Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 31 January 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 1 (3)

       Ain dan Sofia saling berpandangan sesama sendiri. Terkejut dengan panggilan itu, mereka mencari siapakah gerangan yang memanggil mereka itu? Kelihatan seorang lelaki memandang ke arah mereka dan berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada. Sakit hati Sofia apabila terdengar panggilan tersebut ditujukkan kepada mereka.
    
     “ Eh? Itu bukankah anak Mak Cik Aisha?” soal Sofia.
   
    “ Eh? A’ah lah!  Jom lah, dia panggil tu.” Ujar Ain sambil menarik tangan Sofia menuju ke arah Iskandar.
    
     Sofia masih tidak berpuas hati.Dia menarik tangan Ain semula.“Ain! Nama kita bukan ‘minah’ yang dia sebut tulah!” ujar Sofia geram. Saat Iskandar  melihat kedua-dua sahabat itu bertarik tangan sesama sendiri, hatinya berbisik jahat.  Alamak...! Tarik-tarik tangan pulak diorang ni!. Kemudian, dengan lantangnya dia memberi arahan. Lagak seperti sarjan.“Woi! Cepatlah tunjukkan kat mana kelas aku?!”
    
     Lagi sekali. Kedua-dua sahabat itu terkejut. Kegeraman Sofia sudah sampai tahap maksimum. Dia mengangkat tangannya dan menunjukkan buku lima ke arah Iskandar.“Sabarlah!” Sofia membalas.
   
    “Dia tidak tahu nama kita lah Sofia. Itu sebab dia panggil begitu. Jomlah.” Pujuk Ain. Sofia hanya beralah dan berdengus geram. Mereka menuju ke arah Iskandar.“Err.. apa nama kelas awak?” Ain bersuara.
    
     “5 Tauladan” ujar Iskandar selamba.
   
    “Jomlah” Ujar Ain pula. Sofia mengikuti Ain dari belakang. Manakala Iskandar berada di belakang Sofia, sedikit jauh .
   
    Sofia hanya menjeling ke arah Iskandar yang kelihatan begitu sombong dan angkuh di matanya.“ Dapat masuk kelas, 5 Tauladan. Tapi, budaknya tak bertauladan!” Sofia sengaja menguatkan suaranya supaya didengari Iskandar yang hanya mengekori dari belakang.
   
    “Apa dia, minah?! Aku tak dengar?! Cakap lagi sekali!” Iskandar lantang bersuara lagi. Tidak mempedulikan orang di sekelilingnya.
   
   Sofia juga membalas. “Kau tu low class! Loser!” Bagaikan ada pertandingan debat antara mereka. Ain hanya menggeleng kepala.
    
     Iskandar  tidak mahu mengalah. Dengan lasernya dia membalas. “Menggelabah je minah ni. Aku korek biji mata kau nanti.” Dengan selambanya dia berkata-kata. Sofia juga tidak mahu mengalah! “Kau ni kenapa hah?! Test lah kalau berani ! ” soal Sofia tegas. Memang bengang dengan lelaki yang tidak sedar diri di hadapannya itu.
   
    Ain memintas laju. “ Sudahlah.” Ujar Ain . Iskandar tidak terkata apa-apa. Malas hendak membalas. Nanti, tidak fasal-fasal dia dibuang sekolah pada hari pertama dia bersekolah kerana pertempuran antara dia dan Sofia. Memang tak makan saman budak ni. Setelah menyedari Iskandar tidak membalas kata-katanya, Sofia juga memutuskan untuk mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sesampainya mereka di kelas 5 Tauladan. Iskandar hanya berjalan terus ingin masuk ke dalam kelas dan lari daripada singa betina yang cuba untuk menerkamnya sebentar tadi. Orang yang dimaksudkannya ialah Sofia. Laju sahaja dia berjalan masuk ke dalam kelas. Segera disoal oleh Sofia . Lagak ketua gayanya.“Hah?! Cakap apa?”.
     
     Iskandar hanya memandang. “ Cakap apa?” menyoal Sofia kembali.
    
     At least  cakaplah terima kasih ke? Apa ke?” ujar Sofia menunjukkan lagak gangster.
   
    “Hm..sama-sama.” Ujar Iskandar selamba seraya masuk ke dalam kelas. Malas hendak melayan kerenah perempuan itu. Sofia hanya memandang Iskandar dengan perasaan geram yang membuak-buak di hatinya. Bagaikan lavar gunung berapi yang ingin meletus keluar dari telinganya! Lain yang disuruh, lain yang dibuat. “Ish! Ikutkan hati aku, nak saja aku belasah mamat tu. Buat sakit hati sajalah!” rengus Sofia.
    
     “Sudahlah.. Jom masuk ke kelas.” Pinta Ain.
                                       
                                                         ***
   
    Sesi pembelajaran bermula seperti biasa. Iskandar yang diberikan tempat duduk bersebelahan dengan tingkap hanya mengelamun jauh. Tidak mempedulikan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Memerhatikan keadaan sekeliling. Indah sungguh pemandangan di sekolah ini. Berlainan dengan sekolah lama yang ditinggalkannya.Terdapat sebuah Landskap Mini yang dipenuhi rimbunan pohon yang ditanam secara teratur tidak jauh dari blok bangunan kelasnya. Ia menyamankan suasana. Redup sahaja. Warna-warni bunga-bungaan yang menghiasi setiap blok bangunan, menyegarkan matanya. Tenang sungguh hatinya tatkala melihat alam ciptaan ilahi yang penuh bermakna ini.
    
     Teringat kembali, Dia berpindah ke sekolah ini kerana mengikut emaknya berpindah rumah selepas emak dan ayahnya bercerai atas alasan tidak bersefahaman. Hancur luluh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan ayahnya serta terpaksa berjauhan dengan adik lelaki kesayangannya. Hanya dia dan kakaknya memutuskan untuk berada di samping emak mereka. Manakala, adiknya dijaga oleh ayahnya disebabkan permintaan ayahnya.
     
    Kini, kakaknya menetap di Terengganu kerana menyambung pengajian di sana dalam bidang perniagaan. Sebenarnya,Bukan itu sahaja alasan kakaknya yang ingin menetap disana,malah untuk lari daripada kekalutan dan lari daripada stress  yang membendung diri disebabkan perpecahan keluarganya. Tinggallah Iskandar keseorangan walaupun emaknya ada di sisi untuk menyayanginya dan memberi sokongan kepadanya.
    
     Lamunannya terhenti apabila, loceng sekolah tiba-tiba berbunyi. Nyaring sekali. Menandakan waktu pelajar-pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk mengisi perut yang kosong setelah lama memerah otak. Rakan-rakan di dalam kelasnya sudah siap-siap berkemas. Menyimpan peralatan menulis, buku-buku di dalam beg dan kemudian masing-masing keluar dari kelas menuju ke kantin. Beberapa orang pelajar lelaki yang terlihat Iskandar masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya. Mula menyapanya.
     
    “Is. Tak turun rehat ke? Kitaorang nak pergi ni. Nak join?”soal Muslim, salah seorang daripada pelajar lelaki tersebut.
    
     “Tak apalah. Aku nak jalan-jalan tengok sekolah.” Jawab Iskandar.
   
    “Nak kitaorang temankan ke?”soal Aiman, ketua kelas 5 Tauladan.
   
    Iskandar menggeleng kepala. “Aku jalan sendiri. Kalau sesat, aku call  korang.” Iskandar berlawak. Rakan-rakan yang lain turut sama gelak ketawa. Senang hati dengan sikap Iskandar yng peramah walaupun baru sahaja berkenalan.                                            
                                                    
                                                            ***
   
    Di dalam kelas 4 Sinar, Ain dan Sofia juga sedang mengemas buku-buku lalu dimasukkan dan disusun di dalam beg.
    
     “Nak ke kantin ke Ain? Aku laparlah.” Soal Sofia sambil mengusap-usap perutnya.“Macam-macam bunyi yang keluar. Sekejap lagu keroncong. Sekejap lagu hip hop. Sekejap lagu rock. Memang lapar sangat ni.” Rayu Sofia.
     
    Ain berfikir.“Hm.. Kau pergilah.. aku tiada mood lah. Lagipun, hendak berjimat duit belanja. Beli novel.” Ujar Ain dengan muka monyok.
   
    “Ala.. Takkan sebab Farouq buli kau, kau tak ada mood terus? Jomlah.” Pujuk Sofia.
    
     Ain menggeleng.“ Aku jalan-jalan dekat landskap sajalah. Kalau ada apa-apa, cari aku dekat situ.” Jawab Ain pula. Sofia akur dengan kata-kata Ain. Terus memecut diri menuju ke kantin sekolah. Lapar. Perutnya perlu diisi dengan segera.
    
     Ain pula berjalan menuju ke Taman Landskap Mini  bersebelahan dengan blok bangunannya. Di situlah tempat dia menghabiskan masa rehatnya jika bukan di kantin ataupun di perpustakaan untuk menjalankan tugas.
   
    Sedang Iskandar melihat pemandangan dari koridor hadapan kelasnya, dia terlihat seorang gadis yang menuju ke Taman Landskap Mini. Dari jauh, Iskandar memerhati setiap gerak-geri Ain yang sedang melakar sekuntum bunga yang berada di hadapannya di atas kertas kosong yang kecil. Sedang dia memerhati gadis itu, terlintas di fikirannya bagaimanakah dia hendak pulang lepas waktu persekolahan nanti? Mak tidak beritahu apa-apa kepadanya,dengan apa dia akan pulang ke rumah nanti. Dengan langkah yang perlahan, Iskandar menuruni anak tangga dan menuju ke arah Ain.
   
    Ain yang duduk membelakanginya. Tidak perasan akan kehadirannya. “ Woi.” Iskandar memanggil dari jauh. Perlahan sahaja panggilan yang ditujukan kepada Ain. Namun, tidak diendahkannya.
   
    “Woi!”
   
    Sekali lagi dia memanggil. Tiada respon dari Ain.“Aaiiyy.. pekak ke minah ni?” Iskandar berbisik perlahan. “Oii, minah?” Iskandar memanggil lagi. Kali ini dia menguatkan suaranya. Kali ini Ain menoleh ke arahnya kerana masih ingat suara biadap yang memanggilnya di dewan pagi tadi. Seraya dia berkata.“Hm.. Ingatkan panggil orang lain tadi. ‘oi-oi’.”perli Ain.
   
    Iskandar tersenyum sinis sambil berjalan ke arah Ain dan duduk di sebuah kerusi yang disediakan berdekatan dengan bunga-bunga tersebut. Menghadap Ain. “ Kau nak perli aku pun agak-agak lah.” Ujar Iskandar.
    
     “Aiiyy.. Terasa ke? Kenyataan ...” soal Ain sinis.
  
      “Siapa lagi yang ada dekat sini selain aku?” soal Iskandar menyindir.
    
     Ain terdiam. Memikirkan jawapan yang patut dibalas kepada Iskandar. Jawapan yang boleh menyenangkan hati mereka berdua tanpa berlaku apa-apa pertengkaran.“Hm.. pokok ada. Bunga ada. Rama-rama ada.”
    
     Iskandar tergelak kecil. “Haha. So, kau bercakap dengan benda-benda itu semua? Kau Memang gila lah.”
    
     “ Nak gila apa nya? Makhluk ciptaan Ilahi pun boleh dengar apa yang kita cakapkan.” Jawab Ain serius.
   
    So, makhluk-makhluk ini semua panggil kau oi-oi ya? Tak sangka pula aku. Sudahlah, jangan hendak panjang-panjangkan cerita, aku tahulah kau perli aku. Apa nama kau?” soal Iskandar ingin tahu.
    
     “Hm.. Tahu pun. Nama saya Ain, awak pula?” soal Ain kembali.
   
    “Is.”
   
    Jawab Iskandar ringkas. “Err.. aku datang sini, hendak tanya, aku nak balik naik apa? Mak aku tak ada beritahu aku apa-apa pun.” Soal Iskandar .
   
    “Hm.. time  balik, tunggu di hadapan pintu pagar sekolah. Kalau awak nampak saya, follow  aje lah dari belakang.” Iskandar hanya mengangguk. Matanya meliar ke kiri kanan lalu terpandang satu wajah yang sering menyakitkan hatinya. Sofia berjalan perlahan menuju ke arah mereka dengan wajah yang bengis memandang Iskandar.
     
    Kerana tidak ingin bertengkar dengan Sofia, Aniq mengundurkan diri untuk pulang ke kelasnya semula.
     
    “Aku blah dulu lah. Singa lapar dah datanglah.” Dengan selambanya Iskandar mengutuk Sofia dihadapan Ain. Ain memandang ke arah ‘singa’ yang diperkatakan oleh Iskandar. “Oh, Sofia rupanya. Ain tergelak kecil. Sofia datang menghampiri Ain dan bertanya.
   
    “Dia nak apa dengan kau?” soal Sofia ingin tahu.
    
     “Dia nak follow  kita time  balik nanti.” Jawab Ain.
   
     Sofia begitu terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Ain itu tadi. “What?!”. Sofia mengeluh. “Ala, Ain..”
                                    ***

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...