Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 12 September 2012

Kehidupan ini




Assalamualaikum ~

   Seringkali ... Tatkala terjaga dari tidur yang lena diulit mimpi... terdetik di fikiranku.

" Hari yang baru. Alhamdulillah, aku masih bernyawa. "

Aku sedar, aku juga berada di dunia yang nyata. Tidak lagi berada di alam mimpi. Dan aku juga semakin melangkah ke hadapan tanpa boleh berpatah kembali. Namun, ianya boleh membuatkan kita terkenang kembali.

Hidup selama 17 tahun. Aku anggap itu sebagai suatu permulaan. Masih banyak lagi yang perlu aku terokai, banyak lagi cabaran hidup yang menanti. Banyak lagi yang perlu aku tempuhi.

                    Hanya menunggu masa

Masa akan datang tanpa perlu kita mengejarnya.  Ia akan datang dan berlalu begitu sahaja. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi peperiksaan SPM bakal menjelang. Sejujurnya, berat untuk aku meninggalkan segala kenangan manis yang dilalui bersama rakan - rakan. Kita jua tidak boleh sentiasa mengaharapkan mereka untuk sentiasa bersama kita. Kerana hala tuju yang berlainan. Tak lama lagi, masing-masing akan berpisah untuk capai impian sendiri. Akan mengikut hala tuju sendiri.









Time can not be turned back. Even we work hard for it

Hargai setiap masa yang kita lalui. Jangan lepaskan. Kerana mungkin kita akan ternanti - nantikan saat itu untuk berlaku lagi. Ya. Harapan yang penuh tersirat dalam hati. Akan ku cuba kecapinya dan akan ku capai hingga berjaya suatu saat nanti. Apa yang penting, jangan berputus asa. Masa lalu tidak boleh berpatah kembali, tetapi ia akan berulang.



# " Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya."


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

5 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nice ~

Green Applez said...

goodluck wieyaa!!!
btw, ur school looks almost same like mine especially the colours :D

may Allah bless you :)

imantizz_truper said...

tak apa,yg berlalu tu akan jadi kenangan...nanti wieya akan dapat kenangan baru..jgn risau,syg...( rindu zaman SPM dulu...sweet )..

dhia adawiyah said...

Mrs eady : tq :)

Green Applez : wahh ! really ? Amin ..

Imantizz_truper : hm .. itulah ..kenangan lalu akan ditinggalkan ~

Sayidah Nafisah Ruslan said...

bestnya zaman sekolah.. huhu
saya pelupa patutlah saya selalu melalui sejarah yang sama :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...