Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 30 November 2011

#Petua/nasihat mama - surah pelindung diri daripada gangguan syaitan dan jin



30 November 2011


Apa khabar para blogger ... ?
Semuanya sihat2 time bace entry ni ? 
Kepada yg sihat , bagus2 .. alhamdulillah ...
Kepada yang tak berapa sihat , jangan lupa makan ubat dan jaga kesihatan yup ..


Ok. Entry kali ni panjang sikit .
Terasa seram pulak nak buat entry kali ni ..tp takpe , Dhia Adawiyah nak kongsikan jugak dengan sume .

Entry pasal  ni sangatlah berguna pada mereka yang beragama islam .
Kalau kita berada di tempat yang "keras" ,  di dalam hutan atau terpakse drive lalu di kawasan hutan , semestinya kita berasa takut dan tidak sedap hati akan makhluk Allah yang sentiasa menganggu kita.

Sedar ataupun tidak ..
makhluk itu sentiasa berada di sekeliling kita walaupun kita tidak perasan akan kehadirannya dan tidak dapat dilihat.


Mama Dhia Adawiyah, kerja kat Hospital Universiti Malaya sebagai Jururawat Terlatih. So, byk la makhluk2 yang tak diundang kat situ. Mama dah biasa dengan tu sume . Mama kate , budak2 junior yang kerja satu tempat dengan mama .. selalu mengadu diorang ada nampak makhluk tu lah , diganggu laa .. bla .. bla .. bla .. ( hehehe )

Mama pulak , selalu nasihatkan diorang supaya memohon perlindungan dengan Allah dan bertawakal .

Jangan takut ..
Dengan adanya Allah SWT dan wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW , serta dengan izin Allah SWT .. surah ini dapat menjadi pelindung dan pendinding diri kita daripada gangguan syaitan dan jin.


Ketika membaca surah ini ..tetapkan niat dan kita harus yakin dengan KekuasaanNYA. 
Baca , berselang seli bersama niat dan surah.
"Aku berlindung daripada gangguan syaitan dan jin di sekelilingku" ..
Tetapkan niat anda sama ada untuk melindungi diri atau keluarga anda.

Mama pun selalu amalkan ayat ni time mama balik dari kerja time senja and malam .
Surah dimulakan dengan Surah Al fatihah



Kemudian , disusuli dengan surah 4 Qul


Surah An Nas adalah Surah penting dalam pembacaan, kerana ini adalah surah untuk melindungi diri daripada gangguan makhluk seperti jin.



Surah Al Kafirun .. ( sorry , kabur sikit . Tp, mesti korang dah hafal kan ... ? ) =.=



Surah Al Ikhlas ..

Dan Ayat Kursi ..
   
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat- ayat al-Quran, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


Membaca dan memahami pengertiannya akan menguatkan lagi keimanan seseorang itu.
Kalau dapat hafal surah2 ni .. adalah lebih baik .


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...