Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 30 April 2012

Perkhemahan Dengan Fasilitator Form 6 memang terbaik ! ( Ingat Allah )



    Ehem . ehem . Actually , ni first time Wieya join camping. Agak tak percaya kan ? Entah? Wieya pun tak percaya ~ Form 5 baru nak join perkhemahan ?? Eiuu , agak ketinggalan jerrk..
Sekolah Wieya ada buat aktiviti perkhemahan 28.04.2012 ( Sabtu ) - 29.04.2012 ( Ahad ) . Aktiviti perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ) dan Persatuan Pengangkap Sekolah.  memang Best sangat ! Nak tahu tak apa yang best nyer ?? Jomla teruskan baca okey .

Sabtu

7:00 pagi - Yeah ! Get ready nak ke sekolah. Arghh ! Boleh pulak beg baju koyak last minit sebab tarik zip kuat sangat. Mana tak nyer ? Barang penuh macam nak pergi  oversea.  Main sumbat - sumbat je barang macam sumbat taugeh dalam tauhu . Biasalahh .. First time ~ ambik benang dan jarum, jahit je setakat yang mampu . janji jahit.

7:30 pagi - Sampai ke sekolah dengan hati yang berdebar - debar ! Dup dap ! Dup dap ! Dup . Dup . Dup !  Berkumpul di kantin untuk pandaftaran. Err ? Form 5 curi masa pegi dewan hadiri Seminar Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam SPM bersama penceramah dari Melaka.

Malam tuu , lepas solat Maghrib ..  Dengar tazkirah disiplin dari kaunselor Cikgu Abdul Razak. lepas tu Solat Isyak berjemaah.
9:00 malam - Makan malam . And then terus ke dewan. Ada aktiviti bersama Fasilitator 
                   Form 6.
                 
  - Ketua Pengawas suruh buat group mengikut saiz kasut . Hah ?! haha .. masing-masing tengok tapak kasut. kelakar ! .. Lepas tu, ada sesi suai kenal lepas buat group.
         
  - Kemudian, buat group ikut bulan lahir.
      
  - Buat 3 group kecil bagi perempuan dan 1 group bagi lelaki. Ketua Pengawas suruh masing-masing mengadap ke belakang masing-masing . Silangkan tangan dengan rakan sebelah, stay ! Jangan bagi putus atau terlerai . Kena ikut arahan Ketua Pengawas. Ketua Pengawas tu suruh duduk sambil tangan yang disilangkan tanpa terlerai . Ergh ?
                  
  - Cuba bayangkan .. betapa susahnya ? Tapi BEST !! .. Lepas tu suruh bangun balik . Duduk. Bangun balik. Bergerak ke kiri dalam bulatan. Bergerak ke kanan pulak. Haha .. duduk balik . Bergerak ke kiri dalam keadaan duduk and tangan yang bersilang dengan kawan - kawan. ? Susahhh .. haha .. tergelak masing - masing ! Tak bergerak pun . Budak lelaki apatah lagi? 
Memang tak bergerak laa ..
        
  - Buat group ikut nombor giliran . Wieya dapat nombor giliran no 3 . So, kesemua pelajar yang dapat no 3 kena berkumpul dalam satu group. Kitorang dapat sebuah tugasan yang memang memeningkan kitorang ! Datang pulak sorang abang ni cuba nak confius kan kitorang lagi. Hancur kertas majung yang kitorang tulis-tulis tu sebab banyak salah dan berbeza pendapat. Nasib baiklah ada sorang abang Fasilitator ni, ( Faris kot namanya?) Dia tolong ambilkan satu lagi kertas . Walau apepun .. group kitorang memang  happening ! .. Ada semua tingkatan. Kitorang tak tahu nak namakan nama apa pada group kitorang .. 

  - Ketua group tanya seorang demi seorang. Ada budak lelaki form 1 & 2 cadangkan nama  "Ninja Turtles" Hah ?? Oh Plezzzz.. No Way. Tanya pulak yang lain, termasuk Wieya .. masing - masing jawab "Tak Tahu? " . So, nama group kitorang "Tak Tahu? ?

  - Dapat kenal dengan si cantik manis bernama Syafiqah. Comel orangnye . Suka pandang muka diaaa ..

  - 12:00 pagi - Aktiviti yang dijalankan di dewan, selesai sudahh .. kitorang diarahkan untuk beratur di padang pulak . Cikgu Zulnasri kata ada nightwalk di luar sekolah. Tapi ~ Kakak-kakak dan abang-abang Form 6 suruh kitorang ambil apa-apa kain untuk dijadikan sebagai penutup mata.

  - Aktiviti kitorang hanya di padang. Nightwalk kat luar sekolah tak jadi kot.  Kak Aza explain pada kitorang. Kitorang akan diberi password dan kena simpan elok - elok password "Password " .. Kalau mereka tak jawab , jerit TOLONG !! Kalau ada orang suruh ikut tanpa  tu jangan bagi orang lain tahu. Selepas itu, kitorang akan dibawa ke suatu tempat dan akan ditinggalkan bersendirian. Kalau ada orang tepuk bahu, kita kena tanya pada mereka
beritahu password yang kitorang minta, jangan ikut ! Dan, jangan sesekali intai atau bukak penutup mata kalau tak mahu apa-apa yang menyeramkan dan tak diingini berlaku. Kalau kita tanya password dan orang tu jawab dengan betul, Maknanya kita kena ikut dia sebab dia akan bawa kita ke tempat yang selamat kembali. 

  - Aktiviti akan dimulakan. Mata kitorang  ditutup rapat dengan kain dan kitorang dibawa oleh Fasilitator - fasilitator ke tempat yang kitorang sendiri tak tahu? Kitorang  ditinggalkan berseorangan di suatu tempat Err ? takut sikit je . Wieya duduk sorang -  sorang . Dalam keadaan mata yang ditutup dengan kain. Gelap tak nampak apa? Tak tahu kat mana ? Kitorang disuruh duduk di suatu tempat. 

     Masa duduk tu Ada terdengar bunyi sesuatu yang bergesel dengan rumput. Seram sangat bunyinya. Rasa macam dekat je bunyi tuu,bunyi botol mineral dikeronyok . 
         
     Laungan Ketua Pengawas melaungkan " Allahuakhbar"  ! 
Pehhh  ! Lepas tuu .. dalam ketakutan , Ada dengar budak menangis sebab takut. Kuat betul die nangis . Agaknya dah takut sangat. Wieya dengar la jugak, abang-abang tu still usik dia dengan buat bunyi suara yang menggerunkan ! Saje nak takutkan budak tu lagi. 
            
    Ketua Pengawas cuba untuk buat kitorang menangis. Cuba untuk buat kitorang takut .. Die jerit kuat - kuat dengan suara yang mendayu - dayu ..

  " Ya Allah ! Lindungilah kami ya Allah ! Hanya padamu Kami memohon  ~ "    
  "Banyakkan berzikir ! Minta tolong dengan Allah ! Kami Fasi balik dulu ~ ! "

    "Marobbuka ! "

    - Takut woo bila abang tu cakap macam tuu ..cuak ! Ada jugak la perasaan takut dalam hati tu kann ... Wieya dengar , ada orang macam berbisik kat telinga Wieya . Hembusan nafas seperti dihembuskan ke arah Wieya. Wieya cuba berlagak tenang. Tak lama kemudian, ada suara Fasi form 6 perempuan tegur Wieya.

" Dik ,jom dik . Ikut akak naik atas . "
          Wieya pun tanya .

"Password" . 

         Akak tu tak jawab. Dia terus kata.

" Jom dik . Jom . "
         Wieya jadi takut sikit .

"Taknak ... password !"
        Akak tu still tak nak jawab .. Wieya terus jeritt !
" TOLONG !! "
        
        Lepas tu akak tu pegi macam tu aje . Terasa seram di hati walaupun diorang hanya  nak uji tahap keimanan kami.

        5 minit lepas tu .. Ada seseorang tepuk bahu Wieya . 
        Wieya tanya lagi..
"Password " . 
        And then dia jawab.

***** ***** . ( password )
       Wieya terkezuutt ! Eh ? Suara lelaki . Sedapnyer suara dia ? Kenapa Wieya rasa Wieya macam suka je dengar suara dia . ? Lepas abang Fasilitator tu jawab password, abang tu kate ..
"Pegang botol ni .. "
       Wieya cuba cari botol yang dia hulurkan dalam keadaan mata tertutup . Tapi tak dapat ? Tiba - tiba akak tadi datang lagi . Cara dia cakap tu macam memaksa Wieya untuk ikut dia.
 "Adikk .. jomlah ikut akak " . 
       Lepas tu ada suara abang tu lagi .
" Dik ,pegang botol ni jom ikut abang."
     ( Dia suruh pegang botol sebab bukan muhrim kan ? tak boleh bersentuhan . ) Baik kan die ?? Wieya cuba lagi nak capai botol dalam gelap tu . Akhirnya dapat ! Wieya bangun cepat - cepat ikut abang tu . Abang tu bawak Wieya ke tempat lain. Abang tu pimpin Wieya dengan pegang botol tu. Wahh ! Memang rasa lega hati ni bila ada abang tu ..Memang rasa selamat ! Macam sweet la pulak . Akak tadi tu still kacau Wieya . Akak tu tarik tali penutup mata Wieya . Usik-usik tudung Wieya .
        
     Peghh ! . Seram sikit . Wieya jalan laju lagi. Tapi disebabkan mata yang tertutup dan keadaan yang gelap..  Masa berjalan ikut abang tu rasa macam terhuyung hayang .Tak dapat nak kekalkan keseimbangan badan . Abang tu kata.
"Opss .. Elok-elok. Slow-slow ~"

       Wahhhhh !! Wieya still tak boleh nak lupa suara dieee ... !! Terngiang - ngiang dalam kepala. Sambil ikut abang tu jalan , tah mana dia bawak Wieya ..Hoho . Wieya terrrrbau minyak wangi yang dia pakai . Wangi. Suka sangat bau tu. ?Selepas 5 minit berjalan ikut abang tu , lepas tu abang tu suruh duduk. Maybe
dia nak g dekat budak-budak lain kot. Wieya pun duduk laa ..Tapi, Ketua Pengawas 
tak bagi bukak penutup mata lagi.  Duduk lama-lama . Diam- diam . Rasa macam nak tertidor je ... lepas tu  terdengar Ketua Pengawas jerit beri arahan .

"OOK ! Dah boleh bukak mata. "

       Bukak-bukak je mata .. Tup. tup kitorang ada kat depan pondok tepi kantin . Alahai .. 
dekat rupanya .. ! Fasilitator form 6 bawak kitorang round satu padang yang besar tuu .. haha .. Iye - iye ingat kan diorang bawak keluar dari kawasan sekolah  ~

       Aktiviti dengan Fasilitator form 6 malam tu memang best sangat ! Terima kasih Kakak - kakak , abang - abang Fasilitator semua ! .. Wieya takkan lupa kenangan ni .. sorry, gambar tak ada lah . Nanti kalau Wieya dah ada gambar . Wieya update lagi k . Bye ~

My heart whispers : Wieya masih tak jumpa abang yang pimpin Wieya tuu .. jatuh hati la pulakkk ..Sediihh .. tak tahu siapa orangnyer ??Abang Misteri ~~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

4 comments:

Nira Karmila said...

aiceh ceh..sweetnya!
siapa abang tu?
nak kenal juga..hihik ;)

dhia adawiyah said...

@Nira Karmila itulah ~ entah la ?? tak jumpa2 pun siapa orangnyer .. hikhik .. menyembunyikan diri agaknyer ..

imantizz_truper said...

serius,comel ja bila adik wieya cakap suara abg f.6 sekolah adik tu sedap...nanti adik wieya cari abg fasi 2..mana la tau,kot2 jodoh ke...hehehehe

dhia adawiyah said...

@imantizz_truper haha. itulah . dalam proses mencari . ramai . tapi, tak jumpa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...