Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 28 May 2012

Tips Untuk Melupakan Seseorang

Assalamualaikum ~

Wahh !! Gempak giler entri Wieya kali ni . Haha .. Ya .Kali ni entri tentang percintaan . Mungkin ada yang frust menonggeng , frust meniarap , frust terlentang . Haha . semua ada . Macam - macam ada . 

Oklah . Mungkin ada yang gagal dalam percintaan . Gagal untuk mempertahankan hubungan. Sesiapa yang melalui perkara tu mesti akan berasa tertekan kan? .. Yela , nak buat macam mana ? Dah takdir ...

"Pedih nya hati ini ~ Retak seribu .. "

Kita rasa macam down sangat ! Rasa macam dah berputus asa. Serik . Takut untuk memulakan kehidupan yang baru. Hey ! Jangan takut lah . Jadikan semua itu sebagai pengajaran. Kita dapat jadikan semua tu sebagai pengalaman kita supaya semua tu tak berulang lagi kan ? kan ? .. OK, di sini ada beberapa tips untuk melupakan seseorang . Dan tips ini lebih menjurus kepada percintaan.

Para lelaki ~
Jangan risau , you all pun boleh baca , tapi .. Wieya lebih bayangkan jika perkara ini berlaku kepada Wieya* dah berlaku dah pun . err ? Pengalaman Wieya. 

1 | Ya ! Perkara pertama yang harus diteliti. Buat ! Jangan tak buat pulak .  OK , urm ~ kumpulkan kesemua barang yang ada kenangan you allsszz dengan si dia dalam satu kotak. Jangan tertinggal satu pun tau . Selepas itu , you allsszz harus buat pilihan .. sama ada buangkannya ke dalam lombong , laut , sungai , tasik atau sebagainya. 
Cara yang kedua , you allsszz boleh jualkannya kepada sahabat handai atau orang ramai. Haa .. boleh tambah DUIT $$$$ poket kan ? kan ? .. MASYUKKKKK !!


Macam ni :

 Cara yang ketiga : Ini adalah cara yang agak kejam. Haa .. kumpulkan barang-barang pemberian si dia itu dalam satu tempat .. kemudian , ambil lighter dan ... 

KITA BAKO !! * Ayat Usop Wilcha. Oh . gaya tangan jangan lupa


    Tapi ~ Wieya tahu .. mesti ada yang sayang dengan barang - barang tu semua kan .. sayang nak buang . Sayang juga nak buang kenangan you allszz dengan dia .. oklah . Kita buat cara ni .. You allsszz simpan kat tempat yang you allsszz sendiri akan lupa . Caranya ? Pikiaq sendiri ..

Seterusnya : Tanam barang - barang tersebut di mana - mana yang you allsszz akan lupa dan tak boleh nak jumpa . haha . kot - kot la ada orang lain buat tresure hunt .. terjumpa pulak harta yang you allsszz tanam tu . Haha .. tup2 . masuk tv . Femesss sehh .. erk ? Dah tertukar topik la pulakk ??





2 | Sentiasa bersikap selamba. Kalau si dia lalu dekat - dekat atau berhampiran dengan kita, mata tu !! Jangan gatal sangat nak usha , nak tengok dia . Be positive okey !  Kata nak lupakan dia ?? Ingat ! Jangan tengok dia . Kerana pandangan mata si dia akan melemahkan sistem saraf serta mencairkan hati kita . Hakhak !




3 | " Aku benci dia !  Benci ! Benci ! "
Whoa ! Jangan lafazkan ayat keramat ini ! ! Bahaya ! Pernah dengar tak pepatah seperti ini ..
Benci tandanya sayang

Haa .. dah faham kan? Semakin kita kata kita benci pada si sia .. perasaan benci tersebut akan bertukar menjadi sayang ~ And then , susah pulak hati kita nak lepaskan si dia ...

4 | Buang buku lama , beli buku yang baru . Haha . maksudnya , kita buang kenangan lama , kita mulakan  kehidupan yang baru. Jangan takut untuk memulakan kehidupan yang baruu tau ! Kita kena kuatkan semangat . Buktikan kepada semua , kita boleh bangkit dengan memakan kuih bangkit. . Haha..  gurau je.

5 |Bila terdengar kawan - kawan bukak topik bercerita pasal si dia .. cepat - cepat blah dari situ . Jangan dengar apa - apa pun walaupun hati you allsszz tu membuak - buak nak tahu apa yang diorang ceritakan. Tak payah dengar. Semua tu akan membuatkan fikiran kita  mengimbas semula kenangan yang telah berlalu.

Cuba fikir , kot - kot la kalau kawan you allszz tu berstory mory pasal kekasih baru si dia  .. haa .. mesti jeles kan ??



6 | Bila you allsszz ternampak si dia di mana - mana , cuba try kutok dia ! haha .. kutok dalam hati je tau !




7 |( Kepada yang sudah bersedia untuk memulakan kehidupan yang baru ) .. Belajar untuk suka pada orang lain . Maybe boleh mengubat hati you allsszz yang sedang berduka lara tu ke ? .. ya . Mungkin ada sesetengah orang or .. mungkin kebanyakannya yang agak susah untuk perkara ni .. tapi , cuba belajar ek . Err .. kalau boleh , jangan cari pengganti yang sama ciri - cirinya dengan si dia ...  KLIK SINI

8 | Ouh ya ! jangan lupa perbanyakkan aktiviti luar ataupun aktiviti lasak  . Make yourself enjoy with it . Dan ....... sekaligus , perlahan - lahan you allsszz boleh lupakan dia .. oukey ?? .. Hhaaha .. thanx to Myra Azraff yang bagi cadangan ni ..


Yeay ! Dah habis baca dah . Tahniah ye kepada yang sudi baca . hikhik .. Actually , tips ni  .. kawan Wieya yang bagi . Wieya tolong share je . Hikhik . 
Sebenarnya .. ex - kekasih  , kita boleh jadikan sahabat walaupun kita tak ada apa-apa hubungan dengan dia . 

Macam Wieya cakap , mulakan yang baru ... tak bermaksud 100% kita WAJIB lupakan dia . Wieya tahu .. perkara macam ni tak mudah untuk kita lupakan kan ? Melupakan si dia ni , merupakan permulaan sahaja ~ kalau keadaan dah reda dan you all dah okey dan bersedia untuk mulakan kehidupan baru  .. boleh lah bersahabat semula dengan si dia . Tak salah kan ?

Tapi , kalau dah bersahabat dengan si dia tu , dan si dia dah ada pengganti you all .. jangan lah gatal - gatal nak tackle dia balik ea .. Buang sifat cemburu tu !  Yang berlalu , biarkan ia berlalu .

So ,macam mana ??  Ok . Jangan lupa LIKE tau . Sokongan anda sangat dihargai.

 My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

9 comments:

Myra Azraff said...

wahahaah...takboleh blah..xD
oh satu lagi,perbanyakkan aktiviti sihat di luar,mesti boleh lupakan dia sedikit demi sedikit...ahak.

dhia adawiyah said...

haha .. ok . thanx !

Iena Eliena said...

Assalammualaikum
singgah sini(^_~)
cik iena nk invite join 1st giveaway cik iena
jom terjah blog cik iena
http://www.ienaeliena.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html
tHanKs..

sharifah syazwani said...

hihi , boleh pakai lahh adik punya tips ni :)

Amanina said...

waaa, nice tips. 'belajar utk suka pd orang lain' . benda pling berat kot utk dilakukan orang yg baru clash. wahhahaha :D

Nurul Iman said...

saya dalam proses melupakan seseorang..
dah setahun ni.. sakit jiwa..
sebab duduk satu ofis..
:(

Tuhan saja yang tahu.. perasaan dalam hati ni.. :(

dhia adawiyah said...

@sharifah syazwani haha . boleh pakai kan ? kan ?

dhia adawiyah said...

@Amanina a'ah ..memang berat sgt .. susah ..

dhia adawiyah said...

@Nurul ImanWow !! pedihnya hati .. satu ofis pulak tu , susah nak lupakan dia sebab hari2 ada muka dia ..Wieya pun sama . dulu satu kelas , tapi , alhamdulillah ..tahun ni lain kelas .. tapi , dia asyik jalan-jalan depan kelas wieya je . menggatal .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...