Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 3 June 2012

Duri yang dicipta dalam persahabatan. Kejamkah?

Hidup di dunia ini .. banyak cabarannya. 

Ya , Kalau tak ? Di mana lagi kita akan tinggal kan? ..
Dalam sebuah kehidupan juga terdapat persahabatan .
Tapi , dalam sebuah persahabatan , tersimpannya duri kecil yang disembunyikan .
Namun , duri tersebut berjaya dijumpai dan menyebabkan darah menitis . Darah kecewa dalam hati. 

Berkali - kali hati ini telah disakiti.
Walau apa jua yang berlaku , aku mengalah . 
Kesabaran menguasai segalanya kerana ia juga adalah kunci kepada segalanya.
Setiap yang berlaku , mungkin ada hikmahnya.
Mungkin berdiam diri adalah cara terbaik dari berkata - kata .
kerana kata - kata yang akan diluahkan tidak akan disedari secara langsung.

Persahabatan yang ikhlas terhadap semua orang , dipergunakan dengan kejam. Benarkah? .
Keikhlasan yang dipergunakan , akan merungkai segala kebohongan dan mencipta kebenaran. Kebenaran yang pasti.

Persahabatan yang diimpikan hanyalah sekadar mimpi ..
Tak mungkin akan terjadi.
Namun , buktikan pada aku .. mimpi itu boleh menjadi realiti


Kata orang ...
Persahabatan seperti Astro , " Macam - macam ada ~ "
Persahabatan ibarat lebah , " Habis Madu Sepah Dibuang "
Persahabatan macam biskut , " Kejap ada , kejap tak ada "
Persahabatan umpama makanan , " kawan makan kawan "


Kata aku , tak kisah kawan macam mana , dia tetap kawan aku.
Sebab , sekali dia dah kawan dengan aku , selamanya dia tetap akan jadi kawan aku.

Hanya satu yang aku pinta dalam hidup ini ..jangan adanya duri dalam persahabatan yang terbina. Kerana duri tersebut akan menyebabkan luka lebih serius dan tidak boleh berpatah kembali. Kenangan yang ada akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Tak akan pernah lupus.Aku perlukan kejujuran dan kesetiaan. Serik untuk perkara itu berulang lagi.

Nak tahu tak , tadi Wieya tengah godek - godek FB .. Terjumpa status seorang puteri yang betul - betul menarik perhatian Wieya masa Wieya tengah tulis entri ni .. Sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati yang berduka lara . Thank You , Izzian Amira . Anyway , cita -cita kita lebih kurang sama . nak jadi lecturer photography . hikhik . mood berubah pulak




My Heart Whispers : Demam -_- . 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

6 comments:

Wanieys said...

sebolehnya biarlah ikhlas dalam persahabatan...tp banyak skang ni shbt time sng ckp banyak shbt time susah bley kira ja...kita kalau ikhlas insyaallah semua akan ok :)

dhia adawiyah said...

Alhamdulillah .. betul apa yang @Wanieys cakapkan . terima kasih sebab sudi komen.

Farra said...

nice entry (: mcm knal jer kak izzian amira tuh :P btw jom join segmen sy ,pasti tak rugi :D
http://farra-izzaty.blogspot.com/2012/06/segmen-jom-tingkatkan-followers-dan.html

Nurulee said...

Kawan ni mmg macam2 ada. Tp nak cari yg betul betul kawan susah, nak cari kawan yg lawan punya lah byk -,-

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/judge-by-its-cover.html

dhia adawiyah said...

@Farrahaha .. mesti kenal kat fb niey .. kan? kan ?

dhia adawiyah said...

@Nurulee betul .. masa susah .. tiada .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...