Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 28 November 2011

Go ! Harimau Kita ... !

23 November 2011



 Mai ..
 Mai..
 Mai.. entry HOT nih !


Wah ! Perlawanan bola sepak Skuad Harimau Muda Vs Indonesia Sukan SEA 2011 .sape yang tak tengok kan ? sape yang tgk , mesti ramai yang happy. 
sape yang tak tgk , ala .. nape tak tgk ? rugi laa ~

Aq pun nasib baik dapat tengok. Tengok tv kat kampung. kalau tv kat kampung , biaselaa ~ dah lama.. macam2 dugaan yang diberikan time tengok bola ni .. skrin tv tu kejap2 berbintik , kejap2 berbelang .. lepas tu , time sepakan penalti , boleh pulak tv tu buat hal .. kejap terang kejap kabur .. nasib baik tak terus padam ...



Skuad Harimau Muda berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 dan sekaligus dapat mempertahankan pingat emas tersebut.



Sorakan berunsurkan penhinaan terhadap malaysia tidak mematahkan semangat anak- anak muda ini untuk terus berjuang untuk negara. Anak - anak buah Ong Kim Swee berjaya menumpaskan Indonesia 4 - 3 menerusi sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno , seterusnya dapat menutup mulut jahat penyokong Team Garuda yang takde insurans , suka2 hati je nak mengata Malaysia yang bukan - bukan . Orang main secara baik, ni macam nak cetuskan perang je . Baddrol Bakhtiar berjaya melengkapkan kemenangan sepakan penalti buat skuad harimau muda.


Ok, mula2 Harimau Muda ketinggalan mata pada awal perlawanan tetapi berjaya menyamakan kedudukan mata 1 - 1 melalui jaringan Asraruddin Putra Omar . Kalau di imbas kembali , cara Asraruddin memboloskan gol ke pihak lawan sungguh dramatik skali. Izzaq Faris Ramlan pula tidak dapat beraksi kerana kecederaan yang dialami.

120 minit adalah masa yang diperlukan untuk Skuad Malaysia memenangi kejuaraan tersebut.


Time perlawanan tu berlansung , mata aq sentiasa tertumpu pada pemain muda yang berusia 17 tahun dan mempunyai bakat besar serta semakin mendapat perhatian di kalangan penyokong bola sepak tanah air.Tenang jew die mengawal bola tuhh.. Pemain tersebut adalah . . .




Muhamad Nazmi Faiz

Hehe .. comel kan ??
Tapi, aq tak tengok pada keCOMELan nye saje . Tgk jugak pada bakat yang dia ada . Bakat dia semakin menyerlah dan sangat menyerlah.

Aksi lincah die tima main bola , laju betol ! betul - betul macam harimau ..Dia adalah bintang baru untuk skuad bola sepak.  Umur dia baru 17 tahun .. asal dari Kuala Lumpur .


Tak lupa juga kepada penjaga Gol Negara , Khairul Fahmi Che Mat yang berusaha menjaga benteng pertahanannya. Pemain2 yang lain juga pun memang bagus bermain dalam permainan. Dorang berusaha menjaga posisi masing2 dan ternyata , kemenangan milik Malaysia.


Pemain2 ini dikalungkan pingat emas oleh Menteri Belia Sukan Negara , Dato Shaberry Cheek. 
Bertuah benor ! 
Walau ape pun , kami berbagga dengan usaha anda semua . Kan best kalau ada pemain Skuad malaysia ni , tgk entry ni .. pastu komen kat sini .. hakhak ! berangan je .. mustahil buat aq .. kihkih .. oklah .. sampai sini je lah entry kali ni .. tunggu entry lain ye ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...