Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 30 November 2011

#Petua/nasihat mama - surah pelindung diri daripada gangguan syaitan dan jin



30 November 2011


Apa khabar para blogger ... ?
Semuanya sihat2 time bace entry ni ? 
Kepada yg sihat , bagus2 .. alhamdulillah ...
Kepada yang tak berapa sihat , jangan lupa makan ubat dan jaga kesihatan yup ..


Ok. Entry kali ni panjang sikit .
Terasa seram pulak nak buat entry kali ni ..tp takpe , Dhia Adawiyah nak kongsikan jugak dengan sume .

Entry pasal  ni sangatlah berguna pada mereka yang beragama islam .
Kalau kita berada di tempat yang "keras" ,  di dalam hutan atau terpakse drive lalu di kawasan hutan , semestinya kita berasa takut dan tidak sedap hati akan makhluk Allah yang sentiasa menganggu kita.

Sedar ataupun tidak ..
makhluk itu sentiasa berada di sekeliling kita walaupun kita tidak perasan akan kehadirannya dan tidak dapat dilihat.


Mama Dhia Adawiyah, kerja kat Hospital Universiti Malaya sebagai Jururawat Terlatih. So, byk la makhluk2 yang tak diundang kat situ. Mama dah biasa dengan tu sume . Mama kate , budak2 junior yang kerja satu tempat dengan mama .. selalu mengadu diorang ada nampak makhluk tu lah , diganggu laa .. bla .. bla .. bla .. ( hehehe )

Mama pulak , selalu nasihatkan diorang supaya memohon perlindungan dengan Allah dan bertawakal .

Jangan takut ..
Dengan adanya Allah SWT dan wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW , serta dengan izin Allah SWT .. surah ini dapat menjadi pelindung dan pendinding diri kita daripada gangguan syaitan dan jin.


Ketika membaca surah ini ..tetapkan niat dan kita harus yakin dengan KekuasaanNYA. 
Baca , berselang seli bersama niat dan surah.
"Aku berlindung daripada gangguan syaitan dan jin di sekelilingku" ..
Tetapkan niat anda sama ada untuk melindungi diri atau keluarga anda.

Mama pun selalu amalkan ayat ni time mama balik dari kerja time senja and malam .
Surah dimulakan dengan Surah Al fatihah



Kemudian , disusuli dengan surah 4 Qul


Surah An Nas adalah Surah penting dalam pembacaan, kerana ini adalah surah untuk melindungi diri daripada gangguan makhluk seperti jin.



Surah Al Kafirun .. ( sorry , kabur sikit . Tp, mesti korang dah hafal kan ... ? ) =.=



Surah Al Ikhlas ..

Dan Ayat Kursi ..
   
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat- ayat al-Quran, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


Membaca dan memahami pengertiannya akan menguatkan lagi keimanan seseorang itu.
Kalau dapat hafal surah2 ni .. adalah lebih baik .


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Yuna - Penakut

Bila first time jew dengar lagu ni .. rasew sayu jew hati ni .. mcm diri kita berada dalam lagu ni ..
 

HAYATI lahh ~



Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan
ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 29 November 2011

Bintang Baru Pemain Bola Sepak Kebangsaan

28 November 2011

Pemain bola sepak ni dah lama aq usha dalam tv dgn teliti..
Muda lagi. Baru 17 tahun . 

- Nama Penuh : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
- Asal : dari Keramat,Kuala Lumpur . 
- Sekolah kat Sekolah Sukan Bukit Jalil . 
- Lahir pada : 16 Ogos 1994.
- Tinggi : 1.67 m
- pemain barisan : midfielder

Of Course la aktif orangnye . kalau tak , takkan terpilih masuk sekolah sukan . Tp, lepas tgk corak permainan dia time Sukan Sea 2011 Indonesia, cara dia mengawal bahagian tengah memang ok ! tenang je . tak dinafikan , pemain2 yang lain pun ada kelebihan masing2 . 

Cuma, dah rezeki Nazmi menjadi bualan ramai lepas kemenangan time Sukan Sea 2011 tu . Wahh !! admired giler la dekat die ! Cara dia jaringkan gol menggunakan kaki kiri die dari jauh time lawan dgn Bahrain tu .. wow ! awesome ! kat facebook pun ramai yang dok berstoey moey pasal Nazmi ..
                                               sebelah kanan tuuu ... hehe ..

Nazmi boleh amik Spm tahun depan sebab Nazmi kan terlibat dalam perlawanan Sukan SEA 2011 yang lepas ..









                                kecik ke kan ? kecil2 cili api .. diam2 ubi berisi

                                     cute kan ??
Aq suke time Nazmi pakai Jersi no 12 .. hakhak . Macam birthday aq en ..12/12  * nak promosi birthday ni .. nak adiah !  hehe

Kebanyakan gambar eden search dekat google . 


Ramai orang cakap muke Nazmi ada iras iras Kaka .. Kembar Kaka .. haha ..



                                           ni gambar Kaka ..

                                          Ni gambar Kaka n Nazmi ..

Wahhhh !!! suke laahhh .... haha..giler .
hakhak ! nak letak banyak2 lagi gambar Nazmi  .. tp , macam giler admired pulak kan .. padan muke korang ! aq letak gambar Nazmi banyak2 .. biar laa.. bukan selalu pun tulis entry pasal Nazmi .. hehe ..haha.. sape yang minat kat Nazmi .. enjoy tgk pix2 ni semua yee .. sape yang tak suke .. ala ~ jangan la cam tu .. dia ptot dpt perhatian atas usaha dan perjuangan yang tlah dia lakukan ..

Tengok video Nazmi jaringkan gol padu time Malaysia vs Bahrain .. memang terbaik ar ..




- tgk nama NAZMI FAIZ ni .. teringat dekat seseorang .. =.=  -

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

# Petua/nasihat mama - pacat

22 November 2011



Petua ni bagus untuk sape2 yang masok hutan . Ada PLKN ke ? Jungle Trakking ke ? Camping ke? .. Aq tulis entry ni sebab aq dah pernah rasa pengalaman digigit pacat. So , aq nak share dgn korang .. 

Petua ni pun dari mama. Lepas aq terkena gigit pacat tu , barulah mama bagitau petua mengelakkan digigit pacat. Aq tanye mama , kenape tak bg tau awal2 ? Mama kate "Bersusah - susah dahulu , bersenang - senang kemudian. "


Bercerita pasal pacat ni ..
Aq teringat time darjah 5 dulu .. time tu aq balik dari sekolah,  aq lalu kat padang ..padang tu berlumpur dan berlecak sebab hujan. aq pun main redah je . Bile balik rumah , nak salin baju n kain .. tetibe ade pacat melekat dekat kaki. 

Tp, pelik ? time tu aq just cakap "eeiiuu .." pastu buang . Macam orang takde perasaan . Biasela budak2 . Tp, sekarang , kalau tgk je makhluk tu melekat dekat kaki , terus menjerit ar ..
Sebelum kita bagi petua , kita bercerita dulu khasianya ye .. 

Lintah dan pacat
Filum : Annelida
Kelas : Hirudinea
Ciri – Ciri :-
- Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
- Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
- Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
- Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
- Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya
untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
- Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
- Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,
lalu jatuh dan mula mencari pasangan
- Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,
selalu nya 3 jam
- semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
- Hirudin akan menghalang darah dari membeku
- Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
- Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun
tanpa mendapat kan darah lagi
- Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
- Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
- Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk

Lintah dan pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :-
1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum
2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi

Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia
Batracobdella reticulata
- berukuran 5 mm
- memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
- tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
- boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput
Lintah Hirudinaria manillensis
- ditemui di paya, sungai dan bendang
- menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya
- dipanggil “lintah kerbau”
Pacat Haemadipsa sp.
- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)

4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia
Haemadipsa zeulanica
Haemadipsa subagilis
Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta
- adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit

Secara ringkasnye .. pacat dan lintah menghisap darah kotor yang ada dalam badan kita.
Pacat n lintah takde mata. Diorang bergerak berdasarkan bau manusia yang ada pada kita .
Mak su kate .. lintah lagi geli daripada pacat .. sebab lintah besar and berbulu .. Pacat just kecik2 je. eeeiiii ...

Ok .  Mulakan bercerita tentang petua .

* Sebelum masok ke dalam hutan, spray "ridsect" yang spray nyamuk tu kat kasut korang . Nak guna spray lipas pun takpe. Suke hati korang la . janji spray .. kalau korang takot bau spray tu hilang , bawak la kemana saje korang pegi .. boleh spray nyamuk yang ada kat dalam hutan tu sekali.
Kalau korang sanggup berkorban, daripada nak beli spray murah tu .. korang spray la minyak wangi mahal korang kat kasut korang tu . Lagi wangi .. hahkhak !  1 botol ke ? Sampai habis pun takpe .. aq tak kisah .. sebab, korang punye kan ? hehe .. tp, aq percaye .. korang mesti pilih Spray nyamuk tu jugak kan ?
                         gambar ni contoh je . Aq search kat google. kihkih..


* Sapu ape2 minyak pada kaki korang .. minyak rambut ke ? Kalau nak berkesan.. sapu la minyak panas yang orang sapu time sakit2 sendi tu .  Kot2 la bile pacat tu naik, pacat tu turun balik sebab terkena minyak panas yang korang sapu tu ke ? haha .. korang boleh jugak sapu minyak cap kapak ... jangan pulak korang sapu minyak tanah atau minyak petrol ! JANGAN ! Kalau taknak try ape2 minyak kat atas, korang boleh sapu losyen kat kaki korang .. wangi pun adew ..


* Kalau berjalan ramai2 or jalan dalam group .. jalan la kat DEPAN SEKALI atau di BELAKANG SEKALI. Kalau jalan kat depan sekali , pacat tu lambat pick up bau manusia yang ada pada korang. Tp, bile time orang kedua , tengah dan seterusnya .. pacat tu dah dapat kesan n cepat naik pada kaki korang .
Kalau kat belakang sekali pulak , pacat tu dah naik kat kaki orang2 yang berada di hadapan orang yang berada di  posisi belakang sekali ni .. so , orang yang ada kat belakang sekali ni tak kena la .. aq tak guarantee dengan petua ni .. kalau nak try , buat la .


* Petua ni pun , ok jugak . Mule2 korang pakai seluar panjang , pastu sarungkan stokin sekali dengan hujung seluar yang korang pakai tu .. pastu pakai kasut .


Petua membuang pacat :
 # Kebiasaannya , pacat akan jatuh sendiri apabila ia sudah kenyang . Tapi , takkan nak tunggu sampai ia kenyang .. betul tak ? ok , baca di bawah ni ..
 
# Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

 Rawatan selepas terkena gigitan pacat :

Make sure bahagian luka  bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air, sabun dan plaster ia. Pendarahan mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’ yang dihasilkan oleh pacat tersebut.



Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses untuk sembuh. Elakkan menggaru di situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih teruk.



Letak ais sekiranya bengkak.

Kebanyakan pix ni aq amek kat google untuk tatapan .





                                      
                                            




                           ni gambar pacat yang gemuk selepas kenyang  menghisap darah. aq pun geli tgk gambar ni .
                                   tp, aq nak korang merasai keGELILAn pacat ni .. hehe ..







NOTA: Lebih baik elakkan daripada menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam untuk mebuang pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu sendiri.






credit Warisan AR (usahawan lintah) & anizyn

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 28 November 2011

Pacat !!

 22 November  2011


Ok. Actually minggu lepas , aq n family balik kampung . Dah menjadi rutin harian untuk kitorang sekeluarga untuk balik kampung tiap2 bulan . kampung kat Gali Tengah , Pahang . Bile dah sampai kat kampung , petang tu mama n abah ajak pegi Tualang Padang , nak tgk tapak tanah . Kitorang pun dengan excited nye melompat masok kat dalam kereta .. dah tersangat excited la katakan ..

Dalam masa 20 minit je dah sampai .. ke destinasi yang dituju. Tempat tu lawa , indah pemandangannya . Walaupun sunyi , tak banyak kereta yang lalu lalang .. tapi sedap mata memandang . Biaselah , jalan kampung . Ada rumah kampung , hutan yang menghijau , ada masjid n adelah beberapa buah biji rumah banglo yang tersergam indah .

Kitorang pun masuk lah ke kawasan kampung tu . Singgah sekejap kat rumah mak cik sebelah Abah . Borak2 kejap , pastu mintak diri nak melawat tapak tanah yang dicakapkan tu .
Bila sampai je , kitorang masuk ke dalam hutan tu dengan perasaan yang rilex je . Macam orang takde perasaan . Udara pun ok. Tak banyak rumput , pokok2 pun tinggi dan besar. Just ada dedaun kering yang menyemak atas tanah .
Lepas 3 minit berjalan , terasa kaki ni sejuk je . Tapi, teruskan jugak perjalanan. Tibe2 , Anyah nangis sambil menjerit .
"Abah !! Ada pacat kat kaki Anyah .... ! "
Haha .. Mama dengan Abah gelak jew. Kitorang pun ikot gelak sama . makin kuat la die nangis . Kelakar btol . Lepas Abah buang pacat tu , kitorang still teruskan perjalanan Abah , Ajim ,Anyah n Iffah dah jauh ke depan .. Mama dukung Nuha , eh ? boleh pulak die tido dalam hutan macam ni ?  sambil jalan .. aq tanye kat mama . 
"Mama , kat kaki akak ni pun ada pacat ke ? " 
Mama pun jawab laa ~
"Mane mama tau ? tgk la sendiri.. "
Kalau difikir - fikirkan balik , betul jugak cakap mama tu .. Nape lah aq tanye soalan yang bengong macam tu ? 
Dengan perasaan yang berdebar2 aq , bukak sandal yang aq pakai kat kaki kanan aq , ternyata ...
"Arrrgghhhh !!! "

"mama ! Ada pacat !! "

"Haish ! Jangan menjerit la dalam hutan ni ! " 
Mama marah ..
Cepat2 aq kuis dengan kaki kiri aq . Uishh ! Time tu takot giler ahh !! eh? eh ? bukan takot .. Geli ... 

Lepas tenangkan diri , teruskan jalan . Sambil jalan , tengok bawah .. rupenya .. banyak pacat yang tengah get ready nak melancarkan serangan ke atas mangsanya . Aq je yang tak perasan time mule2 masok hutan tu. 

Tibe2 , dgr lagi Anyah menjerit .. "pacat" .. ada lagi pacat yang melekat kat kaki die ..makin bertambah takot aq ..
Lepas 5 minit , sampai laa .. ada macam2 pokok yang ditanam kat situ . Kitorang pulak mengadu nak balik .. Lepas menikmati pemandangan , kitorang pun patah balik .. Kali ni Anyah menjerit lagi kuat , ada 2 ekor pacat yang ada kat kaki die .. Abah gelak2 je kat die .. buruk benor rupenya die nangis .

Bile nak sampai kat jalan yang mule2 masok tadi ,  aq tengok la kat kaki kalau2 ada lagi pacat yang ikot aq balik .. bukak sandal lagi .. ada pacat .
Tapi , kali ni aq rilek jew .. *berlagak rilek la konon..
slow2 aq tarik pacat tu nak buang .. bile aq nak buang .. pacat tu melekat dekat jari aq .. terosaq jadi panik .. goyang - goyang tangan .. pacat tu taknak turun . Aq kuis la tangn aq .. terus berlari keluar dari hutan . Ah ! Tak kire ! janji aq dapat keluar !

Bile semua dah keluar, aq pun selak kaki seluar . Mesti check ! Kot2 ada lagi yang melekat .  Tengok2 dah berdarah pada betis .. tp , pacat nye dah takde ? Agaknye dah terjatuh time aq lari kot . Dengan sepantas kilatnya kitorang berlari masok dalam kereta . 
"Arghh ! Taknak masok dalam hutan tu lagi dahh !! "

Semua dah masok dalam kereta . Get ready nak balik . Tibe2 Abah singgah lagi , masok kat satu simpang . Lalu dalam hutan . tapi , kali ni naik kereta.. Tak pelah .. janji tak turun . 
Abah kate .. 
" ni jalan yang betul nak masok ke dalam hutan yang kite masok tady .." Abah sengih2 ..
La ? Baik naik kereta je dari tady ! tak payah nak kene harungi dugaan dengan pacat tu ..Jalan pun berlecak . Tibe2 kereta tak boleh jalan , tayar tersekat dekat lecak ..
Ala ~ mama n abah suroh turun .. tolak kereta ..
Nak turun taknak ? nak turun ke taknak ?
Setelah lama berfikir ..
"Laa? Ape yang termenung lagi tu ? Turun la cepat , nanti tidor kat sini nak ? "
mama marah.

Aq , mama , Anyah n Ajim turun dari kereta . N then , tolak kereta . Yeahh ! Nasib baik lepas ! 
Bile masok je dalam kereta , Abah kate.
"Kesian Yuna kene tolak kereta .. ni kalau rakam ni tadi , masok facebook .. teros famous .. haha!"

Abah cakap macam tu sebab time tu aq pakai selendang macam Yuna .. maner aq taw nak masok hutan ?



Kamus Dhia adawiyah :
- kak yong > panggilan anak perempuan sulung
-Yeop>panggilan anak lelaki sulung.
-Anyah >panggilan anak perempuan kedua


Kesemua panggilan ini berasal dari negeri Perak.






Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Go ! Harimau Kita ... !

23 November 2011



 Mai ..
 Mai..
 Mai.. entry HOT nih !


Wah ! Perlawanan bola sepak Skuad Harimau Muda Vs Indonesia Sukan SEA 2011 .sape yang tak tengok kan ? sape yang tgk , mesti ramai yang happy. 
sape yang tak tgk , ala .. nape tak tgk ? rugi laa ~

Aq pun nasib baik dapat tengok. Tengok tv kat kampung. kalau tv kat kampung , biaselaa ~ dah lama.. macam2 dugaan yang diberikan time tengok bola ni .. skrin tv tu kejap2 berbintik , kejap2 berbelang .. lepas tu , time sepakan penalti , boleh pulak tv tu buat hal .. kejap terang kejap kabur .. nasib baik tak terus padam ...



Skuad Harimau Muda berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 dan sekaligus dapat mempertahankan pingat emas tersebut.



Sorakan berunsurkan penhinaan terhadap malaysia tidak mematahkan semangat anak- anak muda ini untuk terus berjuang untuk negara. Anak - anak buah Ong Kim Swee berjaya menumpaskan Indonesia 4 - 3 menerusi sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno , seterusnya dapat menutup mulut jahat penyokong Team Garuda yang takde insurans , suka2 hati je nak mengata Malaysia yang bukan - bukan . Orang main secara baik, ni macam nak cetuskan perang je . Baddrol Bakhtiar berjaya melengkapkan kemenangan sepakan penalti buat skuad harimau muda.


Ok, mula2 Harimau Muda ketinggalan mata pada awal perlawanan tetapi berjaya menyamakan kedudukan mata 1 - 1 melalui jaringan Asraruddin Putra Omar . Kalau di imbas kembali , cara Asraruddin memboloskan gol ke pihak lawan sungguh dramatik skali. Izzaq Faris Ramlan pula tidak dapat beraksi kerana kecederaan yang dialami.

120 minit adalah masa yang diperlukan untuk Skuad Malaysia memenangi kejuaraan tersebut.


Time perlawanan tu berlansung , mata aq sentiasa tertumpu pada pemain muda yang berusia 17 tahun dan mempunyai bakat besar serta semakin mendapat perhatian di kalangan penyokong bola sepak tanah air.Tenang jew die mengawal bola tuhh.. Pemain tersebut adalah . . .




Muhamad Nazmi Faiz

Hehe .. comel kan ??
Tapi, aq tak tengok pada keCOMELan nye saje . Tgk jugak pada bakat yang dia ada . Bakat dia semakin menyerlah dan sangat menyerlah.

Aksi lincah die tima main bola , laju betol ! betul - betul macam harimau ..Dia adalah bintang baru untuk skuad bola sepak.  Umur dia baru 17 tahun .. asal dari Kuala Lumpur .


Tak lupa juga kepada penjaga Gol Negara , Khairul Fahmi Che Mat yang berusaha menjaga benteng pertahanannya. Pemain2 yang lain juga pun memang bagus bermain dalam permainan. Dorang berusaha menjaga posisi masing2 dan ternyata , kemenangan milik Malaysia.


Pemain2 ini dikalungkan pingat emas oleh Menteri Belia Sukan Negara , Dato Shaberry Cheek. 
Bertuah benor ! 
Walau ape pun , kami berbagga dengan usaha anda semua . Kan best kalau ada pemain Skuad malaysia ni , tgk entry ni .. pastu komen kat sini .. hakhak ! berangan je .. mustahil buat aq .. kihkih .. oklah .. sampai sini je lah entry kali ni .. tunggu entry lain ye ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 18 November 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda !

   18 November 2011


JUTAAN TAHNIAH !

diucapkan kepada Skuad Bola Sepak Malaysia
yang bertungkus lumus bermain untuk negara dan menentang Skuad Indonesia dalam Sukan SEA pada 17 November 2011.

Meriah betul rumah dengan sorakan kegembiraan apabila gol pertama dijaringkan oleh Malaysia. Namun keraguan tetap ada kerana bimbang pasukan lawan akan membalas kembali serangan yang dilakukan. Akhirnya , wisel dibunyikan apabila tamat masa perlawanan. Bermakna malaysia 1 . 
Manakala , pasukan indonesia 0 .

Tak tahu la ? 
Dulu mane minat dengan bola sepak ni ?
Lepas Piala Suzuki 2010 berlangsung dan Malaysia merangkul piala .
Saat itulah, aq mula tertarik dgn permainan bola sepak . Tapi, hanya minat untuk jadi penonton je. 
Tak delah fikir sampai nak main bola..*uish ! aurat harus dijaga ! hehe



Skuad Malaysia yang dipimpin oleh Jurulatih Ong Kim Swee 
dan diketuai oleh  Baddrol Bakhtiar.


 Syahrul Azwari Ibrahim ( jersi 18 ) berjaya menjaringkan gol tunggal buat Skuad Malaysia pada separuh masa pertama dan minit ke - 18 selepas 3 minit menggantikan posisi Wan ZaharulNizam yang mengalami kecederaan.
  

Senarai Pemain Bola Sepak Malaysia yang terpilih :

Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat , Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan : Mahali Jasuli , Muslim Ahmad , Fadhli Shas , Amer Saidin
                      Asraruddin Putra Omar , Zubir Azmi .

Tengah : Syahrul Azwari Ibrahim , Yong Kuong Yong , K Gurusamy , Shukur Jusoh
                Irfan Fazail , Fandi Othman , Nazmi Faiz Mansor , Wan Zaharulnizam Zakaria.

Penyerang : Baddrol Bakhtiar , Ahmad Fakhri Saarani , Izzaq Faris Ramlan , A Thamil Arasu .



Agak terkejut jugak laa bile Jurulatih Skuad Malaysia, Ong Kim Swee diarahkan keluar dari tempat pemain simpanan/kawasan teknikal dan duduk di barisan utama penonton. Tapi, beliau cuba berkomunikasi dan memberi arahan kepada penolongnya melalui walkie - talkie sambil memerhatikan anak buahnya bermain dari jauh. 

Para pemain Malaysia bermain dengan baik pada malam itu dengan mempertahankan 
pertahanan mereka saat kubu mereka dicerobohi oleh pasukan lawan. 

Tahniah Skuad Harimau Muda .
Kekalkan kecemerlangan anda dan martabatkan Pasukan Bola Sepak Malaysia .

Selepas ini Skuad Negara akan menentang Myanmar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Sukan SEA 2011. Kami akan mendoakan yang terbaik untuk anda semua. 




      Berusaha . . . !




Credit Bharian

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 17 November 2011

Salam Perkenalan ... !

   17 November 2011

   Assalamualaikum para blogger sekalian *jawab taw jangan tak jawab !
   
Untuk pengetahuan semua,
aq still new dalam industri berblogging ni ..
So, memang terdapat banyak kekurangan dalam mengemaskini blog ni . Biaselah .. blog orang bujang ..haha 
Harap maklum dan maaf ye .

Tepat jam 2 pg ..
aq seorg blogger yang sah ! haha ..
mata ni mengantuk sangat time tu .. tp, buat jugak ..
tak taw la penyakit ape yang menyerang sampai buat blog tgh2 pg bute ? tade kejew? 
*macam tak boley buat time siang ?  

Entah la ? nak buat jugak time tuu..
Tp, siap jugak !

Ni nak habaq mai ni .. !
Teraju utama yang MENGHASUT sye untuk berblogging ni adalah sahabat yang sering membuli seorang insan yang lemah seperti aq tak kira masa .. haha !
Anugerah ini, jatuh kepada .......




SHAMINE ILLIYANI .... !  *yang depan sekali tuuhh ~


Dah macam pegawai pemasaran dahh ... sume nak promote kat aq. *Tawla kiter ni buta IT, tak pandai sangat dlm intenet2 ni...hee ~ daripada zaman Myspace > Facebook > Blogging .. sume die yang tolong rekemenkan .. *baik betul kawan aq ni..

Before buat blog ni, banyak benda yang nak kena belajar ,
sampai tak cukup memory nak isi dalam kepala ni ..
tukar itu,
tukar ini,
letak itu, 
letak ini,

sampai kene marah dengan Shamine sbb, asyik dok tanye byk soalan kat die *macam reporter.. Yela ! kalau tak tanye mcm mana nak maju kan ? Sye ni, boleh disifatkan macam orang ketinggalan zaman betul laa ~ ape pun tak taw ?
tapi , bila kite dapat siapkan semuanya , rasa puas hati membara dalam diri .. kihkih *bangge.. 

Permulaan blog ni .. mohon tunjuk ajar dari blogger yang berpengalaman .. *ilmu dikongsi bersama..
Aq juga amat memerlukan komen drpd anda semua. *and , don't forget to follow my blog okay ..

Oryte, sekian sahaja pengenalan dari dhia adawiyah .. undur diri dulu  ~ kehkeh ..  

*sekalung penghargaan ditujukan kepada Senah a.k.a Shamine sbb byk tolong kiter . thanx byk2.. 


                                                                  - jumpa lagi di entry akan datang .. -

  

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...