Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 27 May 2012

Tips Untuk Berpakaian Bagi Wanita

Oklah . Rasanya ramai dah salah faham tentang etika pakaian muslimah ni bukan ? kan ? Hm ..
Jom , kita ulas lebih lanjut tentang perkara ini okey . 

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna .- ada dalam buku tasawwur islam  tingkatan 5 . hehe ..Wanita wajib menutup auratnya dan sembunyikan akhlaknya . Cehh .. Actually, Wieya banyak buat research ke artikel di pelbagai blog . Dan you alls juga boleh tahu banyak maklumat .


Bertudung menutupi paras dada 

- Wieya yakin ! Sesiapa sahaja yang yang bertudung dengan niat ingin menutup aurat mereka , pastinya mereka kelihatan cantik dan ayu di mata orang dan juga Allah SWT. Tambahan pula , sekarang ni ada bermacam - macam fesyen tudung yang digayakan . Macam -  macam ada . Jika kita bertudung , kita tak semestinya wajib mengikut fesyen kan ? Tetapi , kita wajib mengikut fesyen yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pertama | Tudung yang dipakai seHARUSnya menutupi paras dada dan bukannya atas dada. 

Kedua    | Tudung yang dipakai tidak menempakkan bentuk leher . Maknanya , kita sama sekali tidak boleh pin kan keronsang di belakang leher kita ye . Kerana ianya akan menampakkan bentuk leher kita.

Ketiga    | Sekarang ni kan ada fesyen , bersanggul dengan tinggi kan ? Malah, sesiapa yang berambut pendek pun boleh kelihatan bersanggul dengan tinggi . Bagaimana ? Sekarang ni , di mana-mana sahaja ada jual sanggul yang jenis span tu kan ? Haa .. itulah sanggul  palsu. Tetapi ,  kita juga haram memakai sanggul yang tinggi kerana ianya umpama bonggol unta.
Nak tahu lebih lanjut ?  
KLIK SINI KE BLOG Portal Rasmi Masjid Negara credit




 Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).



Baju yang tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk badan .

- Baiklah . Dari segi agama , aspek ini sangatlah penting ye. Baju yang dipakai HARUSlah yang sedikit longgar dan sesuai untuk bentuk badan . Janganlah pakai baju yang kecit - kecit yang macam budak - budak pakai tuhh .. Tak rimas ke ?  Pakailah baju yang labuh dan longgar. Cuba bayangkan , masa tu kita pakai baju ketat paras pinggang macam kerengga and masa tu pulak nak duduk. OPSSS ! Ternampak pulak bahagian  belakang kita ?? Haa .. tak malu ke ??

Lagipun , kalau pakai baju yang ketat-ketat , kulit kita tak dapat bernafas dengan baik dan tidak dapat mengalirkan udara dengan baik. Kulit akan menjadi cepat berpeluh dan berbau. Menjejaskan naluri kewanitaan je .

Dari segi pemakaian , pakailah baju yang berlengan panjang. Yang menutupi sehingga pergelangan tangan. Janganlah pakai baju yang tidak berlengan dan berlengan pendek.

Jangan sesekali memakai baju yang bermaterial kan kain yang nipis dan jarang.




Seluar dan kain yang tidak ketat.

- Haa .. ni pun penting tau. Berdasarkan pemerhatian orang ramai .. ramai wanita di luar sana yang memakai seluar yang ketat. Tak kiralah seluar jean ataupun seluar yang lain. One more thing ! Buat para gadis muslimah , jika anda bertudung , jangan la memakai seluar lengging . Seluar ini akan menampakkan bentuk kaki . Sekaligus ianya akan mendedahkan aurat wanita. 



Sekian sahaja tazkirah kita . Hakhak ! Kalau ada tips lain , Wieya akan kongsikan lagi okey .. jangan lupa amalkan semua ni okey .  MENUJU KE ARAH ISLAM .


My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...