Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 22 April 2012

Tips : Menjadi Seorang Sahabat Yang Baik


Kawan, Teman , Rakan ...
Pada sesetengah orang, mungkin perkataan - perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. Namun, ada yang berpendapat, perkataan - perkataan tersebut mempunyai erti yang berlainan ? Sahabat adalah penting dalam hidup kita. So, macam mana dengan korang?

Mungkin seorang sahabat yang baik  adalah sahabat yang memahami dengan diri kita, sahabat yang sering menemani dan berada di sisi kita pada saat kita sedang gembira atau sedih. Senang atau susah.

Kadang - kadang kita menganggap mereka seperti darah daging mereka sendiri dan kita mahu mereka berada di sisi kita pada setiap masa. Mungkin kita  boleh menilai semua itu. Adakah korang mempunyai sahabat yang baik atau mungkin korang adalah sahabat yang terbaik buat sahabat?

Di antara kita ada satu pertalian iaitu Talian maxis .. Hahahaha ..
= Adakah korang kerap menghubungi sahabat korang? Call atau hantar SMS ? Jangan jadikan "sibuk" sebagai alasan utama korang  tak hubungi sahabat korang .. Lepas baca ni, hantarlah SMS kepada sahabat korang atau bertanyakan khabar. Mesti sahabat korang terharu ~ Uuu .. kitew pun terharu ~ hikhik ..

F.R.I.E.N.D.S . Go ! Go ! Go My Friends ...
= Jom ! Kita jadi pasukan sorak ! Yang lelaki .. err ??
Pernah tak ketika sahabat korang bersedih , korang berada di sisi mereka? Berikan kata - kata yang boleh menaikkan semangat mereka . Tapi, bukan semasa mereka sedih aje tau, ketika mereka bertungkus lumus ingin capai kecemerlangan pun kita HARUS support mereka.  Hhoho .. Time mereka masuk acara lari pecut pun boleh jugak..

Sorry ~ Sorry, I'm So Sorry ...
Yeah ! Ini penting !! sangat dalam persahabatan. Biasakan diri untuk memohon maaf jika kita ada buat kesalahan yang disengajakan atau tidak sengaja.. Cuba korang bayangkan kalau ada orang terpijak kaki korang, lepastu terus blah aje ? Mesti korang bengang kan ? Rasa nak tumbuk - tumbuk je orang tu kan ... Haa .. Memohon maaf kepada seseorang adalah satu amalan yang baik. Kalau kita memohon maaf kepada orang, nescaya hati kita akan berada tenang ~

Beb ! Pinjam telinga kau kejap. 2 jam aje . Please ~
Menjadi seorang pendengar yang baik adalah seorang sahabat yang memahami akan sahabatnya. Macam korang tenagh dengar radio . Dan berikanlah pendapt yang baik ye. Ketika sahabat ditimpa masalah, sudah semestinya dia ingin mencari tempat mengadu. Jika korang adalah sahabat terdekat mereka, mungkin korang adalah orangnya , tempat untuk mereka melepaskan tangisan , menghembuskan hingus , meluahkan luahan isi hati dan perasaan. Lend your shoulder. pinjamkanlah bahu korang untuk dijadikan tempat mereka bersandar. ( Fasha ~ Nak Sandha *sandar .. )

 Alolo .. So sweet .. Terima Kasih tau !
 Perhatian ! Jika ada sahabat yang menjadi anggota RELA melemparkan pujian terhadap korang, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka ye. Kerana pujian mereka itu sangat bernilai dan berharga. Lemparkan semula senyuman yang manis kepada mereka. Bukan setakat beri pujian aje , kalau mereka beri hadiah, atau beri pertolongan pun tau !


Jangan Lupa Tau !
Perkara ni jangan sesekali korang lupa. Ucapan korang pada hari lahir mereka adalah penting walaupun tak seberapa okey ! Kalau ada duit, or tengah masyukk tuu .. janganlah kedekut sangat nak belikan hadiah kepada mereka. Hadiah yang boleh membuatkan mereka ingat kepada korang selalu.. Kalau sahabat korang ada mengadakann jamuan, majlis pertunangan/perkahwinan.. jangan lupa datang kerana kehadiran korang amat diperlukan untuk korang cuci segala periuk belanga, pinggan mangkuk yang bertimbun - timbun tu ye . di sisi mereka pada hari bahagia mereka.

Terima mereka seadanya... 
Dalam menjalinkan hubungan persahabatan, adalah lebih baik untuk menerima diri sahabat itu seadanya. Korang boleh "ngam" dengan sahabat korang tu. Tapi ! Kalau perangai dia memang perangai macam anasir jahat .. dan menyakitkan hati .. hurm .. apa nak dibuat .. terserahlah kepada korang ye ..



 My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

1 comment:

Cik FaRiZaM said...

kawan adalah segalanya.friend ship forever :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...