Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 16 July 2012

Siapakah musuh utama kita ?



Assalamualaikum ~

 Ada benarnya kata - kata di atas .. Namun , itulah kehidupan yang digelar TAKDIR sejak dari dulu lagi .

Semakin kita mengejar sesuatu itu .. semakin jauh ia meninggalkan kita. Namun , bila kita cuba melatih diri kita untuk meninggalkan dan melupakannya .. ia semakin dekat dengan diri kita.

Apabila kita sudah redha dengan kesemuanya .. ia semakin dekat . malah, bagaikan tidak mahu melepaskan kita . 

" Adakah ianya hanya perasaan sahaja ?? .. "

Bagaimana untuk mengatasinya ?? 

Beberapa minggu lalu .. seorang guru bahasa melayu kelas Wieya ada bertanyakan sesuatu kepada kami satu kelas .. 

GURU : " Cikgu nak tanya awak semua ni .. siapakah musuh utama kepada kejayaan dan kehidupan kita ?? "

Pelajar 1 : " Malas "

Pelajar 2 : " Kawan  "

pelajar 3 : " Setan "

Cikgu pandang pelajar 3 tuu , Lepas tu cikgu jawab . " Oo .. kalau kita gagal ,semuanya salah setan laa ? "


Kebanyakan pelajar dalam kelas Wieya memandang ke arah pelajar 3 tu. Pelajar 3 tu buat muka ikan kering je . Tau tak macam mana muka ikan kering ??


MACAM NI HA ..





Ramai pelajar dalam kelas Wieya yang membisu saat soalan itu diajukan kepada kami . 

Ada juga yang termenung jauh *Wieya la tuu .. 
Ada yang juling mata sebab penat memikir jawapannya. 
Ada juga yang tidur sebab malas nak memikirkan  jawapan itu . -.-" 
Ada juga yang jawab " Entah ? tak tahu  "
Ada yang pandang je muka cikgu tuu tunggu cikgu bagi jawapan.
Ada juga yang pandang muka kawan sebelah dan kata : "Kau tahu ke ?
Kawan dia geleng kepala. Dia pun jawab balik. "Kau tak tahu , aku lagi tak tahu ? .. "


GURU :  " Tak dapat jawab ?? Semua jawapan yang ada kawan - kawan kamu berikan tadi semuanya salah. Musuh kepada kejayaan dan kehidupan kita adalah DIRI KITA SENDIRI.

nak tahu sebab apa ? .. 

Kalau diri kita gagal , ianya disebabkan diri kita sendiri . kerana kita tidak berusaha dengan bersungguh - sungguh. Nak salahkan setan ? Salah kita juga sebab iman kita tidak kuat untuk melawan hasutan makhluk itu.

Kalau kita berjaya , ianya disebabkan diri kita sendiri juga. Kerana kita bersemangat dan berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai kejayaan itu. Kesabaran kita juga mengiringi kepada kejayaan kita itu. Dan kerana sabar itulah Allah membantu kita untuk berjaya "

Memang betul pun apa kata cikgu tu .. masing - masing terdiam . memikirkan kata - kata cikgu itu .

my heart whispers : tak dapat jawab , diam .. dapat jawapan pun diam juga .. ? -.-"

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

6 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

betul juga cakap cikgu tu.. semuanya berpunca dari kita sebenarnya. kalau kita malas pun, kita sendiri yang set kita nak malas..

Fendy said...

diri sendiri yg mnjadi punca kita gagal..btol tu..

dhia adawiyah said...

@Sayidah Nafisah Ruslan betul !

dhia adawiyah said...

@Fendy kan ? kan ? betul kan ?

tirahzairi said...

cm cedey je...:(

dhia adawiyah said...

@tirahzairi ehehe .. sedih la juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...