Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 19 March 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 2 (2)


    Lama Ain dan Sofia bertungkus lumus menyiapkan kerja masing-masing. Tanpa disedari, jarum jam sudah berganjak pukul 9 malam.
   
     “Ain , dah pukul 9 lah. Pukul berapa kita nak balik ni? Kau janji dengan abang kau nak balik pukul 9, bukan?” Sofia mengingatkan Ain. Mungkin Ain terlupa.
    
     “Eh? A’ahlah . Melepas coklat cadburry aku nanti. Jomlah tutup kedai. Puan Mei ada bagi kunci kedai pada kau kan?” Ain bertanya. Ingin memastikan. Sofia mengangguk.
    
     Lantas mereka mengemaskini kerja yang masih tidak disiapkan. Segala suis elektrik ditutup. Untuk mengelakkan berlakunya pembaziran elektrik dan untuk mengelakkan suis terbakar. Jika suis terbakar, besar kemungkinan kedai juga akan terbakar ! Jadi, ikutlah langkah keselamatan berjaga-jaga.
     
    Apabila semua pintu sudah dikunci, Ain dan Sofia berasa lega. Dapat menarik nafas panjang-panjang. Segala oksigen pada waktu malam disedutnya dan dihembus dengan sekuat-kuatnya. Lega waktu kerja sudah berakhir walaupun ada lagi yang tak sempat mereka siapkan. Selepas Zaquan berlalu dari kedai itu, semakin ramai yang datang menghantar kain baju untuk dibasuh. Seperti Zaquan membawa  nasib baik. Namun, semua itu pantas ditepis oleh Ain, hanya Tuhan saja yang mampu beri rezeki kepada umatnya.
    
     Selesai semua, Sofia meminta diri untuk pulang dahulu. Sofia pulang dengan menaiki basikal. Sebelum berlalu pergi, sempat lagi Sofia menjerit ke arah Ain.
   
     “Untunglahh ~ Pakwe datang jemput ..”
    
     Ain hanya tersenyum. Dia menunjukkan buku limanya ke arah Sofia. Setelah Sofia berlalu dari situ, Ain hanya duduk di hadapan kedai dobi itu. Lampu hadapan kedai dobi itu masih menyinari keadaan, Menunggu Amir datang untuk menjemputnya.
     
    Sepuluh minit berlalu. Amir datang dengan motosilal  Yamaha 125ZR nya. Handsome  juga abang aku ni, tak ada makwe yang terpikat ke? Hatinya berbisik. Ain berjalan perlahan-lahan ke arah Amir.
       
    Amir membuat riak muka seperti menghidu sesuatu.  “Abang ada bau pelembut pakaian Downy  lah. Serbuk pencuci Daia pun ada juga.” Amir mengusik.  Ain memandang sinis. “ Abang bergurau ajalah. Jom naik. Jom balik.”
     
    Ain naik dengan berhati-hati. Dia mula menyarungkan topi keledar. Tiiba-tba dia teringat sesuatu. “Eh, Abang. Coklat Adik ada beli tak?”

    Amir terkejut. “Alamak ! Abang .. lupalah..” Mendengar jawapan yang menghampakan hati, Ain memuncungkan bibirnya. Tidak berpuas hati. Orang dah cakap awal-awal dah tadi. Bukan nak ingat. Cepuk nanti !

    Namun, Amir tersenyum kembali. “Ada. Dalam beg abang ni.” Sekelip mata, Ain senyum meleret sampai ke telinga.

    “Eh? Tak cair ke? Tak busuk ke abang letak dalam beg abang tu? Bukan ke beg abang tu tak pernah nak basuh? Sampai hati abang biarkan coklat Ain dalam beg busuk abang tu?” Sekali lagi Ain berpura-pura merajuk.

    “Ala.. Adik kan dah kerja dobi sekarang. Basuh ajalah beg abang.. esok abang bagi. Boleh? Tapi, abang nak free ..”

    Ain mencekak pinggang. “Amboi ... nak free aje ..

                                                                     ***
Sesampainya di rumah...

    “Ain, hows your first day?” soal ibunya. Ayahnya  yang duduk bersebelahan ibunya hanya menonton televisyen.
     
    Senyuman diberikan kepada ibu tercinta. “ Ok aje .. no problem. Cuma letih sikit. Ibu, Ain naik atas dulu. Nak berehat.”Ain naik ke tingkat atas, masuk ke dalam biliknya. Tudungnya ditanggalkan dan disangkut di belakang pintu blik, manakala Beg sandangnya ditanggal lalu diletakkan di penjuru katil. Dia menarik nafas dan menghembus segala keletihan. Letihnya ...
    
       Ain memandang sayu ke arah katilnya. “Assalamualaikum katil empukku. Aku rindu padamu ~” Ain berbicara jiwang kepada katilnya lalu menghempaskan diri ke atas katil yang empuk itu. Ahhh ~ lembutnya .. Hampir saja Ain mahu melelapkan matanya, tiba-tiba dia teringat sesuatu yang membuatkan dia tak jadi tidur.
   
     “Mana dia tahu nama aku ea ?” soal hatinya. Dahinya berkerut memikirkan seribu jawapan. Namun, masih belum terungkai. “Eh? Tapi kan.. dia puji tulisan aku cantik la ..” Ain tersenyum-senyum. Senyuman Ain terhenti. Ain bagaikan tersedar dari lamunannya.  Oh please Ain ! please , please , please .. jangan nak perasan lebih la, nanti hati kau juga yang merana..” pujuk hatinya.

    Ain masih termenung. Tiba-tiba seseorang menyergahnya dari belakang. Ain terkejut serta-merta.

    “Haa ! Lu buat ape beb? Termenung je .. nak abang rock nyanyikan satu lagu?
Keunggulan cinta ~ dari sinar mata ..
Yang bergelora ~ hati, di taman berbunga ~
Satu impian ~ satu harapan ~ sudah pasti, ada jawapannya .. satu rahsia ~
BumiPutra Rokers Beb. Ha ! Sudah – sudah, dah terlebih sedap suara abang yang rock ini ...” Amir membangga diri sambil mengusap- usap lehernya.

    Ain memandang Amir dengan muka ... “ Eeeiiuu ~ kenapa dengan abang ni?  Happy semacam aje?”

    Amir pelik. “Kenapa tanya abang? Patutnya, abang yang harus tanya Adik. Ok, abang mulakan pertanyaan abang yang memang abang menyampah nak tanya. Kenapa ni? Masam je muka tu, macam kambing je abang tengok?” Amir bertanya.
   
     Ain tergelak. “Abang ni ...kenapa pula kata muka Adik macam kambing?” Satu tamparan mendarat di bahu Amir.

    “Adik ! Sakitlah . Berbisa betul lah tamparan adik .. aduhh ..” Amir mengusap – usap bahunya yang sakit ditampar oleh Ain. Lantas segera Ain mengeluarkan sesuatu dari begnya.

     “Rilex bro ... Jom makan coklat cadburry ...” Ain bercakap lagak gaya rock sambil sambil menghulurkan sekeping coklat Cadburry yang dibeli oleh Amir. Amir menyambutnya dengan hati yang gembira dan ingin berlalu dari bilik Ain.

    “Ehhh ? nak bawa ke mana Coklat Ain tu?” soal Ain.

    “La ? Ni bukan penghargaan untuk abang ke ?” soal Amir kembali sambil menunjukkan coklat yang diberi oleh Ain.

    Ain bercekak pinggang. “Amboi .. buruk siku nampak ~ dah bagi orang, nak ambil balik yea ...” Lantas Amir kembali semula kepada Ain. Memberikan semula Coklat cadburry tersebut dengan tangan yang  sengaja dibuat terketar-ketar. Ain juga menyambutnya dengan cara yang sama.  Setelah itu, Ain mengoyak kertas plastik yang membaluti Coklat Cadburry tersebut. Coklat  itu dipatahkan dua, dan sebelah lagi diberikan kepada Amir. “Eh? Tu Adik punya kan? Kenapa bagi Abang?”

    Tangan Ain masih menghulurkan Coklat Cadburry tersebut kepada Amir. Amir masih tidak menyambutnya. “Ambil lah Abang. Cair nanti. Ain nak tidur pula lepas ni. Ambil cepat dan makan. Kalau tak nak, Ain ambil balik. Nak ke tak nak ni ?” Tegas Ain. Ain memang jenis yang tidak berkira walaupun dengan ahli keluarganya. Sejak dari kecil, Ain sudah dididik oleh ibu dan bapanya untuk belajar berkongsi. Pelbagai manfaat dan pahala yang akan kita dapat dengan berkongsi sesuatu dengan orang lain. Amir menyambut Coklat Cadburry tu dengan rasa rendah diri. Senyuman terukir di wajahnya.

    “Eleh.. Adik tahu, Abang nak Coklat ni kan? Adik dah nampak, meleleh-leleh air liur Abang tengok Coklat Adik yang lazat ni ..” Gurau Ain.

    Amir masih cuba untuk cover senyumnya. Apa yang dikatakan oleh Ain, benar. Tapi? Mana ada sampai meleleh-leleh air liur? Itu memang bohong. “Terima kasih .. Oklah, Abang balik bilik dulu. Lepas makan tu jangan lupa basuh tangan, nanti semut pulak makan tangan adik tu.” lantas Ain membaling bantal ke arah Amir, dan dengan sepantas kilat juga Amir mengelak balingan Ain itu dengan menutup pintu bilik Ain.

                                                                ***

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...