Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 14 September 2012

Kurang ajar punya budak ! Kecik - kecik dah pandai nak membuli .| Menggelegak rasanya hati ni !

Assalamualaikum ~

Astgharafirullah ~ ..

     Terus terang Wieya cakap, Wieya geram sangat dengan kawan kepada adik Wieya .! Sebagai kakak, darah ni terasa menyirap je ke seluruh tubuh bila dengar adik kena buli dengan kawan dia . GERAM SANGAT ! 

Buli pun, bukan buli yang biasa-biasa yang ejek-ejek tuu .. Ni, siap cekik tengkuk adik Wieya , ugut and cakap benda yang tak elok. Kurang ajar nya ! Eeeii .. serius ! Memang bengang !

     Wieya keliru, tak tau nak buat apa dengan budak tu. Kalau nak gaduh pun, Wieya fikir juga kesan nya. So, fikir juga risikonya. Sebagai kakak juga, Wieya kena protect adik Wieya. Semalam ( 13.09.2012 ) , Lepas waktu sesi persekolahan pagi,  Wieya ke kelas adik Wieya ( sesi petang ), Wieya nak tengok juga lah siapa  yang berani buat adik Wieya macam tuu .. Wieya berdiri dekat pintu kelas dan cari adik Wieya. Sambil tu, mata ni mencari je budak-budak yang buli adik Wieya tu .

Adik Wieya dah tunjuk siapa yang buli dia, so Wieya cari ajelah . Bila Wieya pandang diorang, Diorang tak nak pandang pulak. Tak nak tunjuk muka. Aiikk ? Buli adik Wieya tau pula berani ?

Dulu ~ masa Wieya tingkatan 1 , tak ada pula kes buli yang teruk macam ni ? Okay je semua . Tapi, kenapa sekarang makin teruk ? Kenapa tak fikir dahulu sebelum buat sesuatu ? Tak fikir dosa pahala ? Kenapa jadi begitu ? Kurang didikan agama ? *Haa .. ni yang nak mula buat text rumusan ni .. kang ~ jadi karangan bahasa melayu pulak .

Apa nak buat ??
Ish ! Kalau nasihat ~ budak tu lawan balik .
Kalau gaduh , gantung sekolah . Apa nak buat?

Adik Wieya dah report pada cikgu kaunseling dia di sekolah. Ya, cikgu tu jalankan tanggungjawab dia. Cikgu tu panggil budak-budak tu nak bagi nasihat , motivasi. Tapi, masa balik sekolah tadi .. adik Wieya pula yang kena lagi?

Budak tu kononnya nak lepaskan geram dekat adik Wieya . Marah sebab Cikgu kaunseling tu tegur dia, Dia tunjal kepala adik Wieya, marah - marah, tengking - tengking . *Sesedap rasa je nak tunjal-tunjal kepala orang.! Dia marah adik Wieya , sebab adik Wieya report dekat cikgu kaunseling tu. Huh .. balik dari sekolah, Wieya yang jemput dia. tengok - tengok, dia  nangis sebab kena buli . Mulalah menggelegak hati ni . Baru form 1, dah pandai nak tunjuk samseng pula .

Siapa yang tak sayang adik kan?
Wieya risau sangat bila dia ke sekolah . Risau sangat. Takut dia kena buli lagi ~
Wieya kakak yang sulung . Wieya kena ambil tanggungjawab ni , protect adik Wieya. Perit rasa hati ni bila tanggung masalah ni berseorangan.

Buat masa sekarang .. ..

" Ya Allah , Kau lindungilah adikku walau di mana sahaja daripada sebarang bahaya . "



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

4 comments:

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Amin...semoga doa mu dimakbulkan:))

cik yuyu said...

eeee... geramnya.. jahatnya budak2 tuh.. hermmm cuba wieya ckp ngn guru kaunseling panggil mak bpk budak2 yang buli tuh.. bagitahu diorang.. mana tahu ada pnyelesaian.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

kalau awak ugut budak2 tu pun ok jugak kot.. cakap je kalau dia buli lagi, awak akan rekod then hantar dekat cikgu disiplin.. haaaa

B.e.e.n.a. said...

betul!!memang budak2 sekarang ni kecik2 da pandai lawan cakap orang besar! kalau besar nanti jadi peguam takpe gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...