Tuan Belog

My Photo
Blogging since 18 November 2011. Doakan Wieya dapat sambung belajar dengan course yang sesuai dengan diri ini ya .. Aminnn .. dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 8 February 2012

Dingin Lavenda : Drama Yang Penuh Dengan Maksud Tersurat Dan Tersirat .

Assalamualaikum ... wahahaha ! Agak beremosi sikit ye tajuk dekat atas nih .. hihi .. Ok ! Last Week punya last week , Wieya ada tengok Drama Dingin Lavenda Episod 8.  Sejak drama tu start, Wieya tak pernah follow drama tu sebab sibukk dengan persiapan SPM.  Tapi, malam tu Wieya agak free sikit sebab dekat kampung. Huhu .. Terrrrr ... tengok pulakk .. aiceh .. KLIK SINI


Episod 8 yang disiarkan pada malam tu telah mengetuk pintu hatiku dan secara tidak langsung, ianya telah menyentuh imanku. Rasa lapang  je hati ni. Drama Dingin Lavenda yang penuh perasaan dan emosi. Suatu perasaan yang tenang telah melanda diriku tatkala aku mula memahami jalan cerita yang ingin disampaikan. Tak sangka, hanya satu episod sahaja sudah mampu memikat hatiku untuk mengikuti drama ini diwaktu lapang dan lebih mengetahui tentang ilmu agama. 



Ilmu agama itu boleh kita manfaatkannya dalam hidup kita. Drama ini juga boleh memberi impak dan menyedarkan orang ramai untuk mengenali islam dengan lebih lagi.


Episod 8 ini juga telah menarik hatiku kerana cara penyampaiannya. Antara babak dalam Episod 8.

Iskandar : Awak pernah baca buku lumrah bercinta ?

Nana mencari - cari siapakah yang berkata - kata itu ...

Nana : Saya ke ?

Iskandar : Ya ..

Nana : Saya pun ada buku tu ..

Iskandar : Dah baca ?

Nana : Hm, belum sempat lagi ..

Iskandar : Saya paling suka page 15. Tajuknya "Berguru Dengan Pokok Semalu".

Nana : Apa yang best nya tentang tu ?

Iskandar : Pokok Semalu akan menguncup apabila disentuh...

Nana : Ya. Logiknya pokok semalu tu macam tu ?

Iskandar : Pokok semalu menguncup untuk lindungi dirinya daripada dirosakkan.

Nana : Ya .. I know .. apa yang awak nak sampaikan sebenarnya dekat saya?

Iskandar : Samalah macam wanita, harus menutup untuk mengelak dari dirosakkan.

Nana : ... ... ...


Iskandar mengeluarkan sesuatu dari begnya dan memberikannya kepada Nana.


Nana : Mana awak dapat majalah ni ?

Iskandar :Kawan - kawan saya yang langgan tiap - tiap bulan. Saya pinjam sebab nak beri kepada awak ...

Nana : Ni majalah wanita kan? Awak baca majalah ni ?

Iskandar : Baca sikit - sikit je . saya suka baca resepi masakan melayu. Selebihnya, saya suka tengok gambar.

Nana : Gambar apa yang awak suka tengok dalam majalah ni?

Iskandar : Gambar wanita bertudung. Lagi terserlah kecantikan wanita tu .

Nana : Habis tu saya ni tak cukup cantik ke tak pakai tudung? 

Iskandar : Akan lebih cantik kalau pakai tudung ... 




                                  iskandar dan nana




Babak ni juga telah memberi impak kepadaku ..
Tenang saja cara penyampaian niat Iskandar kepada Nana. 

Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Indahnya Dingin Lavenda tak dapat digambarkan dengan kata - kata. Hanya hati saja yang tahu.
Meskipun, Wieya bukan ustazah atau ahli sufi yang penuh dengan ilmu agama, memang tak dinafikan, saya juga ada kekurangannya. Tapi, hati saya juga ingin memberikan pandangan dan nasihat.

- Aurat ditutup dan dijaga . Samalah seperti Pokok Semalu yang menguncup apabila disentuh untuk mengelakkan dirinya dirosakkan.

- Bertudung untuk cantik, boleh .. Tapi berniatlah kerana Allah.

- Bertudung sederhana labuh.



- KLIK SINI - Cara bertudung Yang Haram.  credit to : love love islam

- KLIK SINI Pelakon Diana Amir bertudung selepas mimpi kiamat. 
credit to : nurizspace 

Di akhir cerita juga, Wieya baru tahu yang Drama Dingin lavenda ni diadaptasikan daripada novel " Dingin Salju Indiana karya Nurulsham Saidin. Banyak mengupas isu-isu tentang agama di sekeliling hidup kita.

 Nak tahu lebih lanjut tentang sinopsis Drama Dingin Lavenda ? KLIK SINI ..

Watak Iskandar :  
mior luqman mior sallehuddin....
Watak nana : Faralyna Idris
 Credit : rindok.com
Credit gambar : Page Dingin Lavenda & google


Psstt ! : ingatkan nak post entry ni hari khamis atau jumaat last week . tapi, tak jadi. Kita hanya mampu merancang . DIA yang menentukannya . Internet ada problem sikit.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

10 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

memang cerita ni beri keinsafan pun!

Natasya Naslin said...

masa kat rumah time cuti hari tu follow jek citer ni .. bila da masuk kolej balik, miss daaaa.... -_-"

ntah cmne dah cerita dia.. ke da abes?? haha

Pa Azna said...

Rasa-rasanyalah kan, buku yang pasal pokok semalu tu tajuknya MURABBI CINTA bukan Lumrah cinta. Hmmm samalah kita, dalam banyak-banyak scene,ni lah scene yang paling best sekali sebab apa yang dia sampaikan kadang-kadang kita sendiri tak pernah terfikir pun, so, automatically bila dia cakap plus dengan antonasi yang macam tu, kita boleh sedar sekaligus tak marah sebab dia nasihat dengan cara yang lembut walaupun sesetengah orang cakap yang walaupun dia bercakap dengan nada yang lembut tapi masih ada sedikit sinis. Tak kisahlah apapun, janji kalau kita tengok, ada juga ilmu yang kita dapat.

dhia adawiyah said...

@Pa Azna

# wahhhh !! yekew ?! Yekew ? haha .. terima ksih sebab bagi tahu .. lepas ni tutup laptop , terus cari kat kedai . hikhik !

Anonymous said...

bape umur mior a.k.a iskandar ni? gamba last tu dorg pgg tgn ke?

Fateh Sharif said...

salam..maaf menggangu..
sy pon suka ceta nih..n sgt suka ngan watak nana n iskndr..cra pympaian iskndr sgt best bg sy..hbis ceta nihh msti berangan2.huhu..lg 1,byk pngjrn y bleh kt bljr..suka2..

Fateh Sharif said...

salam..maaf menggangu..
sy pon suka ceta nih..n sgt suka ngan watak nana n iskndr..cra pympaian iskndr sgt best bg sy..hbis ceta nihh msti berangan2.huhu..lg 1,byk pngjrn y bleh kt bljr..suka2..

Fateh Sharif said...

salam..maaf menggangu..
sy pon suka ceta nih..n sgt suka ngan watak nana n iskndr..cra pympaian iskndr sgt best bg sy..hbis ceta nihh msti berangan2.huhu..lg 1,byk pngjrn y bleh kt bljr..suka2..

dhia adawiyah said...

@Natasya Naslin Alolo ~ same la kiter ... hikhik ... lagipun , thun ni exam . tak boleh tengok TV byk sangat . hihi ..

dhia adawiyah said...

@Fateh Sharif wahh .. same lah .. ramai org yang suka cerita nih ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...