Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 26 January 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 1 (2)


    Sofia mengeluh.“Laaa... Ain... Aku bercakap sorang-sorang rupanya. Kasihannya aku. Mamat itu yang kau pandang dari bercakap dengan aku? Sudahlah tidak kacak....” kata-kata Sofia tidak sempat dihabiskan lantas dipotong oleh Nurrul.
    
     “Eh? Cakap baik-baik sikit ya? Kacak apa? Gentlement pula.”Ain masih tersenyum-senyum seperti kerang busuk.
    
     “Eh? Kalau aku mengutuk dia, dengar pula ya? Ingatkan tidak dengar tadi? Ala ~ lelaki idaman kau, mestilah kau fokus pada dia kan.. bukannya aku.” perli Sofia agak sedikit kecil hati.
   
    “ Iyalah. Maafkan aku ya? Seminggu kita semua bercuti penggal pertama, rindu pula hendak menatap wajah dia.” Ujar Ain.
    
     Sedang Ain berkata-kata, Sofia sudahpun masuk ke dalam bilik guru untuk menghantar buku-buku tersebut. Ain hanya menunggu di luar bilik guru sambil menikmati pemandangan yang sangat indah di matanya. Sedang dia memerhatikan lelaki itu membaca novel dari jauh, tiba-tiba lelaki itu memandang  tepat ke arahnya lantas dia terkejut. Kemudian dia berlari mendapatkan Sofia yang sedang menyarungkan kasutnya semula.
        
     “Sofia! Sofia!” Ain separuh menjerit.
   
     “Apa dia?” Sofia acuh tidak acuh menjawab panggilan Ain itu.
    
     Ain tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang teratur dan putih.“Zaquan pandang aku lah!” Ain terlalu teruja.
    
     “Hm..” itu saja respon yang diberikan oleh Sofia.
    
     Setelah keluar dari perkarangan sekolah, mereka berehat sebentar di pondok bas yang disediakan di hadapan sekolah. Sambil menunggu bas, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Sofia. Ain hanya mendiamkan diri dan tidak lama kemudian,  Ain baru menyedari tindakannya yang terlalu taksub melihat jejaka idamannya serta tidak   menghiraukan Sofia itu membuatkan Sofia berkecil hati. Lantas dia mendapat idea untuk memujuk.
    
     Sambil matanya meliar “ Eh, Sofia? Kau nampak tak apa yang aku nampak?” soal Ain.
   
    “ Tak.” Sofia masih lagi tidak memandang ke arah Ain.
    
     Ain mula tersenyum kecil.“Aku nampak peniaga jual ice-blended  lah!”
    
     “Mana? Mana?!” Lantas mata Sofia meliar pantas mencari peniaga yang menjual ice-blended seperti yang dikatakan oleh Ain.Jelas sekali Sofia adalah peminat setia ice-blended.
    
     “Jom! Aku belanja sementara tunggu bas trip kedua.” Pelawa Ain untuk mengubati  luka kecil di hati Sofia.
    
    Sofia pantas menarik tangan Ain menuju ke arah peniaga tersebut.“ Jom! Sayang kau!”
                                                          
                                                             ***

    Di waktu petang, Ain lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan membaca novel di bawah gazebo di hadapan rumahnya. Sofia yang tinggal tidak jauh dari rumahnya juga selesa menghabiskan masa di rumah Ain. Itulah yang dikatakan Best Friends Forever.
    
     “Ain , hari tu Aku ada nampak kau sound  budak junior kat dalam bas. Apahal ? Dah macam singa lapar aku tengok. Lagak pengkid pun ada juga. Lain dengan Ain yang aku kenal ?” Pertanyaan Sofia itu agak memeranjatkan. Ain tidak menyangka Sofia ada di dalam bas itu. Ain hanya senyum meleret. Dan kemudian meneruskan kembali pembacaan novelnya. “Ain , Aku cakap dengan kau ni .. bukannya aku bercakap dengan gazebo  ni ..”
   
    Ain tersenyum sekali lagi. Dalam fikirannya mengatur ayat penjelasan yang mahu diberikan kepada Sofia agar Sofia tidak salah sangka terhadapnya. “Ala ~ Saja nak tunjuk lagak. Sekali sekala , nak juga try  jadi lelaki. Lagipun , budak zaman sekarang ni , mana boleh bagi muka sangat. Nanti diorang pijak-pijak kepala kita. Bukannya nak hormat kita. Berbeza dengan zaman dulu.”
   
     “Habis ? Dengan pengawas tu sekali kau lanyak? Mana ciri-ciri perempuan melayu terakhir kau? Hilang?”
    
     “Hahaha ! Pengawas tu bonus buat aku .. saja je . Fasal ciri-ciri perempuan melayu terkhir tu, ada lagi .. hilang hanya untuk seketika dalam bas tu .”
    
     Tiba- tiba perbualan mereka terhenti apabila seorang wanita yang tidak dikenali datang ke arah mereka sambil melemparkan senyuman. Wanita tersebut menegur mereka.
   
    “Assalamualaikum, dik.” Sapa wanita itu.
    
     Ain dan Sofia terpinga-pinga lalu menjawab salam wanita itu semula.“Waalaikumsalam.” Jawab Ain dan Sofia serentak.
   
    “Err.. ibu ada di rumah?”soal wanita itu agak sedikit malu.
   
    “Belum balik dari kerja lagi, makcik.” Jawab Ain sambil membalas senyuman. Senyum itu sedekah. Wanita itu diam seketika.“Ohh.. siapa lagi yang ada di rumah?” soal wanita itu sambil matanya melemparkan pandangan ke dalam rumah Ain.
     
    Ain menutup novel yang dibacanya tadi.“Tiada siapa. Hanya saya seorang saja. Ayah dan Sofia hanya diam memerhati.
    
     “ Nama Mak Cik , Aisha. Panggil sahaja Mak Cik Aisha. Apa nama adik? Err.. adik bersekolah di mana ya?” soal Mak Cik Aisha ingin tahu.
    
     “Nama saya Nurrul Ain Hanisah. Panggil Ain saja. Err.. Saya bersekolah di SMK Sri Saujana.” Jawab Ain. “Ini pula Sofia, kawan Ain.
    
     “Panjangnya nama. Indah pula tu. Sedap pula mak cik dengar.” Mak Cik Aisha menarik nafas lega. “Oh. Baguslah. Makcik hendak minta tolong dari Ain dan Sofia untuk tunjukkan jalan ke sekolah itu esok boleh tak? Makcik hendak buat pendaftaran untuk anak makcik.”
   
    “Boleh. Boleh. Boleh.”Sofia menyampuk. Sebelum Sofia meneruskan percakapannya, Ain terlebih dahulu memintas.
    
     “Boleh saja. Mak Cik tinggal di mana?” tanya Ain.

    Makcik Aisha memandang Ain kehairanan.“Ain,  Makcik  Aisha baru sahaja berpindah di sebelah rumah Ain pagi tadi. Ibu Ain tak beritahu apa-apa pada Ain ke?”
    
     Ain terkejut. Aiikk? Bila? Tak perasan pula? JHm.. memang sah aku tak ambil tahu hal sekeliling ni. Jiran sendiri pindah pun tak tahu. eh? Jiran yang gila sangat dengan karaoke tu dah pindah ke? Yeayy !! bagus ! Alhamdulillah ... Ain berbicara dengan hati kecilnya.Sofia pula tergelak kecil melihat keadaan Ain yang pada mulanya terpinga-pinga, kemudian senyum berseorangan ...
     
    “Oh. Kalau begitu, dalam jam enam lima puluh pagi boleh?” Ain tanya lagi.
   
    Mak Cik Aisha diam seketika. “Bolehlah. Esok pagi, Ain tunggu sahaja di gazebo ini. Tumpang dengan Mak Cik sekali, Sofia pun ikutlah ye?” Lantas Makcik Aisha meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Sofia tersenyum lebar. Segera dibisikkan sesuatu ke telinga Ain.“Alhamdulillah! Jimat duit tambang bas aku.” Sofia memanjatkan kesyukuran ke atas NYA. “Eh , tapi kenapa tak sebut nama aku penuh – penuh ? Nama aku panjang juga tau.” Luah Sofia sekadar mengusik. Ain hanya memandang sinis. Nak jugak ...

                                                 ***
    Jam dinding yang digantung di ruang tamu menunjukkan jam 9 malam. Ain yang berada di meja makan, sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Sekali-sekala dia mengeluh kerana kepalanya terus-terusan tunduk ketika menulis. Dia berhenti menulis dan berdiri untuk meregangkan tubuhnya. Terdengar bunyi tulang-tulang belakang yang terlipat. Sedang dia meregangkan tubuh,dilihat ibunya, iaitu Puan Azizah berbual bersama dengan ayahnya En. Zulkarnain. Terselit juga aksi ketawa dan tepuk tampar antara suami dan isteri itu. Entah apa yang dibual, hinggakan Ain  seronok memerhati gelagat ibu dan ayahnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi deruman enjin motor di hadapan rumah. Abang sudah pulang agaknya. Bisik hati Ain. Bingkas dia bangun dan menuju ke arah pintu. Dibukanya pintu perlahan-lahan. Setelah melihat Amir yang baru sahaja pulang, dibukanya pintu itu luas sedikit. Amir terlihat Ain yang menjenguk ke luar, hanya tersenyum.
   
    “Lambatnya abang balik?” soal Ain.
     
    Sambil memakirkan motorsikal dan mengunci, Amir menjawab dengan selamba.          
 “Hm. Ada banyak kerja".
   
    Selepas selesai mengunci motorsikalnya dengan rantai, dia segera masuk ke dalam rumah. Didahulukan dengan ucapan salam. Ia merupakan adat agama islam supaya syaitan tidak mengikut kita masuk ke dalam rumah. Kemudian, Diikuti dengan Ain.“Ibu dan ayah mana?”soal Amir.
     
    Selepas menutup pintu rumah, Ain hanya memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah ibu dan bapanya yang sedang berbual-bual tanpa berkata apa-apa. Amir berlari-lari anak naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Manakala, Ain ke meja makan semula untuk mengemas semua buku-buku yang bertaburan di atas meja tersebut. Agak bersepah sedikit ye. Sebelum sempat kaki Ain mencecah anak tangga, ibunya memanggil Ain dengan panggilan ‘adik’.
   
    “Adik. Mak Cik Aisha ada jumpa Adik?” soal ibunya.
     
    Ain baru teringat.“Ada ibu. Mak Cik Aisha minta tolong dari Adik supaya tolong dia dalam pendaftaran anaknya esok. Esok pagi, Ain ke sekolah bersama-sama dengan Mak Cik Aisha.” Jelas Ain.
   
     Puan Azizah hanya mengangguk.“Kalau begitu, pergilah masuk tidur.”Ain akur dengan arahan ibunya.“Baiklah ibu. Adik naik dahulu. Assalamualaikum.”
                                             
                                                      ***
   
    “Cepatlah Ain.” Sofia memarahi Ain yang sedang mengikat tali kasutnya. Lambat betul!  Kelihatan Makcik Aisha baru sahaja keluar dari rumahnya. Dua pasang mata sedang memandang Mak Cik Aisha yang sedang menghidupkan enjin kereta. Ain bersuara.“Sabar. Tengok , Mak Cik Aisha pun baru sahaja hendak memanaskan enjin keretanya. Bukannya jauh Sofia, sebelah rumah saja. Jangan kalut sangat.” Ujar Ain sambil menggeleng-geleng kepalanya.
    
     “Ok.Ok” akur Sofia.  Sementara menunggu Mak Cik Aisha pula bersiap, mereka menanti Mak Cik Aisha di gazebo tempat biasa mereka bersantai. Setelah beberapa minit kemudian, seorang remaja lelaki yang kelihatan tidak kemas cara berpakaiannya, keluar dari rumah bersama Mak Cik Aisha. Setelah dilihat dari jauh, Sofia memulakan gosipnya.“Mak aiiyy...  anak dia lelaki ke? Ni yang aku benci ni. selekehnya! Baju sekolah macam tidak bergosok! Rambut terpacak macam landak!”Sofia berbisik.
     
    “Hish! Mulut kau ni, pagi-pagi dah mula bergosip! Kalau Mak Cik Aisha dengar kau kutuk anak dia, mesti kecil hati dia.” Ujar Ain dengan wajah yang serius. Sofia hanya tersenyum.
     
    Semasa dalam perjalanan ke sekolah, masing-masing diam membisu. Tidak berkata apa-apa. Masing-masing melemparkan pandangan ke luar tingkap menikmati keindahan pagi. Cuma pandangan Mak Cik Aisha fokus kepada pemanduan. Melihat masing-masing tidak berkata apa-apa, Mak Cik Aisha cuba menghidupkan suasana. “Err..  Sofia dan Ain pegang jawatan apa di sekolah?” soal Mak Cik Aisha apabila terlihat Ain dan Sofia memakai pakaian seragam sekolah yang berlainan warna.
   
    “Saya pegang jawatan sebagai pengawas perpustakaan, Sofia pula sebagai penolong ketua kelas.” Jelas Ain sambil melemparkan senyuman. Mak Cik Aisha hanya mendengar dan memerhati dari cermin pandang belakang.
     
    Melihat kereta yang dipandu Mak Cik Aisha hampir sampai ke kawasan sekolah, Ain bersuara.“Err.. Kita sudah sampai.”.Mak Cik Aisha segera mencari tempat parkir dan kemudian masing-masing turun dari kereta. Ain dan Sofia pelawa Mak Cik Aisha untuk mengikutnya ke pejabat dan diikuti oleh anaknya. Setelah sampai, Ain dan Sofia minta diri untuk ke dewan. Mak Cik Aisha masuk ke dalam pejabat. Manakala, anaknya hanya berdiri di hadapan pejabat. Hanya memerhatikan Ain dan Sofia hilang dari pandangan.
    
     Setelah beberapa minit menunggu di taman mini yang terletak di hadapan pejabat dan bilik guru, Mak Cik Aisha keluar dari pejabat bersama Puan Wafiyah, guru disiplin sekolah. Mak Cik Aisha dan Puan Wafiyah berjalan menuju ke arah anaknya yang duduk di meja berehat di hadapan pejabat.
    
     “Aniq Iskandar ...” Puan Wafiyah memanggil. Anak Mak Cik Aisha pantas menoleh.                                             
                                       
                                                  ***
   
     Setelah sesi perhimpunan tidak rasmi, selesai. Ain dan Sofia keluar dari dewan sambil  berbual kosong ingin menuju ke kelas mereka.
   
    “Oii minah.” Panggil Iskandar. Matanya tertumpu pada dua orang pelajar perempuan yang sedang rancak berbual sesama sendiri.


                                                                                    -bersambung-

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Kay Sablihan said...

waa..ley taan la cter niy ;)
wat seniri ke?

dhia adawiyah said...

hah ? betul ke OKAY ?? betul ke ? hihi . yup. buat sendiri. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...