Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 24 October 2012

Puasa sunat hari Arafah & Bunga ? Siapa bagi kau ?



Assalamualaikum ~

Alhamdulillah .. selesai juga puasa yang ke 8 untuk hari ini ( 08 Zulhijjah 1433 ). Yeay ! Tinggal esok aje lagi . Oh ya ? Ada sesiapa yang nak berpuasa esok? Jom puasa sekali dengan Wieya. Hehe ..

( 09 Zulhijjah 1433 ) 25 Oktober 2012 , adalah hari puasa Arafah. Kita boleh berpuasa sunat sebagai meraikan para jemaah yang akan berwukuf di Padang Arafah. Puasa yang disunatkan kepada mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Kelebihan berpuasa sunat 09 Zulhijjah .

# Dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al- Anshari r.a :


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda :" Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
( Hadis Riwayat Imam Muslim )
Mereka yang melakukan ibadat haji, disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah.

Tadi ..
Di sekolah, ada program seminar sains. Tapi, dekat kelas aje. Masa tengah belajar, beberapa orang pelajar perempuan tingkatan 6 berhenti di hadapan kelas dengan membawa sebuah kotak. Seorang daripadanya yang manis & ayu memberanikan diri mengetuk pintu kelas dan memberi salam dengan senyuman.

Wieya dan rakan-rakan hanya menjadi pemerhati perbualan antara guru dan pelajar tingkatan 6 itu. Sambil memegang sehelai kertas, dia menyebut nama seorang demi seorang.

" Rabi'atul Adawiyah " Namaku dipanggil. Perlahan - lahan Wieya berjalan melangkah keluar dari kelas.

" Pilih la yang mana .. " suara lembut berbicara kepada Wieya sambil menyuruh Wieya memilih bunga yang ada di dalam kotak. Bunga berwarna merah dan hitam menjadi pilihan.
Wahaha ! Dapat bunga laaa ..

Haha . ( Saja buat  suspen .. )
Sebenarnya, bunga tu Wieya beli dari pelajar tingkatan 6 yang ada menganjurkan penjualan tingkatan 6 sempena majlis graduasi mereka. Baru dapat hari ni ..

Waktu balik, bunga tu Wieya pegang.. takkan lah nak letak dapat beg? Rosak nanti .. Selepas tu, duduk di kantin dengan Shamine. Kawan Wieya datang .. nampak je bunga tu ..

Kawan : Ehh ? Bunga ~ Siapa punya ? Kau ek ? Siapa bagi ? 
Wieya : Eh ? tak ada sesiapa bagi .. aku beli ..
Kawan : Tipu lahh .. Mesti ada orang kasi .. pak we kasi ek ?
Wieya : Eh ? tak .. betul .. aku beli dari Form 6 tadi .
Kawan : Tak cayalah ..

Haha ... percayalah kawanku .



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

1 comment:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

insha allah saya nak puasa jugak esok :)

saya tak pernah dapat bunga. tapi pernah beli bunga time hari guru dulu. tak sempat nak kasi cikgu bunga dah hancur.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...