hilang dari pandangan.
    
     Setelah beberapa minit menunggu di taman mini yang terletak di hadapan pejabat dan bilik guru, Mak Cik Aisha keluar dari pejabat bersama Puan Wafiyah, guru disiplin sekolah. Mak Cik Aisha dan Puan Wafiyah berjalan menuju ke arah anaknya yang duduk di meja berehat di hadapan pejabat.
    
     “Aniq Iskandar ...” Puan Wafiyah memanggil. Anak Mak Cik Aisha pantas menoleh.                                             
                                       
                                                  ***
   
     Setelah sesi perhimpunan tidak rasmi, selesai. Ain dan Sofia keluar dari dewan sambil  berbual kosong ingin menuju ke kelas mereka.
   
    “Oii minah.” Panggil Iskandar. Matanya tertumpu pada dua orang pelajar perempuan yang sedang rancak berbual sesama sendiri.


                                                                                    -bersambung-

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...