Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 19 February 2012

Patah Hati Seorang Perempuan

Perempuan ...
Perempuan ...
Agak complicated ye jadi perempuan ..  
Tapi, alhamdulillah dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan .

Tahun ni dah nak SPM . Wuish ! Berdebar - debar sunggoh ! Hm .. perempuan yang sudah bekerja & Berumah tangga .. mesti lagi complicated kan ? Yela ~bangun pagi-pagi siapkan sarapan untuk family . Pergi kerja . Balik kerja , memasak .. Layan family .. Wow .. dahsyat giler la .. lumrah kan ..

Yang still belajar ni pulak .. Tugasnya, BELAJAR ! Kalau tak ?

" Hehe .. Kawen la Kou ! " 

Tak nakkkk ... !!
Aish ! terlajak pulak , bukan nak cerita pasal kawen tau . Nak cerita pasal PENDAM . 
Tersepit antara dua .. "pelajaran" dan "percintaan" .. Setelah, difikirkan semasak - masaknya , Wieya memilih pelajaran dan menolak percintaan seorang lelaki yang Wieya suka . Sama umur . hihi .. Memang jadi angau . Kalau sehari tak tengok wajah dia, resah dan gelisah . Mesti nak tengok, walaupun hanya dari jauh. Itupun dah cukup baik.

 You know what ? Walaupun Wieya memilih "pelajaran" , SPM yang penting ! Wieya tekad dalam hati " jangan cari orang lain, hanya dia sahaja yang ada dalam hati ni " .. sampailah sekarang , Wieya masih tetapkan prinsip tu . Harapan Wieya pada dia, agak tinggi . Wieya pun harap dia tak cari yang lain . Tapi, setiap yang berlaku mungkin ada hikmahnya kan ? Ternyata dia cari yang lain .Wieya tahu dia ada yang lain melalui FB. Perkara tu terjadi sebelum hari lahir Wieya tahun lepas, 12/12/2011 . Masa tu Wieya patah hati sangat. Gurls mesti tahu kan , apa ertinya patah hati bagi seorang perempuan? Wieya tak salahkan dia. Mungkin dia tak sanggup nak tunggu Wieya sampai kami habis SPM. Allah mengetahui segala - galanya. Kita hanya mampu merancang .


    Wieya bernasib baik sebab tak memilih "percintaan " . Pelajaran diutamakan. Percintaan tak kemana kan? Pelajaran juga yang harus kita kejar. Tanpa ilmu, kita tak kemana. Mungkin tiada jodoh . Allah dah tentukan kesemuanya.  
Bila persekolahan dibuka semula untuk tahun yang baru .. Wieya tak tahu apa nak buat kalau terserempak dengan dia ? Wieya jadi manggelabah. tak sanggup bertentang mata. Perempuan ni lain sikit perangainya. Kalau dia tahu seseorang lelaki itu ada kekasih lain, perempuan itu akan cuba untuk jauhkan diri dari lelaki tu . Mereka tak mahu dilabel sebagai "penyibuk" atau "perampas" . 


Bila terserempak aje dengan dia , Wieya tak boleh pandang wajah dia dah . Berbeza kan dengan yang dulu ? Bila pandang je muka dia , masih terselit rasa marah di hati. Namun, semua tu dulu .. sekarang Wieya cuba untuk lupakan segala - galanya . Buang yang keruh , ambil yang jernih . Tutup buku lama , buka buku yang baru . Kan ? Kan ? kan ? Kumbang bukan seekor . Banyak yang lain .




Si dia pun bahagia dengan pilihan dia . Harap dia bahagia . "Ceewwahh " terlebih jiwang pulak. Hoho . Ada sesiapa nak mengurat tak ? Huhu . Gurau jea . Tugas Wieya hanya fokus kepada pembelajaran . Tiada yang lain . Wieya pun tak tahu sama ada masih mahu tetapkan prinsip yang Wieya pernah buat dahulu ataupun tak .


 Buat masa ni .Cinta Wieya hanya satu ..
 Jadi, benarlah ..
Terdapat satu fakta yang mengatakan . Simpan saya di hati awak dan bukannya di fikiran awak . Kerana Hati akan menyayangi dan ingatan akan melupai.

Sekian . coretan kasih hati dari seorang perempuan.

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

5 comments:

Cik Gadis Pink (Cik Pinky) said...

Betul tuh, kalau lelaki yg kite cintai, tapi sudah berpunya , takleh nak buat ape kan ? Tak nak digelar Perampas . kan ? :')

dhia adawiyah said...

Trima kasih cik gadis pink . awak dah naikkan semangat Wieya semula ..

Rapunzel Cikilolo said...

masih muda. awak perlu belajar mengenai kehidupan...

dhia adawiyah said...

betul tu @Rapunzel Cikilolo. banyak lagi yang wieya perlu belajar

Anonymous said...

Jalan yg Allah beri adalah yg terbaiikk.. Best of the best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...