Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 30 December 2011

Candid Photo Contest

Jom join Candid Photo Contest !


Haaa ! Kalau ape2 contest berkenaan dengan gambar , of course nak join ! haha .. Mai tengok , Wieya pertaruhkan gambar apew ? ...

 Kedua - dua gambar ni diambil time Wieya and Family holiday ke Pulau Langkawi bulan 11 yang lalu. Kedua - dua gambar ni adalah gambar pemandangan Sunset ( matahari terbenam ) . Wieya amik time Wieya and family , mandi manda and jalan-jalan di Pantai pada waktu petang . Lawa tak ??



 Ok .. Cuci mata tengok gambar ye .. hihi . 

Mesti you all tertanya-tanya gambar ape ni kan ? Ni gambar Tarian Api yang diambil pada waktu malam di tepi Pantai Cenang .Gambar ini diambil dari jauh . Bila tangkap je gambar ni , terus jadi macam tu . just guna kamera biasa je. Tak berani lah nak pergi dekat2 .. Jadi , gambar kat atas ni adalah Tarian Api yang dilakukan oleh seorang lelaki.  Ada lagi gambar tarian api ni , tapi wieya ambil yang ini saja .. ^_^




OK. Selesai sudah entri kali ni . Doakan Wieya menang ye . hihi .. Daa ~ gud luck untuk para blogger yang join contest ni ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Blitz Give Away 2012

Wahhh ! Narniey Barniey Lurviey  tengah bermurah hati nak bagi Give Away kepada para blogger . haha ..

  
Semuanya SIMPLE ! Nak join ? Klik Banner ya ...

Jom kita TERJAH apa Syarat - syaratnya ...

1. Jadi follower blog NBL and join fan page di facebook (tak nak pun tak pe . suka hati la )

2. Buat entri fasal Give Away ni and tampal banner kat atas dalam entri korang.

3. Tak perlu tag sape - sape.
4. Da settle buat , bleh tinggalkan komen kat entri NBL.

5. Tunggu je keputusan yang akan diumumkan akhir bulan 1.

Tarikh Tutup : 29 Januari 2012
Hadiah : Sila rujuk di entri NBL .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen Rerama Berterbangan

nak join ? boleh klik pada banner ..


5 Fakta tentang Dhiaadawiyah :
 Rilek .. rilek .. jangan berebut , tak mou tolak-tolak .. hehe ..

1. Ok . First sekali .. dari cara penulisan Wieya , mesti korang nampak Wieya ni HAPPY GO LUCkY kan  ? Hahaha .. yang sebetul nyer .. kalau face to face dengan orang yang tak berapa nak kenal .. Wieya memang diam je .. sediam- diam nyer ..Segan nak pandang muka orang . Kalau boleh , Wieya nak pandang lantai je .. hahaha .. kalau ada terjumpa Wieya kat mana-mana .. just say Hi .. haha ..

2. Me and blog .. Ok . Blog ni baru ditubuuhkan pada bulan november ..suka online kat marrybrown .. sejukkk .. dalam blog ni , ada diselitkan "coretan hati bertintakan makna" .. "tips Spm/belajar" .. gambar fotografi .. Kalau ada sesiapa nak kenal dengan teman hati Wieya , blog ni lah teman hati Wieya .. cube tengok. hensem tak ??

3.Teramat meminati fotografi. Kagum dengan bakat-bakat semulajadi yang ada pada para fotografer ..

4.Seorang pelajar kelas Sastera yang banyak berangan*eh? mana ada ??  Kadang-kadang suka bermadah puisi .. Calon SPM pada tahun 2012 . Wieya berharap sangat- sangat you all boleh doakan yang terbaik buat Wieya ..

5. Family panggil Wieya dengan gelaran "Kak Yong" sebab ayah asal dari Perak* KITA SERUPAAAA ~ .. Kak Yong yang suka membuli adik adiknya. Walau ape pun , akak tetap sayang adik adik akak .. *jadi kakak mithali.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

The Ladies Photographer Giveaway


 Hai dan Assalamualaikum semuaaa ... Semoga semua ceria . jangan sedih2 ..

Giveaway yang Wieya join kali ni agak best jugak .. nak join , boleh klik pada banner untuk mengetahui maklumat lanjut dan syarat2 penyertaan ..

Tag :
- Shamine
- Lyza
- Cik Yeen Gadis Tomato


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wahhhh !! Suka nyer ! Sukanyerrr !

Whoaaa ~ sungguh tidak ku sangka ...Tak ku duga .. Cuba tengok ni ..



Jelas tak gambar kat atas tuu ?? Tak jelas  ? Kalau tak jelas , klik je pada gambar tuu .. huhu .. Wieya tak pandai nak printsreen. ada sesiapa boleh tolong ajarkan ??

Huhu .. tak sangka betuuiii ! Tadi , blogger Aida Omar 
ada sent message kat chatbox Wieya .. Wieya bukak2 je chatbox tu ..

Aida: " Hai Dhia ... Aida dtg dari blog duniakushida. Tahniah eh :) "

And then Wieya pikir .. tahniah ? tahniah sebab ape ? Wieya cuba hantar message kat chatbox Aida, tapi tak boleh .. and then .. tangan ni pulak gataiii nak blogwalking ke blog orang .. haha .. rajinn .. Tup. Tup . terjumpa pulak blog Kak Shida ni .. tangan ni gataiii lagi nak scroll page bawah .. wahh ! semua tu ada hikmahnye laarrr ... ! Wieya terjumpa entri ni "Review : 5 blogger pilihan teka teki Shida | Jom skodeng mereka"

Wieya tersenarai dalam 5 blogger terawal yang menjawab teka teki Shida . Wieya calon no.4 .. huhu .. Wieya tak tahu pulak Kak Shida nak pilih-pilih ni ? Wieya nampak je entri Kak Shida , teruz Wieya jawab. Suka-suka. Walau ape pun , Wieya happy sangat . Ni , first time Wieya dapat menang something tawww ...

Kata-kata pujian dan pengenalan yang diberikan amat menyentuh hati Wieya walaupun ia ringkas , tapi menarik sangat . Terima Kasih kak Shida. Dan juga terima kasih kepada blogger Aida Omar sebab memaklumkan tentang perkara ni kepada Wieya.

Tahniah juga kepada 5 blogger terawal yang lain..Keep it up ya !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 29 December 2011

Segmen - 5 blog paling diminati 2011





Hai dan Assalamualaikum ...

Whooaaa ~ First time kene tag .. hahaha .. thanx kepada THL , haha .. sebab sudi tag kat Wieya .. dapat jugak la merasa di - tag .. hehe ..

OOook ! Mulakan segmen kita .. untuk join , klik saja banner di atas

5 BLOG PALING DIMINATI 2011
Haa ~ sikit punya besar title kat atas tuhh ..

1. Mawar Berduri  

-  Wieya senaraikan blog ni yang paling atas sekali sebab Wieya betul-betul kagum dengan penulis blog ni .. Cara penulisannya , lebih kepada islamiah , puisi , sajak yang penuh bermakna dan maksud yang mendalam . Kadang-kadang , Wieya kurang faham dengan apa yang dicoretkan oleh Mawar , tapi .. sifat ingin tahu tu membuak-buak dalam hati membuatkan Wieya banyak kali baca dan fahami apa yang dituliskan oleh Mawar . Sesetengah coretan yang tak dapat kita fahami , hanya Mawar sahaja dapat memahaminya kerana Wieya tahu .. Penulisan blog Mawar berdasarkan hatinya .

2. Lyssa Faizureen

- Seorang blogger yang tak perlu Wieya perkenalkan lagi . Bahkan dalam sehari sahaja , blogger baru sudah kenal dengan nama LYSSA FAIZUREEN ini . Blognya yang penuh dengan maklumat dan informasi yang berguna buat semua blogger . Tidak dinafikan juga , cara penulisannya agak menghiburkan tatkala ramai pembaca yang membaca blog beliau. Wieya sendiri pun merujuk kepada blog Lyssa ini untuk mendapatkan pelbagai tips dalam penulisan blog. Maklumat yang ditaip sememangnya amat berguna kepada semua orang. Sikapnya yang ramah juga membuatkan ramai yang mesra dengannya. Blog Lyssa ini bagaikan One in a million.

3. Ben Ashaari

- Ok . Seorang lagi Blogger Malaya yang sememangnya tidak perlu Wieya perkenalkan lagi . Sering dijadikan idola para blogger . Penulisannya , sesuai dengan semua peringkat umur . Tak kira tua atau muda . Ringkas tapi penuh dengan maklumat .  Traffic blog beliau seringkali jammed dengan kehadiran ramai pembaca dalam kalangan blogger yang ingin mengikut jejak langkah beliau . Pembaca juga tidak jemu untuk datang ke blog beliau meskipun pada setiap hari.

4. Hafizzi Aziz

- Blognya telah diperkenalkan oleh seorang rakan dan kemudian hampir setiap hari Wieya terokai, Wieya jelajahi blog Apit sehingga ke Mesir . hahaha ~
Apit sering melengkapkan blognya dengan Tutorial blog , Doodles , freebies , vector , photoshope dan pelbagai lagi . Doodles yang Apit buat , comel-comel . Apit memang pakar dalam hal komputer..Wieya memang terhibur dengan setiap entri yang ditaip oleh Apit.

5. Wan Hazel

- Memoriallsme_Hope with Heartstring 
 Sebuah blog yang menampilkan pelbagai tutorial buat blogger dan new blogger. Antaranya , Tutorial Blog , Churp Churp , Nuffnag , download sofware , photoshope dan banyak lagi . Yang paling penting ! Tutorial photography .. memang Wieya suka sangat . Harap new blogger or blogger2 lain boleh datang ke blog Wan Hazel. Don't judge the book by its cover.

Pendapat Wieya mungkin berbeza. harap enjoy dengan entri ni . Amin ~
Orang bertuah yang di tag : )
-Athira Adra
- Yuyue
- Hyun Ryn

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

ZIKIR MEMANG UNTUK DHIA ...

*MOOD MENANGIS LAGI NI ..

 :( 

You all pun mesti tengah nangis kan ? 
*eh .. kejap ? You all menagis sebab apa ? Patah hati ?Oh .. tidak tidak diterima.

Kalau you all menangis pasal tengok cerita "Tentang Dhia" , ok ! Boleh diterima ... KITA SERUPAAAA ~ *nyanyi sikit ..
Huuuu ~
Memang sedih la tengok drama tuu ..
Menyentuh Kalbu ...
Mengusik perasaan ...
Semuanya berkaitan dengan hati dan perasaan ...

Pengorbanan dan semangat yang kental seorang wanita dalam menantikan kebahagiaan buatnya ..  menempuh pelbagai cabaran dan onak duri dalam perkahwinan .. Tabah sungguh iman Dhia ini .

Drama yang mengandungi genre romantik dan seram . Pehh ! Kena tang seram nyer tuuhh .. seram sejuk je rasew .. ! 

 



Okay ... Mesti you all pun enjoy tengok drama ni kan ? 
ada yang menangis tak ?
ada tak yang menangis , lepastu kesat air mata senyap-senyap ? Of Course la ade kan ? Lagi-lagi kalau ada sesiapa yang berhati jiwang ...

Bila time babak akhir tu , Wieya tengok TV sorang-sorang dalam bilik adik. Family tengok kat ruang tamu . Uuu ~ nangis sorang-sorang la jawabnyer ... bila dah habis tu , kesat air mata cepat-cepat ! *syhhh ... jangan bagitahu sesiapa taw ..

Hurm ... Tapi , yang ramai nangis ni of course perempuan/wanita kan ?  Ada ke , lelaki yang nangis tengok drama tu ? 


Cube tekan LIKE sikit. Don't worry , Wieya tak bagitahu sesiapa ... hikhik ..

Zikir dan Dhia meninggal dunia ... siapa tak setuju ? Komen sikit !
Apa yang you all harapkan dari drama tu ? You all nak Ku Salmi mati terbakar ke ? You all nak lenyek2 Ku Salmi tu ker ? Haha .. cerita je .. Apa yang You all harapkan untuk ending cerita tuhh ? Heheheh ...

Ok . sesiapa yang suka tengok ending cerita Tentang dhia ni , wanita-wanita yang menangis tengok cerita ni , or lelaki yang menagis tengok drama ni ...  kasi LIKE sikit  ..


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)








SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :

1. FOLLOW blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. BUAT ENTRI pasal SEGMEN ni kat blog korang.
3. Of course mesti ada blog sendiri.
4. Letak LINK KIZ GARDEN DALAM BLOGLIST korang.
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog.
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.

*Ok ! Itu syarat dan pnenyertaan untuk join segmen ni .. kalau kurang diperjelas .. haha .. boleh klik terus banner kat atas . 

Opppsss ~ ada lagi laa ..

bOLEH KLIK PADA BANNER KALAU NAK JOIN ..


SYARAT - SYARAT PENTERTAAN :

 
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

HOW?
1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content 
c. Cara penulisan


OK ! Join ramai- ramai taw !
 
 


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

CONTEST BLOG AKU PALING SIMPLE BY AFIFI | NNBO |UDIN


Tengok tuuu ~ Tengok tuuu 

Alaaa ~ yang tuu ~ tuu kat atas tuu ~ hakhak * gelak tersekat-sekat
Huhu ~ tengah- tengah blogwalking tadi , terrrr jumpa pulak contest n i .. hakhak .. nak try masuk laa .. syarat-syaratnye pun simple taww ! Jomla joinssss ...sekali .. hikhik*gelak perlahan tapi tersekat-sekat ..

Want to join this contest ? Anyone ? hoho .. oklah .. boleh terus direct klik pada Banner kat atas ye .. ^_^ ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Mega Giveaway By Cik Bunny


Yeayyyy ! Join Mega Giveaway lagi ! hikhik ..

Lawa sungguh banner di atas yep .. haha .. ada sesiapa nak join ?? 
Tekan , klik Banner di atas .. untuk mengetahui maklumat lanjut dan syarat- syarat penyertaan ..










Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

BEST !! Cipta Watak Sendiri Dalam bentuk Animasi/Kartun

Hai Dan Assalamualaikum Semuaaa ~

Tengok ni ! Tengok ni !

Manga you :

Cun tak ?? Cute kan ? Haa ~ buat sendiri je taww ~ ada lagi .. nak tengok ??

Manga you :


Hehe ~ hensem kan ? Pakwe kiter tuuhh .. haha ~ nak tengok lagi ? Haisyy .. korang ni ..

cartoon you :



Hehe ~ ensem tak ? ni pulak kekasih gelap kiter .. hakhak ! haha ..
Macam-macam yang korang boleh buat , watak karikatur , manga , kartun .. 
Haissyy ! Macam -macam lagi lahh ~  
Yang lelaki , nak  buat kartun perempuan, boley .. yang perempuan nak buat watak kartun lelaki pun boleh .. nak buat kartun mak ayah sendiri pun boleh . Nak buat muka sendiri boleh . Nak cipta kartun sendiri pun boleh .. korang cakap ! Nak yang macam mana ? Mat Saleh ? Melayu ? India ? Cina ? Berkulit gelap ?  nak buat muka korang jadik  versi gemuk pun boleh yaa ! Everything is not impossible okay !


Ha ! nak buat mata juling pun boleh , mata tertutup pun boleh ..  Hidung senget pun boleh . haha .. Mulut , korang nak yang macam mana ?? Semua boleh dibuat mengikut citarasa and design korang sendiri ..macam-macam . Janji korang suke/puas hati dengan artwork yang korang buat !

Haa ~ mesti korang pun nak buat kan? Dah taw dahh ~
Hehe .. kalau nak buat , korang boleh tekan SINI 

Hehe .. jangan lupe follow and LIKE banyak - banyak ye .. LIKE sampai lebam .Sayang korang !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen CP | Jom Jadi Kawan !

Haha .. Yeahhhh ! Segmen lagi laaa ~ kihkih .. Wieya nak dera korang masuk semua contest and segmen . haha .. wokehh .. sesiapa nak masuk , boleh klik pada banner dan ketahui maklumat lanjut di sebalik banner tersebut. haha .. Daa ~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Contest Blog Paling Meletup By Qiela

Well . Well .. 
Rasanya semua dah sedia maklum entri ni adalah entri join contest . So , ada sesiapa nak join takk ?? Boleh klik pada Banner di atas untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang contest ni ye ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

End Year Mega Giveaway

Hi dan Assalamualaikum para jelitawan dan jelitawati sekalian . haha .. tetibe pulak berbicara seperti ini ?  Oklah . Oklah ..

Wahh ~ Smart and Gorgeus kan banner kali ni ?? Haa .. ni lah banner "End Year Giveaway" .. Ada sesiapa nak join ? Boleh KLIK pada banner tersebut yang sungguh jelita dan menawan itu. itu . kahkahkah ! Semua syarat-syarat dan hadiah akan diperjelaskan lagi oleh Anis .


Sekian ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 28 December 2011

Cerita tentang hati, perasaan , emosi dan ego manusia

Perasaan sering memaksa hati sebab emosi dan ego yang suruh. Sebab apa pula emosi dan ego yang suruh ? Sebab Syaitan yang menghasut !



Hati kecewa , hampa , sedih , menangis , meraung ...
Hati sering dilukai disebabkan perasaan . Asyik nak ikut perasaan je . Hati pula bagaimana ?Hanya duduk diam dan ikut je apa kata perasaan .

Perasaan ni , tak fikir langsung tentang hati . Perasaan ni ibarat mementingkan diri sendiri ! Hati juga yang merana . Semua disebabkan perasaan !

Suatu hari , akal dan fikiran menasihati perasaan supaya kawal diri. Akal dan fikiran minta perasaan fikirkan tentang hati. Perasaan banyak membuatkan hati terluka . 
Susah untuk mencari penawar bila hati dah terluka .



Oleh sebab itu , jika hendak mencari teman hidup ...perasaan , akal dan fikiran harus bekerjasama untuk menentang emosi dan ego supaya hati lebih tenang tanpa dilukai lagi .


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wordless Wednesday #1 - Sehari Di Kampung

28 Disember 2011



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Mai laa tengok header kiter .. ok tak ?

28 Disember 2011



Hai dan Assalamualaikum Semuaaaaa ~ !!

Wahhh .. rindunye kat korang blog ni .. haha .. lame tak update sebab balik kampung .. sesajer ~ .. haa .. nak tahu story baru tak ?? hehe ..
Wieya dah ada header .. fuh ! first time letak header .. itupun tempah kat seseorang .. bukan buat sendiri tawww ! tak reti .. haha .. ce tengok .. header yang Wieya dah tempah ni ..

  Haa ~ lawa tak ? tang mane yang lawa nyer tuhh ? orang nye ke ? teddy bear nye ke ? hihi .. ada lagi .. mai tengok ni ..

 Lawa kan ?? haha ..


Header ni , Wieya tempah kat Azhari Ahmad taw .. Bayarannya pun ikot design and citarasa yang korang nak .. setahu Wieya , Azhari amek bayaran RM 5 - RM 10 .. Azhari yang kata ehh .. bukan Wieya .. Sesiapa yang nak tempah , boleh tengok kat blog Azhari and g kat Facebook Azhari . Kalau nak buat header tapi , takde idea .. macam Wieya . boleh tengok kat blog Azhari . Banyak pilihan yang Azhari letak ..


Haha .. mula- mula nakk tempah tuhh , rasa segan gilerr .. tak de idea pulak tu . kejap pilih yang itu , kejap yang ini . Aiyoo ~ manyak pening woo .. yelahh ~ first time tempah benda ni kat orang . Header kat atas ni semua idea Azhari .. hoho . lawa kan .


Oleh  itu , akhir kata dari Wieya .. Mai la tempah header banyak2 . Kita buli Azhari . haha .. sorry Azhari , gurau jee .. 


Perkhidmatan nye pun OK . bagi Wieya .. ok je . Nak tempah pun takde masalah , just Wieya je bagi masalah kat die .. haha . bukan masalah apew ? Masalah tak taw nak buat header yang macam mana ?


Oklah . Oklah . Assalamualaikum ~ bye . :)

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 23 December 2011

Hanya Bicara Hati

Tiada kata secantik bahasa yang mampu diungkapkan melalui kata - kata. Hanya terdetik melalui hati dan hanya seorang saja yang tahu apa yang hatiku berbicara .. iaitu diri aku sendiri .

Cuba mencari peluang , tapi ia semakin menghilang.

Tidak mampu untuk mengucapkan kata - kata pujian dalam khayalan kita termenung jauh mencari apa yang diinginkan.

Faham dengan perasaan yang dilukai
Mencari erti dalam kehidupan ini
dalam khayalan menjadi realiti.

gambar : dari google

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Menyediakan Jadual Anda Sendiri

Haa ~ tengok sini ! tengok sini !  

Kadang - kadang ramai yang buat jadual sendiri main hentam je kan ? Kadang - kadang tu , suke hati korang nak belajar bila kan ? Eh ? Mana boleh macam tuu ..N then ,  sape - sape yang dah buat jadual , tak dapat nak ikot ? pastu korang koyak kan .. kan ? kan ? haha .. ngaku je laa ~ tak yah nak tipu - tipu .. Eh ... mana boleh macam tu ?

Belajar , mesti ada jadual ! jadual mesti tersusun .  Dan korang kene tetapkan dalam hati korang , " niat korang nak ikut jadual tu .. "

Kat sini ada Tips2 nak buat jadual belajar . insya allah , dengan jadual ni korang boleh berjaya dengan cemerlang . Cuma , bergantung kepada korang je la . korang yang kene usaha taw ! bukan jadual ni ..

Contoh :

2:00 - 4:00 petang > belajar subjek 1
4:00 - 4:30 petang > REHAT
4:30 - 6:00 petang > belajar subjek
6:00 - 9:00 malam > REHAT
9:00 - 11:00 malam > belajar subjek

- Faham kan ? Belajar selama 6 jam , tapi ada jugak masa rehatnya . Kerana otak dan badan kita memerlukan masa rehat yang cukup. Kalau otak dan badan kita letih , kita tak dapat nak ingat apa yang kita belajar . Jadi , sia sia lah apa yang kita belajar .

-  Dalam seminggu , anda harus mengulangkaji semua matapelajaran , jangan tinggalkan walau satu pun . Kalau tak  , apa yang anda belajar sebelum ini hanyalah sia sia dan dengan senang je boleh hilang dari ingatan. terutamanya matapelajaran yang susah.

- Anda perlu  habiskan belajar sukatan sekurang - kurangnya pada akhir bulan 5 . Baki bulan yang selebihnya diberi kepada anda untuk mengulangkaji secara intensif.

- Ok . Ramai pelajar yang menyediakan jadual belajar tapi tak dapat ikot . Sebab apa ? Kenapa ? Dan mengapa ? Kerana anda tak de pendirian yang tetap ! jadual anda pun tegar , padat dan berserabut .

Oleh itu , jadual yang anda buat haruslah berubah -ubah supaya anda tidak berasa bosan untuk ikut jadual yang telah anda buat itu okey ? 

PERINGATAN : Kepada pelajar form 2 , anda semua harus belajar dengan bersungguh - sungguh dari awal tahun sebagai persediaan untuk PMR pada tahun hadapannya . Dan kepada pelajar Form 4 pula , belajar dari awal tahun , berusaha dengan bersungguh - sungguh sebagai persediaan untuk SPM kerana SPM amat penting ! Menentukan masa depan anda, apa yang anda mahu kerja nanti. Pastikan juga memori anda cukup untuk menampung semua yang telah anda belajar . Kalau tidak , anda boleh minta memori yang lebih besar daripada Allah SWT. Iaitu dengan memohon pertolongan dan hidayah supaya ingatan anda kuat untuk ingat apa yang telah anda pelajari . :) selamat maju jaya !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Arrgghh ! Malunyer ...

23 Disember 2011

Story ni maybe amat memalukan aq sebagai seorang remaja perempuan yang sihat sejahtera , sihat yang terbilang , gemilang dan sihat satu Malaysia ... Ok , korang kene tipu .. adelah .. selsema sikit time tu ..

Minggu lepas , punya minggu lepas , punya minggu lepas lagi .. Wieya , adik and Mak su nak pegi KLCC naik bas . Bila bas dah sampai , kitaorang pun naik . Mak su suruh cari tempat duduk sebab Mak su nak bayar tiket dulu . Kitaorang cari punye cari , tak de langsung tempat duduk ? Semua penuh ! Boys yang ramai - ramai  kat belakang tu tengok je ..errgghh ?!! *duduk je ? taknak bagi tempat duduk ke ?

Kiter dengan adik , berdiri lah pegang tiang dalam bas tu . Tiang tu je la yang baik hatinya . Sudi bagi kitaorang pegang dia sambil berdiri . Haish .. dalam 20 minit kitaorang berdiri , tiba tiba ada orang tepuk tepuk - tepuk bahu kiter . Pandang la belakang , tengok - tengok ada Auntie berbangsa cina dalam lingkungan 50 or 60 an tunjuk-tunjuk kat kerusi kosong yang ada kat belakang kitaorang . Rupa - rupanya , Auntie tu bagi kitaorang duduk sebab kesian tengok kitaorang berdiri .. 

"wahh ! Auntie , you're so kind and sweet " * cakap dalam hati je ..


Kitaorang tak cakap ape ape pun .. terus duduk . sebab malu sehh ! mulut pun macam dah kene kunci je . And then , dalam 5 minit Auntie tu berdiri pegang tiang tu pulak .. bila bas berhenti, die pun turun kat depan sebuah kawasan perumahan .maybe dah sampai kat rumah dia kot ?


Walau ape pun ,malu and segan aq still ade . Patutnye aq yang bagi tempat duduk pada Auntie tu . Ni , Auntie tu yang bagi pulak ? Well , bak kata Datuk Seri Najib , Satu Malaysia Maaa ~ .. Wahhh ! terima kasih banyak - banyak yang terbanyak - banyakk kepada Auntie yang superb Da Bomb tu !
 
 Satu Malaysia Maaa ~

Semua ada .. Melayu , cina dan india ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 22 December 2011

Segmen Cik Yuyue : Follower Bawah 700

              Segmen Cik Yuyue

 Tengok Sini ! Tengok Sini !


Cik Yuyue ada buat segmen ! mai la join .. memeriahkan majlis orang . hehe ..
 Nak join ? klik pada "segmen Cik Yuyue di atas ye ..


Cik Yuyue tanya , berapa lama Berblog ??

- Umm .. Baru je . Dalam 1 Bulan , 4 Minggu  , 5 hari .. Haha ..*kira-kira kat kalendar tady ..



Cik Yuyue tanya lagi , Kenapa Berblog ?

- Ceritanya macam ni ..
Antara perbualan Adawiyah n friends .

Shamine : Weyh , buat ar blog ?

Me : Blog ? Binatang apa itu ?

Shamine : Blog pun tak tahu ? Ko ni duduk kat zaman konkrit( batu) lagi ke ? Ala ~ yang tulis2 tu .. ala ~ aq pun tak tahu nak explain macam mana ?  

Me : Malasssss ahhh ~ ! Tak de mase !

Shamine : Ala ~ buat jela .. boleh aq taw semua rahsia ko ...

Me : *** errghh ~ sengal .. >.<

Bila balik je rumah .. pikiaq punye lah lame .. sampai pukul 2 pagi dok pikiaq lagi ? tak tido2 .. and then , akhirnya kiter pun try buat .. "macam bez " .. dalam pkol 2 setengah pagi , siap la blog .. *agak lembab sedikit ye , budak baru belajar .. hehe ..

And now , You all can see in my blog .. berjelar - jelar entry yang kiter buat .. kawan kiter *shamine , tu pun kadang2 je bukak blog .. and Now , I'm crazy with the Blog .. kihkih .. lagi satu ! saya buat blog ni , sebab nak bagi maklumat yang berguna bila saya tulis entri yang berguna. buat amalan sikit ..

Cik Yuyue tanya lagi - lagi, nasihat kepada blogger otai ..


Wahh ~ peluang terbaik ni ! kihkih ..
Kepada blogger otai , sila beri tunjuk ajar yang banyak-banyak pada saya , tegur saya kalau saya ada buat silap .. tolong saya kalau saya ada masalah ..  err , jangan lupa selalu singgah-singgah ke blog saya untuk dapatkan nasihat tentang "TIPS SPM" yang akan saya update dari semasa ke semasa. Err , jangan lupa klik Churp- churp  and Nuffnag kat blog saya . kihkih .. pesanan saja .

 
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen Bloglist Amira Alwani

Hai . Hai . Hai .
Assalamualaikum ~

Kiter join segmen lagi . haha .  ..

 Hehe ~ comel kan banner kat atas ?? Kalau ada sape2 nal join , boleh klik pada Banner or KLIK SINI taw !


Er .. Adawiyah lahir pada


bulan
Disember ..
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Dia ?? Tiada Lagi ..

Dalam banyak-banyak suara yang berbisik di telinga aq .. 
Hanya suara dia yang dapat aq dengari ..

Dalam ramai-ramai orang yang aq kenal ..
Hanya wajah dia yang dapat menarik perhatianku ..

Dalam banyak-banyak senyuman ..
Hanya senyuman dia yang mampu membuat hatiku tersenyum ..

Dalam banyak-banyak lirikan mata ..
Hanya lirikan matanya yang mampu menembusi jantung hatiku ..

Dalam ramai-ramai lelaki yang aq kenali ..
hanya dia saja yang mampu menambat hatiku ..

Tapi sekarang , tiada lagi semua tu ..
sebab dia dah mengecewakan aq ..
menjatuhkan semangat dan harapan aq ..
Kebahagiaan hanya seketika buatku ~


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen | Jom Terjah and Follow

Wahhhh ~ haha ! Join Segmen lagi .. nak buat mcm mane ? dah hobi .. suka suki .. hehe

Time tengah tulis entri ni, internet slow macam kura-kura ! haish .. takkan pukul 02:30 pagi pun slow jugak ?? ramainye yang tak tido lagi ?? Adawiyah bersekang mata nak tulis entri ni .  haha .. oklah . oklah .. Ceriter pasal Banner kat atas .. cute kan ? sape2 nak join , boleh klik pada banner yang cute tu .. Eiqa just tanye pasal Azam baru Tahun 2012 je . hikhik .. Klik taw . Jangan tak klik .. ~

Azam Tahun 2012 

- Tahun 2012 , Adawiyah dah masuk Form 5 . So, SPM . Nak belajar bersungguh-sungguh supaya dapat capai keputusan yang cemerlang+ terbilang dan gilang- gemilang ! nak banggakan mak n ayah dengan dapat result yang boleh Adawiyah masuk IPT dan boleh cari job yang baik . Nak balas jasa mak n ayah walaupun tak semua yang boleh dibalas.


- Nak kumpul duit belanja , supaya dapat masuk IPT.


- Nak jadi kakak yang baik .. hehe .. bukan garang , cuma suka menyakat adik-adik . hehe ..

Sekian , Azam tahun baru dari Dhia Adawiyah .

KLIK SINI

Hoho .. bye . Assalamualaikum ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Contest I've Got Da Bez Blog By Wawa

Hai semua-semua !

Haha .. kesilapan tatabahasa disengajakan .
Dah la "Semua" , perlu ke nak letak "semua-semua" tu ?

"Eh ? Perlu laa ~" ( eh ? siapakah yang menjawab pertanyaan ku itu ? haha .. agak crazy sikit yep. )

* Kalau tak faham dialog ni , abaikan sajer . haha . jauhnye merepek ..
Actually nak cerita pasal contest ni ..
"Ceciter - ceciter " *haha .. usop Wilcha ..

 Haa ! Ooo ~ guyss .. nampak tak banner yang Gorgeus kat atas tu ? did u you see it ? hikhik ~ itula contestnyer ...
Okeh ~ okeh ~

Sape-sape nak join boleh je .. join la .. boleh klik Banner kat atas tu or klik SINI ..
Ape-ape maklumat semuanya kat situ okey .. hoho ~ Gud Luck semua !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 21 December 2011

To all blogger ... nak tanya something ! penting ni !

Dah tengok kan tajuk kat atas ??
Tengah sedih ni , pening kepala dok pikir masalah ni .. ada orang boleh tolong tak ? blogger2 yang dah pro dengan dunia blogger ni >.< boleh tolong saya takkk ??



Adawiyah ada masalah la .. nak kate besar ? besar kot ? nak kate kecik , eh ? tak .. it's a big problem ! help me .
Ada tak yang sudi membantu ? please ...

er .. kalau orang yang takde blog, diorang mesti  nak search Url blog kiter kat internet google kan ?kan ?

so, masalah nye sekarang ni .. saya test la search Url blog saya kat google . n then bila dah jumpa .. try bukak .. bila dah bukak .. blog tak habis loading lagi tibe2 jadi iklan la ? you tube la ? haaa ??? macam mana ni ??

kalau korang test okay , boleh tengok .. bagi tahu ea .. kalau jumpa jalan penyesaiannya pun bagi tahu ea ..

http://dhiaadawiyah.blogspot.com

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Terima Kasih Banyak-banyak ! Tak sangka ....

Hoho ~ Assalamualaikum .. 
Ape habaq sume . okey ? baguss .. hehe ..

Actually , dah lama nak buat entri ni , tp , asyik lupe je . haha . banyak sangat keje kat umah .. jadik bibik sepenuh masa dengan gaji yang diberi oleh Tuhan Yang Maha Esa .  Okeh ..entri ni ringkas je . tak de panjang sangat ..

Okehhh ~ hehe .. * Dari tadi dok sebut "okeehh" ?? haha .. teruja sangat !

Seseorang yang menjadi idola ramai
Terima Kasih kepada BEN ASHAARI kerana sudi follow blog yang tak seberapa lawa ini . Saya hanya mampu mendoakan Ben Ashaari sekeluarga sihat dan dimurahkan rezeki . Amin .




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 20 December 2011

Bagaimana Hendak Capai Keputusan dengan Cemerlang ??

capai jela? Lompat , lompat .. yeayyy ! dapatt ! hahah .. gurau je ..

Salah Satunya  ..
Setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu pihak surat khabar ada menyediakan pelbagai latihan khusus untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar UPSR , PMR , SPM dan STPM. Contohnya ,surat khabar Berita Harian.

Kaedah ini amatlah berguna kepada para pelajar untuk berjaya. Kerana soalan-soalan tersebut adalah soalan peperiksaan sebenar yang diambil pada tahun-tahun yang lepas sebagai rujukan. Terdapat juga tips-tips peperiksaan daripada pakar penasihat dan kounselor .
Anda boleh menyimpan keretan-keratan nota dan latihan tersebut dengan cara anda yang tersendiri. Walaubagaimanapun , cara anda itu haruslah memberi kesenangan kepada anda rujuk kembali apabila anda memerlukannya. Pelbagai cara yang boleh anda fikirkan. Antaranya :




* GURU
- Peranan guru amatlah penting dalam pembelajaran. Dan juga amat penting untuk kita menghormati mereka kerana mereka lah yang membantu anda saat anda memerlukan pertolongan dalam apa jua subjek.

Guru x 40 Orang pelajar = ?? ( jawapan apakah yg sedang anda fikirkan ? ) 

Baiklah ~ bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Setiap guru ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Andaikan sebuah kelas mempunyai 38 orang pelajar, maka guru tersebut haruslah bijak menagawal kesemuanya agar menumpukan sepenuh perhatian semasa beliau sedang mengajar. Agak sukar untuknya memberi sepenuh perhatian terhadap seseorang individu ketika mengajar di dalam kelas. Jadi, jangan anda fikir yang bukan-bukan tentang guru anda jika dia tidak mengendahkan anda.


contoh : "Cikgu ni .. pilih kasih la .. "

Bukan ~ 
tiada guru yang berniat begitu. Berat tanggungjawab yang dipikul di atas bahu seorang guru.
Apabila tiba hari peperiksaan, guru lah orang yang paling resah dan gelisah kerana dia yang mengajar anak muridnya dan dia inginkan anak muridnya berjaya . Anda sebagai seorang pelajar juga perlu melaksanakan tanggungjawab dan perbaiki kelemahan yang ada .


* BUKU TEKS , NOTA , LATIHAN DAN SEBAGAINYA.
- Walau secantik mana buku yang anda miliki  tanpa anda menerokainya , keputusan peperiksaan anda tetap tidak cantik juga.

- Dalam setiap buku, disediakan latihan untuk anda. Itu adalah waktu yang tepat untuk anda menguji kelamahan anda dengan menjawab KESEMUA soalan tersebut . 
JANGAN TINGGAL SATU PUN ! 

* DIRI ANDA SENDIRI
- Be Yourself And Study Smart.
- Kata orang dulu-dulu, Tingkatan 4 adalah tahun untuk "honeymoon". Dalam erti kata lain, "Bersenang-lenang" , "lepak" dan sebagainya. namun, TIDAK bagi orang sekarang .. zaman sudah berubah Bro/Sis . Dunia dah maju . kalau dunia dah maju , lebih banyak duit yang perlu digunakan pada masa akan datang . Dan untuk mendapat duit yang banyak, semestinya ilmu amat penting untuk kita.

"Tuntutlah ilmu hingga ke negara China"

- Tapi, tak kira lah negara mana pun .. sememangnya ilmu SANGAT PENTING ! Tanpa ilmu , kita tak boleh berbuat apa-apa. Anda perlu ! perlu ! perlu ! perlu ! perlu ! perlu belajar dengan tekun dari tingkatan 4 sebagai persediaan untuk menghadapi SPM semasa 
Tingkatan 5.   

- Anda tidak akan capai keputusan yang cemerlang jika anda tidak belajar bersungguh-sungguh. Jika tidak berapa pandai, anda perlu belajar dengan lebih tekun dan mengetahui cara belajar yang sesuai dengan anda. Setiap orang yang mengulangkaji pelajaran semesti lain cara mereka. Kita tak perlu terlalu mengikut cara pembelajaran orang lain kerana kita tak akan mampu mengikutnya kerana bukan cara kita.

- Menyediakan jadual belajar sendiri.

- Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh tapi tak capai keputusan yang baik.

Kenapa ??

Sebab belajar tanpa faham apa yang dikehendaki oleh diri sendiri.


Maaf . KLIK SINI
 >akan di update dari semasa ke semasa<    

 



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...