Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 23 December 2011

Menyediakan Jadual Anda Sendiri

Haa ~ tengok sini ! tengok sini !  

Kadang - kadang ramai yang buat jadual sendiri main hentam je kan ? Kadang - kadang tu , suke hati korang nak belajar bila kan ? Eh ? Mana boleh macam tuu ..N then ,  sape - sape yang dah buat jadual , tak dapat nak ikot ? pastu korang koyak kan .. kan ? kan ? haha .. ngaku je laa ~ tak yah nak tipu - tipu .. Eh ... mana boleh macam tu ?

Belajar , mesti ada jadual ! jadual mesti tersusun .  Dan korang kene tetapkan dalam hati korang , " niat korang nak ikut jadual tu .. "

Kat sini ada Tips2 nak buat jadual belajar . insya allah , dengan jadual ni korang boleh berjaya dengan cemerlang . Cuma , bergantung kepada korang je la . korang yang kene usaha taw ! bukan jadual ni ..

Contoh :

2:00 - 4:00 petang > belajar subjek 1
4:00 - 4:30 petang > REHAT
4:30 - 6:00 petang > belajar subjek
6:00 - 9:00 malam > REHAT
9:00 - 11:00 malam > belajar subjek

- Faham kan ? Belajar selama 6 jam , tapi ada jugak masa rehatnya . Kerana otak dan badan kita memerlukan masa rehat yang cukup. Kalau otak dan badan kita letih , kita tak dapat nak ingat apa yang kita belajar . Jadi , sia sia lah apa yang kita belajar .

-  Dalam seminggu , anda harus mengulangkaji semua matapelajaran , jangan tinggalkan walau satu pun . Kalau tak  , apa yang anda belajar sebelum ini hanyalah sia sia dan dengan senang je boleh hilang dari ingatan. terutamanya matapelajaran yang susah.

- Anda perlu  habiskan belajar sukatan sekurang - kurangnya pada akhir bulan 5 . Baki bulan yang selebihnya diberi kepada anda untuk mengulangkaji secara intensif.

- Ok . Ramai pelajar yang menyediakan jadual belajar tapi tak dapat ikot . Sebab apa ? Kenapa ? Dan mengapa ? Kerana anda tak de pendirian yang tetap ! jadual anda pun tegar , padat dan berserabut .

Oleh itu , jadual yang anda buat haruslah berubah -ubah supaya anda tidak berasa bosan untuk ikut jadual yang telah anda buat itu okey ? 

PERINGATAN : Kepada pelajar form 2 , anda semua harus belajar dengan bersungguh - sungguh dari awal tahun sebagai persediaan untuk PMR pada tahun hadapannya . Dan kepada pelajar Form 4 pula , belajar dari awal tahun , berusaha dengan bersungguh - sungguh sebagai persediaan untuk SPM kerana SPM amat penting ! Menentukan masa depan anda, apa yang anda mahu kerja nanti. Pastikan juga memori anda cukup untuk menampung semua yang telah anda belajar . Kalau tidak , anda boleh minta memori yang lebih besar daripada Allah SWT. Iaitu dengan memohon pertolongan dan hidayah supaya ingatan anda kuat untuk ingat apa yang telah anda pelajari . :) selamat maju jaya !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

good advice from you dear, yang penting ingat setiap usaha yang kite laburkan walaupun sedikit pasti tuhan balas. no way not, usaha lah! :)

dhia adawiyah said...

hehe .. trima kasih yup .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...