Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 20 April 2012

Antara luka terkena serpihan kaca, dan luka kerana kecewa.

    Aku belajar sesuatu mengenai hidup ini.
   Aku ada sebuah pasu bunga diperbuat daripada kaca. Pasu bunga itu aku letakkannya di kamarku untuk aku lihat selalu dan setiap hari.  Sekian lama aku menyimpan pasu itu sebagai perhiasan di kamarku ... Suatu hari, pasu itu telah pecah. Aku sedih dan kecewa. Namun, aku masih menyimpan serpihan kaca, pasu yang telah pecah itu di dalam sebuah beg plastik kerana sayang untuk membuangnya.

    Beberapa hari kemudian, sedang aku mengemas kamarku , tiba - tiba jari di tangan aku berdarah terkena serpihan kaca yang masih ada di lantai. Aku hanya berdiamkan diri dan membiarkan darah itu mengalir di jariku. Rasa sakit yang ada aku hiraukan. Aku memandang sayu ke arah beg plastik yang yang di dalamnya terkandung serpihan  pasu kaca yang pecah itu . Ya, aku terfikir.

Dulu ~ aku menaruh hati pada seseorang .. sesuatu perasaan yang tak dikenali mula timbul tanpa aku ketahuinya. Aku tekad untuk menyimpan dia di dalam hatiku kerana aku ingin melihat dia setiap saat dan waktu. Sekian lama aku pendamkan rasa hati ini... Suatu hari, apa yang aku ketahui .. ruang di hatinya sudah dimiliki oleh orang lain. Ya, agak kecewa dan sedih. Hati aku hancur. Tapi, kerana rasa sayang aku padanya masih memenuhi ruang hatiku, aku masih menyimpan dia di dalam hatiku dan juga kerana aku sayang untuk membuang dia dari dalam hidupku.

Suatu hari itu juga, perasaan cenburu mula timbul apabila aku terlihat dia bermesra dengan perempuan lain. Ya, memang lumrah untuk seorang manusia berasa cemburu dan aku tiada apa - apa hak untuk lakukan apa - apa ? Hati aku terluka lagi, Namun, aku biarkannya. Sekali aku nak benci pada dia, berkali - kali rasa sayang dan cinta itu datang pada aku. 


Notes : Dulu .. kalau jari luka , mesti menangis mengadu dekat mama. mama tolong sapukan ubat.  Sekarang , kalau jari luka . Pandang je ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

7 comments:

Wanieys said...

luka kena kaca pedih
luka sebab kecewa sedih heheee

dhia adawiyah said...

@Wanieys nice advise . terima kasih sgt2 .. :)

PB said...

Biasalah..norma kehidupan as a human. ^^..terluka perasaan lebih parah dari luka sebab kena kaca..sebab ini melibatkan perasaan..Namun, kita kena pandai handle la..agar ianya tak mempengaruhi kehidupan seharian kita. ^^..ok? He2.luka kena kaca..taruk ubat dah sembuh..ye dak?

Cik Dessert said...

Saye datang buat lawatan.. ^^,
daripada segmen blog hana..
enjoy jadi tetmu di sini..

dhia adawiyah said...

@PB betul tuu .. thnx ye ..

dyabunga said...

luka didalam hati lagi pedih drpd luka kena kaca je kan??walaupun luka dlm hati tak berdarah

Cik FaRiZaM said...

mcm mana nak follow blog ni ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...