Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 25 January 2012

Novel : " Tak Semuanya Indah ... " Bab 1 (1)

        


    Angin menghembus sayu dari luar tingkap kelas, terus ke wajah Nurul Ain Hanisah. Penerangan subjek sejarah oleh Puan Wafiyah langsung tidak dihiraukannya. Roh dan fikirannya melayang meninggalkan jasad. Entah apa yang dimenungkannya.

    " Krriingg !! "

    Loceng sekolah nyaring berbunyi.  Amat membingitkan telinga jika berada di sebelah loceng yang berbunyi itu. Atau secara saintifiknya , boleh pekak . Ain tersedar dari lamunan. Rohnya kembali kepada jasad semula. Belum sempat loceng itu habis berbunyi, sepantas kilat pelajar - pelajar yang berada di dalam kelas , mengemas peralatan sekolah masing - masing. Ain Hanisah yang mengelamun jauh tadi, segera mengemas barangnya dan disumbat ke dalam beg.

    " Baiklah semua ... Siapkan kerja sekolah kamu di rumah. Kita akan bincang jawapan bersama pada esok hari. " Puan Wafiyah mengingatkan para pelajar sebelum mereka melangkah keluar meninggalkan kelas. Pelajar terakhir yang  melangkah keluar dari kelas itu adalah Ain Hanisah.

    " Ain , nak saya tolong hantarkan pulang ke rumah ? " soal Puan Wafiyah. Langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Puan Wafiyah. Namun , Ain hanya menggeleng kepala sambil mengukir senyuman di bibirnya. Pelawaan guru tersebut ditolak. Perlahan - lahan Ain melangkah keluar dan berlalu di situ.

    Di dalam bas , sekali lagi dia termenung jauh.Tiba - tiba , dia terasa dirinya ditolak secara kasar dan kasut yang dipakainya seperti dipijak. Ain terkejut.

    " Eh ? apahal tolak - tolak gua ni beb ! Lu kalau tak puas hati, habaq ar ! "

    Dengan beraninya Ain menengking seorang pengawas lelaki yang tidak sengaja telah tertolaknya, sekaligus tidak sengaja telah terpijak kasutnya yang begitu putih berseri. Tetapi, sekarang .. ianya kotor seperti telah dicalit arang hitam.Pengawas lelaki itu terkejut. Dia ditengking atas kesalahan yang tidak sengaja dia lakukan . Amat tidak adil baginya !

    “Alahai minah ni ! Apasal pulak aku yang kena sound ? Ini sudah bikin aku tak puas hati ni ... Bukan salah aku . Budak belakang ni yang tolak dulu , sound  la mangkuk ayun tu !" Pengawas lelaki itu meluahkan rasa tidak puas hatinya.
     
    Sepantas kilat Ain memandang ke arah ‘’budak’’’ yang dimaksudkan itu. Mukanya dibuat – buat bengis seperti singa kelaparan. Nak kena budak ni ! Siap kau ! Hatinya berbisik jahat. Matanya memandang tepat ke arah budak itu.

    “Hoi budak ! kalau nak main tolak – tolak, lain kali jangan naik bas ! Tengok kasut aku , kan dah kotor ! Aku hempuk kau dengan kasut ni nanti .”
    
    Budak itu kelihatan takut. “Ma .. maaf Kak . Saya tak sengaja tadi . Garangnya ...” Budak itu bersuara meminta kemaafan , sempat juga budak itu mengusik Ain. Suhu kepanasan hati Ain agak sedikit menurun apabila ungkapan “maaf” terpancul.
      

    “Tahu pun takut dengan aku ...” Hati kecilnya berbisik bangga. “Garang tak garang ! Lain kali kalau kau buat lagi, aku campak kau keluar dari bas ni .” Gertakan Ain agak menakutkan. Ibarat ibu tiri yang garang dalam cerita dongeng. Budak itu akur dan terdiam dengan kata – katanya.
     
    Dalam pada masa yang sama , Ain terasa dirinya diperhatikan. Apabila dia melihat di sekelilingnya, semua pelajar yang berada di dalam bas tersebut berpaling dari bertentang mata dengannya kecuali pengawas lelaki yang terlebih dahulu di sound  oleh Ain. Pengawas tersebut tercenggang dan matanya tidak berkedip tatkala melihat sikap Ain ala – ala ‘lelaki’ itu. Sekali lagi Ain memandang tajam.Tetapi , kali ini sasarannya tepat ke arah pangawas itu.
    
     “Apa pandang – pandang ?!”
                                                     

                                                         ***
     
     Malam itu langit cerah sekali. Kerdipan bintang dan hembusan angin malam menenangkan hati Ain yang duduk bersendirian di bawah gazebo berhadapan dengan rumahnya.  Dia hanya merenung dada langit yang gelap. Entah apa yang difikirkannya. Fikirannya kosong. Tiba-tiba dia tersentak. Bahunya dicuit dari belakang oleh seseorang.“Oit! Mengelamun ya? Sudah sampai mana? Hehe..” perli abangnya, Amir.
    
     “Eh? Tak adalah.” Ujar Ain menutup perbuatannya sambil tersenyum lebar.
     
    Amir memandang sinis ke arah Ain. Sekaligus memandang tepat ke anak mata Ain.
“Iya ke? ”Amir tersenyum sinis.
   
   Sedar dia diperlakukan begitu, Ain lantas menolak lembut pipi Amir supaya Amir tidak merenungnya lagi.“Eeii.. kenapa pandang Adik macam tu?”
    
   Amir hanya ketawa kecil melihat gelagat adiknya.“Hmm.. nampak sangat menipu. Macamlah abang tak tahu.” Ujar Amir selamba.
    
     Ain terdiam. Hanya memandang ke arah kerdipan bintang yang kian hilang diselaputi kabus. Hatinya berdebar-debar. Runsing sama ada hendak menceritakan masalahnya ataupun tidak. Dan akhirnya dia memutuskan untuk menceritakan masalahnya.“Abang..” Ain hanya memandang sayu.
    
    “Hm...” Balas Amir ringkas.
   
    “Err..Adik tahulah abang ni lelaki. Tapi, Adik hanya mahu minta pendapat dan nasihat dari abang. Kalau abang berada di tempat Adik.. apa yang abang lakukan jika seseorang melakukan sesuatu yang tidak elok pada abang?” soal Ain.
    
     “Hah?! Tidak elok? Apa maksud Adik? Siapa dan apa yang dia sudah lakukan pada Adik?” Bertubi-tubi pula soalan yang dilemparkan kepada Ain. Aiik? Kita yang tanya dia, dia pula yang tanya kita balik?
   
    “Ish! Tak adalah. Sebenarnya Adik takut hendak ke sekolah esok kerana di dalam kelas ada seseorang yang sering  membuli Ain tak kira masa. Dia jahat lah abang. Adik rimas ! Boleh sakit jiwa dibuatnya! Naik benci pula. Tapi , nasib baiklah dia tak datang ke sekolah hari ni.” luah Ain.
    
     “Kalau abang.. abang smackdown saja dia. Hehe.. Gurau je. Hm.. Kalau diikutkan hati, memanglah kita geram dan benci. Tapi, mungkin dia ada masalah atau sebab lain dan kemudian untuk menggembirakan hatinya dia menyakat dan membuli Ain. Orang seperti itu sepatutnya kita bimbing secara perlahan-lahan supaya dia kembali ke jalan yang benar. Abang rasa Ain mungkin boleh bimbing dia dari segi akhlak, akidah dan ibadah.” Panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh Amir. Namun apabila difikirkan kembali, ada juga betulnya.
   
    Namun, ada lagi perkara yang menganggu fikirannya.“ Tapi abang.. Mengapa Adik pula yang  jadi mangsanya? Kenapa bukan orang lain? Dia gembira dengan apa yang dia lakukan. Adik yang menderita kerana sikapnya.” Soal Ain lagi.
   
    Amir berfikir. Otaknya ligat berfikir mencari jawapan yang sesuai kepada soalan Ain itu. Lama benar.“ Hm... mungkin... mungkin..” Jawapan Amir tergantung seketika.
   
    “Mungkin apa, abang?” soal Ain ingin tahu.
    Amir menggaru kepalanya yang tidak gatal.“Hmm.. Mungkin.. abang pun tidak tahu. Adik tanyalah pada orang yang membuli itu ya? Penat pula otak abang mencari jawapannya.” Kata Amir.
    
     “ Laa.. ?” pendek sahaja keluhan dari Ain.
   
    “Sudahlah. Abang masuk tidur dahulu. Esok abang ada kuliah pada waktu pagi. Adik pula, jangan lama-lama di luar ini. Sejuk. Langit pun semakin gelap seperti mahu hujan. Jangan difikir-fikirkan sangat tentang itu. Buat tak tahu aje.” Kata Amir lantas berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.
    Sekali lagi Ain memandang langit yang gelap. Hembusan angin meniup sayu mengenai kulitnya yang lembut. Tidak lama kemudian, kedengaran beberapa ekor anjing meraung sayu-sayu daripada jauh. Terasa seram pula dibuatnya. Kata orang tua-tua, jika anjing meraung seperti itu mungkin ada hantu makhluk tuhan melintas atau berkeliaran di hadapan anjing itu. Bulu romanya menaik. Lantas kakinya menyarungkan selipar lalu berlari pecut masuk ke dalam rumah.

                                                    ***

    “Ain, kau hendak ke kantin atau ke perpustakaan?” soal rakannya,Sofia.
   
    Hati Ain berbunga riang dan tersenyum-senyum gembira.“ Aku rasa aku hendak ke kantin. Hendak makan banyak-banyak untuk meraikan sesuatu yang berlaku pada hari ini.”
     
    Namun, Sofia berasa curiga dan aneh pada rakannya itu. Hari-hari sebelumnya, tidak pula dia berkelakuan seperti ini.“Eh, Ain? Mengapa dengan kau hari ini? Pelik semacam saja?” soal Sofia.
   
    “Pelik? Apa yang peliknya? Aku rasa macam biasa je.” Ujar Ain selamba.
   
    “Tak adalah. Selalunya kau muram dan masam saja. Sampai naik berkedut muka kau. 

    Macam tapai basi. Tapi hari ini, kau tersengih-sengih macam  kerang busuk aje.. ada apa-apa yang kau sembunyikan daripada aku ya?” soal Sofia ingin tahu.
   
    “Tiada apa yang hendak aku sembunyikan daripada kau. Kau BFF(Best Friend Forever) aku. Cuma hari ini aku happy sangat sebab musuh aku yang utama tak datang ke sekolah hari ini. Jadi, tiada siapa yang boleh ganggu hari indah aku.”
     
    Sofia memandang Ain, hairan.“Siapa? Farouq?” teka Ain.
     
    Ain mengangguk. “Dan kerana itulah aku hendak makan banyak-banyak hari ini. Esok mungkin dia datang ke sekolah. Kalau dia datang ke sekolah, secara automatiknya aku tiada mood dan tiada selera makan.” Jelas Ain panjang lebar.
     
    Sofia memandang sinis.“Eleh, macamlah makanan yang kau makan itu boleh bertahan hingga esok. Buat penat badan aje ulang-alik ke tandas nanti. Aku gerenti punyalah!”
   
     Wajah Ain kembali muram.“Ala.. jangan kata macam tu. Aku baru sahaja hendak bersuka-ria semasa dia tak ada sekarang ini. Sejak dia bertukar ke kelas kita, jiwa aku tak tenteram. Kenapalah Puan Wafiyah tak letak dia dekat kelas lain ye?” Ujar Ain perlahan.
   
    “Okeylah, okeylah. So, kita hendak mulakan dengan apa sekarang ini? Aku jadi penonton saja ya?” ujar Sofia.
    
     “Eh? Kau tak mahu makan?” soal Ain kebingunggan.
    
     Sofia menggeleng kepala. “Diet.”
    
     “Badan macam cicak tokek pun nak diet ke?”
   
    Bahu Ain ditampar  oleh Sofia. “Sofia! Sakitlah.. betapa berbisanya tamparan kau terhadapku..”
    
     Sofia hanya berlagak selamba. “Dah , tak payah nak mulakan puisi sastera kau tu. Itulah lain kali jangan sesedap rasa aje panggil aku cicak tokek, walaupun cicak tokek sekarang dah mahal.”
     
    Ain tergelak. “Okeylah. Kita mulakan dengan Nugget, Donut, burger....”
     
    Sepantas kilat Sofia menyampuk.“Banyaknya!”
   
    “Ala.. Sekali-sekala..” balas Ain.
                             
                                                        ***
   
    Tepat jam satu tengah hari. Para pelajar berpusu-pusu keluar daripada perkarangan sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada yang pulang dengan menaiki kenderaan seperti motorsikal, basikal, menaiki kereta dipandu sendiri atau dijemput oleh ibu dan bapa masing-masing. Malah ada juga menaiki bas sekolah.
   
    Lain pula bagi dua orang sahabat sejati ini. Ain dan Sofia menuju ke bilik guru untuk menghantar buku-buku latihan matematik kepada Puan Wafiyah selaku guru sejarah merangkap guru disiplin sekolah. Sofia yang lengkap bertudung ungu memegang jawatan sebagai penolong ketua tingkatan 4 Sinar. Manakala Ain yang lengkap berbaju kurung merah jambu pula memegang jawatan sebagai pengawas perpustakaan kerana sikapnya yang suka membaca. Terutamanya membaca novel.
   
    “Hish! Ada ketua kelas pun tak boleh diharap! Aku juga yang kena hantar buku-buku ini semua.” Rungut Sofia sambil mencebik bibir.
     
    Ain memandang Maria.“ Siapa? Aidil?” soal Nurrul.
   
    “Iya, Ain? Siapa lagi ketua kelas kita?” perli Sofia.
   
    Ain hanya tergelak kecil.“Bukankah dia beritahu dia ada hal tadi? Janganlah macam ni. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Err.. Sofia, kau balik naik bas ke?” soal Ain sambil matanya meliar ke kiri dan kanan.
   
    “Iya. Macam biasalah. Mengapa?” soal Sofia kembali.
   
    “Tak adalah. Aku...”Tiba-tiba mata Ain tertumpu tajam pada seseorang yang sedang membaca novel di sebuah taman mini tidak jauh dari bilik guru. Mulutnya tiba-tiba diam membisu melayan perasaan dan hatinya yang berbunga riang. Alamak! Hikmah yang dinanti-nanti sudah terjadi. Ingin sahaja dia melompat keriangan di situ juga. Tetapi dipujuk hatinya supaya tidak melakukan perkara yang tidak senonoh itu si hadapan orang. Tambah lagi di hadapan jejaka yang sering menjadi igauannya hampir setiap hari. Sofia yang bercakap berseorangan, tidak dipedulikannya.
    
     Setelah sedar Ain tidak menghabiskan ayatnya, Sofia lantas menegur.“Aku apa? Ain?” soal Sofia yang tidak perasan akan kelakuan rakannya yang hanyut dalam dunia khayalan.
   
     “Ain?” soal Sofia sekali lagi apabila tiada respon daripada rakannya itu. Apabila dilihat rakannya yang taksub memandang ke suatu arah, lantas dia memandang sama.
     
                                               
                                                                             - Bersambung -

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

1 comment:

Sharifah Eepa said...

nice! suke cara awak tulis..
sya budak baru belajar.. hihi...
http://sharifaheepa.blogspot.com/2012/01/saya-budak-baru-belajar.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...