Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 3 May 2012

Abang ... Ke Mana Abang Menghilang Selama Ni ?

    Tadi lepas balik dari sekolah , keluar makan kejap dengan family .. makan tengah hari ~ Pergi makan tengah hari kat restoran dekat-dekat dengan rumah je .. Kitorang pilih nak duduk kat meja bahagian luar .. nyaman sikit udaranya.

    Sambil-sambil tunggu pelayan ambil order , mata ni gatal sangat nak melihat pemandangan di sekeliling. Tiba-tiba mata ni terpaku, tak berkedip memandang ke arah seseorang. Jantung berdegup dengan kencang. Pelbagai persoalan yang melanda fikiran. Entah apa yang aku fikir? 

"Ya Allah, betul ke ni?"

    Wieya kelipkan mata berulang kali. Kot-kot la salah orang.. dah la mata ni macam orang tua.. rabun jauh. Nak kena pakai kanta pembesar ni ! Tak pun kena pakai teleskop. .. Wieya cuba zoom jauh-jauh.

"Aku salah orang kot? Eh? Tak lah ! Betul lah tu Abang Hafiz ! .. eh? Iyelah ! .."

    Kemudian dia berjalan melintasi di hadapan aku. Mata aku betul-betul terpana melihat dia. Bibirku bagaikan terkunci rapat untuk menegur dia. Tiada suara pun yang keluar. Ya ! Dia berjalan melintasi di hadapan aku. Dan kemudian, sekilas pandang memandang ke arah aku . Hanya sekilas pandang. Tiada apa-apa reaksi apabila dia melihat aku. Hanya aku yang kaku seperti batu. Tak sampai 5 saat, dia berlalu pergi.

    Lepas sahaja dia melintasi di hadapan aku.. tubuh aku terasa bebas dan boleh bergerak. Tak lagi kaku seperti batu. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Tidak lagi memandang ke arahnya yang berlalu pergi begitu sahaja. Hatiku ligat berkata-kata.

"Tingginya Abang Hafiz ?!"

"Makin hensem la diee ~ "

" Tengok dari cara dia berjalan, aku tahu yang dia dah banyak berubah. Bukan lagi seperti dahulu."

"Yang penting sekali, dia pandang aku.. tapi, dia tak kenal aku lagi ke ?"

  Aku memandang kembali ke arah yang aku memandang dia tadi. Eh? Dah tak ada ? Mana dia pergi? Wieya cuba kejar dan cari dia.. tapi? Tak jumpa? .. Pasrah !

    Ya. 5 atau 6  tahun lepas, aku ada juga terserempak dengan dia . Tapi, memandangkan aku ni rabun tak pakai cermin mata, so aku tak nampak diaa .. malah, dia terlebih dahulu yang menegur aku.

" Kak Yong ! "

   Aku tak menjawab panggilan tu sebab aku tak perasan dia memanggil aku. Sekali lagi dia memanggil.

" Kak Yong! "

    Menyedari aku tak perasaan dia memanggil, lantas dia menarik tanganku dari belakang. Aku betul-betul terkejut. Ingatkan perompak atau penculik bersiri mana yang nak culik aku en ? Ya. Sekian lama aku tak melihat dia .. bibir aku mengukir senyuman hingga ke telinga dan kemudian bercakap dengan dia sepatah dua dan berlalu pergi. 

   4 atau 3 tahun lepas pula .. aku terserempak dengan dia di KFC. Dia bekerja sebagai seorang staff di Restoran Francais tersebut. Pada masa itu, apabila kaki aku mula melangkah masuk ke dalam KFC, seorang staff KFC ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu, dan itu adalah DIA ! Mata bertentang mata, bibir aku tak dapat mengukir senyumann yang manis buat dia. Terkejut lah ! Hanya dia sahaja yang melemparkan senyuman yang bermakna buat aku. Sejak dari hari itu, Wieya dah tak jumpa dia dah. Memang aku tak dapat lupakan saat itu.

    Kenangan demi kenangan aku imbas kembali. Aku mula mengenal dia ketika aku berumur 11 atau 12 tahun? dan baru berpindah rumah .Tiap-tiap malam selepas maghrib aku ke rumah tersebut untuk belajar mengaji . Dan dari situlah aku kenal dia. Dia adalah cucu kepada nenek yang mengajar aku mengaji. Pada hari pertama dia berada di rumah nenek nya itu, nenek nya menyuruh dia mengajar aku mengaji memandangkan ramai lagi budak-budak lain yang beratur untuk mengaji . ( touch n go tak ada )

Hujan lebat menyelubungi suasana. Selesai mengaji, aku memandang ke arah luar rumah. Fikiranku melayang jauh. hati berbisik.

" Macam mana nak balik ni? Dahla hari hujan? Gelap pula tu? Takkan nak redah je?"

    Tiba-tiba...

" Hafiz, tolong hantar adik ni balik. Hujan tu. Lagipun hari gelap. pakai payung yang nenek gantung dekat luar tu. "

    Eh? Nenek ni? Macam tahu-tahu je? ..Abang Hafiz pun hanya menurut kata. Sepanjang perjalanan dia menghantar aku pulang ke rumah. Macam- macam yang kami bualkan. Seperti adik dan abang. Dia baik. Penyayang. Maklumlah, Wieya mana ada abang en? Sejak hari tu Wieya hanya anggap dia sebagai abang yang ambil berat fasal Wieya. Dia memang sporting.

    Hampir 3 minggu dia duduk di rumah nenek dia .. satu hari Wieya nak ajak dia main di taman *budak-budakk kan ~ Wieya pergi rumah nenek dia. Nenek dia kata, dia dah balik rumah dia ikut kakak dia. La? dah balik ke ? Kenapa tak bagi tahu dulu? Wieya diselubungi rasa sedih masa tu. Pasrah dengan segalanya. Wieya kehilangan seseorang yang Wieya anggap dia sebagai abang .

my heart whispers : Dia macam biskut kan? kejap ada ,Kejap tak ada. Jumpa pun 5 atau 6 tahun sekali. Sedih kan ??

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

6 comments:

Nira Karmila said...

aww..your story make me blush..hehe (>_<)

imantizz_truper said...

sedihnya baca...entah2 5 6 tahun lagi wieya nampak abg Hafiz wieya tu bawak baby plak...

dhia adawiyah said...

@Nira Karmila sedih sehh ..

dhia adawiyah said...

a'ah en ? ala .. sedihla Wieya bila @imantizz_truper kata macam tuu ...

imantizz_truper said...

kakak gurau ja...jgn sedih2..tak cute la wieya nie...hehehe

dhia adawiyah said...

@imantizz_truper hehe .. hehehe ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...