Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 16 December 2011

Segmen : Pertemuan Dan perpisahan

Assalamualaikum ..*jawab dalam hati ye ..nak jawab kuat2 pun tak pe . hehe ..

Wow ~ 
Banyak betul segmen yang blogger lain buat .. tapi , aq join segmen ni aje .. hehe ..
Tajuk segmen ni .. ehem ehem ! Pertemuan Dan Perpisahan ..


Wokeehhh .. segmen ni , dianjurkan/dibuat oleh seorang blogger iaitu Pinky Minky
Untuk memberi sokongan pada nya , aq pun join laa ~ hehe . 
Entry kali ni , dan juga untuk segmen ni .. 
Ramai yang nak aq ceritakan , tapi pilihan aq hanyalah satu .

Pertemuan yang dirancang olehnya.
Hubungan kawan yang sudah terjalin sejak form 2 . Pertemuan tanpa diduga yang dirancang oleh Yang Maha Esa dan pada masa yang sama, perpisahan itu juga dirancang olehNYA .. Itulah yang digelar takdir.

Berkenalan pada awal persekolahan 2009. Pada mulanya hanyalah rakan sekelas.. tapi ,lama kelamaan .. aq mula berkongsikan kisah suka dan duka aq dengannya. Sepanjang berkenalan, harapan dan kepercayaan aq padanya hampir 100% .

             Me n Her ..

Pada pandangan aq, dia seorang yang baik hati, sweet, caring dan memahami. Tak dinafikan, aq seronok berkawan dengan dia . Pada tahun 2010, kami menubuhkan group yang digelar Smart Generation. Group kami agak gila gila sikit orangnya di kalangan rakan sekelas. Apa jua yang dilakukan , mesti dengan diorang . Minum ice blended, lepak .. jamming dalam bilik stor kat dalam kelas .. haha. semua tu memang tak dapat aq lupakan. 

             Ahli Smart Generation

Kitorang pun pernah merancang nak masuk U sama sama .. sewa rumah sama sama ..bila dah habeh sekolah nanti . tp, ternyata .. kita hanya mampu merancang , Tuhan yang menentukannya.

Dan pada awal tahun ni ,takdir juga memisahkan jarak antara kami berdua. Kami berada di kelas berasingan berdasarkan keputusan PMR kami. Persahabatan kami mula pudar dengan adanya rakan-rakan baru yang mungkin jauh lebih perfect dari aq . Kemudian, tanpa disangka sangka, berlaku persengketaan antara kami yang juga berpunca daripada  seorang kawan yang mungkin bersifat batu api. Aq tak tahu apa motif dia mereka-reka cerita yang tak elok. 

Setiap mesej yang dihantar tak dibalas. Tiada ruang untuk aq menjelaskan hal yang sebenarnya. Amat memilukan dia berpindah sekolah pada pertengahan tahun tanpa aq ketahui. Adakah aq sudah tiada dalam hidupnya. Sejak itu, persahabatan kami mula hilang.

Untuk tidak melepaskan rindu aq , aq tengok FB dia .. tp, banyak gambr kawan2 baru dia dan tiada lagi gambar aq bersama dia.


"Oh, maybe dia lebih happy dengan kawan2 baru "


Perkara pertama yang aq nantikan pada hari lahirku yang lepas , 12/12/2011 ..
Aq harap dia adalah orang yang pertama mesej n wish birthday aq . Tp, harapan aq hanyalah sia sia .. Tiada ucapan istimewa dari dia untuk aq lagi. Hari lahir yang amat memilukan buat aq dan ia tak sempurna tanpa ucapan dari seorang sahabat yang aq nantikan.


Akhir kata, maafkan sahabatmu ini andai ada kesalahan yang tidak aq sedari. 
         Maaf Dari Hati


Perpisahan juga dirancang olehNYA




 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

7 comments:

Lyza Qayudonajew II said...

singgah sini drpd segmen yg sma :) jemput ke blog Liza k :)

http://lyzaqayudonajew.blogspot.com/2011/12/segmen-pertemuan-dan-perpisahan.html

mizz RFL said...

sedihnya.. tp biasa la tu.. dalam persahabatan mesti de sumthing happen.. meh lepak kat my blog.. ada join gk segment tu..

dhia adawiyah said...

# Lyza Qayudonajew #

- sy dah bace dah cerita awk ~ sy pun dapat rasa kesedihan . jangan pikir sgt k . kita yg hidup harus teruskan hidup. :)

dhia adawiyah said...

# mizz RFL #

- sy dah bace entry awak fasal segmen ni .. wahh .. betul2 .. hargai org yg berada di depan mata kita .. hikhik ~ thanx kerana membaca k . :)

cik ika said...

bila jadi kt ika pun ika psti sedih gak

dhia adawiyah said...

you're right ika . :)

Akihiro Aihara said...

Hadiah ? Sini

http://qesahsaya.blogspot.com/2011/12/hadiah-untuk-pemenang-1st-segmen.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...