Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 25 January 2012

Entri Sedih Tahun 2012 : Al Fatihah ...

Harap sudi luangkan masa untuk membaca entri ini.

Pergi Tak Kembali - Rabbani

Teringat akan lagu itu. 
Lagu yang sering mengingatkan kita kepada kematian yang tak akan pernah kita jangkakan. Perpisahan yang tak mungkin bertemu lagi. 
Terpisah roh daripada jasad. 
Siapa yang tak sedih merasa kehilangan seseorang yang kita sayangi? Terus menerus memikirkannya. Sedih. Terasa jantung ini bagaikan jatuh ke bumi.

Khamis - 19 Januari 2012

- Masa tu, aku masih berada di sekolah. masih menuntut ilmu daripada guru-guru tercinta. Diantara jam 12 :00 - 1:00 , hujan turun dengan lebat. Suasana di luar kelas diselubungi kabus . hatiku berasa gelisah. bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Namun, aku masih tak dapat temui apa puncanya hatiku gelisah? Rakan-rakan yang lain juga risau. 
Tapi risau sebab ...

"Ala ~ Macam mana nak balik ni? Hujan lebat je ?"

"Aku naik bas ni .. aduh.. basah kasut aku..."

"Huh ! aku naik motor .. lagila basah .."

Tepat jam 01:10, loceng sekolah berbunyi dengan nyaring. Semua pelajar juga pantas mengemas barang masing-masing. Tekad nak meredah hujan. Kelas kami di tingkat atas sekali, tingkat 4.  turun aje dari tangga, hujan bertukar kepada renyai. Aku turut meredah hujan hingga ke bustop di hadapan sekolahku. Seperti biasa.. hanya menunggu abah jemput. Bila abah dah sampai, Belum sempat kaki melangkah masuk ke dalam kereta ...

"Kak ! Pergi panggil Anyah(adik) kat kelas .. "

Hairan dan pelik ?

" Kenapa?"

Riak muka abah berubah.. "Wan Chik(nenek saudara) meninggal ..."
Serta merta air muka aku juga berubah . terkejut bagai nak luruh jantung. Saat itu juga aku ingin menangis sekuat-kuat hatiku. Namun ditahan. Aku berlari masuk semula ke dalam sekolah. Berlari mencari di mana kelas adikku. Tiada. Berlari menuju ke dewan. Ternyata mereka masih berhimpun. Seorang guru sedang berbicara di hadapan. 

Air mataku sudah bergelinangan di kelopak mata. Masih aku tahan "Jangan nangis lagi, nanti orang nampak" bisik hati kecilku. Aku meminta bantuan seorang guru untuk memanggilkan adikku yang berada di dewan. Saat berbicara dengan guru ittu, suaraku berubah seperti suara orang yang menahan tangis. Ya, memang betul, aku sedang menahan tangisan aku di dalam hati. Aku hanya menunggu dia di tepi dewan. Jantungku masih berdegup kencang. Lelah dan penat mencari adikku juga masih belum hilang.

5 minit berlalu. Adikku datang dengan membawa beg. Melihat wajahku dalam keadaan terpingga-pingga dan tertanya-tanya.

"Kenapa kak Yong(aku) ?"

"Wan Chik meninggal"

Kali ini, riak muka adikku pula yang berubah. Segera aku bawanya ke pejabat. Ingin memohon surat kebenaran pulang. Sambil aku tulis segala maklumat, aku tahan segala tangisan. Selesai semua perkara, terus keluar dari pagar sekolah. Sambil berjalan ..

"Kak, tadi masa nak pegi dewan. Ada budak form 1 tiba-tiba langgar Anyah sampai terjatuh botol air.  botol air tu pecah dan tergolek-golek sebelum masuk ke dalam longkang. masa tu Anyah rasa tak sedap hati je ..."

Aku masih berdiam diri. tak berkata apa-apa.Sampainya di rumah, Abah suruh mengemas pakaian siap nak balik kampung sementara tunggu mama patah balik dari tempat kerja (PPUM) . aku membuka beg sekolah. Mencari sesuatu.

"tak ada? mana dia?" 

Semua barang yang ada dalam beg aku keluarkan. Tak ada?
Dompet aku ! Mana aku letak? Selama ni, aku tak pernah tercicir dompet. tapi, kenapa hari tu juga? Memori aku imbas kembali kejadian di sekolah . Got it ! Semasa belajar, aku keluarkannya dari poket dan letak dalam laci meja dalam kelas. Tapi? Apa sebab aku buat macam tu? Aku bersiap nak balik semula ke sekolah, "walau apa pun aku mesti ambik balik dompet aku"
 

tapi, nasib baik lah abah nak hantar aku semula. Kalau tak, merempit naik basikal lah aku. Bila mama dah sampai, barang-barang dicampak ke dalam kereta. Dan bertolak balik ke Pahang, ikut jalan Genting - karak - Bentong .. Sepanjang perjalanan, banyak dugaan yang kami tempuhi .. lori yang angkut pasir hampir2 tak pass bila naik bukit Genting Highlands . Amat menakutkan. dan bila di Bentong, Jammed ! Ada excident di hadapan. masih tak tahu excident apa. Nampak ada bomba , polis , Ambulans . Wah ! Lengkap ..

Bila dah semakin hampir, seorang anggota polis yang hensem mengawal keadaan. Jalan 3 line, jadi 1 line aje. Bila tiba je giliran kami nak jalan, tiba-tiba. !

Ada seseorang cuba beri amaran guna pembesar suara.

"Lori tak ada brek ! Lori tak ada brek ! " 

Kami menoleh ke belakang. Lori tu ada di belakang sebelah kiri kami !! Sebuah lori sederhana besar masih bergerak walaupun enjin dimatikan. Manakala, Seorang lelaki cuba menghalang lori itu daripada terus jalan ke hadapan dengan meletakkan kayu berulang kali di bawah tayar. Polis hensem yang mengawal di hadapan kami terus meniup wisel dengan sekuat hatinya.

"Prriiitttt ! Prrriiittt ! Berhenti ke tepi ! Berhenti ke tepi. ! "

Mama berhenti ke tepi, memberi laluan kepada lori itu untuk bergerak. Polis yang hensem tu kelihatan agak takut . Iyelah, dia ditugaskan untuk mengawal keadaan excident yang berlaku tadi, bukannya lori yang tak ada brek tu !  Nasib baiklah, lori itu sempat diberhentikan sebelum sampai ke arah kami. syukur padamu Ya Allah ! Sempat lagi aku menatap wajah encik polis tu ~

Mama yang bawak kereta, dah mengigil lutut. Aku ? Lagila ! Aku duduk sebelah driver ! Setelah keadaaan reda, Polis yang hensem tu, benarkan kami jalan.Nasib baik tak terjadi apa-apa. mama pecut sekuat hati, nak lari daripada lori tu . trauma. 

Dan saat itulah kami sekeluarga ternampak excident yang berlaku tadi. Excident Bas persiaran langgar belakang lori. Bahagian depan bas remuk dan cermin depan bas habis pecah berderai. Penumpang di dalamnya sudah berada diluar. Masing-masing menangis dengan apa yang berlaku . Adik lelaki aku ternampak sekujur tubuh kaku ditutup dengan plastik hitam. Innalillah ..Kami yang lain tak nampak sebab mama pecut kereta laju sangat.  Banyaknya dugaan.

Abah kata, lori .. bila tersangkut dalam keadaan jammed.. jika berkali-kali handbreak ditarik, angin handbreak itu akan habis, dan hanya sia-sia je handbreak itu ditarik. Ia tidak akan berfungsi.

Bila sampai kat Bentong, jammed lagi. Sebab, kat bandar.  Sampai kat Raub, jammed lagi. Abah dapat panggilan dari Mok De.

"Jenazah dah nak dibawa ke tanah perkuburan ni .. " 

So, kami terus ke tanah perkuburan. Bila dah sampai, kami tak sempat nak tengok jenazah. Ramai yang berkumpul di situ dan tangisi pemergian insan tersayang. Air mata mengalir deras. Baju basah sebab tak cukup kain nak lap air mata yang mengalir tak henti-henti.
Alhamdulillah. 
Dapat jumpa dengan arwah berkali-kali minggu lepas. Hanya Al Fatihah dan Yassin yang disedekahkan.  Arwah meninggal kerana Kanser Rahim. Al Fatihah .


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...