Tuan Belog

My Photo
Blogging since 18 November 2011. Doakan Wieya dapat sambung belajar dengan course yang sesuai dengan diri ini ya .. Aminnn .. dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 15 April 2012

Drama : Landasan Cinta

haha .. hari ni tak tau kenapa teruja sangat nak tulis entri banyak - banyak .. Seriusly ! nak dekat 5 or 6 entri yang Wieya taip hari ini .. ingatkan entri " Ketahui Maksud Di Sebalik Nama Anda" , tu entri yang terakhir untuk hari ni yang Wieya nak taip. Rupanya, dalam fikiran Wieya ni ada lagi entri yang wieya nak taip. ( eh ? Apa yang Wieya merapek ni ? banyak makan kerepek ke ?) 
entahlah .. Wieya tak makan kerepek pun hari ni .. KLIK SINI

Oklahhh ..kita teruskan dengan entri hari ini .. "Landasan Cinta" .. Wahh .. Sabtu 14.04.2012..tepat jam 10.00 malam.. biasalah ~ ada cerekarama ..biasanya cerekarama, yang sedih - sedih .. mengusik kalbu ..haha .. cerekarama kali ni , mengusik jiwa pulak .. Romantik Komedi .. Whoaaa... KLIK SINI

Sinopsis :

Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang agak hensem dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. 

Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang periang namun seringkali gagal dalam percintaan.

Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Kathy dan Taj. Kathy merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Kathy lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Kathy juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.

Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Kathy telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya?
Haha .. Memang besttt ! Siapa tak tengok , rugiii ~ Dan ! Wieya suka sangat dengan lakonan Shahrizal Jazle .. Semua watak yang dia lakonkan semuanya BEST !! haha .. Wieya pun teringin dan berangan - angan nak calon ehem2 seorang juruterbang .. ( Wahhh .. berangan jelaa.. ) Hm .. Shahz jazle memang nampak hensem bila pakai baju uniform juruterbang tuu ..
 Wahhh !! cair hati i , You all .... Rasa nak gugur jantung !! nak tengok  ?? haha ..
Nama Pelakon Cerekarama Drama " landasan Cinta"
- Shahrizal Jazle , Tasha Shila , Shah Iskandar , Fiza Elite , Lydiawati , Kismah Johar, Fendi Seman, Farid najib , Wan Shades , Liea Banks , Sharifah Sakinah , balkisyh khan


Siapa yang tengok Akasia : Atas nama cinta , pelakon dia kebanyakannya semua sama dalam  drama ni .. nak tengok promo drama ni ..





 
 credit to : Budiey.com / shuhada salleh


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

8 comments:

Azhafizah[フィザ] said...

semalam tgk muvee tak tengok cerekarama pulak..alamak tak minat pulak dengan pelakonnya..kan manis kalau tasha shila bertudung.^_^

dhia adawiyah said...

@Azhafizah[フィザ] Wahh ..terimakasih sebab sudi komen . hihi . a'ah .. manis juga tasha shila bertudung .

-SUPERGIRL- said...

wah laky nih !! dulu tak minat tp sejak tgk cte azura hnsem jugak mamat nihh . hehe

Rapunzeel Cikilolo said...

aku tak tengok cerita ni sbb layan blog tapi akak rumah dok gelak-gelak. ternyata best la tu :)

hamzah ian said...

comel heroin.. awwwwww

dhia adawiyah said...

@-SUPERGIRL- haa .. kan ? kan ? kan ?? hensem kan ? hehe

dhia adawiyah said...

@Rapunzeel Cikilolo haha .. meamng best loo ...

dhia adawiyah said...

@hamzah ian wahh .. terpikat nampakk ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...