Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 11 June 2012

Cinta dan persahabatan ? Aku lebih rela memilih ....

 Cinta dan persahabatan . 
Ada kalanya  indah , 
ada kalanya suram tak bererti.


" Mengapa mengejar cinta yang tak berkesudahan sedangkan adanya persahabatan yang tulus namun tak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya dengan mata hati. "


Aku pernah mengejar cinta seseorang yang tidak berbalas dalam diam. tapi , apabila cinta dibalas .. 

Baru aku sedar tentang erti kehidupan.
Baru aku sedar yang aku sudah tersilap langkah.
Baru aku sedar yang aku masih belum bersedia untuk menghadapi semua.

Aku sendiri gagal untuk menerima cinta yang dibalas kerana aku masih ragu  - ragu dengan diri aku sendiri. Dan , kepercayaan aku pada dia masih belum sempurna. Mungkin ada sebab mengapa aku memilih keputusan ini. Ya . Memang ada.

Demi persahabatan yang telah terbina sekian lama , aku cuba untuk membuang perasaan ini dari menguasai diriku. Aku juga tak mahu hubungan persahabatan ini terjejas gara - gara timbulnya perasaan asing itu.

Persahabatan lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan , cinta akan berakhir. Tetapi , tanpa percintaan .. persahabatan akan terus kekal.  Dan kerana itulah aku memilih persahabatan.

Bagi aku ,seseorang jarang boleh hidup tanpa adanya sebuah persahabatan. Kerana persahabatan itulah yang menceriakan hari yang suram. 


                         Sumber gambar : google ( itu yang ada bahasa indonesia sikit )

 



My Heart Whispering : Semua yang berlaku atas ketentuannya. Kita sebagai manusia hanya mampu pasrah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

3 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

cinta hati saya adalah sahabat saya :)

Nira Karmila said...

Cinta atau sahabat?
Saya pun pilih sahabat.
Hihi... ;)

Yumida said...

sejujurnya mmg talian persahabatan itu lbh indah..tp kita x mampu mengawal rs jatuh cinta
follower ke 370

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...