Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 29 November 2011

# Petua/nasihat mama - pacat

22 November 2011



Petua ni bagus untuk sape2 yang masok hutan . Ada PLKN ke ? Jungle Trakking ke ? Camping ke? .. Aq tulis entry ni sebab aq dah pernah rasa pengalaman digigit pacat. So , aq nak share dgn korang .. 

Petua ni pun dari mama. Lepas aq terkena gigit pacat tu , barulah mama bagitau petua mengelakkan digigit pacat. Aq tanye mama , kenape tak bg tau awal2 ? Mama kate "Bersusah - susah dahulu , bersenang - senang kemudian. "


Bercerita pasal pacat ni ..
Aq teringat time darjah 5 dulu .. time tu aq balik dari sekolah,  aq lalu kat padang ..padang tu berlumpur dan berlecak sebab hujan. aq pun main redah je . Bile balik rumah , nak salin baju n kain .. tetibe ade pacat melekat dekat kaki. 

Tp, pelik ? time tu aq just cakap "eeiiuu .." pastu buang . Macam orang takde perasaan . Biasela budak2 . Tp, sekarang , kalau tgk je makhluk tu melekat dekat kaki , terus menjerit ar ..
Sebelum kita bagi petua , kita bercerita dulu khasianya ye .. 

Lintah dan pacat
Filum : Annelida
Kelas : Hirudinea
Ciri – Ciri :-
- Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
- Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
- Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
- Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
- Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya
untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
- Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
- Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,
lalu jatuh dan mula mencari pasangan
- Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,
selalu nya 3 jam
- semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
- Hirudin akan menghalang darah dari membeku
- Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea
- Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun
tanpa mendapat kan darah lagi
- Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
- Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
- Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk

Lintah dan pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan :-
1) Rhyncobdella
- mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum
2) Arhyncobdella
- mempunyai rahang dan gigi

Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia
Batracobdella reticulata
- berukuran 5 mm
- memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
- tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
- boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput
Lintah Hirudinaria manillensis
- ditemui di paya, sungai dan bendang
- menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya
- dipanggil “lintah kerbau”
Pacat Haemadipsa sp.
- lebih kecil dari lintah kerbau
- tinggal di kawasan lembap
- menyorok di celah tanah apabila kering
- keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas
– bergerak secara menjengkal kan badan nya
- menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)

4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia
Haemadipsa zeulanica
Haemadipsa subagilis
Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )
Haemadipsa picta
- adalah perosak haiwan domestik
- menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder
- menjangkitkan penyakit berjangkit

Secara ringkasnye .. pacat dan lintah menghisap darah kotor yang ada dalam badan kita.
Pacat n lintah takde mata. Diorang bergerak berdasarkan bau manusia yang ada pada kita .
Mak su kate .. lintah lagi geli daripada pacat .. sebab lintah besar and berbulu .. Pacat just kecik2 je. eeeiiii ...

Ok .  Mulakan bercerita tentang petua .

* Sebelum masok ke dalam hutan, spray "ridsect" yang spray nyamuk tu kat kasut korang . Nak guna spray lipas pun takpe. Suke hati korang la . janji spray .. kalau korang takot bau spray tu hilang , bawak la kemana saje korang pegi .. boleh spray nyamuk yang ada kat dalam hutan tu sekali.
Kalau korang sanggup berkorban, daripada nak beli spray murah tu .. korang spray la minyak wangi mahal korang kat kasut korang tu . Lagi wangi .. hahkhak !  1 botol ke ? Sampai habis pun takpe .. aq tak kisah .. sebab, korang punye kan ? hehe .. tp, aq percaye .. korang mesti pilih Spray nyamuk tu jugak kan ?
                         gambar ni contoh je . Aq search kat google. kihkih..


* Sapu ape2 minyak pada kaki korang .. minyak rambut ke ? Kalau nak berkesan.. sapu la minyak panas yang orang sapu time sakit2 sendi tu .  Kot2 la bile pacat tu naik, pacat tu turun balik sebab terkena minyak panas yang korang sapu tu ke ? haha .. korang boleh jugak sapu minyak cap kapak ... jangan pulak korang sapu minyak tanah atau minyak petrol ! JANGAN ! Kalau taknak try ape2 minyak kat atas, korang boleh sapu losyen kat kaki korang .. wangi pun adew ..


* Kalau berjalan ramai2 or jalan dalam group .. jalan la kat DEPAN SEKALI atau di BELAKANG SEKALI. Kalau jalan kat depan sekali , pacat tu lambat pick up bau manusia yang ada pada korang. Tp, bile time orang kedua , tengah dan seterusnya .. pacat tu dah dapat kesan n cepat naik pada kaki korang .
Kalau kat belakang sekali pulak , pacat tu dah naik kat kaki orang2 yang berada di hadapan orang yang berada di  posisi belakang sekali ni .. so , orang yang ada kat belakang sekali ni tak kena la .. aq tak guarantee dengan petua ni .. kalau nak try , buat la .


* Petua ni pun , ok jugak . Mule2 korang pakai seluar panjang , pastu sarungkan stokin sekali dengan hujung seluar yang korang pakai tu .. pastu pakai kasut .


Petua membuang pacat :
 # Kebiasaannya , pacat akan jatuh sendiri apabila ia sudah kenyang . Tapi , takkan nak tunggu sampai ia kenyang .. betul tak ? ok , baca di bawah ni ..
 
# Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

 Rawatan selepas terkena gigitan pacat :

Make sure bahagian luka  bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air, sabun dan plaster ia. Pendarahan mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’ yang dihasilkan oleh pacat tersebut.



Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses untuk sembuh. Elakkan menggaru di situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih teruk.



Letak ais sekiranya bengkak.

Kebanyakan pix ni aq amek kat google untuk tatapan .





                                      
                                            




                           ni gambar pacat yang gemuk selepas kenyang  menghisap darah. aq pun geli tgk gambar ni .
                                   tp, aq nak korang merasai keGELILAn pacat ni .. hehe ..







NOTA: Lebih baik elakkan daripada menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam untuk mebuang pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu sendiri.






credit Warisan AR (usahawan lintah) & anizyn

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...