Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 12 November 2012

Hati kecewa yang menantikan pelangi yang indah

Assalamualaikum ~


Sedih menyelubungi diri setiap kali wajahnya terlintas di fikiran ini. 
Kecewa meruntun hati. 
Tatkala hati menyatakan sejujurnya bahawa, hanya dia yang aku sayangi.  
Hanya mampu pasrah dan redha kerana dia sudah dimiliki. 
Bukan milikku. Tapi, milik insan lain di dunia ini. 
Ini takdir.
Setelah terasa kehilangan dirinya..
Gila bayang. 
Aku tidak menerima dia kerana aku rasakan kekurangan yang ada dalam diriku.
Aku juga merasakan bahawa dia boleh dapat insan yang jauh lebih sempurna dari aku. 
Dan kini .. 
perkara itu termakbul .


Ke mana aku pergi, di mana aku berada.. asyik terbayangkan dia 

Hinggakan orang lain aku sangkakan dirinya.
Hinggakan aku terdengar orang lain memanggil namanya. Padahal orang tu panggil kawan dia . 
Hinggakan aku macam terdengar suara dia berkata-kata. Padahal suara orang lain yang hampir serupa .  
Hinggakan apabila aku terlihat senyuman orang lain, aku teringatkan senyuman darinya.

Apa kena dengan diri aku ? Adakah kerana cinta ? Maaafkan ku jika aku bukanlah yang terbaik untukmu.    

Allah hilangkan mentari dalam hidupku .. dan sekarang, aku juga nantikan pelangi yang indah dalam hidupku.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...