Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 18 November 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda !

   18 November 2011


JUTAAN TAHNIAH !

diucapkan kepada Skuad Bola Sepak Malaysia
yang bertungkus lumus bermain untuk negara dan menentang Skuad Indonesia dalam Sukan SEA pada 17 November 2011.

Meriah betul rumah dengan sorakan kegembiraan apabila gol pertama dijaringkan oleh Malaysia. Namun keraguan tetap ada kerana bimbang pasukan lawan akan membalas kembali serangan yang dilakukan. Akhirnya , wisel dibunyikan apabila tamat masa perlawanan. Bermakna malaysia 1 . 
Manakala , pasukan indonesia 0 .

Tak tahu la ? 
Dulu mane minat dengan bola sepak ni ?
Lepas Piala Suzuki 2010 berlangsung dan Malaysia merangkul piala .
Saat itulah, aq mula tertarik dgn permainan bola sepak . Tapi, hanya minat untuk jadi penonton je. 
Tak delah fikir sampai nak main bola..*uish ! aurat harus dijaga ! hehe



Skuad Malaysia yang dipimpin oleh Jurulatih Ong Kim Swee 
dan diketuai oleh  Baddrol Bakhtiar.


 Syahrul Azwari Ibrahim ( jersi 18 ) berjaya menjaringkan gol tunggal buat Skuad Malaysia pada separuh masa pertama dan minit ke - 18 selepas 3 minit menggantikan posisi Wan ZaharulNizam yang mengalami kecederaan.
  

Senarai Pemain Bola Sepak Malaysia yang terpilih :

Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat , Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan : Mahali Jasuli , Muslim Ahmad , Fadhli Shas , Amer Saidin
                      Asraruddin Putra Omar , Zubir Azmi .

Tengah : Syahrul Azwari Ibrahim , Yong Kuong Yong , K Gurusamy , Shukur Jusoh
                Irfan Fazail , Fandi Othman , Nazmi Faiz Mansor , Wan Zaharulnizam Zakaria.

Penyerang : Baddrol Bakhtiar , Ahmad Fakhri Saarani , Izzaq Faris Ramlan , A Thamil Arasu .



Agak terkejut jugak laa bile Jurulatih Skuad Malaysia, Ong Kim Swee diarahkan keluar dari tempat pemain simpanan/kawasan teknikal dan duduk di barisan utama penonton. Tapi, beliau cuba berkomunikasi dan memberi arahan kepada penolongnya melalui walkie - talkie sambil memerhatikan anak buahnya bermain dari jauh. 

Para pemain Malaysia bermain dengan baik pada malam itu dengan mempertahankan 
pertahanan mereka saat kubu mereka dicerobohi oleh pasukan lawan. 

Tahniah Skuad Harimau Muda .
Kekalkan kecemerlangan anda dan martabatkan Pasukan Bola Sepak Malaysia .

Selepas ini Skuad Negara akan menentang Myanmar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Sukan SEA 2011. Kami akan mendoakan yang terbaik untuk anda semua. 




      Berusaha . . . !




Credit Bharian

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...