Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 13 July 2012

Blog Dhia Adawiyah tersenarai dalam "Pemenang Segmen Saya Nak Masuk Bloglist Ain ! " Pheww ! Macam tak percaya aje .



Assalamualaikum ~

Salam Jumaat semua .. ! Apa khabar ? Apa khabar ? baik ? Sihat ? haha .. *Wieya tanya , Wieya yang jawab balik . ceh !

Semalam tak dapat buka blog sebab laptop hilang .. Bukan hilang .haha . kene sorok . Ok, tadi , buka blog .. ternampak ni ..

 Nampak tuu .. ? Ada yang datang dari Cikyayastory.blogspot.com kan? . haha .. Inilah gadjet ajaib ! Daripada gadjet ini , kita boleh tahu pengunjung yang datang ke blog kita , datang dari mana .. termasuk lah dari luar negara. 

Contoh :  Kalau korang letak Blog Dhia Adawiyah ini dalam bloglist korang , aicece .. lepas tu kalau ada pengunjung yang datang ke blog korang dan klik blog dhia adawiyah di bloglist korang tu .. url blog korang akan muncul macam dekat atas tu . Maknanya .. pengunjung yang datang ke blog Wieya ni , datang dari blog korang la . haha ..  err ?? faham tak ?? panjang sangat ke explanation Wieya ni ?

And then , kalau ada pengunjung di blog Wieya ni tengok gadjet ni dan nampakk url blog korang muncul di gadjet ini , diorang mesti akan klik untuk ke blog korang . yess! Ini adalah salah satu gadjet trafik yang terbaik juga .

Gadjet ni berada di sidebar sebelah kanan dan di bawaahhhh sekali ..

Sambung story tadi : Wieya pun , KLIK la .. Cikyayastory.blogspot.com .. tengok - tengok ..


 Wieya scroll down ke bawah ...... dann ...

TADAAAA !!


Alhamdulillah ! .. Wieya rasa , ini adalah pertama kali Wieya menang segmen. Sebelum ni , rasanya tak pernah lagi kot ? Eh ? Rasanya lah ..  pemenang ada 10 orang , hoho .. wieya dekat tengah - tengah . no 5 . kuikui .

Memang happy sangat - sangat . Walau apa pun .. ini semua berkat dan jasa awak , awak , awak semua , follower dan blogger lain yang sudi datang ke blog Wieya dan rajinkan diri komen - komen di mana - mana entri Wieya .

Tanpa awak semua , tiadalah Wieya di sini .. terima kasih kepada kawan ku yang memaksa Wieya untuk lompat ke dalam dunia blogging ini . Tanpamu , Wieya langsung tak tahu apa itu blog ??

Terima kasih juga kepada Blog Ain yang sudi memilih blog Dhia Adawiyah yang tak berapa nak lawa ni .. Wieya dah tak tahu nak cakap apa lagi ? *Tak tahu nak cakap apa pun , tapi .. entri panjang jugak ?? -.-" 

Siapa nak tengok entri penuh , boleh klik sini .. dan juga .. boleh FOLLOW blog mereka yang lain ok. jemputkan diri untuk ke blog mereka ramai - ramai ye. Terima kasih kepada yang sudi dan suka ke blog Wieya ini . Hakhak ! ..

Oklah , kejap lagi Wieya dan kawan - kawan nak melawat seorang rakan yang sakit di Hospital Selayang . Buat rombongan satu kelas. tapi,  bukan semua laa.. hihi. kalau ada sesiapa ternampak Wieya . Tegur tau ! Wieya pun peramah ! . Hehe. Doakan Wieya , selamat sampai dan selamat balik .

My Heart Whispers : Nak tengok siapa follower bertuah 444 blog Dhia Adawiyah ?? KLIK SINI .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...