Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 9 September 2012

Bersendirian

Assalamualaikum ~



* Menghayati pemandangan dari dalam kelas  

Langit cerah membiru 
Menyamankan setiap mata yang memandang.
Awan bergerak beriringan
Merasai angin bertiup sayu yang menghembus ke wajah.
Menenangkan hati yang sedih.

Mengapa kisah ini diteruskan?
Mengapa tidak dinokhtahkan semuanya?
Aku ingin kisah ini berakhir di sini
dan mulakannya dengan kisah yang baru.

Setiap kisah semuanya sama
Namun, pangakhirannya berbeza

Di mana senyuman kebahagiaan?
Hanya senyuman sedih yang terukir.
Menyembunyikan kesedihan 
namun terlihat di sebalik wajah.

Tanpa sebarang perasaan
Selain daripada kesedihan.

Kisah ini sememangnya menyakitkan.
Mempunyai kebahagiaan tanpa erti.
Mata dipejam secara perlahan-lahan.
Dibuka ~
Angin yang meniup, tidak terasa lagi
Debaran yang begitu kencang, tidak dirasai lagi
Cinta yang menusuk jiwa kekal dalam diri.

Kekal dalam hati.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

setiap kegembiraan pasti ada kesedihan.. begitu juga sebaliknya..
terpulang pada kita untuk merasainya banyak mana :)

dhia adawiyah said...

Sayidatul nafisah Ruslan : betul .. wow ! kata - kata yang mengusik jiwa .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...