Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 24 June 2012

Al - Fatihah | Pengorbanan seorang suami .. pertama kali aku lihat jenazah tersenyum.



Hari ini .. Sabtu ( 23.06.2012 ) Bersamaan dengan 03 Syaaban 1433.

Daripada NYA kita datang , kepada NYA  kita kembali. Pergi tak kembali.

Perginya seorang insan jauh dari duniawi. Meninggalkan keluarga , saudara seislam terdekat. Pemergiannya secara tiba - tiba , mengejutkan ramai pihak. Aku juga turut merasai keadaan yang sama. Tidak menyangka .. Namun, ketentuan ini dipanggil takdir. Qada dan qadar. Menyahut seruan ilahi yang memanggil.

Kata - kata yang disangka jenaka, rupanya benar. Sebak rasa hati ini. Rasa "bagaikan tidak percaya" muncul dalam diri. Namun , Ditahan rasa sedih. 

Sebelum pergi .. rumah yang indah dibina buat keluarga tercinta. Wasiat dibuat untuk yang tersayang. Alhamdulillah , semuanya  tercapai. Jenazahnya juga bagaikan tersenyum, mungkin lega dan senang hati kerama hasratnya tercapai sebelum dia pergi.

Dialah rakan seperjuangan bersama abahku dan juga rakan - rakannya yang lain  membantu terbinanya rumah Allah ( surau ). beberapa hari lepas , arwah juga membantu membina Tangga *jalan untuk ke surau yang dibina. Dan sekarang ianya belum lengkap namun hampir siap.

Pilu juga hati ini. Moga arwah tenang di sana.  Tiada lagi jenaka TUAH.


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

amalina husna said...

salam takziah ye..
semoga rohnya dicucuri rahmat..

dhia adawiyah said...

@amalina husna Terima kasih . al fatihah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...