Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 16 June 2012

Rokok ! Rokok ! Rokok ! Lelaki .. Kenapa pilih rokok dari pilih orang yang tersayang ?? Tolong lahh ..

 Huh ! -.-"

Lelaki + rokok = ??

Rokok + Lelaki = ??


Meronta - ronta jiwa dan perasaan Wieya ni nak tahu , kenapa lelaki suka merokok? .. Rasa nak cepuk - cepuk je !  Why ? Why ?
Tenangkan fikiran? = Membantutkan fikiran adalah . -.-"
Nampak dewasa? Matang = Bukan itu caranya. Itu dewasa terus ~ innalillah.

Ya , Wieya tahu , bukan semua lelaki merokok kan , ada yang tak merokok kennn ? .. Okey , yang tak merokok  tu ketepikan , atau nak join sekali berbahas tentang lelaki + rokok .. ?? Bukan lelaki aje yang merokok , perempuan pun ada . tapi , jumlah nya sikit . walaupun sikit .. same jugak !!Sekarang ni Wieya lebih tekanan kan kepada LELAKI .

Bukan tak tahu kenn ?? Merokok tu bahaya ! Tau tak bahaya ? Macam - macam keburukan yang ada pada rokok tu , bahan yang ada dalam rokok tu pun bahaya . Boleh menempah MAUT . Sesiapa yang nak menempahnya , silalah .. beli banyak - banyak. Kebanyakan media massa, ( TV , radio . dan lain - lain ) pun dah buat macam - macam iklan untuk beri amaran tentang bahayanya rokok . Tapi ? Buat tak endah aje? Tak nak ambil tahu ..





Bahan yang ada dalam cat , spray nyamuk pun ada dalam rokok ? 
Rokok & Asap rokok , Bukan sahaja bahaya kepada si perokok , tapi bahaya kepada orang di sekeliling mereka . Cuba bayangkan , ibu mengandung tersedut asap rokok dan sekaligus menjejaskan baby dalam kandungan = melahirkan anak yang serba kekurangan . Nampak? Tak fikir ka semua tuu .. SERIUS Wieya cakap .. Wieya memang tak suka lelaki merokok !  Tak suka ! ..Terus reject kalau lelaki merokok ni .. REJECTTTT !! Marah niey ! marah !

Bukan apa .. Cuba fikir ehh .. 

Lelaki merokok > dijadikan suami > tetiba dapat penyakit kanser atau berkaitan dengannya hanya kerana rokok ! > innalillah ..

Apa nak jadi dengan nasib si isteri ? Nak kata pentingkan diri .. marah .. tapi , orang tegur untuk kebaikan .. Wieya sedih sangat bila tengok kawan - kawan Wieya yang merokok tu. Tak fikirkan orang tersayang ke ? Sebagai rakan dan masyarakat yang prihatin , ambil berat lagi comel .. Wieya harap . berhentilah.



Tolong laa ..hentikanlah tabiat suka merokok tu .. Ramai orang tak suka .. Lain la kalau ada yang terlebih suka kalau kekasih/suami dia merokok .

" Awak merokok la banyak - banyak ye .. saya tak kisah pun , merokok la banyak lagi .. sebelum awak "pergi" . jangan lupa sign pemindahan harta awak jadik hak milik saya ye .. "

 Ha ! inilah ciri - ciri orang yang suka orang lain merokok. 
Baru - baru ni pun , kawan Wieya punya ayah , kena buat operation disebabkan rokok lah ! . saluran ke jantung tersumbat disebabkan rokok ! Wieya just nak minta semua jadikan pengajaran. Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Hanya kerana rokok ..  terpaksa tinggalkan orang yang tersayang , dan orang tersayang bersedih kerana ditinggalkan .


Di malaysia ,  sakit jantung merupakan penyebab utama kematian . Rokok adalah racun yang menyerang secara senyap . Jika racun itu menyerang jantung .. ? Innalillah . Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
    
Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua. Credit : haizam.

Keburukan merokok kepada diri sendiri dan orang lain :

Boleh dapat penyakit asma. Pesakit asma mudah mengalami sesak nafas apabila terdedah pada asap rokok sekian lama. Ini adalah kerana bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan dan lantas boleh mencetus serangan asma. Credit :zulrose.tripod.

Mudah letih dan kurang cerdas. Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

- Penyakit jantung
- Strok
- kanser paru - paru
- kanser mulut
- nafas berbau
- gigi berkarat
-tekanan darah tinggi
- penyakit gusi

Senang kata : MEMENDEKKAN USIA .


 Banyak kebaikan kalau berhenti merokok .. boleh jimat duit dan beli benda lain yang lebih berfaedah . Badan pun semakin sihat !

Tips berhenti merokok 
 Nak lagi banyak tips ? Search aje kat google. Berlambak - lambak. Merokok itu HARAM .









Oleh itu ...






My Heart Whispers : Tadi makan - makan dengan kawan , sambut birthday kawan . Bila balik tu , kawan-kawan lelaki kebanyakannya merokok ! Hish !! Benci arhh ! Merokok hanya merugikan diri sendiri bagi yang tak sayang nyawa.


 lalala ~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

6 comments:

Joel Leslie said...

bangganya x merokok. hehehe.

Joel Leslie said...

rokok? TAK NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

dhia adawiyah said...

@Joel Leslie bagus ! jangan ikot jejak orang yang tak sayang nyawa tu .. teruskan untuk TAK MEROKOK .

deno said...

buat mcm2 mana pun, tetap nak merokok,,, semuanya sbb ketagih la tu..

dhia adawiyah said...

@deno entahla .. sedih .. :(

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal rokok… sharing is caring… - Berhenti Merokok Dengan Cara Elektronik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...