Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 15 March 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 2 (1)

                                                                ***
    Siang sudah berganti malam. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Ain melangkah masuk ke dapur dengan perasaan yang berdebar-debar. Matanya melilau mencari ibunya. Dan kelihatan ibunya sedang mencuci pinggan. Sedang Ain melihat ibunya dari belakang, ibunya berpaling. 
    “Ha Adik, bagus lah Adik ada di sini. Ibu nak minta tolong. Tolong ibu memasak boleh? Ibu tidak cukup tangan lah. Adik tolong ibu potong bahan-bahan untuk memasak ya?” arah ibunya. Ain hanya menuruti tanpa berkata apa-apa.

    Ain hanya diam membisu semasa memotong bahan-bahan tersebut. Puan Azizah dapat merasai perubahan kelakuan anaknya lantas memandang ke arah Ain dan berkata. “Adik mahu cakap sesuatu pada ibu kah?”. Ain tersentak. Bagaimana ibu boleh tahu?
     
    Ain berpaling ke arah ibunya. “Macam mana ibu boleh tahu?” soal Ain. Namun, Puan Azizah hanya tersenyum. “Err..sebenarnya  Adik hendak minta izin dari ibu untuk kerja part time , boleh? Lagipun, duduk di rumah Adik hanya tidur saja. Sekali-sekala Adik hendak juga mencari pengalaman”.
    
     Puan Azizah agak sedikit terkejut dengan permintaan anak gadisnya itu. Namun disembunyikannya. “Kerja part time ? Kerja apa? Di rumah ini terlalu banyak kerja sampai tak terbuat.” soal Puan Azizah.
   
     Ain diam seketika. Sudah dapat mengagak. Ibu mesti tidak izinkan. “Err.. kerja biasa-biasa saja. Kerja di kedai dobi.” Ujar Ain.
    
     “Kedai dobi? Di mana?”soal Puan Azizah lagi.
    
     “Ibu, di sini hanya ada satu saja kedai dobi. Mana ada yang lain? Kedai Dobi Wash lah.” Jelas Ain. Kini, tiba Puan Azizah pula berdiam diri. Mungkin sedang memikirkan tentang permintaan Ain itu agaknya?
    
     “Hm..Boleh. Tapi kerja sebagai part time saja. Make sure jangan balik lewat.” Puan Azizah akhirnya bersetuju. Tersenyum lebar Ain dibuatnya. Hati Ain berdebar-debar gembira. Terus dipeluk dan dicium ibu yang disayangnya itu.“ Sayang Ibu!”
    
     Sedang Ain khusyuk memeluk Puan Azizah,tiba-tiba satu suara menegur mereka. “Aihh..leka sangat berpeluk sampai tak nampak abang dekat sini.” Soal Amir sambil menyandarkan dirinya di dinding. “ Abang pun nak jugak...” ujar Amir manja lalu mendekati dua beranak itu. Teringin juga mahu dipeluk bersama.
     
    “Alah. Menyibuk saja abang ini. Hehe.. Adik sudah dapat kebenaran dari ibu!” kata Ain sambil melompat riang.
     
     Amir hairan. “ Kebenaran apa?”
    
     Ain tersenyum lebar sambil menunjukkan barisan giginya yang putih dan berlalu dari situ. Tidak habis lagi gembiranya. Amir mengatur langkah berjalan perlahan – lahan ke arah Puan Azizah. “ Kenapa dengan Adik, ibu?”
     
    Puan Azizah juga hanya tersenyum. “Hm.. dapat kebenaran hendak kerja sambilan...”. Lantas Amir terkejut. 
    
    “ Ibu bagi Adik kerja sambilan?” soal Amir.
     
    “Ibu. Bahayalah kalau bagi dia kerja. Nanti kalau jadi apa-apa bagaimana? Amir ada seorang je adik, bu...” soal Amir, risau akan keselamatan Ain.
     
    “Hm.. Kalau Amir risau sangat. Pergilah berbincang dengan Adik. Kerja ibu dah selesai. Ibu hanya bagi kebenaran saja.” Sepantas kilat melangkah menuju ke arah adiknya. 

    “Adik..” Amir memanggil. Ain segera menoleh ke arah Amir.
     
    “Apa dia?” soal Ain hairan.
     
    Terpancar di wajah Amir, kerisauan seorang abang terhadap adiknya. “Adik tak payah kerjalah ya?” beritahu Amir.
   
     “ Ala.. abang ni .. Ibu dah beri izin. Tapi abang pula yang tidak bagi ini , kenapa?” Ain mengeluh.
    
     “Abang risau! Adik pergi balik ke tempat kerja berseorangan. Bahayalah ! Nanti kalau jadi apa-apa? Satu keluarga risau.” Jelas Amir.
     
    Ain diam seketika. Memikirkan cara untuk memujuk abangnya pula. Macam mana ni? “Kalau begitu, abang tolong hantar dan jemput Adik. Boleh? jadi driver .. Haha ..”
     
    Kini giliran Amir pula berdiam diri. Agaknya memikirkan pendapat yang telah diberikan oleh Ain. “OK! Abang tiada masalah.

                                         ***
    “Weyh, Aku nak tanya ni. Kenapa korang semua panggil bos kita tu ‘Kam’ hah? Apa nama sebenar dia? Dah tak ada nama lain ke?” Pertanyaan Iskandar itu diajukan kepada rakan –rakannya yang sedang melepak. Di jari masing–masing terdapat sebatang rokok yang bernyala apinya.
    
      Adam Faiz tersenyum. “Sebab ... nama penuh dia Kambing! Ahahaha!” Adam sengaja mengusik Iskandar dengan memberikan jawapan begitu. Rakan – rakan yang lain juga turut tergelak kecuali Iskandar. Dengan muka serius seperti leader , Iskandar menegaskan dia tidak main-main dengan pertanyaannya itu.
    
     “Aku tak main-main lah..”
   
     Semua berhenti ketawa sejurus melihat riak wajah Iskandar yang begitu serius. “Is, bila kau buat muka serius macam tu kan , aku teringat pada atuk aku. Muka kau sebiji macam dia bila atuk aku cuba tahan gelak tau. Kononnya tak nak gelak bila cucu-cucu dia buat lawak bodoh.”Fadhli bergurau. Iskandar menyerah. Dia tidak dapat menahan gelaknya dan terus tertawa hingga tersembur air liurnya. Eeeiiuuu ....
     
    “Okay, okay. Aku story ... actually, Kam tu india masuk islam. Biasa, india muslim kan orang panggil ‘mamak’.. tapi, budak-budak senior yang kerja dengan Kam dulu pandai-pandai terbalikkan perkataan ‘mamak’ tu jadi ‘Kamam’ . Aku pun tak tahu ‘Kamam’ tu apa? So, terus jadi nama singkatan ‘Kam’ ...” begitulah penjelasan tentang bos mereka yang telah dijelaskan oleh Adam. Singkat dan terperinci.
     
    Fadhli masih membisu. Fikirannya masih memikirkan sesuatu. “Tapi, selama aku bekerja dengan Kam, Kam tak pernah jerit-jerit atau tengking-tengking pada aku walaupun aku buat salah. Dulu, aku pernah kerja sambilan dengan syarikat cuci kereta. Dapat pulak bos yang sombong sangat-sangat. Kadang-kadang bangga diri. Padahal, bos syarikat cuci kereta je. Belum lagi syarikat berlian permata. Hari pertama ok lagi, bila hari kedua naik menyampah pulak aku tengok dia marah pekerja lain. Time hari ketiga tu aku tak sengaja datang lambat, belum sempat aku bagi explaination, dia pun datang marah-marah, tengking-tengking aku  , bla... bla.. bla.. aku pun , terus berhenti lah. Tak nak aku kerja dengan dia. Bagi aku, Kam memang bos terbaik yang pernah aku jumpa. Bertimbang rasa dengan pekerjanya.”
     
    Iskandar mengganguk tanda faham. “Eh? Dah lama ke korang buat kerja ni? Mak bapak korang tak marah ke? Kan SPM tahun  ni?” Soal Iskandar lagi.

    “Entah? Mak bapak aku buat tak tahu aje. Aku pun buat tak tahu. Teruskan ajelah. Rugi kalau berhenti.” Ujar Adam Faiz.

    “Aku tak bagi tahu pun, buat macam biasa je. Balik rumah pun , study macam biasa. Kau?” ujar Fadhli pula.

    Iskandar tertunduk dan hanya berdiam diri. Amat perit bila perasaan ditahan dalam hati. Rasa hatinya ditahan tanpa diluahkan kepada sesiapa. Iskandar menarik nafas panjang dahulu. Iskandar rasa dia sudah bersedia untuk menceritakan masalahnya itu kepada mereka. Mungkin bebanan yang hatinya tanggung juga akan berkurangan. Dia memandang rakan-rakannya. “Aku harap, apa yang akan aku ceritakan ni korang jangan bagitahu sesiapa walau apa pun yang berlaku. Aku nak korang tepati janji. Janji seorang kawan.” Adam Faiz , Fadhli dan rakan - rakan lain mengganguk seraya berkata. “Janji!”
  
     Iskandar mula menceritakan perihal keluarganya kepada mereka. Dari A hingga Z. Dari saat mak dan ayahnya bertengkar hinggalah sekarang.

                                 ***

    Amir memberhentikan motosikalnya betul-betul di hadapan kedai dobi tempat Ain bekerja. Ain turun dari motosikal Amir dengan berhati-hati.

     “Terima kasih Abang. You’re the best brother in the world!

    Pujian melambung diberikan oleh Ain. Senyuman meleret terukir di bibir Amir. Menampakkan lesung pipit di pipi Amir. Begitu megah sekali pujian yang diberikan oleh adiknya. Walaupun tindakannya hanya menghantar Ain ke tempat kerja kerana dia amat risaukan keselamatan Ain. “Sama-sama. Tak perlu lah puji abang lebih-lebih sangat. Kembang hidung abang ni nanti...” Amir masih tersenyum.

     "Eii .. Buruk la. kembang macam Nabil Raja Lawak! "

    "Eh? Kembang - kembang pun, comel apa ? Abang suka ~" ujar Amir.

    Ain terdiam seketika dan memandang wajah abangnya dengan teliti. Dengan penuh perasaan. Dengan penuh harapan ! “Abang... bila abang balik dari kuliah nanti, boleh belikan Adik coklat bar Cadburry tak? Adik teringinlah. Lagipun Adik balik kerja jam 9 malam.”

    “La? Pujian ada makna la tadi? Ada udang di sebalik mee rupanya.” Amir memandang sinis.“Huuh, dah agak dah. Oklah, nanti balik dari kuliah abang tolong belikan. Adik bila dah habis kerja, tunggu aje depan kedai ni. Jangan merayau kemana-mana. Ingat!”
      

    Ain mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda ok. Kemudian Amir menghidupkan enjin motorsikalnya dan memecut laju dari situ. Sofia yang sekian lama menunggu Ain di hadapan kedai dobi itu hanya memerhatikan kemesraan adik-beradik itu. Begitu seronok sekali. Wah.. seronoknya kalau ada abang macam Amir tu. Ain berjalan lenggang-lenggok ke arah Sofia sambil tersenyum.
    
     “Pheewwiitt ! Boyfriend tolong hantarkan... sweetnya...” Sofia mengusik mesra.
     
    “Agak-agak la.. Abang aku tu . Takkan tak kenal kot?”
     
    Sofia hanya tersenyum. “Kenal laa.. Saje je. Jomlah, nanti Puan Mei marah kalau lambat.”
    Tugas mereka di kedai dobi itu sungguh padat sekali. Banyak kerja yang harus dilakukan. Cuci baju, cuci permaidani, selimut comforter.. seterika baju dan pelbagai jenis kain. Malahan ada juga baju-baju VIP yang dihantar ke dobi itu. Wah, kes berat ni. Tak boleh dibuat main-main. Baju VIP ! Mesti berpuluh ribu harganya. Kalau rosak, harus dibayar mengikut harga sebenar yang mahal itu. Jika dapat customer  yang tidak bertimbang rasa dan suka ambil kesempatan, mungkin harga itu perlu dibayar berkali-kali gandanya. Parah! Parah!
    
     Setelah lama diberikan penerangan tentang apa yang harus mereka lakukan, polisi kerja, Ain memulakan tugas di hari pertamanya di kaunter. Tugasnya adalah memastikan  barang milik pelanggan diambil dan dihantar dengan selamat. Memastikan wang berada dalam keadaan selamat juga adalah tugasnya. Dia harus bersikap amanah. Kadang-kadang, jika tiada pelanggan yang datang, dia rajin membantu Sofia menjemur, melipat kain mahupun menyeterika kain. Ain dan Sofia perlu memastikan permintaan pelanggan dipenuhi.
   
     Kalkulator ditekan beberapa kali. Kemudian dicatitnya maklumat dalam sebuah buku log. Buku tersebut adalah senarai keluar masuk pembelian pelanggan yang datang. Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. Amat memeningkan jika ia berkaitan dengan matematik. Sedang Ain leka mencatit maklumat dalam buku itu, seorang pelanggan datang menghampirinya di kaunter.
     
    “Assalamualaikum. Saya nak hantar baju cucian kering dan siap diseterika.” Ujar pelanggan yang datang . Sepasang baju kot dan sehelai gaun labuh diletakkan di atas kaunter. Ain masih lagi ralik menekan-nekan kalkulator. Masih tidak memandang wajah pelanggan di hadapannya. Sibuk sungguh!
    
     “Sekejap ye.. Saya sibuk sikit.” Tangannya masih lagi tidak berhenti mencatit sesuatu di buku log. Pelanggan itu masih setia menanti. Mujurlah dia faham dengan kerja Ain.

     “Err ..nak ambil ..”kata-katanya terhenti tatkala dia mula memandang wajah pelanggan yang berada di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya berbunga riang. Bak kata Misha Omar, Bunga-bunga Cinta. Ya Allah! Jodoh Idamanku sudah sampai. Alamak ! Zaquan lahh ! Apa aku nak buat ni? Kata-kata hatinya masih gembira walaupun hanya berbisik dengan fikirannya.
    
     “Err.. Cik?” Zaquan,pelanggan di hadapannya hairan melihat Ain yang senyum berseorangan.
     
    “Oh ya? Kat mana tadi..” Ain cuba untuk ingat kembali. “Oh? Bila awak nak ambil baju-baju ni?” Soal Ain teragak-agak.
    
      Kini giliran Zaquan pula berdiam. Dia berfikir dengan pertanyaan Ain itu. “Err, kalau nak ambil hari esok boleh tak?”
     
    Senyuman Ain masih lagi tidak lekang dari bibirnya. “Boleh, boleh. No problem.”

    "Demi You, I sanggup . Hehe ~ " Bisik Ain dalam hati. Gatalnya ~ Ain mencatit sesuatu dalam sehelai resit dan berhati-hati ketika menceraikan resit tersebut dari bukunya lalu menyerahkannya kepada Zaquan. Zaquan menyambut resit yang diberi oleh Ain. “Oh ya? Nanti kalau nak ambil baju-baju ni, bawa resit ni sekali ye.” Ain manis berbicara. 

    Zaquan mengganguk." Matanya Masih memerhatikan Apa yang dicatitkan oleh Ain pada Resit itu.

    "Err ? Ada apa=apa yang tak kena dengan resit tu ke ?" soal Ain.

    Zaquan tersenyum. "Tulisan awak cantik." Puji Zaquan. Kemudian berlalu dari situ. Senyuman Ain bertambah meleret .
    
     Tidak sampai beberapa langkah Zaquan melangkah keluar dari kedai dobi itu, dia berpaling semula ke arah Ain ingin berkata sesuatu. “Err? Ain, saya tak pernah nampak awak kerja di sini sebelum ni? Baru start kerja  ke?” soal Zaquan inginkan kepastian.
     
    Ain terkejut. Riak mukanya serta-merta berubah. “A’ah, saya baru mula kerja hari ni.”
    Zaquan mengerti. Mengganguk tanda faham dan berlalu dari situ dengan berjalan kaki. Riak muka Ain yang terkejut masih lagi tidak berubah. Bahunya tiba-tiba dicuit dari balakang. 
    
    “Oiit ! Ooo.. Pakwe idaman datang ye .. eh? Tak sangka pulak kan? Suka lah tu ..” Sofia mengusik Ain. Pipi Ain kemerah-merahan. Ain tertunduk malu. Tidak terkata apa-apa.

    “Ain ! Aku tengah habaq dengan kau ni !”

    “Iye, che’ dengaq .. hang habaq je la, telinga che’ ada lagi nih ..” ujar Ain dalam bahasa utara,Kedah.

    “Ehem.Ehem. Pipi kau macam dah pakai blusher  aje. Actually,Aku dah nampak dah dia datang tadi. Aku senyum je. Walaupun aku buat kerja kat belakang tu, aku jadi spy juga tau. Private Investigator  kau. Wow ! Baru hari pertama kerja, jodoh dah sampai. Haha.. untunglah ~ bertuahnya kau. Bilalah aku nak jumpa dengan Prince Charming  aku ni?” Sofia masih berangan-angan.Tanpa disedari oleh mereka, seseorang memerhatikan mereka dari jauh. Tersenyum sinis.


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

kaishin said...

cam menarik je cite ni :)

dhia adawiyah said...

@kaishin Hahaha ! Saya tak boleh nak komen sebab saya yang buat . Sesiapa yang ada baca dari Bab 1 , mesti tahu bagaimana jalan ceritanya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...