Tuan Belog

My Photo
Blogging since 18 November 2011. Doakan Wieya dapat sambung belajar dengan course yang sesuai dengan diri ini ya .. Aminnn .. dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 21 February 2012

Perlu ke Berbohong Untuk Jaga Perasaan Orang lain ?

Straight To The Point ~
Perkara ni dah lama berlegar - legar di fikiranku. Bagi Wieya, islam jelas menunjukkan bahawa "berbohong" itu adalah berdosa. 

Tapi, seringkali banyak soalan yang ditujukan kepada kita.  Antara mahu menjawabnya , ataupun tidak ? Fikiran kita juga akan cuba untuk memikirkan jawapan/alasan yang harus diberikan tanpa menyingung perasaan orang itu atau membuatkan orang itu berkecil hati.

BERBOHONG ATAU BERKATA BENAR ?



Berbohong untuk menjaga hati dan perasaan orang itu ? Andai kata you all berada dalam keadaan ini , Sukar nak buat pilihan bukan ? Memang stress memikirkannya. 

- Pernah tak , bila kita beri jawapan/alasan .. kita akan disoal sekali lagi ? Mungkin selepas itu , lidah kita kelu dan otak kita akan jammed untuk jawab pertanyaan tersebut . Jika itu berlaku , mungkin akan timbul rasa ragu-ragu dan rasa tidak puas hati pada sebelah pihak.


Semua manusia memiliki perasaan bukan ? Fikiran kita lebih cenderung kepada "perasaan". Cuba bayangkan, kalau kita tershashul(tersasul)  atau tersilap beri jawapan yang akan membuatkan orang itu berkecil hati , apa yang kan terjadi? Hubungan akan retak . Jadi,  setiap perkara yang berlaku akan melibatkan perasaan. Otak perlu diperah untuk memberikan jawapan yang tidak akan mencetuskan konflik dan pertelingkahan.
Pening ! Pening !


Pernah terfikir ? Kadang - kadang lebih baik berdiamkan diri daripada bersuara ? tapi, dengan tindakan tu akan memburukkan lagi keadaan.


Kita tak dapat puaskan hati orang dengan jawapan yang kita beri. Hanya hati kita sahaja yang tahu. Tapi , bila difikir - fikirkan balik ..menipu pada diri sendiri akan memberikan kesan yang besar iaitu "Tekanan Perasaan". Kita menipu diri sendiri. Dengan itu , kita akan membenci diri sendiri dan sering mempersoalkan mengapa perkara itu berlaku pada kita ? Hati kita pula akan menjadi resah dan gelisah setiap saat dan waktu.


Cara yang terbaik adalah dengan memohon pertolongan dari YANG MAHA ESA. Hanya DIA sahaja yang tahu akan isi hati kita. Berusahalah sedaya upaya, Allah pasti akan membalas kebaikan dengan usahamu itu.


Sudah dijelaskan di dalam setiap Al Quran bahawa kita akan dihimpunkan di Padang Mahsyar dan segala perbuatan kita akan didedahkan di Alam Mahsyar. Seringkali dilemma dengan masalah begini.


Mungkin You all ada cara lain atau pendapat untuk masalah ini ? Boleh berkongsi ?

 

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...