Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 12 February 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 1 (4)


    Makcik Aisha yang sedang menyapu daun-dun kering di halaman rumah tersenyum apabila melihat Iskandar pulang dari sekolah. Lega rasanya apabila melihat anaknya pulang dari sekolah tanpa menimbulkan apa-apa masalah sepanjang berada di sekolah pada hari pertama.

    “Is baru balik? Dah makan?” soal Mak Cik Aisha. Namun, Iskandar hanya berjalan terus masuk ke rumah tanpa menghiraukan pertanyaan ibunya itu. Merajuk lagi ke? Soal Mak Cik Aisha dalam hati.

    Dalam ingatannya. Kali terakhir Iskandar berada di sekolah lama, dia telah menimbulkan berbagai-bagai masalah hinggakan Makcik Aisha terpaksa hadirkan diri untuk menghadap muka guru disiplin dan juga pengetua sekolah. Berdasarkan rekod sekolah,Iskandar  telah kerap kali melanggar peraturan sekolah. Antaranya, membawa rokok dan mengedar secara haram ke sekolah, bergaduh dengan pelajar senior hinggakan pelajar tersebut terlantar di hospital. Amat memeranjatkan . Sejak bila dia belajar Taek Won Do?

    Akibat daripada itu, secara rasminya dia telah dibuang daripada sekolah tersebut. Pihak sekolah juga pernah mencuba untuk menghantarnya ke sebuah kem “Kembali Ke Pangkal Jalan” selama tiga hari dua malam. Namun, hanya satu malam sahaja dia berada di situ. Pihak kem dapati, dia telah melarikan diri dan selepas tiga jam berlalu. Iskandar  pulang ke rumah dengan keadaan yang lesu dan keletihan. Iskandar sanggup menaiki bas pulang ke rumah hanya kerana tidak mahu mengikuti kem motivasi tersebut.

    Ketika itu, Makcik Aisha benar-benar berputus asa. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan untuk membimbing Iskandar. Dia juga tidak tahu apa tujuan Iskandar dengan bersikap liar seperti itu. Dia benar-benar buntu. Akhirnya, dia memutuskan untuk berpindah supaya dapat merapatkan lagi hubungan ibu dan anak bersama Iskandar. 

    Tapi, tekaannya salah! Sejak berpindah, Iskandar mendiamkan dirinya malah tidak bertegur sapa dengannya. Perit hati seorang ibu apabila seorang anak berkelakuan begitu terhadapnya. Hanya Tuhan saja yang tahu isi hatinya. Siang malam dia berdoa supaya Iskandar dapat kembali ceria seperti dahulu kala.

    Lamunan Mak Cik Aisha terhenti tatkala terdengar bunyi dentuman pintu ditutup. Kelihatan Iskandar sedang menyarungkan seliparnya untuk keluar semula. “Is hendak ke mana, nak?”
Sekali lagi pertanyaan itu tidak dijawab. Mak Cik Aisha hanya mampu bersabar.  Iskandar menghidupkan enjin motosikal dan bergerak keluar dari pagar rumah. “Is jangan balik lambat ya?” laung Mak Cik Aisha dari dalam perkarangan rumah.
                        
                                                             ***

    “Bro! Kenapa kau lambat? Penat kitorang tunggu kau.” Soal rakannya Adam, rakan sekelasnya di sekolah.

    “Sorrylah.. aku ada hal sikit tadi. Hah? Jom lah, Kau nak ajak aku buat kerja apa?” Soal Iskandar pula.

    Namun, Adam hanya tersengih-sengih. “Ha.. inilah yang aku nak tunjuk pada kau ni. Kerja terbaik punya. Terbaik dari ladang. Senang, cekap dan yang paling penting masyuk banyak Bro..”

    “Lepas kitaorang berhenti  jual rokok, kitaorang buat kerja ini lah. Sudah 3 bulan, tiada apa-apa masalah yang timbul setakat ini.” Sampuk Fadhli pula. Fadhli juga rakan sekelasnya di sekolah. Iskandar kelihatan terpingga-pingga. “Kerja apa?”. Soalnya.

    Adam mendekatkan mulutnya ke telinga Iskandar. Dan berbisik sesuatu. Serta merta Iskandar terkejut.

     “Apa?” Kerja itu?” Aduh weyh.. kalau kantoi macam mana? Aku tak nak orang tahu.”. Iskandar kelihatan gelisah. Fadhli hanya berbicara tenang. “ Ala.. rileks.. takkan ada orang yang tahu punya.Eh? Jomlah. Nanti terlewat pula. Kerja seperti ini pun kena tepati masa, kalau tidak , kena buang lah jawabnya.”

    Lantas itu, mereka bertiga pun bertolak ke tempat yang diperkatakan dengan menaiki motosikal masing-masing. Dalam perjalanan, mereka merempit dan menunggang motosikal dengan laju. Bersaing sesama sendiri. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke tempat tersebut. Tambahan lagi mereka menunggang motosikal seperti memandu F1. Melebihi had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Akhirnya mereka sampai ke tempat tersebut. Adam dan Fadhli membawa Iskandar menuju ke arah seseorang lantas manepuk bahu lelaki berkulit hitam tersebut. “Kam! Ini gua sudah bawa budak baru untuk lu punya kerja. Lu kata tak cukup orang kan?”. Adam berbicara dengan mesra. Lelaki tersebut berpaling. Dia meneliti satu per satu ciri-ciri fizikal yang ada pada Iskandar. Dia mengurut – urut dagunya. Iskandar pula berasa tidak selesa diperlakukan begitu.
Setelah berdiam, akhirnya lelaki tersebut bersuara. “Bagus. Bagus. Macam inilah yang gua mahukan” ujar lelaki tersebut sambil menepuk-nepuk bahu Iskandar dengan mesra.   

    “Lu mahu start  kerja bila?” soal lelaki itu lagi. Kali ini dia memandang serius ke arah Iskandar. Gerun Iskandar dibuatnya.

    “Kalau lu mau, sekarang ini pun boleh. Gua tiada hal.”Iskandar membiasakan diri berbicara dengan lelaki tersebut.

    “Bagus! Lu memang menepati ciri-ciri yang gua mahukan. Mulai dari sekarang, lu jangan segan-segan. Panggil saja gua Kam. Budak ini semua sudah biasa dengan panggilan macam itu. Gua pun sudah biasa. Lu kerja elok-elok. Gua tak mahu ada masalah yang timbul.” Lelaki tersebut memberi amaran sebelum memulakan kerja. Itu memang prosedur sebelum memulakan kerja.
  
    Setelah memberikan ceremah selama lima minit, Akhirnya Kam pergi dari situ. Mereka bertiga menarik nafas lega. “Aduh! Panjang betul dia beri tazkirah ya? Penat aku menunggu tadi, bila dia mahu berhenti?” ujar Iskandar.

    Adam dan Fadhli hanya ketawa riang. Mereka tidak kisah dengan semua itu kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kam memang sering beri tazkirah kepada mereka walaupun hanya beberapa minit. Mahu atau tidak, terpaksa juga mendengar. Sekali-sekala, Kam ada menceritakan tentang kisah hidupnya yang sangat miskin. Tapi, setelah dia buat kerja ini. Dia selesa. Kerja pun semakin berkembang. Dan akhirnya dia menjadi taiko di sini. Hari-hari masyuk. Kerja cuci mata saja. Tengok budak-budak bawah buat kerja. “ Kam memang begitu sikapnya. Dia memang cekap orangnya. Maklumlah, sudah tiga tahun dia buka perniagaan ini. Tiada apa-apa masalah pun. Jadi, dia risau jika ada apa-apa masalah yang timbul. Bak kata pepatah yang selalu dia cakap pada kitaorang, ‘sediakan payung sebelum hujan’” ujar Fadhli.

    “Itulah. Dia memang lain daripada yang lain. Cepat mesra. Janji, kerja tetap kerja. Jomlah mulakan. Kalau lambat, silap-silap hari bulan semua kena buang.” Ujar Adam pula lantas mereka memulakan kerja.

                     
                                                                                            bersambung :)

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...