Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 30 October 2012

Memiliki segulung ijazah bukan jaminan mudah diterima bekerja, andainya ...

 Entri auto-publish .

                Gambar tiada kena mengena dengan entri .. hanya ingin beritahu .. TERINGIN NAK MAKAN
                                                             MARSHMALLOWS !!

( Sebelum itu .. ) Assalamualaikum ~

Andainya ?
Andainya tidak memiliki kriteria  yang dikehendaki seperti pandai berkomunikasi , berani dan penuh idea. "

Coretan di atas adalah kata-kata daripada Ketua Program Komunikasi dan Pengarah Kewartawanan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ), Siti Suriani Othman.


                                                  Credit gambar : Google

( Artikel ditulis oleh Ruhaiza Rusmin ) yang diambil daripada Akhbar Harian Metro. Isnin 29 Oktober 2012 , Laman Variasi >> Bestari.

Cemerlang tapi sukar dapat kerja.

    Wahh ! Wieya memang tertarik sangat dengan artikel ni, memandangkan Wieya "bakal" menamatkan zaman bujang persekolahan tak lama lagi. Baca aje tajuk artikel ni, rasa macam dah nak tercabut jantung ni . Betul ke ?

Lepas baca keseluruhan artikel yang ditulis, membuatkan Wieya pikiaq *fikir banyak banyak banyak banyak kali, ke manakah hala tuju Wieya selepas ini ? Gerun beb !

Wieya ada terbaca ...
Walaupun kita memiliki segulung ijazah, tak bermakna kita akan mudah dengan terusnya dapat pekerjaan kerana majikan lebih memilih kepada mereka yang memiliki sijil kemahiran atau diploma. Apa yang majikan perlukan dalam ciri-ciri pekerjanya adalah pandai berkomunikasi, berani dan penuh idea.

Bukan semua yang memiliki ijazah yang cemerlang, belum cukup menambat hati para majikan dan keadaan juga berbeza kerana dunia pekerjaan sudah semakin mencabar.

Dengan itu, graduan yang memiliki ijazah lebih banyak persaingan. Bukan ijazah tersebut tidak laku, tetapi pada masa yang sama kita perlu menyeimbangkan personaliti dalam diri supaya majikan tertarik dengan hasil kerja, usaha kita dan bukan pada ijazah semata-mata.

Apa yang perlu dilakukan ?

Adalah dengan menciptakan sesuatu yang berbeza dan istimewa, peka dengan keadaan sekeliling dan mempunyai inisiatif. Apa itu inisiatif ? haha .. Wieya try la juga cari maksudnya dalam..

Dalam kamus :Ikhtiar , Daya usaha
Dalam internet : * Sama juga maksudnya ~

Apa yang Wieya tahu, mama ( My mom ) pernah kata inisiatif tu.. berfikir sendiri . Usaha untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. ( Itu yang Wieya tahu, kalau salah.. tolong betulkan ya ? )   

Sebut pasal inisiatif .. biasalah , remaja .. kadang-kadang tak tahu apa yang dia buat ? Lambat buat kerja dalam melakukan sesuatu pekerjaan .. leka dalam buat kerja .. macam-macam lah .. haha .. kadang-kadang Wieya termasuk dalam golongan itu.


Mama selalu marah dan tegur .. 

" Kalau buat kerja kena ada inisiatif ! Jangan jadi macam robot aje , Macam pahat dan penukul , suruh sekali buat sekali . Suruh sekali buat sekali . Sampai bila kerja nak siap ? Kena fikir, bila dah buat sesuatu kerja tu, apa yang perlu buat selepas itu ? Kadang-kadang tu , buat kerja tak habis . Tinggal separuh jalan . Macam mana orang nak ambil awak kerja nanti ? Buat kerja tak betul .. "



Haha .. ini kes Wieya basuh kain sekerat jalan walaupun guna mesin basuh sebab leka tengok tv ~ Hehe .. Beginilah . Tapi, Wieya ambil positif tau ! .. Dan sekarang .. Wieya always dengar cakap mama .. dan diri ini semakin maju melangkah ke hadapan .. Majuuuuuu ke hadapan.

Dalam kerja juga perlu ada kemahiran, kemahiran itu penting untuk menunjukkan kita boleh buat sesuatu kerja . Kalau ada ijazah tapi tak ada kemahiran .. macam mana ?

" Kemahiran adalah aset paling mahal bagi majikan hari ini dan sudah tentu mereka mengkehendaki dan akan menjaganya dengan baik " Kata Siti Suriani Othman, Ketua Program Komunikasi dan Pengarah Kewartawanan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ).

  Oh ya ? Kalau ada sesiapa yang tak dapat baca artikel ni atau tak sempat beli surat khabar semalam.. boleh klik link dekat bawah ni untuk membacanya dengan lebih lanjut seandainya apa yang Wieya tulis panjang lebar macam karangan sukahatiku.. satu apa pun korang tak faham . Ini adalah sebagai persediaan untuk Wieya juga . Saja berkongsi memandangkan Wieya dapat ilmu ni .

   myMetro | Graduan perlu buka minda



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

3 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

banyak lagi kemahiran yang kena belajar walaupun dah kerja...

Sayidah Nafisah Ruslan said...

betul cakap awak tu. tak guna kalau deanlist every sem kalau kemahiran kita tak ada.. ijazah tu hanya bonus untuk kita dapat gaji lebih dari yang lain..

so kena praktis kemahiran untuk terus berjaya.. hehe

Noor Bazli said...

Dunia pekerjaan memang benar-benar berbeza berbanding dunia pegajian. Masa praktikal pun dah dapat tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...