Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 8 January 2012

#Petua/Nasihat Mama - Cara menanam pokok/bunga/tumbuhan dengan betul

Fuhhhh ~ balik je dari kampung , terus update cepat-cepat ! Takot lupa ~ hihi .. Dah tahu kan , Wieya nak update pasal ape ? haha .. OK , kita continue sajalahh ... Zaaazzz ... !

Hm , ada sesetengah orang kalau nak tanam pokok , korek tanah ..letak ape yang nak ditanam and terus gembur tanah. Ada pulak yang amik tangkai pokok , cucuk kat tanah , lepas tuhh .. blah !

" Dah ! Kau nak hidup , hidup la ! Tak nak sudah ! " erk ? agak kasar sedikit ye .. 
DON'T TRY THIS AT HOME !

Haish ! Menangis la pokok tuu ~
Jangan harap dia nak hidup , kalau korang gertak dia macam KL GANGSTER tuu ..

Bila dah tanam dalam tanah , bagi la dia minum .. * siram dia dengan jumlah air yang sederhana ye ..Bagi makan * bagi baja laa ~ ataupun cuba BERCAKAP dengan dia . ( slow talk . Face to face . haha .. ) Wait ! Jangan ingat tumbuhan tak boleh dengar apa yang kita cakap kat dia taw ! Ingat , sesama manusia je boleh buat mcm tu ? Try la BEKOMUNIKASI DENGAN TUMBUH-TUMBUHAN ..Actually , tumbuhan dan haiwan pada zaman Nabi Nuh dulu pun boleh bercakap . Korang kutuk dia pun , dia dengar tau ! Kuasa Allah. 

Haa ! bila nak bercakap dengan dia .. puji-puji lah sikitt .. cakap baik-baik ..

" Haa ~ dah siap tanam dah . Hidup dengan baik ye .. Keluarkan hasil dengan baik. Aku akan jaga kau baik-baik . "

Nampak takk ? jiwang punya ayat tau ! Tak ke happy ? manusia , kalau cakap macam tu pun happy kan ?Sejuk sikit hati tumbuhan tu . Ni  ! Nak hidup pun dia takot taw ! Ibarat diselubungi dengan pemburuan Gengster ! Cehh !

Kalau nak tanam pokok ni  , kena sayang kat dia .. Jaga dia tiap-tiap hari dengan baik . Semua perbuatan  baik kita tu , akan dibalas dengan kebaikan . Setiap tumbuhan akan , berzikir dan berdoa untuk kita. walaupun kita tak nampak . 

Cuba perhatikan keadaan sekeliling . Semasa cuaca tenang je . Tak de angin , tak ada ribut , tak hujan .. just .. suasana yang tenang je . Cuba perhatikan , dari pokok ke pokok .. ada tak , diantara daun-daun tersebut yang bergerak-gerak seakan-akan sedang berzikir ? Padahal , masa tu tak da angin .. haa .. jangan terkejut . Pokok tu sedang berzikir atau sedang menunaikan ibadatnya kepada Allah .

                                     gambar hiasan semata-mata

One more ! Kalau nak amik hasil daripada sesuatu tumbuhan , sebagai seorang muslim .. jangan lupa BAGI SALAM ! Kot-kot lah tumbuhan tu tengah solat ke ? berzikir ke ? tidur ke ? Tiba-tiba korang main petik je hasil dari badan diorang , terkejut la diorang ! Tak pasal-pasal terkena duri ke ? Serangga gigit ke ?

Ok , cuba pikir .. korang teringin nak minum air kelapa . teros amik tali , panjat je pokok tu .. tiba-tiba sebiji kelapa terhempap kat atas kepala korang ? Nak tau makne nya ? Maknanya , pokok tu terkejut la .. mereka ada cara mereka tersendiri .

Hm , mama ada bagi tips/nasihat ni pada budak-budak jururawat junior kat hospital tempat mama kerja .. aiihh ? diorang tak percaya ?
" Ahh ~ Tak percayalah akak .."

" I Don't Believe it .. "
Heh ! Tak percaya sudah ..Ok. Tamatla sudah perkongsian tips kita kali ini .. ^^
 Selamat maju jaya !




Allah amat menyayangi orang yang sayang pada tumbuh - tumbuhan .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

4 comments:

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, tapi kalau autoplay lagu tu dibuang, lagi lawa,hehe btw keep up the good work! :D

dhia adawiyah said...

#Emmet

thanx . hoho . memang hajat nak buang autoplay lagu tu . hihi . thanx becoz support me ..

kakyong said...

betul dhia.. memang kena bersembang2 dgn pokok ni... ;)

fazliana said...

thnks for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...