Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 1 November 2012

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Syed Mashor

Assalamualaikum ~

Alhamdulillah ..

   Dengan izin-NYA, Majlis Graduasi Tingkatan 5 yang diadakan pada 30 Oktober 2012
( Rabu ) ..berjalan dengan lancar. Tak ada sesiapa yang terjatuh atau tersungkur masa naik ke atas pentas. Hihi ~

Tak sangka ada Majlis Graduasi untuk pelajar tingkatan 5 pada tahun ni .. Sebab, tahun-tahun sebelumnya tak pernah ada. Kiranya, kami pelajar tingkatan 5 tahun ni ( bacth 1995 ) kiranya lucky laa .. sebab Majlis Graduasi ni pertama kali diadakan. 
( *Uuuhuu ! Bangga ! )

  Senyum mesra je semua *dapat pakai jubah tu .. hehe .. cuba teka , Wieya yang mana ..?

Hahaha .. dapatlah merasa pakai jubah macam konvokesyen student universiti tu walaupun kitorang pakai kejap aje. Hehe ..

 
Majlis Graduan ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat pelajar dalam bidang akademik dan teruskan menuntut ilmu hingga ke menara gading dan sepanjang hayat. Maksudnya , jangan berhenti menimba ilmu walaupun dah habis sekolah dan tuntutlah ilmu hingga akhir nafas kita.

 
Majlis dimulakan dan diiringi dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Muhammad Firdaus Bin Zulkiflee. Dalam bacaan doa tu, Wieya asyik teringat dengan doa yang dilafazkan.


" Biarlah ibu bapa kami menitiskan air mata mereka kerana kejayaan kami dan bukan kepada kegagalan kami, Ya Allah. "

 
Selepas itu ada ucapan daripada pengetua sekolah.

"Pelajar tingkatan 5 .. Hari ini anda dinobatkan sebagai graduate muda. Ini bukanlah majlis graduasi yang terakhir buat anda. Pastikan selepas ini anda dinobatkan sebagai graduate yang menerima diploma , ijazah dan seterusnya.

Selamat menempuh kejayaan . Selamat berusaha. "

Penyampaian graduasi bermula.

Mula-mula penyampaian hadiah dimulakan dengan Student kelas sains ..Kelas teknik, sains pertanian, sains sukan. Lepas tu.. student seni bina landskap..

 Ni .. pelajar lelaki  kelas 5 Sains Sukan ..


  Ni pulak pelajar perempuan kelas 5 Sains Pertanian ..

 Ni pelajar lelaki kelas 5 teknik ..

Masa student landskap beratur tunggu giliran diorang.. ada seorang guru bertugas panggil kami . Dah tiba giliran kami untuk beratur.. Uuuhuuu !.. Excited yaw ! Ok. Disebabkan majlis ni pertama kali diadakan, ada lah sedikit kekurangannya. Jubah ala-ala konvokesyen tu ada 60 helai je . Share la .. bila orang tu dah pakai, tukar pulak dengan orang ni .Tapi, tak apa .. Tak kisah pun .. hihi ..



Tunggu turn pelajar yang dah naik atas pentas tu turun dari pentas .. Kitorang yang tunggu di luar dewan ni , get ready nak sambar jubah tu. Haha.. tiba giliran kitorang nak pakai jubah tu . Bila tiba giliran Wieya nak ambik jubah tu .. hati ni rasa nak lompat-lompat aje !  


Dapat pegang je baju tu, terus lari ke belakang dewan sambil jerit 
" Yuuhuuu ! " 
haha .. buat malu je . Cikgu tengok . Haish, anak dara ni, tak senonoh betuii .. *dialog sendiri , and then, join kengkawan yang lain nak pakai jubah tu dann ... start posing depan kamera !




Ni .. friends yang sama kelas dengan Wieya.. Gambar ni nampak macam meriah kan ? Eh ? nampak tak ? Ada sorang aje *perempuan* terselit dekat situ ? Hihi .. Cari ! Cari ! mana Wieya ?

Ok. Lepas tu beratur .. ikut senarai nama .. How i feel ? Wow !

Rasa berdebar-debar sangat ! .. Tapi, bajet cool .. rileksss je . Jangan tunjukkan yang kita gemuruh . haha .. *Berlagak profesional . 

" Rabi'atul Adawiyah Binti Ros Awari " 

Warghh ! That's my name ! .. Gemuruh jiwa ini ! .. 

Teragak-agak jugak nak naik . takut tersadung ke ? Tersungkur ke ? .. Tapi .. cool ~ naik dengan penuh senyuman memandang ke hadapan. Terasa diri ini kecil aje bila berdiri dekat atas pentas tu. Rasa macam ? Semua orang tengok ke arah Wieya . ( Padahal budak-budak lain tak pandang pun. Buat hal sendiri ). 

 
Perlahan-lahan juga , berjalan turun dari pentas . Sampai di luar dewan . Adaa seorang guru sedang menunggu . Waaaaaa ! :( Dah nak kena bukak jubah tuu .. pulangkan balik .. Ala ~ Sekejapnya masa berlalu. begitu pantasnya tanpaku sedari .

Nak ataupun tak, kenalah juga bagi walaupun berat hati. Hoho .. tu gambar bila dah duduk balik . Tengok orang lain pulak naik pentas.  Untuk penutup majlis ni, ada majlis Restu Ilmu . Para pelajar bersalam-salaman .. muah pipi kiri , muah pipi kanan .. memohon maaf dan minta dihalalkan segala ilmu yang cikgu bagi . Supaya ilmu diberkati . Macam-macam lah .. ramai jugak lah yang menitiskan air mata . Sebak + sedih ... cikgu pun sama ..


Alhamdulillah .. selepas tu majlis pun selesai ... hihi ..




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

6 comments:

Fendy said...

sama la dulu...masa form 5 ada gak graduasi...

dayteenlea said...

dasat tul skrg ada graduation.huhu

Sayidah Nafisah Ruslan said...

untungnya.. saya tak pernah merasa pun pakai jubah macam gitu.. teroaksa lah tunggu graduasi diploma saya ni tahun depan.. huhu

goodluck untuk spm ye.. :)
jangan takut.. rileks je..

dhia adawiyah said...

@Fendy

Ouh ya ? haha .. a'ah .. tapi, tak banyak sekolah yang buat .. hihi ..

dhia adawiyah said...

@dayteenlea haiyoo .. rilek2 .. zaman makin maju . hihi ..

dhia adawiyah said...

@Sayidah Nafisah Ruslan wahh ! gud luck jugak untuk graduan diploma awak nanti .. tq tau !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...