Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 27 April 2012

Selamat Pengantin Baru Cikgu Zulhusmi - dari kami 5 Sastera 2

Maka tamatlah zaman bujang Cikgu Zulhusmi ...

( Ahad : 22 April 2012 )

Cikgu Zulhusmi ni merupakan cikgu praktikal sementara di sekolah Wieya bagi menggantikan Cikgu Azzyatie yang mengajar sains yang cuti bersalin. Lama jugalah Cikgu  Zulhusmi mengajar kitorang .. katanya, nak cari pengalaman. Pada masa yang sama , Cikgu Zulhusmi pun cerita sebelum dia jadi guru praktikal ni .. cikgu melanjutkan pelajaran di Jepun. Bila cikgu bukak je topik fasal Jepun ..ambil bidang enginering. macam - macam yang kitorang tanya ..

Cikgu, seronok tak duduk kat sane?
Cikgu .. sambung belajar kat sana berapa lama?
Cikgu ..mesti ramai awek cun kat sana kan? - budak lelaki yang tanya ye .

Nak tahu ? Cara Cikgu cakap pun dah macam orang Jepun . Laju ! Sampai kadang-kadang kitorang pun tak boleh nak faham . Mungkin cikgu dah terbiasa kot, bila sampai Malaysia nak cakap perlahan-lahan pun dah tak boleh .. Cikgu kata , mak cikgu pun marah sebab cikgu cakap laju sangat .. haha..tak ape . Kitorang faham ..

Actually, banyak ilmu yang kitorang dapat dari Cikgu Zulhusmi.  Belajar bahasa Jepun .. Ketahui maklumat tentang orang di negara matahari terbit tu .. dan macam-macam lagi laa ..

                                    ehem . ehem . Cikgu lelaki tu ye ... sebelah tu isteri nye ..

Sekarang ni , Cikgu Zulhusmi dah tak mengajar dah. Kitorang pun tak tahu Cikgu  Zulhusmi kerja kat mana? .. Lepas melahap segala makanan yang ada .. kitorang tangkap gambar ..haha . dah menjadi rutin kitorang sebab kitorang memang suka tangkap gambar ..

                                           Wieya kat tepi sekali .. cun tak?



                                Yeah .. gaya spontan dari kami ..


 Yang lelaki kat atas ni pulak .. budak sekelas Wieya. Dia suka menyakat and usik orang ! kalau boleh, satu kelas tu dia nak sakat .. Haish .. tapi , sejak akhir- akhir ni dah jadi pendiam sikit . Macam dah tak nak kacau orang je . baguslah .. tenang hati kan ..?

Hurm .. memang tak dinafikan .. budak - budak lelaki kelas kitorang ada buli Cikgu Zulhusmi . haish ! taknak dengar cakap.. nakal . jahat betul diorang. haha .  Cikgu bercakap kat depan , diorang buat ceramah dekat belakang .. Macam mana Malaysia nak maju kalau macam ni ?

Dengan itu .. kami mohon maaf andai ada salah dan silap kami paa cikgu . Terima kasih kerana sudi mengajar kami walaupun tak lama . Guru , jasamu dikenang hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru Cikgu. Semoga perkahwinan cikgu dan isteri kekal hingga ke akhir hayat.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...