Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 13 September 2012

Perempuan dan Neraka

Assalamualaikum ~



Saidina Ali menceritakan, beliau dan isterinya, Fatimah, pergi mengadap Rasulullah dan mendapati baginda sedang menangis. Lalu mereka bertanya sebab mengapa Rasulullah menangis dan baginda membalas :

"Aku melihat ada perempuan yang rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan qathran ( air menggelegak ) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua-dua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta. 

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke dalam kemaluannya atau ke mulutnya dan keluar di duburnya.  Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka."


     Fatimah pun berdiri dan bertanya mengenai kesalahan yang dilakukan wanita-wanita itu. rasulullah menjawab,

" Fatimah, perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahram. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suami

Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suami dan tidakmahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikan itu dilihat oleh lelaki lain.

Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangan diikat ke arah ubun-ubun dan disuakan dengan ular dan kala kerana dia boleh bersembahyang dan berpuasa tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya."

Harap boleh jadi renungan buat semua . hanya sekadar berkongsi :)

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

4 comments:

cik yuyu said...

astagfirullahalazim.. semoga kita lebih bsentasa bermuhasabah diri dan memohon pertolongan dari-NYA.. amin...

Sue PeLik said...

hurm menakutkan..

B.e.e.n.a. said...

owh..lama jugak termenung fikir pasal tu semua :')

Sayidah Nafisah Ruslan said...

perempuan senang masuk syurga senang masuk neraka.. huhu
takutnya nak masuk neraka tapi nak masuk syurga macam tak qualified je.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...