Tuan Belog

My Photo
Blogging since 18 November 2011. Doakan Wieya dapat sambung belajar dengan course yang sesuai dengan diri ini ya .. Aminnn .. dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 20 December 2011

Bagaimana Hendak Capai Keputusan dengan Cemerlang ??

capai jela? Lompat , lompat .. yeayyy ! dapatt ! hahah .. gurau je ..

Salah Satunya  ..
Setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu pihak surat khabar ada menyediakan pelbagai latihan khusus untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar UPSR , PMR , SPM dan STPM. Contohnya ,surat khabar Berita Harian.

Kaedah ini amatlah berguna kepada para pelajar untuk berjaya. Kerana soalan-soalan tersebut adalah soalan peperiksaan sebenar yang diambil pada tahun-tahun yang lepas sebagai rujukan. Terdapat juga tips-tips peperiksaan daripada pakar penasihat dan kounselor .
Anda boleh menyimpan keretan-keratan nota dan latihan tersebut dengan cara anda yang tersendiri. Walaubagaimanapun , cara anda itu haruslah memberi kesenangan kepada anda rujuk kembali apabila anda memerlukannya. Pelbagai cara yang boleh anda fikirkan. Antaranya :




* GURU
- Peranan guru amatlah penting dalam pembelajaran. Dan juga amat penting untuk kita menghormati mereka kerana mereka lah yang membantu anda saat anda memerlukan pertolongan dalam apa jua subjek.

Guru x 40 Orang pelajar = ?? ( jawapan apakah yg sedang anda fikirkan ? ) 

Baiklah ~ bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Setiap guru ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Andaikan sebuah kelas mempunyai 38 orang pelajar, maka guru tersebut haruslah bijak menagawal kesemuanya agar menumpukan sepenuh perhatian semasa beliau sedang mengajar. Agak sukar untuknya memberi sepenuh perhatian terhadap seseorang individu ketika mengajar di dalam kelas. Jadi, jangan anda fikir yang bukan-bukan tentang guru anda jika dia tidak mengendahkan anda.


contoh : "Cikgu ni .. pilih kasih la .. "

Bukan ~ 
tiada guru yang berniat begitu. Berat tanggungjawab yang dipikul di atas bahu seorang guru.
Apabila tiba hari peperiksaan, guru lah orang yang paling resah dan gelisah kerana dia yang mengajar anak muridnya dan dia inginkan anak muridnya berjaya . Anda sebagai seorang pelajar juga perlu melaksanakan tanggungjawab dan perbaiki kelemahan yang ada .


* BUKU TEKS , NOTA , LATIHAN DAN SEBAGAINYA.
- Walau secantik mana buku yang anda miliki  tanpa anda menerokainya , keputusan peperiksaan anda tetap tidak cantik juga.

- Dalam setiap buku, disediakan latihan untuk anda. Itu adalah waktu yang tepat untuk anda menguji kelamahan anda dengan menjawab KESEMUA soalan tersebut . 
JANGAN TINGGAL SATU PUN ! 

* DIRI ANDA SENDIRI
- Be Yourself And Study Smart.
- Kata orang dulu-dulu, Tingkatan 4 adalah tahun untuk "honeymoon". Dalam erti kata lain, "Bersenang-lenang" , "lepak" dan sebagainya. namun, TIDAK bagi orang sekarang .. zaman sudah berubah Bro/Sis . Dunia dah maju . kalau dunia dah maju , lebih banyak duit yang perlu digunakan pada masa akan datang . Dan untuk mendapat duit yang banyak, semestinya ilmu amat penting untuk kita.

"Tuntutlah ilmu hingga ke negara China"

- Tapi, tak kira lah negara mana pun .. sememangnya ilmu SANGAT PENTING ! Tanpa ilmu , kita tak boleh berbuat apa-apa. Anda perlu ! perlu ! perlu ! perlu ! perlu ! perlu belajar dengan tekun dari tingkatan 4 sebagai persediaan untuk menghadapi SPM semasa 
Tingkatan 5.   

- Anda tidak akan capai keputusan yang cemerlang jika anda tidak belajar bersungguh-sungguh. Jika tidak berapa pandai, anda perlu belajar dengan lebih tekun dan mengetahui cara belajar yang sesuai dengan anda. Setiap orang yang mengulangkaji pelajaran semesti lain cara mereka. Kita tak perlu terlalu mengikut cara pembelajaran orang lain kerana kita tak akan mampu mengikutnya kerana bukan cara kita.

- Menyediakan jadual belajar sendiri.

- Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh tapi tak capai keputusan yang baik.

Kenapa ??

Sebab belajar tanpa faham apa yang dikehendaki oleh diri sendiri.


Maaf . KLIK SINI
 >akan di update dari semasa ke semasa<    

 



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Alis Misnan said...

kawan suka jeles..dia kata cikgu pilih kasih dgn kita huhu

dhia adawiyah said...

# Alis Misnan #

Kalau mcm tu , nasihatkan kwn tu , baca tips ni .. haha ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...