Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 9 September 2012

Cerpen : Cinta pertama

Assalamualaikum ~


 
Mengertilah ...
Walaupun ianya cinta pertama bagimu, Jika cinta ini bukan untukmu , redha .. kerana ianya adalah ketentuan Tuhan. Mungkin DIA telah menetapkan yang lebih baik untukkmu . Lebih baik dan sempurna dari diriku yang serba kekurangan . Tiada siapa yang boleh melawan takdir dan kehendaknya.

     Puan Lily memasuki ruangan kamar Kamalia lalu melabuhkan punggungnya duduk di hujung katil kamalia. Melihat Kamalia yang sedang berbaring di atas katil, menghabiskan masa membaca novel, Puan Lily mula mengatur kata. “Awak ni kakak, asyik duduk terperap je dalam rumah macam orang perap buah nak buat jeruk. Sekali–sekala tu keluar la rumah tunjukkan muka dekat jiran – jiran. Anak Mak Cik Lina tu.. yang kawan kau tu, siapa namanya? Lupa pula mama..”

“Eima ~”  Kamalia menjawab malas.

“Ha~ Si Eima tu, asal jumpa mama je tanya pasal Lia. Asal tanya pasal Lia je, jumpa mama . Dia asyik tanya aje kenapa Lia tak keluar rumah dah? Dah tak lepak dengan kawan – kawan yang lain. Mama pun tak larat nak bagitau dia macam-macam alasan.”

Lia mengeluh keletihan. “Ma~ Lia malas nak keluar. Lia dah serik. Bila Lia ada depan mata diorang, diorang buat tak tahu aje macam Lia tak ada dekat depan mata diorang. Bila dengan diorang, Lia ni macam tunggul. Ni? Lia tak ada depan mata diorang, baru lah nak cari Lia. It’s too late lahh ! Lia dah malas nak menghadap diorang.”

Kamalia sedih, kecewa. Tak tergambar rasanya perit di hati. Segala persoalan dan rasa kecewa yang lama tersimpan di hati Lia, diluahkan. Lagi pula , hanya mama nya sahaja yang menjadi teman pendengar segala rasa hatinya.

“Takkan keluar ke halaman rumah pun tak nak?” Soal Puan Lily. Kamalia menggeleng malas. Puan Lily merenung lama anak sulungnya itu. Berfikir, bagaimana caranya untuk dia menyelami perasaan anak gadisnya itu?

“Beginilah, Lia jangan peduli dengan apa yang mereka lakukan pada Lia. Lia buat tak tahu aja.” Puan Lily cuba menasihati Kamalia.

Wajah Kamalia berkerut. “Baik Lia cari kawan lain. Buat apa ada kawan yang tak tahu nak hargai kehadiran kita di mata mereka. Sebab Lia berdiam diri lah diri Lia jadi macam ni . Lia pendamkan segalanya dalam hati sampaikan tak tertanggung lagi.” Air mata Lia mengelinangan dan hampir jatuh ke pipi. Serta merta Lia berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu dikunci. Puan Lily terkejut dan masih duduk terdiam di pinggir katil Kamalia.

5 minit berlalu. Lia masih belum keluar dari bilik air. Puan Lily mengambil keputusan untuk beredar dari kamar tersebut.

Kamalia yang berada dalam bilik air sudah dibasahi dengan air mata kesedihan. Sesuatu terlintas di fikirannya dan membuatkan dia tergelak sendirian. Kamalia tersenyum sinis. “ Aku ni ~ dulu terperap dalam rumah , dalam bilik .. sekarang dalam bilik air? Hahaha. Baik aku duduk dekat zaman batu aje. Duduk terperap dalam gua pula~”

Setelah dapati dirinya agak tenang sedikit, air mata dikesat. Pintu bilik air dibuka, Lia melangkah keluar dari bilik air. Tubuhnya berpeluh kemudian dilihatnya .. Puan Lily sudah tiada dalam kamar nya lagi. Mungkin sudah keluar.

“Haish! Panas pula duduk dalam bilik air tu lama – lama.”

Kamalia merungut sendirian dan  kini kembali menghempaskan dirinya ke atas katil. Sambung membaca novel , segala masalah ingin dilupakan begitu saja. Malas nak ingat balik!
                                                 *   *   *

     Pagi itu , Kamalia berharap untuk memulakan hari barunya tanpa sebarang masalah. Kamalia ke sekolah dengan penuh senyuman yang diukir di bibir. Skuter Yamaha Ego diparkir di tempat letak motor mengikut nombor pendaftaran motosikal pemilik.  Itu undang–undang yang perlu dipatuhi jika ingin meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah. Helmet disimpan di dalam perut motosikal untuk mengelakkan sebarang kecurian berlaku.

Sedang Kamalia mengunci handle skuternya , sebuah motorsikal Modenas diparkir di sebelah skuternya. Bunyi enjin yang diubah oleh pemiliknya amat membingitkan telinga Kamalia. Setelah kedudukan motor diparkir elok, pemilik motorsikal tesebut menanggalkan helmet. Helmet tersebut diletakkan di dalam raga motorsikalnya kemudian merapikan rambutnya yang agak leper sambil melihat cermin sisi pada motornya.

“Ni yang malas nak pakai helmet ni.. habis rambut aku.” Rungut pengawas lelaki itu sendirian. Kamalia memandang lelaki itu dengan perasaan terkejut.

“Engkau lagi?! Tak ada orang lain ke yang nak parking dekat sebelah motor aku ni, asyik muka kau je. Menyampah pulak aku.” Kamalia buat mimik muka berlagak.
Pengawas lelaki itu bersiap sedia untuk membalas. “Ehhh ! Kalau aku tahu motor buruk ni kau punya, tak ingin aku nak parking sebelah kau tahu tak? Lagipun , nombor  plat aku memang dah ditetapkan dekat sin, nak buat macam mana. Kalau Kau tak puas hati, kau pergi parking dekat tepi longkang tu.”

Kamalia bercekak pinggang , mengetap gigi menahan amarahnya. “Amboi kau, Hafiz ~ Melebih–lebih la pula.. bertubi–tubi kau balas dekat aku. Gurau pun tak boleh ke?”

Hafiz tergelak . “Haa.. itulah kau, nak sangat gaduh dengan aku. Aku peduli apa? Balas tetap balas. Eh? Fahim tak datang lagi ke?” soal Hafiz. Serta merta air muka Kamalia berubah.

“Apasal kau tanya aku? Aku bukan awek dia. Aku bukan babysitter dia. Tanyalah awek dia.” Kamalia seakan sudah malas ingin melayan pertanyaan Hafiz. Pertanyaan itu sedikit sebanyak memeranjatkan dia. Melihat air muka Kamalia berubah, Hafiz berasa serba salah.

“Lia ~ Sorry laa .. aku tak bermaksud apa–apa pun. Gurau aje. Janganla marah ~”

“Fizz, bergurau pun biarlah kena dengan tempatnya. Kau tengoklah motor dia ada atau tak .” Ujar Kamalia sambil menunjukkan sekeliling tempat letak motorsikal itu. “Kalau tak ada , maknanya dia tak datang lagi lah tu. Perlu ke kau tanya aku? Aku tak suka ungkit benda yang dah lepas.Yang lepas biarlah lepas. Malas nak ingat.”

“Tapi aku tahu kau suka pada dia lagi kan?”

Terasa debaran di hati Kamalia. Apa aku nak jawab ni? “ err.. apa punya soalan la kau ni? Mestilah tak ~ mana ada? Aku tak suka pada dia dah. Buat apa aku nak kacau milik orang?”

“Milik orang? Dulu dia nak jadikan kau girlfriend dia ,kau reject kenapa?”

Kamalia tunduk memandang rumput yang menghijau. “ Aku ~ ."

“Aku .. dah lambat. Nak bertugas di dewan.” Kamalia menggunakan alasan jawatan sebagai pengawas yang disandang olehnya untuk melarikan diri daripada menjawab soalan yang diajukan oleh Hafiz.

“Lia ! Jangan nak lari.. aku pun pengawas juga, bukan kau seorang aja. Mana ada pelajar dekat dewan lagi? Baru jam 6:50 pagi.” Hafiz membongkar kebenaran.

“Aku pelajar hemah dan berdedikasi , bukan macam kau !” Dari jauh Lia menjerit dan diiringi dengan senyuman. Hafiz ditinggalkan dengan tanda tanya.
                                                            
                                                    *   *   *
     Jarum jam tepat menunjukkan pukul 7:15 pagi. Shamila datang menghampiri Kamalia yang termenung jauh melayan perasaan. “Hoi Lia ! Kau bertugas ke mengelamun?”

Kamalia memandang Shamila dengan penuh perasaan. “Aku tak mengelamun la , tengah berfikir aje ~ kenapa?”

Shamila yang memegang sebuah fail dan beberapa helai kertas menyelak – nyelak kertas tersebut. “ Ni haa  ~ ada pertukaran jadual bertugas. Kau kena bertugas di tempat letak motosikal. Ada seorang lagi pengawas yang akan bertugas dengan kau.”

“Eh? Kau bertugas dekat mana?”

“Dekat kantin aje ~” ujar Shamila.

“Okey , apa – apa hal , aku cari kau dekat situ.~” Kamalia mencapai buku catatan dan pen, kemudian berlalu dari situ. Bersedia untuk memulakan tugasnya. Siapakah mangsa aku hari ini .. Hahaha !

Sesampainya dia di tempat parking motosikal itu .. seseorang menyapa dia dari belakang. Kamalia terkejut. “La? Engkau lagi? Macam dah tak ada orang lain dalam dunia ni ..”

“Eh, kalau tak disebabkan Shamila yang suruh aku bertugas dekat sini .. aku pun tak ingin nak datang tau. Bukan kau bertugas dekat dewan ke?”

“Sama lah .. Shamila suruh aku bertugas dekat sini juga ~”

Hafiz tersenyum sinis memandang Kamalia. “Haa .. tapi .. bagus juga kau ada dekat sini. Shall we continue ..

Belum sempat Hafiz meneruskan kata – katanya,Kamalia terlebih dahulu memintasnya. 

“Ahh ! Tak ada ! Malas aku .”

Hafiz tergelak. Dah agak dah .. mesti dia jawab macam tu. “Ala ~ sekurang – kurangnya .. baritahulah kenapa kau tak terima dia ?”

“Tak nak! Kenapa kau nak tahu?”

Hafiz memujuk . “ Ala~ Saja je ..beritahu lah.” Hafiz semakin mendekati Lia.

“Ish ! Apa dekat–dekat ni, nak kena penumbuk aku?” Kamalia beri amaran dan kemudian ingin beredar dari situ , kakinya mula mengatur melangkah.

“Lia ! Kalau kau pergi .. aku usik – usik  skuter kesayangan kau ni..” Hafiz menghampiri skuter Kamalia dan mengacah–acah ingin menyentuh skuter Kamalia dengan jari telunjuknya. Kamalia memandang Hafiz dengan perasaan marah. Sekali lagi mengatur langkah,bukan untuk beredar dari situ, tetapi lagaknya ingin menyerang Hafiz dengan buku notanya.


Melihat Kamalia seperti singa yang memegang buku nota ingin menyerangnya, dan semakin menghampirinya.. Hafiz tersengih takut. “Woi ! Rilek la.. gurau lah ! Aku pun tak nak usik motor buruk ni ..”

“Jahatnya kau. Yang buruknya motor kapcai kau ni, bukan motor aku.” Kamalia tersengih dan memukul Hafiz dengan buku notanya.

“Alahai .. lembutnya pukul orang ~”

“Hah? Lembut ye, kau nak kasar .. meh sini aku pukul kau kuat lagi. Senang aku, dapat makan kenduli tahlil dekat rumah kau.”

Hafiz melindungi diri dengan buku nota miliknya sambil tergelak – gelak. Kelakar dengan sikap Kamalia. Walaupun Hafiz sudah mengetahui bahawa Kamalia tidak suka skuter kesayangannya diusik oleh sesiapa , tapi .. peduli apa ? .. tangan aku gatal nak usik , aku usik lah .

Kamalia masih terus memukul Hafiz yang berterusan mentertawakan dirinya. Tak makan saman betul lah dia ni ! Tiba–tiba, sebuah motorsikal Yamaha 125Z diparkir berhampiran dengan mereka berdua. Kamalia berhenti memukul Hafiz. Penunggang tersebut  menanggalkan helmet miliknya dan memandang ke arah mereka beberapa saat. Kamalia mula berasa tidak sedap hati.

“Kamalia , catat nama budak naik motor yang baru sampai tu. Sekarang dah pukul 7:20 pagi. Bermakna dia dah lambat datang ke sekolah. Catat nama dia !” Cikgu Zulkiflee berteriak memberi arahan ke arah Kamalia dari jauh. Hafiz tersenyum.

“Eh Hafiz ? Kau la pergi .. aku tak nak ~”

“Apasal pula? Aku ada banyak kerja lain ni, kau la pergi .. cikgu suruh kau kan?” Hafiz berdalih. Kemudian lagak ingin beredar dari situ.

Sepantas kilat Kamalia menarik tangan Hafiz. “Ehhh ? Kerja apa pulak ? Tadi kerja kau , kacau aku kan? Kau nak pergi mana? Kata nak bertugas sama – sama dengan aku?”

“Ehh? Sejak Bila pula aku kata macam tu? Kau juga yang halau aku tadi kan?”

“Ala ~ okey .. okey .. aku tak halau kau , aku ~ gurau je tadi .. teman aku, please ...” rayu Kamalia. Hafiz serba salah ..

“Ok. Kau catat nama dia .. aku tunggu dekat tepi motosikal sebelah dia tu .. boleh? ..” runding Hafiz. Kamalia bermasam muka. “Buat muka ! Tak nak la ikut kau macam ni .. baik aku tak payah ikut. Kau pergi sorang” Hafiz ingin beredar.

“Okey ! .. Cepatlah .. teman aku.” Kamalia berjalan beriringan dengan Hafiz menuju ke arah pelajar lelaki tersebut.

Kamalia bertentang mata dengan pelajar lelaki tersebut. Kemudian menyelak helaian demi helaian buku notanya. Mencari helaian yang kosong.Hafiz berada tak jauh dari Kamalia hanya menjadi pemerhati.

“Nama apa?” soal Kamalia tanpa memandang wajah pelajar tersebut.

“Takkan awak dah lupa nama saya kot?” Pelajar lelaki itu mula bersuara.

Kamalia menghiraukan pertanyaan tersebut. “Nama siapa?” Kali ini nada suaranya agak sedikit kasar.

“Muhammad Fahim” Pelajar lelaki itu bersuara.

“Kelas apa?” soal Kamalia lagi.

“Patutla awak tak nak terima saya kan? Rupanya awak dah ada dia” Fahmi maksudkan Hafiz. Sambil matanya menjeling ke arah Hafiz.

Kamalia menahan rasa marahnya. “ Perlu ke saya ulang pertanyaan saya?”

Fahim beralah. “ 5 teknologi”

Kamalia menganggap tugasnya sudah selesai. Dia ingin bereder. Hafiz juga sudah bersedia untuk beredardan mengikuti langkah Kamalia.

“Lia ! Siapa dia?” soal Fahim .

Kamalia memandang Fahim dan menjawab. “Kawan baik.”

Disusuli dengan teriakan Fahim. “Tipu !”
                                                        *   *   *

     Pembelajaran diteruskan seperti biasa. Fokus kepada pengajaran guru amatlah penting supaya ilmu penuh di dada. Tapi, emosi Kamalia tidak seperti biasa. Kali ini, fikirannya bertambah bercelaru. Banyak masalah yang terkumpul di fikirannya.

“Argghh ! Apa yang aku fikir ni? Sudah- sudah la fikir pasal Fahim tu. Bukan penting pun. Bukan jodoh kau Kamalia ~ Nak buat macam mana? Kalau dia suka kau, sayang kau .. tak mungkin dia couple dengan orang lain. Tapi sekarang, dia dah ada orang lain. Bermakna dia dah tak ada hati pada kau lagi. Tapi? Kenapa dia tanya aku pasal Hafiz? Cemburu kah dia? Eh ? Dia dah ada orang lain, buat apa dia nak cemburu? Lagipun, aku dengan Hafiz bukan ada apa – apa pun?” Hatinya ligat berkata – kata. Mengelirukan fikirannya. Ikut kata hati , ataupun berfikir secara logik?

Kamalia masih terus melayani perasaannya. Masih berfikir dan mencari jalan penyelesaiannya tanpa menghiraukan guru yang sedang tekun  mengajar di hadapan kelas.

“Kamalia.” Cikgu Nadhirah memanggil.

“Apa yang harus aku lakukan supaya masalah ni selesai?” Kamalia masih terus berfikir. Panggilan gurunya tidak dihiraukan. Rohnya bagaikan sudah terapung, hanya jasadnya sahaja yang berada di kelas.

“Kamalia !” Sekali lagi Cikgu Nadhirah memanggil.

Rohnya bagaikan masuk ke dalam jasad secara mengejut. Kamalia tarik nafas panjang kerana terkejut. “Eh? Ya ! Ya Cikgu ..”

“Awak buat apa tu? Tak beri perhatian semasa saya mengajar ya? Roh awak ke mana?United Kingdom?” Bertubi – tubi soalan Cikgu Nadhirah pada Kamalia.

Kamalia gugup. Apa aku nak jawab ni?

“Awak keluar kelas sekarang.” Arah Cikgu Nadhirah.

“Ha? Tapi saya ~”

“Keluar sekarang.. ada orang nak jumpa kamu di luar.” Jelas Cikgu Nadhirah.

Segala gelisah, kerisauan dan ketakutan di hati Kamalia hilang serta merta. Buat suspen aje. Kamalia bangun dari tempat duduknya. Membetulkan bajunya yang berkedut . Kamalia mula mengatur langkah dan berjalan keluar dari kelas. Siapa nak jumpa aku ni? Menyibuk aje.

Cikgu Nadhirah meneruskan pengajarannya bersama dengan pelajar lain. Kamalia mencari siapakah yang ingin menemui dirinya itu? Alangkah terkejutnya apabila ...

“La? Engkau? Ada apa nak jumpa aku?” soal Kamalia.

“Lepas waktu balik, aku nak jumpa kau dekat tempat parking motor boleh?” pinta Hafiz. Wajahnya kelihatan sedikit risau.

Kamalia menggaru kepalanya, gatal kerana peluh membasahi ubun kepalanya. “Err .. boleh la . Tapi, ada apa?” soal Kamalia ingin tahu tujuan Hafiz ingin berjumpanya.

“Aku ..”

Kata – kata Hafiz terhenti apabila dipintas oleh Cikgu Nadhirah. “Ha.  30 saat dah berlalu. Sudah–sudah la tu berdating depan cikgu. Cikgu pun sendiri pun malu nak dating dengan suami cikgu tau.”

Hafiz dan kamalia hanya tersenyum mendengar kata – kata Cikgu Nadhirah. Namun, Hafiz kembali semula memandang Kamalia. Hafiz gelisah hampir berpeluh. “Aku .. Ala ! Nanti – nanti ajalah aku cakap. Ingat tau, habis aje waktu sekolah tunggu dekat tempat parking motor tu.”

“Aku pulak nak tunggu kau? Bukan kau yang nak jumpa aku? Patutnya kau lah yang tunggu aku.” Kamalia mengusik.

Hafiz masam mencuka. “ Kau ni degil juga kan?”. Kamalia tersengih macam kerang busuk. Setelah itu kedua–duanya bawa diri. Kamalia kembali ke dalam kelas, Hafiz juga kembali ke dalam kelasnya di bangunan yang berasingan.
                                                     *   *   *

     Perlahan-lahan Kamalia berjalan menuju ke tempat parking motosikal. Kebanyakan pelajar lain sudah pulang. Hanya segelintir sahaja yang belum pulang. Menghabiskan masa di sekolah sebelum pulang ke rumah. Kamalia bersembunyi di sebalik dinding makmal komputer dan memerhatikan gerak geri Hafiz dari jauh. Hafiz sedang menunggunya bersebelahan dengan skuter miliknya. Kelihatan, Hafiz  letih berdiri dan memerlukan sesuatu untuk menongkat tangannnya untuk melepaskan lelah.

“Nasib baik kau sampai dulu, kalau tak, aku terus pecut aje balik rumah.” Rungut kamalia seorang diri.  Hafiz melihat di sekelilingnya, namun masih lagi tidak melihat kelibat 

Kamalia. Ketika dia cuba untuk menongkat tangannya di atas skuter milik Kamalia.. 

Kamalia mulai panik dan menggelabah.

“Hafiz  !! Jangan kau usik skuter akuuuu !!” jerit Kamalia dari jauh sambil berlari pecut menuju ke arah Hafiz. Perbuatan Hafiz terhenti. Terkedu. Terkejut. Terkesima .. Tak jadi nak teruskan niatnya.

“Eh? Tiba-tiba pula datang ni? Tadi tak ada pun? Pantang betul kalau orang usik skuter dia. Aku terajang juga skuter ni. Apa yang special sangat entahlah?” hati Hafiz berbisik jahat.

Kamalia yang memegang fail ditangannya cuba untuk memukul Hafiz kerana perbuatannya yang tak makan saman tu. Geram. “Eiii .. Orang dah cakap kan, jangan usik pakwe kita ni. Degil betul lah!” ujar Kamalia sambil mengusap lembut skuternya itu.

Hafiz memandang kamalia dengan riak muka pelik. Dia ni betul ke tak? Hafiz mula menenangkan diri.nafas ditarik panjang dan dihembus beberapa kali. Dadanya berdebar-debar. Mula mengatur bicara.

“Kamalia.”

Respon diberi. Kamalia kembali normal seperti biasa. Memandang wajah Hafiz. Memiliki kulit kuning langsat yang licin dan bersih tanpa sebarang parut dan jerawat. Wahh ! nampak soft la kulit dia. Dia pakai apa ek? Pakai SK 2 ke?

“Lia ! Dengar tak aku panggil ni?”

Poooff ! Lamunan Kamalia terhenti. Eh ? Apa yang aku fikir ni? “Eh ? Ya , ada apa? Kau nak cakap apa? Cakap cepat, aku nak balik ni.. kesian skuter aku berjemur tengah panas tu. Balik ni aku nak kena sapu krim Garnier Light dekat motor aku tu. Biar berkilat macam kulit Lisa Surihani.” Kamalia tersenyum gedik.

Hafiz agak sedikit terkejut. “ Motor kau, kau sapu .. ?”

“Hadoiyy .. gurau ajelah .Takkanlah aku nak buat betul-betul. Pokai lah aku. Sayang, sayang juga. Tapi, tak adalah sampai nak sapu krim mahal tu ! Cepat la cakap kenapa kau nak jumpa aku.”

“Aku ... Aku nak pindah rumah esok.” Ujar Hafiz kelihatan agak sedikit kesal.

Kening Kamalia terangkat. Pelik dengan kata-kata Hafiz. “La? Pindah rumah aje kan? Apasal muka kau macam frust gila ni? Macam orang ..”

“Aku nak pindah sekolah sekali lah !” jelas Hafiz.

Kali ini Kamalia agak sedikit terkejut. “Esok?? Kau biar betul ? Kenapa tiba-tiba ni? Alaaa? Lepas ni aku dah tak ada kawan la nak  gaduh. Ala kau ni ..”

Hafiz juga agak sedikit terkejut. Tak sangka Kamalia merasai kehadirannya. Tetapi kehadirannya sebagai teman gaduh. Tetapi, dia?

“Sebenarnya, perkara ni dah lama, hari ni baru aku bagi tahu kau .”

“Ehh?? Kiranya, aku orang yang terakhir yang tahu pasal hal ni? Kejamnya kau.”

 “Kamalia ! Kau diam. Biar aku pula cakap.” Ya. Kamalia terdiam. Wow ? Lain macam je dia ni?

“Ok. Kamalia ~ Aku nak minta tolong kau. Aku nak pindah rumah. Dan ~ pindah sekolah. Aku sedih dan berat hati kerana terpaksa berjauhan dengan orang yang aku sayang. Berat kaki aku untuk melangkah pergi jauh dari dia. Aku lebih risaukan dia jika aku berjauhan dengan dia nanti. Aku nak dia tahu yang aku sayang pada dia lebih dari seorang kawan.”
Mata Kamalia mula memacarkan sinar, menerangi anak matanya. “Siapa? Siapa? Mesti budak tu lawa kan? Malang betul dia ..” usik Kamalia.

Perasaan Hafiz yang membuak –buak, kini bagaikan terhenti. “Eh? Kenapa pula malang?”

Kamalia tergelak. “Iyalah, aku sorang aje tau yang tahu semua perangai kau. Dia belum tahu lagi perangai kau yang sebenarnya. Macam hantu.”

“ Bagi kau, memang malang. Tapi, bagi aku .. dia memang baik. Sempurna di mata aku. So, Baguslah kalau macam tu ..Senang aku nak cerita. Kau nak tahu tak siapa budak malang yang kau cakap tu? Gadis tu .. Kamalia Binti Iskandar Yusuff.”
Kamalia tersentak. Jantungnya berdegup kencang. “Hafiz ..”

“Hafiz ...aku tak bersedia untuk ini.” Kamalia bagaikan takut untuk membalas bicara Hafiz.

“Kamalia, tolong jangan reject aku macam kau reject Fahim. Please ~” rayu Hafiz.
Kamalia betul-betul terdiam. Jantungnya berdegup laju membuatkan fikirannya semakin gelisah. Matanya tidak lagi bertentangan mata dengan Hafiz. Hanya tunduk memandang bawah.

“Lia, pandang aku.” Hafiz meletakkan beg sandangnya dan merenung dalam ke anak mata Kamalia. “Kenapa? Kau masih cintakan Fahim?”

Kamalia terdiam tak terkata. Perasaan serba salah menyelubungi diri. Masih memikirkan sesuatu. Cuba untuk mengatur bicara yang lebih baik. Sesuatu yang tak baik mungkin berlaku disaat getir begini. Rugi betul aku tak ajak Shamila temankan aku tadi.

Kalimah Bismillah dilafazkan di dalam hati. Berharap agar Allah mempermudahkan dirinya mengatur bicara dan melembutkan hati Hafiz agar menerima keputusan yang dia tetapkan.

“Dengar sini ! Aku bukan reject Fahim sebab lain. Sebab aku sayang pada dia. Aku tak bersedia untuk kehilangan dia. Cuba kau bayangkan, kalau aku couple dengan dia .. lepastu putus di tengah jalan ? Tak ke merana aku? Pada masa yang sama juga, aku harap dia setia menunggu aku hingga aku betul-betul bersedia. Tapi? Sangkaan aku salah. Sebaik aje aku reject dia, dia terus cari lain. Aku redha. Aku pasrah. Dan sekarang, aku cuba untuk menerima hakikat. Aku sedang cuba untuk pujuk hati aku untuk belajar menyayangi orang lain.” Air mata Kamalia mula menitis. Sebak hatinya kerana terpaksa beritahu hal yang sebenar. Hal yang sudah lama terbuku di hatinya. 

“Aku nak tanya kau. Kau yakin ke kau tak akan jumpa seseorang yang lebih layak untuk kau? Kan lebih ramai lagi perempuan, kenapa kau pilih aku yang serba kekurangan ni? Hafiz, aku yakin .. bila dekat sekolah baru nanti .. kau akan dapat lebih baik dan lebih sempurna dari aku. Ramai lagi perempuan lain yang boleh kau jadikan teman hati kau.”

“Aku suka pada kau sejak pertama kali aku jumpa kau. Tapi, aku diam aje. Kamalia ~ kau cinta pertama aku. Aku percayakan pada cinta pertama dan aku tak akan lepaskan cinta pertama aku. Lagi –lagi bila berjauhan.”

Tapi .. Fahim cinta pertama aku ~ Kata-kata itu hanya mampu diungkapkan dalam hatinya.

“Hafiz, cuba kau fikir secara positif, kau pun nak pindah. Kita ? Berjauhan juga? Kau masih boleh contact aku macam biasa. Tak perlu ada hubungan istimewa antara kita pun kan? Aku lebih suka hubungan kita sebagai kawan baik. Persahabatan lagi kekal lama daripada percintaan. Aku juga tak nak sesuatu perkara merosakkan hubungan kawan yang kita bina selama ini.” Kamalia cuba menjelaskan kebenaran yang Hafiz tidak tahu. Tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?

Hafiz masih diam.
“Tapi .. aku still akan tunggu kau ..” Hafiz berlalu dari situ dengan kesedihan yang menyelubungi diri ...

Keesokan harinya .. seperti biasa .. apabila tiba waktu pulang .. Kamalia akan terus ke tempat parkir motosikalnya. Tetapi, kali ini terasa berbeza sangat . Sedang Kamalia ingin menghidupkan enjin motor, sepucuk surat berada di dalam bakul motornya. Sampulnya dikoyak, isinya dikeluarkan dan dibuka.


“ Lia .. aku faham . Aku akan turuti permintaan kau. Tapi, pada masa yang sama .. aku akan tunggu kau . Kalau kau ada apa-apa masalah .. call je aku. Jangan call orang lain. Aku sedia menantikan kau .Jangan sesekali lupakan aku. Aku takkan lupa janji aku."

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Nira Karmila said...

Cerpen ni sweet..hehe
Garangnya Cikgu Nadhirah tu~ huhu

Sayidah Nafisah Ruslan said...

alahai manisnya :)

harap2 mereka berkekalan lah..ade sambungan lagi tak cerita ni? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...