Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 19 March 2012

Al Fatihah - Moga Kau Tenang Di Sana ...

   Hari ini ,  SMK Syed Mashor dikejutkan dengan berita kehilangan seorang insan. Apa yang Wieya tahu, Nama pelaajar tersebut,  Danish, berumur 16 tahun, seorang pelajar yang cerdik ( 4 sains ) , keturunan cina, beragama islam.

AL  FATIHAH ~

    Arwah ke sekolah dengan menaiki basikal. Dari rumah arwah .. Batu 30 ( ulu yam ) ke Batang kali.. rasanya agak jauh jarak dari rumah ke sekolah. Tiba-tiba ,  hari ini guru - guru dan pelajar dikejutkan dengan berita tersebut. Agak terkejut juga.Excident dilanggar oleh kereta ketika berbasikal ke sekolah. Kejadian langgar lari. Kemudian, dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

    Wieya juga tak sangka, rakan sekelas Wieya ( Yang suka buli Wieya ) , ada menolong arwah selepas kejadian berlaku. Arwah merupakan jiran kepada kawan Wieya tu. Kawan Wieya tu pun ada cerita tentang kejadian tu pada cikgu. nak tahu cikgu kata apa?

"Awak tak rasa ke awak insan terpilih. Ditakdirkan untuk menolong arwah pada saat akhir ? " ( lebih kurang macam ni laa )

Kami satu kelas hanya mendengar apa yang cikgu kata. Kalau difikirkan semula, Ada benarnya juga kata cikgu tu. Mungkin Allah ingin beri petunjuk kepada kawan Wieya tu dan juga orang lain untuk berubah? Selalu beringat kepadanya. Daripada - NYA kita datang, Dan kepada - NYA jua lah kita kembali.


    Walaupun Wieya tak kenal arwah, impaknya tetap terasa.


P/s : Kepada orang yang telah melanggar arwah, dan melarikan diri begitu sahaja tanpa berikan apa-apa pertolongan .. ingatlah .. hidup anda tak akan tenang. Selesaikan apa yang sudah anda mulakan.

AL FATIHAH ~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...