Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 8 July 2012

Tolong berhenti sebelum semuanya terlambat . Itu aja yang aku pinta.



Assalamualaikum ~

Pesanan . Ianya juga boleh dijadikan pengajaran untuk semua orang. Tiada niat lain selain menjadi kewajipan menegur kesalahan orang lain jika ia memudaratkan dan memecah belah kan sillaturrrahim.



- Kenapa awak kutuk saya sampai melebihi tahap maksimum ? Sabar saya ada juga tahapnya, dah sampai tahap maksimum juga ni .




- Kenapa awak kutuk saya, tentang saya , tentang diri saya .. ada je yang tak sempurna di mata awak. Ada aje yang tak kena ?

- Kenapa awak kutuk orang lain? Kawan - kawan awak .. Sebab mereka tak sempurna di mata awak? Awak pun apa kurangnya? Renung - renungkan lah .

- Kenapa awak tak boleh nak terima kekurangan orang lain? Sebaliknya, orang lain terima apa saja kekurangan awak. Begitu juga saya.



- Perlu ke awak berkata yang buruk - buruk fasal dia? Semua manusia tak sempurna tau. Itu hakikatnya yang perlu awak terima.

- Perlu ke awak mempersendakan orang lain ? Lawak sangat ke perkara tu walaupun pada hakikatnya perkara itu serius dan awak mungkin boleh membuatkan orang lain terasa hati dan berkecil hati dengan awak.

- Orang lain hanya berdiam diri dan bersabar dengan karenah awak. Kenapa awak tak boleh sabar dengan karenah orang lain?



-Perlu ke awak menutup kesalahan awak dengan berkata yang buruk- buruk fasal orang lain , walaupun pada hakikatnya saya nampak kesemuanya. Tak perlu awak nak sembunyikannya lagi.

- Kenapa awak suka memperbesarkan perkara yang kecil walaupun pada hakikatnya perkara itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa sebarang masalah. 

 - Saya perhatikan aje sifat dan karenah awak . Saya tetap sabar dengan semuanya. Mungkin awak tak sedar lagi betapa pentingnya sahabat di sisi kita bila kita memerlukan mereka. Niat saya teringin nak nasihatkan awak, tapi saya juga takut kehilangan awak. Saya takut awak tak boleh nak terima teguran saya sebagai seorang mukmin. Sebagai seorang mukmin juga tak salah jika kita memperbetulkan kesaalahan orang lain agar ia tak berulang lagi.Sebab kalau perkara ni terus terjadi .. ia akan jadi begini ..

 Jadi ~ saya tak nak awak jadi macam tu .

- Stop judging other people. Sebab awak takkan pernah tahu apa yang mereka lalui dalam hidup mereka.

- Mengumpat ibarat pembunuh tanpa senjata.

- Tak mungkin awak tahu kesemuanya tentang diri seseorang itu kan? So, don't judge a book by its cover.



Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
 
 


Sabda Rasulullah: 

“Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Kelebihan membaca ayat kursi >>  Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya. 



My heart whispers : Don't start judging me silently. idlehearts.com



 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

15 comments:

ejulz said...

smoga kita dijauhkan dari bersifat camtu..

SHUHADA ABDUL LATIP said...

done follow sini..#433..:)

dhia adawiyah said...

@ejulz betul . insya allah.

dhia adawiyah said...

@SHUHADA ABDUL LATIP terima kasih. Arigato gonzaimasu

imantizz_truper said...

harap2 kita boleh jaga hati kita...elakkan semua tu.Tak baik kutuk diri org lain..kita pun bukanlah sempurna...

Liana Akilah said...

nice entry..i like this blog,keep it up! :)
jom sggah blog sy jgk,msih bru lg ni.hehe
anyway thanks!
^_^

cynta ieda said...

http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/awesome-giveaway-by-us.html mari join sini dear..banyak hadiah menarikk

Sayidah Nafisah Ruslan said...

kadang2 orang tu tak tau kesalahan dia.. kalau boleh tegur lah depan2 ye. tapi tegur dengan cara berhemah.. jangan kaso2.. hehe

zulhilmi tempoyak said...

harap masih x terlambat. :(

saya afi said...

semoga Allah jauhkan kita dari sifat2 diatas. :)

sabar ye? :)

saya afi said...

semoga Allah jauhkan kita dari sifat2 diatas. :)

sabar ye? :)

dhia adawiyah said...

@imantizz_truper *angguk - angguk . Arigato gonzaimasu

dhia adawiyah said...

@Liana Akilah oh . haha . ok

dhia adawiyah said...

@Sayidah Nafisah Ruslan hoho . tak kaso- kaso

dhia adawiyah said...

@saya afi betul tu . insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...